Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 25


Bahagian 25

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Harmony, Pennsylvania, Julai 1830 (lihat pengenalan untuk bahagian 24). Wahyu ini menyatakan kehendak Tuhan kepada Emma Smith, isteri Nabi.

1–6, Emma Smith, seorang wanita terpilih, dipanggil untuk membantu dan menghiburkan suaminya; 7–11, Dia juga dipanggil untuk menulis, untuk menghuraikan tulisan suci, dan untuk memilih lagu-lagu rohani; 12–14, Nyanyian orang-orang yang soleh adalah doa kepada Tuhan; 15–16, Asas-asas kepatuhan dalam wahyu ini dikenakan kepada semua.

1 Dengarlah suara Tuhan Rajamu, semasa Aku berfirman kepadamu, Emma Smith, puteri-Ku; kerana sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, mereka semua yang menerima Injil-Ku adalah para putera dan puteri di dalam kerajaan-Ku.

2 Sebuah wahyu Aku berikan kepadamu tentang kehendak-Ku; dan jika engkau setia dan berjalan pada jalan berhemah di hadapan-Ku, Aku akan melindungi kehidupanmu, dan engkau akan menerima suatu warisan di Sion.

3 Lihatlah, dosa-dosamu diampuni bagimu, dan engkau ialah wanita terpilih, yang telah Aku panggil.

4 Janganlah merungut kerana hal-hal yang belum engkau lihat, kerana ia ditahan daripadamu dan dari dunia, yang adalah bijaksana di dalam Aku pada suatu masa yang akan datang.

5 Dan jabatan panggilanmu adalah sebagai penghiburan kepada hamba-Ku, Joseph Smith Jr., suamimu, dalam kesengsaraannya, dengan perkataan yang menenangkan, di dalam semangat kelembutan hati.

6 Dan engkau haruslah pergi bersamanya pada waktu pemergiannya, dan menjadi jurutulis kepadanya, semasa tidak ada sesiapa pun untuk menjadi jurutulis kepadanya, agar Aku boleh menghantar hamba-Ku, Oliver Cowdery, ke mana pun Aku kehendaki.

7 Dan engkau akan ditahbiskan di bawah tangannya untuk menghuraikan tulisan suci, dan untuk mendorong gereja, menurut yang akan diberikan kepadamu oleh Roh-Ku.

8 Kerana dia akan meletakkan tangannya ke atas dirimu, dan engkau akan menerima Roh Kudus, dan waktumu akan diberikan untuk menulis, dan untuk pembelajaran yang banyak.

9 Dan engkau tak perlu takut, kerana suamimu akan menyokong engkau di dalam gereja; kerana kepada merekalah panggilannya, agar segala hal boleh didedahkan kepada mereka, apa pun yang Aku kehendaki, menurut iman mereka.

10 Dan sesungguhnya Aku berfirman kepadamu bahawa engkau haruslah mengenepikan hal-hal dari dunia ini, dan mencari hal-hal yang lebih baik.

11 Dan akan diberikan kepadamu, juga, untuk membuat pilihan lagu-lagu rohani yang kudus, sebagaimana akan diberikan kepadamu, yang menyenangkan bagi-Ku, untuk dimiliki di dalam gereja-Ku.

12 Kerana jiwa-Ku senang akan nyanyian hati; ya, nyanyian orang-orang soleh adalah doa bagi-Ku, dan akan dijawab dengan sebuah berkat ke atas kepala mereka.

13 Kerana itu, angkatlah hatimu dan bersukacitalah, dan pautkanlah diri pada perjanjian-perjanjian yang telah engkau buat.

14 Teruskanlah di dalam semangat kelembutan hati, dan berhati-hatilah terhadap kesombongan. Biarlah jiwamu senang terhadap suamimu, dan kemuliaan yang akan datang ke atas dirinya.

15 Taatilah perintah-perintah-Ku secara berterusan, dan mahkota kebenaran akan engkau terima. Dan melainkan engkau melakukan ini, di mana Aku berada kamu tidak dapat datang.

16 Dan sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa inilah suara-Ku kepada semua. Amin.