Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 98


Bahagian 98

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 6 Ogos 1833. Wahyu ini datang sebagai akibat dari penganiayaan ke atas para Orang Suci di Missouri. Penambahan tempat tinggal ahli Gereja di Missouri menyusahkan beberapa peneroka yang terasa diancam oleh bilangan Orang Suci, pengaruh politik dan ekonomi, dan perbezaan kebudayaan dan keagamaan. Pada Julai 1833, sekumpulan perusuh memusnahkan harta Gereja, menyeksa dengan tar dan bulu terhadap dua ahli Gereja, dan berkeras hendak mengusir para Orang Suci dari Jackson County. Walaupun beberapa berita tentang masalah-masalah di Missouri telah sampai kepada Nabi di Kirtland tanpa keraguan (sembilan ratus batu jauhnya), keseriusan situasi itu dapat diketahui olehnya pada tarikh ini hanya melalui wahyu.

1–3, Kesengsaraan para Orang Suci adalah demi kebaikan mereka; 4–8, Para Orang Suci mesti menyokong hukum negara berdasarkan undang-undang perlembagaan; 9–10, Orang-orang yang jujur, bijak, dan baik harus disokong untuk pemerintahan duniawi; 11–15, Mereka yang menyerahkan nyawa mereka dalam perkara Tuhan akan memperoleh kehidupan abadi; 16–18, Tinggalkan peperangan dan khabarkanlah kedamaian; 19–22, Para Orang Suci di Kirtland ditegur dan diperintahkan untuk bertaubat; 23–32, Tuhan memberitahukan hukum-hukum-Nya yang mengatur penganiayaan dan kesengsaraan yang dikenakan kepada umat-Nya; 33–38, Perang hanya dibenarkan apabila Tuhan memerintahkannya; 39–48, Para Orang Suci mesti mengampuni musuh mereka, yang, jika mereka bertaubat, juga akan terlepas dari pembalasan Tuhan.

1 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu teman-teman-Ku, ajanganlah takut, biarlah hatimu terhibur; ya, bersukacitalah selamanya, dan bberterima kasihlah dalam setiap hal;

2 aMenunggu Tuhan dengan sabar, kerana doa-doamu telah masuk ke dalam telinga Tuhan Sabaot, dan dicatat dengan meterai dan perjanjian ini—Tuhan telah bersumpah dan menetapkan bahawa ianya akan dikabulkan.

3 Oleh kerana itu, Dia memberikan janji ini kepadamu, dengan sebuah perjanjian yang tidak berubah bahawa ia akan digenapi; dan segala hal yang kamu telah adisengsarakan dengannya akan bekerja bersama demi kebaikanmu, dan demi kemuliaan nama-Ku, firman Tuhan.

4 Dan sekarang, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu mengenai undang-undang negara, ianya adalah kehendak-Ku bahawa umat-Ku harus berusaha keras untuk melakukan segala hal apa pun yang Aku perintahkan kepada mereka.

5 Dan ahukum negara itu yang adalah bberdasarkan undang-undang perlembagaan, menyokong asas kebebasan dalam memelihara hak dan keistimewaan, adalah kepunyaan seluruh umat manusia, dan dapat dipersolehkan di hadapan-Ku.

6 Oleh kerana itu, Aku, Tuhan, mempersolehkanmu, dan saudara-saudaramu dari gereja-Ku, dalam menyokong hukum itu yang merupakan undang-undang negara berdasarkan undang-undang perlembagaan;

7 Dan berhubung dengan hukum manusia, apa pun yang lebih atau kurang daripada ini, datang dari yang jahat.

8 Aku, Tuhan Raja, menjadikanmu abebas, oleh kerana itu kamu sudah tentunya bebas; dan hukum juga menjadikanmu bebas.

9 Walaupun demikian, apabila yang ajahat berkuasa orang-orang itu berduka.

10 Kerana itu, orang ajujur dan orang bijak harus dicari dengan tekun, dan orang baik dan orang bijak harus kamu sokong; jika tidak apa pun yang kurang daripada ini datang daripada yang jahat.

11 Dan Aku memberi kepadamu sebuah perintah, bahawa kamu harus meninggalkan segala kejahatan dan berpegang teguh pada segala kebaikan, agar kamu akan hidup dengan setiap afirman yang keluar daripada mulut Tuhan.

12 Kerana Dia akan amemberikan kepada yang setia baris demi baris, ajaran demi ajaran; dan Aku akan bmencubaimu dan mengujimu dengan ini.

13 Dan barang siapa amenyerahkan nyawanya dalam tujuan-Ku, demi kepentingan nama-Ku, akan menemukannya kembali, bahkan kehidupan yang abadi.

14 Oleh kerana itu, janganlah atakut kepada musuhmu, kerana telah Aku tetapkan dalam hati-Ku, firman Tuhan, bahawa Aku akan bmengujimu dalam segala hal, sama ada kamu akan mematuhi perjanjian-Ku, bahkan sehingga ckematian, agar kamu boleh didapati layak.

15 Kerana jika kamu tidak mahu mematuhi perjanjian-Ku kamu tidak layak bagi-Ku.

16 Oleh kerana itu, atinggalkanlah bperang dan maklumkanlah ckedamaian, dan usahakanlah dengan tekun untuk dmemalingkan hati anak-anak kepada nenek moyang mereka, dan hati nenek moyang kepada anak-anak;

17 Dan lagi, hati abangsa Yahudi kepada para nabi, dan para nabi kepada bangsa Yahudi; agar jangan Aku datang dan menghentam seluruh bumi dengan kutukan, dan semua manusia dijilat api di hadapan-Ku.

18 Janganlah biarkan hatimu susah; kerana di dalam rumah Bapa-Ku ada abanyak tempat tinggal, dan Aku telah menyediakan sebuah tempat bagimu; dan di mana Bapa-Ku dan Aku berada, di sanalah kamu akan berada juga.

19 Lihatlah, Aku, Tuhan, tidak terlalu berkenan dengan banyak orang yang berada di dalam jemaah gereja di Kirtland;

20 Kerana mereka tidak meninggalkan dosa-dosa mereka, dan jalan mereka yang jahat, kesombongan hati mereka, dan ketamakkan mereka, dan segala hal mereka yang menjijikkan, dan mematuhi firman kebijaksanaan dan kehidupan kekal yang telah Aku berikan kepada mereka.

21 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa Aku, Tuhan, akan amenghukum mereka dan akan melakukan apa pun yang Aku inginkan, jika mereka tidak bertaubat dan mematuhi segala hal apa pun yang telah Aku firmankan kepada mereka.

22 Dan lagi Aku berfirman kepadamu, jika kamu berusaha keras untuk amelakukan apa pun yang Aku perintahkan kepadamu, Aku, Tuhan, akan memalingkan segala kemurkaan dan kemarahan daripadamu, dan bgerbang-gerbang neraka tidak akan berjaya melawanmu.

23 Sekarang, Aku berfirman kepadamu mengenai keluargamu—jika manusia akan amenghantammu, atau keluargamu, sekali saja, dan kamu menahannya dengan sabar dan tidak mencaci mereka, tidak juga mencari pembalasan dendam, kamu akan diberi ganjaran;

24 Tetapi jika kamu tidak menahannya dengan sabar, ia akan diambil kira kepadamu sebagai hukuman adil yang asetimpal kepadamu.

25 Dan lagi, jika musuhmu akan menghentammu pada kedua kalinya, dan kamu tidak mencaci musuhmu, dan menahannya dengan sabar, ganjaranmu akan menjadi seratus kali lipat.

26 Dan lagi, jika dia akan menghentammu pada ketiga kalinya, dan kamu menahannya dengan asabar, ganjaranmu akan digandakan empat kali ganda;

27 Dan tiga kesaksian ini akan berdiri menentang musuhmu jika dia tidak bertaubat, dan tidak akan disingkirkan.

28 Dan sekarang, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, jika musuh itu akan terlepas dari pembalasan-Ku, sehingga dia tidak dibawa pada penghakiman di hadapan-Ku, maka kamu harus memastikan bahawa kamu akan amemperingatkannya dalam nama-Ku, agar dia tidak lagi menyerangmu, tidak juga keluargamu, bahkan anak-anak kepada anak-anakmu sehingga generasi yang ketiga dan keempat.

29 Dan kemudian, jika dia akan menyerangmu atau anak-anakmu, atau anak-anak kepada anak-anakmu sehingga generasi ketiga dan keempat, Aku telah menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu;

30 Dan kemudian jika engkau akan membiarkan dia hidup, engkau akan diberi ganjaran kerana kesolehanmu; dan juga anak-anakmu dan anak-anak kepada anak-anakmu sehingga generasi ketiga dan keempat.

31 Walaupun demikian, musuhmu berada dalam tanganmu; dan jika engkau memberi ganjaran kepadanya menurut pekerjaannya engkau dipersolehkan; jika dia telah mengancam nyawamu, dan nyawamu terancam olehnya, musuhmu berada dalam tanganmu dan engkau dipersolehkan.

32 Lihatlah, inilah hukum yang Aku berikan kepada hamba-Ku Nefi, dan abapamu, Yusuf, dan Yakub, dan Ishak, dan Abraham, dan semua nabi dan rasul-Ku zaman dahulu.

33 Dan lagi, inilah ahukum yang Aku berikan kepada umat-Ku zaman dahulu, bahawa mereka tidak akan pergi bertempur melawan negara, kaum, bahasa, atau bangsa mana pun, kecuali Aku, Tuhan, perintahkan kepada mereka.

34 Dan jika negara, bahasa, atau bangsa mana pun akan mengisytiharkan peperangan menentang mereka, mereka pertamanya harus mengangkat suatu panji akedamaian kepada bangsa, negara, atau bahasa itu;

35 Dan jika orang-orang itu tidak menerima tawaran perdamaian, tidak juga pada kali kedua tidak juga pada kali ketiga, mereka harus membawa kesaksian ini ke hadapan Tuhan;

36 Maka Aku, Tuhan, akan memberikan kepada mereka sebuah perintah, dan mempersolehkan mereka dalam pergi bertempur melawan negara, bahasa, atau bangsa itu.

37 Dan Aku, Tuhan, akan aberperang bagi pertempuran mereka, dan pertempuran anak-anak mereka, dan anak-anak kepada anak-anak mereka, sehingga mereka telah membalas dendam kepada semua musuh mereka, sehingga generasi ketiga dan keempat.

38 Lihatlah, inilah sebuah contoh kepada semua orang, firman Tuhan Rajamu, untuk persolehan di hadapan-Ku.

39 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, jika selepas musuhmu menyerang engkau pertama kalinya, dia bertaubat dan datang kepadamu memohon pengampunanmu, engkau harus mengampuninya, dan tidak lagi menganggapnya sebagai kesaksian menentang musuhmu—

40 Dan seterusnya sehingga yang kedua dan ketiga kalinya; dan sesering musuhmu bertaubat dari pelanggaran yang telah dia langgar terhadapmu, engkau harus amengampuninya, sehingga tujuh puluh kali tujuh.

41 Dan jika dia melanggar terhadapmu dan tidak bertaubat pada kali pertama, walau bagaimanapun engkau harus mengampuninya.

42 Dan jika dia melanggar terhadapmu pada kali kedua, dan tidak bertaubat, walaupun demikian engkau haruslah mengampuninya.

43 Dan jika dia melanggar terhadapmu pada kali ketiga, dan tidak bertaubat, engkau juga harus mengampuninya.

44 Tetapi jika dia melanggar terhadapmu pada kali keempat janganlah engkau mengampuninya, tetapi harus membawa kesaksian ini ke hadapan Tuhan; dan ianya tidak akan dihapuskan sehingga dia bertaubat dan memberi ganjaran kepadamu empat kali ganda dalam semua hal yang dia telah langgar terhadapmu.

45 Dan jika dia melakukan ini, engkau harus mengampuninya dengan sepenuh hatimu; dan jika dia tidak melakukan ini, Aku, Tuhan, akan amembalaskan bagimu terhadap musuhmu seratus kali ganda;

46 Dan ke atas anak-anaknya, dan ke atas anak-anak kepada anak-anaknya daripada mereka semua yang membenci-Ku, sehingga generasi aketiga dan keempat.

47 Tetapi jika anak-anak itu akan bertaubat, atau anak-anak kepada anak-anak itu, dan aberpaling kepada Tuhan Raja mereka, dengan sepenuh hati mereka dan dengan sepenuh daya, fikiran, dan kekuatan mereka, dan memulihkan empat kali ganda untuk semua pelanggaran mereka yang mereka telah langgar, atau dengan apa yang nenek moyang mereka, atau nenek moyang dari ayah mereka, maka kemarahanmu harus dipalingkan;

48 Dan apembalasan tidak akan datang lagi ke atas diri mereka, firman Tuhan Rajamu, dan pelanggaran mereka tidak akan pernah dibawa lagi sebagai kesaksian di hadapan Tuhan menentang mereka. Amin.