Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 52


Bahagian 52

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada para penatua Gereja, di Kirtland, Ohio, 6 Jun 1831. Sebuah persidangan telah diadakan di Kirtland, bermula pada tarikh 3 hari bulan dan berakhir pada tarikh 6 Jun. Dalam persidangan ini penahbisan khusus yang pertama pada jabatan imam tinggi diadakan, dan pernyataan tertentu roh-roh palsu dan memperdaya dibezakan dan ditegur.

1–2, Persidangan yang berikutnya dijadualkan untuk diadakan di Missouri; 3–8, Penetapan para penatua yang tertentu untuk melakukan perjalanan bersama dibuat; 9–11, Para penatua mesti mengajarkan apa yang para rasul dan nabi telah tuliskan; 12–21, Mereka yang diterangi oleh Roh menghasilkan buah-buah pujian dan kebijaksanaan; 22–44, Berbagai penatua ditetapkan untuk pergi mengkhutbahkan Injil semasa melakukan perjalanan ke Missouri untuk persidangan.

1 Lihatlah, demikianlah firman Tuhan kepada para penatua yang telah Dia panggil dan pilih pada zaman terakhir ini, melalui suara Roh-Nya—

2 Memfirmankan: Aku, Tuhan, akan memberitahukan kepadamu apa yang Aku kehendaki yang harus kamu lakukan dari waktu ini sehinggakah persidangan yang seterusnya, yang akan diadakan di Missouri, di atas tanah yang akan Aku baktikan bagi umat-Ku, yang merupakan bani Yakub yang selebihnya, dan mereka ialah para pewaris menurut perjanjian itu.

3 Kerana itu, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, biarlah hamba-Ku Joseph Smith Jr., dan Sidney Rigdon melakukan perjalanan mereka sesegera persediaan dapat dibuat untuk meninggalkan rumah mereka, dan melakukan perjalanan ke negeri Missouri.

4 Dan sejauh mereka setia kepada-Ku, ia akan diberitahukan kepada mereka apa yang harus mereka lakukan;

5 Dan ia juga akan, sejauh mereka setia, diberitahukan kepada mereka negeri warisanmu.

6 Dan sejauh mereka tidak setia, mereka akan disingkirkan, bahkan seperti yang Aku kehendaki, seperti yang kelihatannya baik bagi-Ku.

7 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, biarlah hamba-Ku Lyman Wight dan hamba-Ku John Corrill melakukan perjalanan mereka secepatnya;

8 Dan juga hamba-Ku John Murdock, dan hamba-Ku Hyrum Smith, melakukan perjalanan mereka ke tempat yang sama dengan melalui Detroit.

9 Dan biarlah mereka melakukan perjalanan dari sana mengkhutbahkan firman dalam perjalanan, tidak mengatakan hal-hal lain selain daripada apa yang para nabi dan rasul telah tuliskan, dan apa yang diajarkan kepada mereka oleh Penolong melalui doa dengan iman.

10 Biarlah mereka pergi berdua-dua, dan demikianlah biarlah mereka berkhutbah dalam perjalanan di dalam setiap jemaah gereja, membaptis dengan air, dan perletakan tangan di tepi air.

11 Kerana demikianlah firman Tuhan, Aku akan mempersingkatkan pekerjaan-Ku dalam kesolehan, kerana masanya datang apabila Aku akan menghantar penghakiman pada kemenangan.

12 Dan biarlah hamba-Ku Lyman Wight berhati-hati, kerana Setan berhasrat untuk mengayaknya seperti sekam.

13 Dan lihatlah, dia yang setia akan dijadikan pemerintah ke atas banyak hal.

14 Dan lagi, Aku akan memberi kepadamu sebuah panduan dalam segala hal, agar kamu tidak dapat diperdayakan; kerana Setan tersebar luas di atas tanah ini, dan dia pergi memperdayakan semua bangsa—

15 Kerana itu, dia yang berdoa, yang rohnya menyesal, orang yang sama diterima oleh-Ku jika dia mematuhi tatacara-tatacara-Ku.

16 Dia yang berbicara, yang rohnya menyesal, yang cara berbahasanya lembut dan meneguhkan, orang yang sama ialah daripada Tuhan jika dia mematuhi tatacara-tatacara-Ku.

17 Dan lagi, dia yang gementar di bawah kuasa-Ku akan dijadikan kuat, dan akan menghasilkan buah-buah pujian dan kebijaksanaan, menurut wahyu dan kebenaran yang telah Aku berikan kepadamu.

18 Dan lagi, dia yang dikuasai dan tidak menghasilkan buah-buah, bahkan menurut panduan ini, bukanlah daripada-Ku.

19 Kerana itu, dengan panduan ini kamu akan mengenali roh-roh dalam semua keadaan di bawah seluruh langit ini.

20 Dan masanya telah datang; menurut iman manusia ia akan terjadi kepada mereka.

21 Lihatlah, perintah ini diberikan kepada semua penatua yang telah Aku pilih.

22 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, biarlah hamba-Ku Thomas B. Marsh dan hamba-Ku Ezra Thayre melakukan perjalanan mereka juga, mengkhutbahkan firman dalam perjalanan ke tempat yang sama ini.

23 Dan lagi, biarlah hamba-Ku Isaac Morley dan hamba-Ku Ezra Booth melakukan perjalanan mereka, juga mengkhutbahkan firman dalam perjalanan ke tempat yang sama ini.

24 Dan lagi, biarlah hamba-Ku Edward Partridge dan Martin Harris melakukan perjalanan mereka bersama hamba-Ku Sidney Rigdon dan Joseph Smith Jr.

25 Biarlah hamba-Ku David Whitmer dan Harvey Whitlock juga mengadakan perjalanan mereka, dan berkhutbah dalam perjalanan ke tempat yang sama ini.

26 Dan biarlah hamba-Ku Parley P. Pratt dan Orson Pratt melakukan perjalanan mereka, dan berkhutbah dalam perjalanan, bahkan ke tempat yang sama ini.

27 Dan biarlah hamba-Ku Solomon Hancock dan Simeon Carter juga melakukan perjalanan mereka ke tempat yang sama ini, dan berkhutbah dalam perjalanan.

28 Biarlah hamba-Ku Edson Fuller dan Jacob Scott juga melakukan perjalanan mereka.

29 Biarlah hamba-Ku Levi W. Hancock dan Zebedee Coltrin juga melakukan perjalanan mereka.

30 Biarlah hamba-Ku Reynolds Cahoon dan Samuel H. Smith juga melakukan perjalanan mereka.

31 Biarlah hamba-Ku Wheeler Baldwin dan William Carter juga melakukan perjalanan mereka.

32 Dan biarlah kedua-dua hamba-Ku Newel Knight dan Selah J. Griffin ditahbiskan, dan juga melakukan perjalanan mereka.

33 Ya, sesungguhnya Aku berfirman, biarlah semua orang ini melakukan perjalanan mereka ke satu tempat, dalam beberapa laluan mereka, dan satu orang tidak seharusnya membangun di atas landasan orang yang lain, tidak juga perjalanan dilakukan di atas jejak orang lain.

34 Dia yang setia, ialah orang yang sama akan dilindungi dan diberkati dengan buah yang banyak.

35 Dan lagi, Aku berfirman kepadamu, biarlah hamba-Ku Joseph Wakefield dan Solomon Humphrey melakukan perjalanan mereka ke wilayah-wilayah sebelah timur;

36 Biarlah mereka bekerja bersama para keluarga mereka, tidak memaklumkan hal-hal lain selain para nabi dan rasul, apa yang telah mereka lihat dan dengar dan percayakan dengan pasti, bahawa nubuat-nubuat itu akan digenapi.

37 Sebagai akibat dari pelanggaran, biarlah apa yang diberikan kepada Heman Basset diambil daripadanya, dan ditempatkan ke atas kepala Simonds Ryder.

38 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, biarlah Jared Carter ditahbiskan sebagai imam, dan juga George James ditahbiskan sebagai imam.

39 Biarlah para penatua yang selebihnya menjaga jemaah-jemaah gereja, dan memaklumkan firman di wilayah-wilayah sekitar mereka; dan biarlah mereka bekerja dengan tangan mereka sendiri agar tidak ada pemujaan berhala tidak juga kejahatan diamalkan.

40 Dan ingatlah dalam segala hal yang miskin dan yang memerlukan, yang sakit dan yang sengsara, kerana dia yang tidak melakukan hal-hal ini, orang yang sama itu bukanlah pengikut-Ku.

41 Dan lagi, biarlah hamba-hamba-Ku Joseph Smith Jr., dan Sidney Rigdon dan Edward Partridge membawa bersama mereka sekeping rekomen dari gereja. Dan biarlah sekeping lagi didapatkan untuk hamba-Ku Oliver Cowdery juga.

42 Dan demikianlah, bahkan seperti yang telah Aku firmankan, jika kamu setia kamu akan berhimpun bersama untuk bersukacita di atas negeri Missouri, yang merupakan negeri warisanmu, yang merupakan negeri musuhmu sekarang.

43 Tetapi, lihatlah, Aku, Tuhan, akan mempercepatkan kota itu pada waktunya, dan akan memahkotai yang setia dengan kebahagiaan dan dengan kesukacitaan.

44 Lihatlah, Aku ialah Yesus Kristus, Putera Tuhan, dan Aku akan mengangkat mereka pada hari terakhir. Demikianlah. Amin.