Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 29


Bahagian 29

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di dalam hadirat enam orang penatua, di Fayette, New York, September 1830. Wahyu ini diberikan beberapa hari sebelum persidangan, bermula pada tarikh 26 September 1830.

1–8, Kristus mengumpulkan umat pilihan-Nya; 9–11, Kedatangan-Nya membawakan Zaman Seribu Tahun; 12–13, Dua Belas Rasul akan menghakimi seluruh Israel; 14–21, Tanda, wabak, dan kemusnahan akan mendahului Kedatangan Kedua; 22–28, Kebangkitan terakhir dan penghakiman akhir menyusuli Zaman Seribu Tahun; 29–35, Segala sesuatu adalah rohani bagi Tuhan; 36–39, Iblis dan bala tenteranya dicampak keluar dari syurga untuk menggoda manusia; 40–45, Kejatuhan dan Korban Tebusan membawa keselamatan; 46–50, Anak-anak kecil ditebus melalui Korban Tebusan.

1 Dengarkanlah suara Yesus Kristus, Penebusmu, aAku Yang Agung, lengan belas bkasihan-Nya telah cmenebus dosa-dosamu.

2 Yang akan amengumpulkan umat-Nya bahkan bagaikan seekor ayam betina mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya, bahkan seberapa banyak yang akan mendengar suara-Ku dan bmerendahkan hati mereka di hadapan-Ku, dan meminta kepada-Ku dalam doa yang membara.

3 Lihatlah, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa pada waktu ini dosa-dosamu adiampuni bagimu, oleh kerana itu kamu menerima hal-hal ini; tetapi ingatlah untuk tidak lagi berdosa, agar jangan bahaya datang ke atas dirimu.

4 Sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu bahawa kamu dipilih dari dunia untuk memaklumkan Injil-Ku dengan suara kesukacitaan, bagaikan dengan abunyi sangkakala.

5 Angkatlah hatimu dan bergembiralah, kerana Aku berada di atengah-tengahmu, dan Aku adalah bpembelamu dengan Bapa; dan ia adalah kemahuan-Nya yang baik untuk memberimu ckerajaan itu.

6 Dan, seperti yang tertulis—Apa pun yang akan kamu aminta dalam biman, cdipersatukan dalam doa menurut perintah-Ku, akan kamu terima.

7 Dan kamu dipanggil untuk mendatangkan apengumpulan bumat pilihan-Ku; kerana umat pilihan-Ku cmendengar suara-Ku dan tidak mengeraskan dhati mereka;

8 Kerana itu perintah telah tersebar luas daripada Bapa bahawa mereka akan adikumpulkan di satu tempat di permukaan tanah ini, untuk bmenyediakan hati mereka dan bersedia dalam segala hal menghadapi hari itu apabila ckesengsaraan dan kemusnahan dihantar kepada yang jahat.

9 Kerana masanya sudah dekat dan harinya akan segera tiba apabila bumi sudah matang; dan semua yang asombong dan mereka yang melakukan kejahatan akan menjadi bagaikan btunggul jerami; dan Aku akan cmembakar mereka, firman Tuhan Semesta Alam, agar kejahatan tidak akan berada di atas bumi;

10 Kerana masanya sudah dekat, dan apa yang adiucapkan oleh para rasul-Ku mesti digenapi; kerana seperti yang mereka ucapkan demikianlah akan terjadi;

11 Kerana Aku akan menunjukkan diri-Ku dari syurga dengan kuasa dan kemuliaan yang besar, dengan seluruh abala tentera di sana, dan tinggal dalam bkebenaran bersama manusia di atas bumi selama cseribu tahun, dan yang jahat tidak akan bertahan.

12 Dan lagi, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, dan ia telah tersebar luas dalam sebuah perintah yang teguh, melalui kehendak Bapa, bahawa apara rasul-Ku, Dua Belas yang bersama-Ku dalam pelayanan-Ku di Yerusalem, akan berdiri di sisi tangan kanan-Ku pada hari kedatangan-Ku dalam sebuah tiang bapi, berpakaian jubah kebenaran, dengan mahkota di atas kepala mereka, dalam ckemuliaan bahkan seperti Aku, untuk dmenghakimi seluruh bani Israel, bahkan seberapa banyak yang telah mengasihi-Ku dan mentaati perintah-perintah-Ku, dan tiada yang lain.

13 Kerana sebuah asangkakala akan berbunyi dengan panjang dan nyaring, bahkan seperti di atas Gunung Sinai, dan seluruh bumi akan bergoncang, dan mereka akan bdatang—ya, bahkan orang cmati yang mati di dalam Aku, untuk menerima dmahkota kebenaran, dan dikenakan pakaian ke atas mereka, ebahkan seperti Aku, untuk berada bersama-Ku, agar kami boleh menjadi satu.

14 Tetapi, lihatlah, Aku berfirman kepadamu sebelum ahari yang besar ini akan datang bmatahari akan digelapkan, dan bulan akan berubah menjadi darah, dan bintang-bintang akan jatuh dari langit, dan akan ada ctanda-tanda yang lebih besar di langit di atas dan di bumi di bawah;

15 Dan akan ada tangisan dan aratapan di kalangan banyak orang;

16 Dan akan ada ahujan batu yang dashyat dihantar untuk menghancurkan hasil-hasil tuaian bumi.

17 Dan akan terjadilah, kerana kejahatan dunia, bahawa Aku akan melakukan apembalasan terhadap yang bjahat, kerana mereka tidak mahu bertaubat; kerana cawan kemarahan-Ku sudah penuh; kerana lihatlah, cdarah-Ku tidak akan membersihkan mereka jika mereka tidak mendengar-Ku.

18 Kerana itu, Aku Tuhan Raja akan menghantar banyak lalat ke atas permukaan bumi, yang akan melanda penduduknya, dan akan memakan daging mereka, dan akan menyebabkan ulat-ulat datang ke atas mereka;

19 Dan lidah mereka akan dikelukan agar mereka tidak akan abersuara menentang-Ku; dan daging mereka akan jatuh terlepas dari tulang-tulang mereka, dan mata mereka dari rongganya;

20 Dan akan terjadilah bahawa abinatang buas di hutan dan burung di udara akan melahap mereka.

21 Dan gereja yang besar dan akeji itu, yang merupakan bpelacur di seluruh bumi, akan dicampakkan dengan capi pelahap, seperti yang diucapkan oleh mulut Yehezkiel si nabi, yang berbicara tentang hal-hal ini, yang belum terjadi tetapi dsemestinya akan terjadi, seperti mana Aku hidup, kerana kekejian tidak akan berkuasa.

22 Dan lagi, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu bahawa apabila zaman aseribu tahun berakhir, dan manusia mula menyangkal Tuhan mereka kembali, kemudian Aku akan melepaskan bumi tetapi untuk suatu bmasa yang singkat;

23 Dan apengakhiran itu akan datang, dan langit dan bumi akan dilenyapkan dan bberlalu, dan akan terdapat langit yang baru dan sebuah cbumi yang baru.

24 Kerana semua hal yang lama akan aberlalu, dan semua hal akan menjadi baru, bahkan langit dan bumi, dan seluruh kegenapannya, baik manusia mahupun binatang buas, burung-burung di udara, dan ikan di laut;

25 Dan tiada sehelai arambut pun, tidak juga zarah, akan hilang, kerana ia adalah hasil kerja tangan-Ku.

26 Tetapi, lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, sebelum bumi akan berlalu, aMikhael, bmalaikat agung-Ku, akan membunyikan csangkakalanya, dan pada waktu itu semua yang mati akan dbangun, kerana kuburan mereka akan dibukakan, dan mereka akan edatang—ya, bahkan semuanya.

27 Dan yang asoleh akan dikumpulkan pada sisi btangan kanan-Ku kepada kehidupan kekal; dan yang jahat pada sisi tangan kiri-Ku yang akan Aku malu akui di hadapan Bapa;

28 Kerana Aku akan berfirman kepada mereka—aPergilah daripada-Ku, kamu yang terkutuk, ke dalam bapi yang abadi, yang disediakan untuk ciblis dan para malaikatnya.

29 Dan sekarang, lihatlah, Aku berfirman kepadamu, tidak pernah pada bila-bila masa pun Aku maklumkan daripada mulut-Ku sendiri bahawa mereka akan kembali, kerana adi mana Aku berada mereka tidak dapat datang, kerana mereka tidak memiliki kuasa.

30 Tetapi ingatlah bahawa segala penghakiman-Ku tidak diberikan kepada manusia; dan seperti firman-firman itu telah tersebar luas daripada mulut-Ku begitulah ia akan digenapi, bahawa yang apertama akan menjadi yang terakhir, dan bahawa yang terakhir akan menjadi yang pertama dalam segala hal apa pun yang telah Aku ciptakan melalui firman kuasa-Ku, yang merupakan kuasa Roh-Ku.

31 Kerana melalui kuasa Roh-Ku Aku telah amenciptakan mereka; ya, segala sesuatu baik brohani mahupun duniawi—

32 Pertamanya arohani, yang kedua duniawi, yang merupakan permulaan pekerjaan-Ku; dan sekali lagi, pertamanya duniawi, dan yang kedua rohani, yang merupakan pekerjaan-Ku yang terakhir—

33 Berfirman kepadamu agar kamu boleh memahami secara alamiah; tetapi bagi diri-Ku pekerjaan-Ku tiada apengakhiran, tiada juga permulaan; tetapi ia diberikan kepadamu agar kamu boleh memahami, kerana kamu telah memintanya daripada-Ku dan dipersetujui.

34 Kerana itu, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu bahawa segala sesuatu bagi-Ku adalah rohani, dan tidak pada bila-bila masa pun Aku memberikan kepadamu suatu hukum yang duniawi; tidak juga seorang pun, tidak juga anak-anak manusia; tidak juga Adam, bapamu, yang telah Aku ciptakan.

35 Lihatlah, Aku memberi kepadanya bahawa dia haruslah menjadi seorang awakil bagi dirinya; dan Aku memberikan kepadanya perintah, tetapi bukan perintah duniawi yang Aku berikan kepadanya, kerana bperintah-perintah-Ku adalah rohani; ianya bukanlah alamiah tidak juga duniawi, tidak juga badaniah tidak juga berhawa nafsu.

36 Dan terjadilah bahawa Adam, digoda oleh iblis—kerana, lihatlah, aiblis ada sebelum Adam, kerana dia bmemberontak melawan-Ku, mengatakan, Berilah aku ckehormatan-Mu, iaitu dkuasa-Ku; dan juga esepertiga daripada fbala tentera syurga dia palingkan daripada-Ku kerana ghak pilihan mereka;

37 Dan mereka dibuang, dan demikianlah terjadinya aiblis dan bpara malaikatnya;

38 Dan, lihatlah, ada sebuah tempat yang disediakan bagi mereka sejak dari permulaan, yang mana tempat itu adalah aneraka.

39 Dan mestilah perlu bahawa iblis akan amenggoda anak-anak manusia, atau mereka tidak dapat menjadi juru wakil diri mereka sendiri; kerana jika mereka tidak pernah merasakan bpahit mereka tidak dapat mengenal yang manis—

40 Kerana itu, terjadilah bahawa iblis menggoda Adam, dan dia memakan abuah terlarang dan melanggar perintah, dimana dia menjadi btunduk pada kehendak iblis, kerana dia menyerah pada godaan.

41 Kerana itu, Aku, Tuhan Raja, menyebabkan agar dia harus adiusir dari Taman bEden, dari hadirat-Ku, kerana pelanggarannya, dimana dia menjadi mati secara crohani, iaitu kematian pertama, bahkan kematian yang sama yang merupakan dkematian terakhir, yang adalah rohani, yang akan dinyatakan kepada yang jahat apabila Aku akan berfirman: Pergilah, kamu yang eterkutuk.

42 Tetapi, lihatlah, Aku berfirman kepadamu bahawa Aku, Tuhan Raja, memberikan kepada Adam dan kepada benih keturunannya, bahawa mereka tidak akan amati sehubungan dengan kematian duniawi, sehingga Aku, Tuhan Raja, akan mengutuskan bpara malaikat untuk memaklumkan kepada mereka cpertaubatan dan dpenebusan, melalui iman pada nama ePutera Tunggal-Ku.

43 Dan demikianlah telah Aku, Tuhan Raja, menetapkan bagi manusia masa apercubaannya—agar melalui kematian alaminya dia boleh bdibangkitkan dalam ckebaqaan pada dkehidupan abadi, bahkan seberapa banyak yang akan percaya;

44 Dan mereka yang tidak percaya pada akelaknatan abadi; kerana mereka tidak dapat ditebus dari kejatuhan rohani mereka, kerana mereka tidak bertaubat;

45 Kerana mereka lebih mengasihi kegelapan daripada terang, dan aperbuatan mereka adalah jahat, dan mereka menerima bupah mereka daripada siapa yang ingin mereka patuhi.

46 Tetapi lihatlah, Aku berfirman kepadamu, bahawa aanak kecil bditebus sejak pengasasan dunia melalui Anak Tunggal-Ku;

47 Kerana itu, mereka tidak dapat berdosa, kerana kuasa tidak diberikan kepada Setan untuk amenggoda anak kecil, sehingga mereka mula menjadi bbertanggungjawab di hadapan-Ku;

48 Kerana diberikan kepada mereka bahkan seperti yang Aku kehendaki, menurut kesenanganan-Ku sendiri, agar hal-hal yang besar akan dituntut dari tangan anenek moyang mereka.

49 Dan, lagi, Aku berfirman kepadamu, bahawa barang siapa memiliki pengetahuan, tidakkah Aku perintahkan untuk bertaubat?

50 Dan dia yang tidak memiliki apemahaman, terserahlah pada-Ku untuk melakukan menurut apa yang tertulis. Dan sekarang, Aku tidak memaklumkan apa pun lagi kepadamu pada waktu ini. Amin.