Memandang kepada Tuhan dan Hidup
Hanya dengan memandang kepada Tuhan, individu, keluarga, dan bangsa boleh berkembang.
Bulan Jun lalu, satu kemalangan dahsyat berlaku di negeri Lesotho di Afrika selatan. Sebuah bas kecil dipenuhi 20 remaja puteri Cabang Gereja Maputsoe dan tujuh pemimpin menuju ke ibu kota, Maseru, untuk perhimpunan remaja puteri dari daerah mereka. Semasa perjalanan mereka di lebuh raya pada waktu pagi, sebuah kereta dari arah bertentangan, cuba memotong kenderaan lain, masuk ke lorong bas tersebut. Ia berlaku dalam sekelip mata, dan dalam beberapa saat kenderaan tersebut berlanggar, berguling, dan meletup.
15 orang mati dalam kemalangan itu, termasuk enam remaja puteri, dua pemimpin Remaja Puteri, dan presiden cabang dan isterinya. Mangsa yang terselamat, ahli keluarga, dan rakan-rakan dipenuhi pelbagai emosi, termasuk kemarahan, kemurungan, dan juga rasa bersalah. Walau bagaimanapun, mereka saling menghiburkan dan berpaling kepada Tuhan untuk mendapatkan ketenangan melalui muzik kudus, tulisan suci, dan doa. Setso’ana Selebeli berumur tujuh belas tahun yang terselamat bersaksi, “Yesus Kristus mengasihi dan bersama kita, walaupun kita bersedih.”
Seorang remaja puteri dan pemimpin yang berada di hospital untuk rawatan melecur, mengkaji Kitab Mormon bersama. Seorang berkata, “Kebelakangan ini, kami membaca dalam Moroni, dan perasaan saya diluahkan di dalamnya. … Apabila dia berucap, ia seperti mengatakan, ‘Anda perlu belajar kata-kata ini kerana ia ditulis untuk membantu anda melalui ini.’”
Pada pengebumian gabungan bagi mereka yang meninggal, Ahli Kawasan Tujuh Puluh Elder Siyabonga Mkhize menasihati, “Kita harus berpaling kepada Tuhan dan memohon penghiburan dan … melegakan hati yang terluka.” Presiden Remaja Puteri dari Cabang Leribe, Mampho Makura, menggesa; “Berpalinglah kepada Tuhan, dan cari kekuatan untuk menerima kehendak-Nya. Yesus Kristus ialah ‘permulaan sehingga akhir [iman]’ [Ibrani 12:2]. Janganlah berpaling, tetapi pandanglah Dia.”
Pandanglah Dia. Kata-katanya mengulangi nasihat Alma kepada anaknya Helaman: “Pastikanlah bahawa kamu memandang kepada Tuhan dan hidup.” Alma menyebut pengalaman Lehi dan bangsanya dengan Liahona: “Sama mudahnya untuk mengendahkan firman Kristus, yang akan menunjuk kepadamu suatu laluan yang lurus sampai kepada kebahagiaan abadi, seperti halnya bagi nenek moyang kita untuk mengendahkan kompas ini, yang akan menunjukkan kepada mereka suatu laluan yang lurus ke negeri yang dijanjikan.” Alma berkata; “Jika mereka akan memandang mereka boleh hidup. … Dan jika kita … memandang kita boleh hidup selamanya.”
Pada masa lain, Alma memetik contoh ular logam yang dibangkitkan oleh Musa ketika orang Israel zaman purba disengsarakan oleh ular-ular berapi. Tuhan mengarah Musa untuk membuat patung ular dan meletaknya pada sebatang tiang dengan janji “supaya sesiapa yang dipatuk ular boleh memandang ular daripada logam itu, lalu sembuh.” Alma menjelaskan bahawa patung logam itu adalah lambang Kristus yang akan diangkat di atas kayu salib. Ramai memandang dan hidup, tetapi yang lain, Alma katakan, “begitu keras” sehingga mereka tidak akan memandang dan binasa.
Alma bertanya:
“Jika kamu dapat disembuhkan dengan cuma melihat dengan matamu agar kamu boleh disembuhkan, tidakkah kamu akan melihat dengan cepat, ataukah kamu lebih suka mengeraskan hatimu dalam ketidakpercayaan, dan menjadi malas, menyebabkan kamu tidak mahu melihat dengan matamu, menyebabkan kamu binasa?
“… Maka lihatlah dengan matamu dan mulalah percaya kepada Putera Tuhan, bahawa Dia akan datang untuk menebus umat-Nya, dan bahawa Dia akan menderita dan mati untuk menebuskan dosa-dosa mereka; dan bahawa Dia akan bangkit lagi dari yang mati, yang akan mendatangkan kebangkitan, agar semua orang akan berdiri di hadapan-Nya, untuk dihakimi pada hari terakhir dan hari penghakiman menurut perbuatan mereka.”
Sudah tentu, nasihat “memandang kepada Tuhan dan hidup” ada makna untuk kita bukan hanya keabadian tetapi membuat perbezaan dalam watak dan kualiti kehidupan fana kita. Ingat kata-kata Sister Selebeli—”Yesus Kristus mengasihi dan bersama kita, walaupun kita bersedih.”
Memang begitu sifat dunia yang telah jatuh—di mana iblis mengamuk dan semua orang tidak sempurna—bahawa akan ada kekecewaan dan kesalahan, penderitaan dan kesedihan, kegagalan dan kehilangan, penganiayaan dan ketidakadilan. Hanya dengan memandang kepada Tuhan, individu, keluarga, dan bangsa boleh berkembang. Presiden Russell M. Nelson ajarkan, “Melalui Korban tebusan Juruselamat yang tidak terhingga, dia menebus setiap orang daripada kelemahan, kesilapan dan dosa. Dia juga alami setiap kesakitan, kebimbangan dan beban yang anda pernah alami [lihat Alma 7:11–13], Jadi, apabila anda benar-benar bertaubat dan cari bantuan-Nya, anda boleh mengatasi dunia yang tidak menentu ini.”
Tiada janji yang lebih kerap diulangi dalam Kitab Mormon daripada ini: “Sejauh mana kamu mentaati perintah-perintah-Ku, kamu akan makmur di negeri ini; tetapi sejauh mana kamu tidak mentaati perintah-perintah-Ku, kamu akan disingkirkan dari hadirat-Ku.” Pengalaman hidup orang-orang Kitab Mormon yang berabad-abad menunjukkan kebenaran kata-kata ini. “Makmur” bermaksud menikmati bimbingan dan berkat syurga dalam kehidupan mereka. “Makmur” bermaksud memperoleh tahap kesejahteraan ekonomi yang membolehkan mereka berkahwin, membesarkan keluarga, dan untuk melayani keperluan orang lain. “Makmur” termasuk keupayaan untuk bangkit atas kesusahan dan percubaan. Melalui rahmat Kristus, “segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi [mereka],” menyempurnakan mereka, dan memperdalamkan hubungan mereka dengan-Nya.
Alma menjelaskan bahawa memandang kepada Tuhan adalah mematuhi perintah-perintah-Nya, berseru secara berterusan untuk sokongan-Nya, berunding dengan-Nya dalam segala perbuatan, dan biarlah hatimu penuh dengan kesyukuran kepada Tuhan siang dan malam. Perintah dan nasihat Tuhan terdapat dalam tulisan suci dan kata-kata para hamba-Nya. Asas-asas dan ideal yang ditunjukkan dalam “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” adalah contoh utama. Satu lagi adalah bimbingan yang terdapat dalam risalah Untuk Kekuatan Remaja. Tema Remaja Putera dan Remaja Puteri tahun ini adalah “Lihatlah kepada Kristus,” yang diambil dari arahan Tuhan kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery: “Lihatlah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut.” Untuk Kekuatan Remaja bercakap mengenai beberapa perintah dan standard Tuhan yang paling penting dan mengajar bagaimana untuk memandang kepada Tuhan dalam membuat keputusan yang baik. Ia bukan sahaja panduan untuk remaja tetapi untuk kita semua.
Satu contoh yang sangat penting, Untuk Kekuatan Remaja mempunyai bimbingan penting dalam bab bertajuk “Tubuh Anda Adalah Kudus.” Ia menyatakan: “Perlakukan tubuh anda—dan tubuh orang lain—dengan hormat. Semasa anda membuat keputusan tentang pakaian, gaya rambut, dan penampilan anda, tanya diri anda, “Adakah saya menghormati tubuh saya sebagai kurnia kudus daripada Tuhan?”
Untuk Kekuatan Remaja juga menyatakan, “Jaga seks dan perasaan seksual dengan kudus. Ini tidak harus dijadikan subjek gurauan atau hiburan. Di luar perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, adalah salah untuk menyentuh bahagian peribadi dan kudus tubuh orang lain walaupun berpakaian. Dalam membuat pilihan mengenai perkara yang anda lakukan, lihat, baca, dengar, fikirkan, siarkan atau hantar dalam mesej teks, elakkan apa-apa yang berniat untuk membangkitkan emosi bernafsu pada orang lain atau diri anda sendiri.”
Ini mengingatkan nasihat Presiden Nelson baru-baru ini:
“Beberapa hal akan merumitkan kehidupan anda dengan lebih cepat daripada melanggar hukum ilahi ini. Bagi mereka yang telah membuat perjanjian dengan Tuhan, keadaan tidak berakhlak adalah salah satu cara yang paling cepat untuk kehilangan kesaksian anda.
“… Kuasa untuk mencipta nyawa adalah satu hak istimewa ketuhanan yang Bapa Syurgawi benarkan anak-anak fana-Nya untuk jalankan. Oleh itu, Tuhan menetapkan garis panduan yang jelas untuk penggunaan kuasa ilahi yang hidup ini. Keintiman jasmani hanya untuk seorang lelaki dan seorang wanita yang telah berkahwin dengan satu sama lain.
“Kebanyakan dunia tidak mempercayai ini, tetapi pendapat umum bukanlah penentu kebenaran. Tuhan telah mengisytiharkan bahawa tidak ada orang yang tidak bersih akan mencapai kerajaan selestial. … Dan jika anda telah melanggar, saya merayu kepada anda untuk bertaubat. Datanglah kepada Kristus dan menerima janji-Nya tentang pengampunan yang lengkap semasa anda bertaubat sepenuhnya dari dosa-dosa anda [lihat Yesaya 1:16–18; Ajaran dan Perjanjian 58:42–43].”
Ingatlah bahawa dalam janji Kitab Mormon, bertentangan dengan kemakmuran bukanlah kemiskinan—ia adalah penyingkiran dari hadirat Tuhan. Hadirat-Nya merujuk kepada pengaruh Roh-Nya dalam kehidupan seseorang. Semua dipenuhi dengan Cahaya Kristus apabila mereka datang ke dunia. Sebagai tambahan, ada yang bertindak untuk dibaptiskan dan menerima kurnia dan menambah cahaya Roh Kudus. Dia membawa ilham dan bimbingan, meningkatkan dan sempurnakan kurnia dan kebolehan asli seseorang, dan bantu mengelakkan pengaruh jahat, keputusan buruk, dan jalan buntu.
Seperti anda, saya tahu ada yang pernah menikmati kurnia Roh Kudus tetapi hilang berkat itu kerana gagal mematuhi perintah-perintah Tuhan. Ada situasi di mana seseorang ini ditarik keahlian Gerejanya kerana pelanggaran. Dia berkata bahawa reaksi awalnya adalah tersinggung. Dia rasa dihakimi oleh pemimpin yang tidak sempurna. Dia tahu kelakuannya adalah salah, tetapi dia merasionalkannya dengan menunjuk kepada kesalahan dan kegagalan orang lain. Selepas beberapa ketika, dia mula berasa selesa dalam gaya hidup di luar Gereja tanpa kewajipan panggilan dan harapan untuk menghadiri penyembahan dan melayani orang lain.
Ini berterusan untuk suatu masa, tetapi dia mula rasa lebih selesa dengan ketiadaan Roh Kudus—hadirat Tuhan—dalam hidupnya. Melalui pengalaman, dia tahu bagaimana perasaan ada penghiburan, bimbingan, dan keyakinan yang dibawa oleh Roh, dan dia merinduinya. Akhirnya, dia melakukan apa yang diperlukan untuk bertaubat dan melayakkan dirinya sekali lagi untuk pembaptisan air dan Roh.
Seakan tiada penghujung sumber berbeza yang orang akan cari untuk makna, kebahagiaan dan bantuan. Kebanyakan “memandang melampaui sasaran.” Tetapi kita tidak perlu menjadi “anak-anak lagi, yang diumbang-ambingkan dan ditiup ke sana sini oleh angin ajaran orang licik [atau fesyen].” Dalam memandang kepada Tuhan, kita mendapat kedamaian dalam kesukaran dan iman kita boleh terus berkembang walaupun pada masa keraguan dan cabaran rohani. Kita boleh menerima kekuatan semasa menghadapi pertentangan dan pengasingan. Kita boleh menyelaraskan ideal dengan realiti masa kini. Sememangnya, tiada jalan lain daripada apa yang Tuhan sendiri telah tahbiskan: “Berpalinglah kepada-Ku sekarang hai bangsa-bangsa di seluruh dunia, supaya kamu diselamatkan! Akulah satu-satunya Tuhan, selain Aku, tiada yang lain.”
Memandang kepada Tuhan bermaksud Dia bukan hanya salah satu keutamaan kita; sebaliknya, Dia adalah keutamaan tertinggi kita. Saya ingin membangkitkan lagi kemalangan yang menyedihkan di Lesotho Jun lepas. Dari katil hospitalnya, seorang pemimpin Remaja Puteri yang terselamat, yang tidak percaya kepada Tuhan sebelum menyertai Gereja, berkata bahawa tujuannya sekarang adalah untuk mengetahui mengapa dia diselamatkan. “Melayani Tuhan secara berterusan adalah cara saya akan mendapat jawapan, jika saya mendapat jawapan,” katanya. “Saya pernah berfikir bahawa saya mengasihi Tuhan, tetapi sekarang saya benar-benar mengasihi-Nya. Sekarang Dialah keutamaan [nombor satu] dalam hidup saya.”
Saya bersaksi tentang Bapa, Putera, dan Roh Kudus, yang dalam kesatuan sempurna dalam firman, fikiran, tujuan, dan tindakan, adalah Tuhan, yang kita boleh cari untuk semua hal yang baik. Saya bersaksi tentang Korban Tebusan Yesus Kristus, dari mana datangnya kuasa untuk memenuhi janji yang menakjubkan ini: “Pandanglah kepada-Ku, dan bertahanlah sampai akhir, dan kamu akan hidup; kerana kepada dia yang bertahan sampai akhir akan Aku berikan kehidupan abadi.” Dalam nama Yesus Kristus, amin.