Bahagian 67
Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Hiram, Ohio, awal November 1831. Kejadiannya adalah sebuah persidangan khusus, dan penerbitan wahyu-wahyu yang telah diterima daripada Tuhan melalui Nabi dipertimbangkan dan dijalankan (lihat pengenalan untuk bahagian 1). William W. Phelps telah membina mesin pencetakan Gereja di Independence, Missouri. Persidangan telah memutuskan untuk menerbit wahyu ini di dalam Book of Commandments (Kitab Perintah) dan mencetak 10,000 salinan (sebab kesulitan yang tidak dijangka telah dikurang ke 3,000 salinan). Ramai saudara memberikan kesaksian yang khusyuk bahawa wahyu-wahyu yang pada waktu itu disusun untuk penerbitan adalah sungguh benar, sebagaimana dipersaksikan oleh Roh Kudus yang dicurahkan ke atas diri mereka. Sejarah Joseph Smith mencatatkan bahawa setelah wahyu yang dikenali sebagai bahagian 1 telah diterima, beberapa percakapan negatif terjadi tentang bahasa yang digunakan dalam wahyu-wahyu itu. Maka wahyu ini menyusul.
1–3, Tuhan mendengar doa dan mengawasi para penatua-Nya; 4–9, Dia mencabar orang yang paling bijak untuk meniru sebahagian kecil dari wahyu-wahyu-Nya; 10–14, Para penatua yang setia akan dihidupkan oleh Roh dan melihat muka Tuhan.
1 Lihat dan dengarlah, Wahai kamu para penatua gereja-Ku, yang telah berhimpun bersama, yang doa-doanya telah Aku dengari, dan yang hatinya Aku ketahui, dan yang hasratnya telah sampai ke hadapan-Ku.
2 Lihat dan tengoklah, mata-Ku adalah ke atas dirimu, langit dan bumi ada di dalam tangan-Ku, dan kekayaan keabadian adalah milik-Ku untuk diberikan.
3 Kamu berusaha untuk percaya bahawa kamu akan menerima berkat yang ditawarkan kepadamu; tetapi lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu ada perasaan takut di dalam hatimu, dan sesungguhnya inilah sebab kamu tidak menerimanya.
4 Dan sekarang, Aku, Tuhan, memberi kepadamu sebuah kesaksian tentang kebenaran akan perintah-perintah ini yang terletak di hadapanmu.
5 Matamu memandang ke atas hamba-Ku Joseph Smith Jr., dan cara berbahasanya telah kamu ketahui, dan ketidaksempurnaannya telah kamu ketahui; dan kamu telah mencari dalam hatimu pengetahuan agar kamu boleh menyampaikan lebih baik dari cara bahasanya; ini juga kamu ketahui.
6 Sekarang, carilah kamu dari Kitab Perintah-perintah, bahkan sebahagian kecil yang ada di dalamnya, dan pilihlah seorang yang paling bijak di antara kamu;
7 Atau, jika ada sesiapa pun di antara kamu yang akan membuat satu yang sama sepertinya, maka kamu dibenarkan untuk mengatakan bahawa kamu tidak tahu bahawa ia adalah benar;
8 Tetapi jika kamu tidak dapat membuat satu yang sama sepertinya, kamu berada di bawah kutukan jika kamu tidak memberikan kesaksian bahawa ia adalah benar.
9 Kerana kamu tahu bahawa tidak ada ketidaksolehan di dalamnya, dan apa yang soleh turun dari syurga, daripada Bapa bagi cahaya.
10 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu bahawa ini adalah hak istimewamu, dan sebuah janji Aku berikan kepadamu yang telah ditetapkan pada pelayanan ini, bahawa sejauh mana kamu melucutkan dirimu dari hasad dengki dan perasaan takut, dan merendahkan hatimu di hadapan-Ku, kerana kamu belum cukup rendah hati, tirai akan terkoyak dan kamu akan melihat-Ku dan mengetahui bahawa Aku ada—bukan dengan fikiran badaniah dan juga alamiah, tetapi dengan yang rohani.
11 Kerana tiada seorang pun yang telah melihat Tuhan pada bila-bila masa pun dalam keadaan daging, kecuali dihidupkan oleh Roh Tuhan.
12 Tiada juga sesiapa pun manusia alamiah dapat bertahan dalam hadirat Tuhan, tidak juga menurut fikiran badaniah.
13 Kamu tidak dapat bertahan di dalam hadirat Tuhan sekarang, tidak juga pelayanan para malaikat; kerana itu, teruskanlah bersabar sehingga kamu disempurnakan.
14 Janganlah biarkan fikiranmu berubah; dan apabila kamu layak, pada waktu-Ku sendiri yang tepat, kamu akan melihat dan mengetahui apa yang dianugerahkan ke atas dirimu melalui tangan hamba-Ku Joseph Smith Jr. Amin.