Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 63


Bahagian 63

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 30 Ogos 1831. Nabi, Sidney Rigdon, dan Oliver Cowdery telah tiba di Kirtland pada 27 Ogos dari lawatan mereka ke Missouri. Sejarah Joseph Smith menghuraikan wahyu ini: “Pada masa awal Gereja ini, terdapat suatu kegelisahan besar untuk mendapatkan firman Tuhan bagi setiap perkara yang berkenaan dengan keselamatan kita; dan kerana negeri Sion dipandang sebagai hal duniawi yang paling penting sekarang, saya bertanya kepada Tuhan untuk maklumat yang lebih lanjut tentang pengumpulan para Orang Suci, dan pembelian tanah, dan hal-hal lain.”

1–6, Satu hari kemurkaan akan datang kepada yang jahat; 7–12, Tanda-tanda datang melalui iman; 13–19, Para penzina dalam hati akan menyangkal iman dan dicampakkan ke dalam tasik berapi; 20, Yang setia akan menerima warisan di atas bumi yang telah diubah rupa; 21, Sebuah catatan lengkap tentang peristiwa-peristiwa di atas Gunung Perubahan Rupa belum didedahkan; 22–23, Yang patuh menerima misteri-misteri kerajaan; 24–31, Warisan-warisan di Sion harus dibeli; 32–35, Tuhan menetapkan peperangan, dan yang jahat membunuh yang jahat; 36–48, Para Orang Suci mesti berkumpul ke Sion dan menyediakan wang untuk membangunkannya; 49–54, Berkat-berkat dipastikan kepada yang setia pada Kedatangan Kedua, dalam Kebangkitan, dan semasa Kerajaan Seribu Tahun; 55–58, Inilah hari peringatan; 59–66, Nama Tuhan digunakan dengan sia-sia oleh mereka yang menggunakannya tanpa wewenang.

1 Dengarlah, Wahai kamu manusia, dan bukalah hatimu dan pasanglah telinga dari jauh; dan dengarkanlah, kamu yang menyebut dirimu umat Tuhan, dan dengarlah firman Tuhan dan kehendak-Nya tentang kamu.

2 Ya, sesungguhnya, Aku berfirman, dengarlah firman Dia yang kemarahan-Nya menyala terhadap yang jahat dan memberontak;

3 Yang menghendaki untuk mengambil bahkan mereka yang hendak Dia ambil, dan melindungi kehidupan mereka yang hendak Dia lindungi;

4 Yang membangunkan menurut kehendak dan kesenangan-Nya sendiri; dan memusnahkan sesuka hati-Nya, dan mampu untuk mencampakkan jiwa ke dalam neraka.

5 Lihatlah, Aku, Tuhan, menyuarakan suara-Ku, dan ia akan dipatuhi.

6 Kerana itu, sesungguhnya Aku berfirman, biarlah yang jahat mengendahkan, dan biarlah yang memberontak takut dan gementar; dan biarlah yang tidak percaya menahan bibir mereka, kerana hari kemurkaan akan datang ke atas diri mereka bagaikan puting beliung, dan semua manusia akan tahu bahawa Aku ialah Tuhan.

7 Dan dia yang mencari petanda akan melihat petanda-petandanya, tetapi bukan untuk keselamatan.

8 Sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, ada di antara kamu yang mencari petanda-petanda, dan memang ada yang seperti itu bahkan sejak dari awal lagi;

9 Tetapi, lihatlah, iman datang bukan melalui tanda-tanda, tetapi petanda mengikuti mereka yang percaya.

10 Ya, tanda-tanda datang kerana iman, bukan kerana kehendak manusia, tidak juga seperti yang mereka ingini, tetapi kerana kehendak Tuhan.

11 Ya, tanda-tanda datang kerana iman, pada pekerjaan yang hebat, kerana tanpa iman tidak seorang pun menyenangkan Tuhan; dan kepada mereka yang Tuhan marah, Dia tidak berkenan; kerana itu, kepada merekalah Dia tidak memperlihatkan petanda, kecuali dalam kemurkaan untuk penghukuman mereka.

12 Kerana itu, Aku, Tuhan, tidak senang dengan mereka di kalangan kamu yang telah mencari tanda-tanda dan keajaiban untuk iman, dan bukan demi kebaikan manusia bagi kemuliaan-Ku.

13 Walaupun demikian, Aku memberikan banyak perintah, dan banyak yang telah berpaling dari perintah-perintah-Ku dan tidak mentaatinya.

14 Ada di antara kamu penzina lelaki dan penzina perempuan; beberapa daripada mereka telah berpaling daripadamu, dan yang lainnya tetap tinggal bersamamu yang selepas ini akan didedahkan.

15 Biarlah mereka itu berhati-hati dan segera bertaubat, agar jangan penghakiman datang ke atas diri mereka seperti jerat, dan kebodohan mereka akan dinyatakan, dan pekerjaan mereka akan mengikuti mereka di mata manusia.

16 Dan sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, seperti yang telah Aku firmankan sebelumnya, dia yang memandang kepada seorang wanita sehingga bernafsu kepadanya, atau jika sesiapa pun akan berbuat zina di dalam hati mereka, mereka tidak akan memiliki Roh, tetapi akan menyangkal iman dan akan takut.

17 Kerana itu, Aku, Tuhan, telah berfirman bahawa yang takut, dan yang tidak percaya, dan semua pendusta, dan barang siapa yang mengasihi dan berbuat dusta, dan pelacur, dan tukang sihir, akan mendapat bahagian mereka di dalam tasik yang terbakar dengan api dan belerang, iaitu kematian kedua.

18 Sesungguhnya Aku berfirman, bahawa mereka tidak akan mendapat bahagian di dalam kebangkitan pertama.

19 Dan sekarang, lihatlah, Aku, Tuhan, berfirman kepadamu bahawa kamu tidak dimaklumkan soleh, kerana hal-hal ini ada di kalangan kamu.

20 Walaupun demikian, dia yang bertahan dalam iman dan melakukan kehendak-Ku, orang yang sama akan mengatasi, dan akan menerima warisan di atas bumi apabila hari perubahan rupa akan datang;

21 Apabila bumi akan diubah rupa, bahkan menurut contoh yang diperlihatkan kepada para rasul-Ku di atas gunung; yang mana kegenapan laporan itu masih belum kamu terima.

22 Dan sekarang, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa seperti yang Aku firmankan bahawa Aku akan memberitahukan kehendak-Ku kepadamu, lihatlah Aku akan memberitahukannya kepadamu, bukan dengan cara perintah, kerana ada banyak yang tidak berusaha untuk mentaati perintah-perintah-Ku.

23 Tetapi kepada dia yang mentaati perintah-perintah-Ku akan Aku berikan misteri-misteri kerajaan-Ku, dan orang yang sama itu akan terjadi dalam dirinya perigi air yang hidup, memancut pada kehidupan yang kekal.

24 Dan sekarang, lihatlah, inilah kehendak Tuhan Rajamu mengenai para orang suci-Nya, bahawa mereka harus berhimpun bersama ke negeri Sion, bukan dengan segera, agar jangan adanya kekeliruan, yang membawa wabak.

25 Lihatlah, negeri Sion—Aku, Tuhan, memegangnya dalam tangan-Ku sendiri;

26 Walaupun demikian, Aku, Tuhan, memberi kepada Kaisar benda-benda yang merupakan milik Kaisar.

27 Kerana itu, Aku Tuhan menghendaki bahawa kamu haruslah membeli tanah, agar kamu boleh memiliki kelebihan pada dunia, agar kamu boleh memiliki tuntutan hak ke atas dunia, agar mereka tidak dapat dihasut pada kemarahan.

28 Kerana Setan menaruhkannya di dalam hati mereka untuk marah terhadapmu, dan pada pertumpahan darah.

29 Kerana itu, negeri Sion tidak akan diperoleh melainkan dengan pembelian atau dengan darah, jika tidak, tiadalah warisan bagimu.

30 Dan jika dengan pembelian, lihatlah kamu diberkati;

31 Dan jika dengan darah, kerana kamu dilarang untuk menumpahkan darah, tengoklah, musuh-musuhmu berada pada dirimu, dan kamu akan dicambuk dari kota ke kota, dan dari saumaah ke saumaah, dan hanya sedikit yang akan bertahan untuk menerima warisan.

32 Aku, Tuhan, marah terhadap yang jahat; Aku menahan Roh-Ku daripada penduduk bumi.

33 Aku telah bersumpah dalam kemurkaan-Ku, dan mengisytiharkan peperangan di atas muka bumi, dan yang jahat akan membunuh yang jahat, dan ketakutan akan datang ke atas setiap manusia;

34 Dan para orang suci juga tidak akan terlepas dengan mudah; walaupun demikian, Aku, Tuhan, bersama mereka, dan akan turun di dalam syurga dari hadirat Bapa-Ku dan melahap yang jahat dengan api yang tidak dapat dipadamkan.

35 Dan lihatlah, ini belumlah terjadi, tetapi tidak lama lagi.

36 Kerana itu, melihatkan bahawa Aku, Tuhan, telah menetapkan segala hal ini di atas muka bumi, Aku menghendaki agar para orang suci-Ku haruslah berhimpun di atas negeri Sion;

37 Dan bahawa setiap orang haruslah mengambil kesolehan dalam tangannya dan kesetiaan pada auratnya, dan mengangkat suara peringatan kepada penduduk bumi; dan memaklumkan baik dengan kata-kata mahupun dengan berlari bahawa kemusnahan akan datang kepada yang jahat.

38 Kerana itu, biarlah para pengikut-Ku di Kirtland menguruskan urusan-urusan duniawi mereka, yang tinggal di atas tanah ladang ini.

39 Biarlah hamba-Ku Titus Billings, yang memiliki tugas pengurusan ke atasnya, menjualkan tanah itu, agar dia boleh dipersiapkan pada musim bunga yang akan datang untuk melakukan perjalanannya ke negeri Sion, bersama dengan mereka yang tinggal di atas permukaannya, kecuali mereka yang akan Aku simpan bagi diri-Ku, yang tidak akan pergi sehinggalah Aku akan memerintahkan mereka.

40 Dan biarlah semua wang yang dapat disimpan, tidaklah kisah bagi-Ku sama ada sedikit atau banyak, dikirimkan ke negeri Sion, kepada mereka yang telah Aku tetapkan untuk menerimanya.

41 Lihatlah, Aku, Tuhan, akan memberi kuasa kepada hamba-Ku Joseph Smith Jr. agar dia akan mampu untuk membezakan melalui Roh, mereka yang akan pergi ke negeri Sion, dan mereka dari antara para pengikut-Ku yang akan tinggal.

42 Biarlah hamba-Ku Newel K. Whitney mengekalkan kedainya, atau dengan perkataan lain, kedai itu, untuk suatu tempoh masa yang singkat.

43 Walaupun demikian, biarlah dia memberikan seluruh wang yang dapat dia berikan, untuk dikirimkan ke negeri Sion.

44 Lihatlah, hal-hal ini berada di dalam tangannya sendiri, biarlah dia melakukannya menurut kebijaksanaan.

45 Sesungguhnya Aku berfirman, biarlah dia ditahbiskan sebagai wakil bagi para pengikut yang akan tinggal, dan biarlah dia ditahbiskan pada kuasa ini;

46 Dan sekarang, segeralah kunjungilah jemaah-jemaah gereja, menghuraikan hal-hal ini kepada mereka, bersama dengan hamba-Ku Oliver Cowdery. Lihatlah, inilah kehendak-Ku, mendapatkan wang bahkan seperti yang telah Aku arahkan.

47 Dia yang setia dan bertahan akan mengatasi dunia.

48 Dia yang mengirimkan harta ke negeri Sion akan menerima warisan di dunia ini, dan pekerjaannya akan mengikutinya, dan juga ganjaran di dunia yang akan datang.

49 Ya, dan diberkatilah orang mati yang mati di dalam Tuhan, sejak dari sekarang, apabila Tuhan datang, dan hal-hal yang lama akan berlalu, dan segala hal menjadi baru, mereka akan bangkit dari yang mati dan tidak akan mati lagi, dan akan menerima warisan di hadapan Tuhan, di kota yang kudus itu.

50 Dan dia yang hidup apabila Tuhan datang, dan telah mempertahankan iman, diberkatilah dia; walaupun demikian, ianya telah ditetapkan bagi dia untuk mati pada usia manusia.

51 Kerana itu, anak-anak akan membesar sehingga mereka menjadi tua; orang-orang tua akan mati; tetapi mereka tidak akan tidur dalam debu, tetapi mereka akan diubah dalam sekelip mata.

52 Kerana itu, untuk tujuan inilah para rasul telah berkhutbah kepada dunia tentang kebangkitan orang mati.

53 Hal-hal ini adalah hal yang mesti kamu cari; dan, berbicara menurut cara Tuhan, ianya sekarang sudah di depan mata, dan pada waktu yang akan datang, bahkan pada hari kedatangan Putera Manusia.

54 Dan sehinggalah pada hari itu akan ada gadis-gadis perawan yang bodoh di kalangan yang bijak; dan pada masa itu datanglah suatu pemisahan menyeluruh di antara yang soleh dan yang jahat; dan pada hari itu Aku akan mengutuskan para malaikat-Ku untuk menarik yang jahat keluar dan mencampakkan mereka ke dalam api yang tidak dapat dipadamkan.

55 Dan sekarang, lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, Aku, Tuhan, tidak senang dengan hamba-Ku Sidney Rigdon; dia telah memuliakan diri dalam hatinya, dan tidak menerima nasihat, tetapi menyinggung Roh;

56 Kerana itu tulisannya tidak diterima oleh Tuhan, dan dia akan membuat yang lain; dan jika Tuhan tidak menerimanya, lihatlah dia tidak lagi berdiri pada jawatan yang telah Aku tetapkan padanya.

57 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, mereka yang berhasrat dalam hati mereka, dalam kelembutan hati, untuk memperingatkan para pendosa untuk bertaubat, biarlah mereka ditahbiskan pada kuasa ini.

58 Kerana ini adalah hari peringatan, dan bukanlah hari untuk banyak perkataan. Kerana Aku, Tuhan, tidak mahu diperbodohkan pada zaman akhir.

59 Lihatlah, Aku dari atas, dan kuasa-Ku berada di bawah. Aku berkuasa atas segalanya, dan di dalam segalanya, dan melalui segalanya, dan menyelidiki segala hal, dan harinya akan datang apabila segalanya akan tunduk kepada-Ku.

60 Lihatlah, Aku adalah Alfa dan Omega, bahkan Yesus Kristus.

61 Kerana itu, biarlah semua orang berhati-hati bagaimana mereka menggunakan nama-Ku di bibir mereka—

62 Kerana lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman, bahawa ada banyak yang berada di bawah penghukuman, yang menggunakan nama Tuhan, dan menggunakannya dengan sia-sia, tidak memiliki wewenang.

63 Kerana itu, biarlah gereja bertaubat dari dosa-dosa mereka, dan Aku, Tuhan, akan memiliki mereka; jika tidak mereka akan disingkirkan.

64 Ingatlah bahawa apa yang datang dari atas adalah kudus, dan mesti diucapkan dengan cermat, dan dengan desakan dari Roh; dan di dalamnya tidak ada penghukuman, dan kamu menerima Roh melalui doa; kerana itu, tanpanya penghukuman tetap ada.

65 Biarlah hamba-Ku, Joseph Smith Jr. dan Sidney Rigdon, carikan mereka sebuah rumah, sebagaimana mereka diajar melalui doa oleh Roh.

66 Hal-hal ini tetaplah mesti diatasi melalui kesabaran, agar orang yang seperti itu boleh menerima jumlah kemuliaan yang abadi, jika tidak, penghukuman yang lebih besar. Amin.