Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 106


Bahagian 106

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 25 November 1834. Wahyu ini diarahkan kepada Warren A. Cowdery, abang Oliver Cowdery.

1–3, Warren A. Cowdery dipanggil sebagai ketua pemimpin tempatan; 4–5, Kedatangan Kedua tidak akan mendatangi anak-anak cahaya bagaikan pencuri; 6–8, Berkat-berkat besar menyusuli pelayanan yang setia di dalam Gereja.

1 Adalah kehendak-Ku bahawa hamba-Ku Warren A. Cowdery harus ditetapkan dan ditahbiskan sebagai ketua imam tinggi ke atas gereja-Ku, di negeri aFreedom dan di wilayah-wilayah sekitarnya;

2 Dan harus mengkhutbahkan Injil kekal-Ku, dan mengangkat suaranya dan memperingatkan orang-orang itu, bukan hanya di tempatnya sendiri, tetapi di daerah-daerah yang berdekatan;

3 Dan menumpukan seluruh waktunya pada pemanggilan yang tinggi dan kudus ini, yang Aku berikan kepadanya sekarang, amencari dengan tekun bkerajaan syurga dan kebenarannya, dan segala sesuatu yang perlu akan ditambahkan kepadanya; kerana cpekerja layak menerima upahnya.

4 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, akedatangan Tuhan bsemakin dekat, dan ia akan mendatangi dunia bagaikan cpencuri pada malam hari—

5 Oleh kerana itu, sediakanlah dirimu, agar kamu boleh menjadi anak-anak acahaya, dan hari itu tidak akan bmendatangimu bagaikan pencuri.

6 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, adanya kebahagiaan di dalam syurga apabila hamba-Ku Warren tunduk pada cokmar-Ku, dan memisahkan dirinya dari kelicikan manusia;

7 Oleh kerana itu, diberkatilah hamba-Ku Warren, kerana Aku akan berbelas kasihan kepadanya; dan, meskipun akesombongan hatinya, Aku akan mengangkatnya sejauh dia mahu merendahkan hatinya di hadapan-Ku.

8 Dan Aku akan memberinya arahmat dan keyakinan yang dengannya dia boleh bertahan; dan jika dia terus menjadi saksi yang setia dan cahaya bagi gereja, Aku telah sediakan sebuah mahkota baginya di btempat-tempat kediaman Bapa-Ku. Demikianlah. Amin.