Pengenalan
Kita kini meneruskan persidangan umum setengah tahunan ini, seperti yang telah dirancang dan dengan pembicara serta muzik yang ditetapkan oleh Presiden Nelson setelah berbulan-bulan persiapan.
Saudara dan saudari, kita bertemu hari ini ketika meratapi pemergian nabi kita yang dikasihi Russell M. Nelson. Saya berucap kepada anda sebagai Presiden Kuorum Dua Belas Rasul, di mana saya telah disokong dalam setiap bahagian, pancang, dan persidangan umum kita untuk selama tujuh tahun setengah.
Kita meneruskan persidangan umum setengah tahunan ini, seperti yang telah dirancang dan dengan pembicara serta muzik yang ditetapkan oleh Presiden Nelson setelah berbulan-bulan persiapan. Satu-satunya tambahan adalah ini, ucapan penjelasan pembukaan saya, dan ucapan saya menggantikan Presiden Nelson dalam sesi penutup pada tengah hari Ahad.
Ini adalah pertama sekali dalam 75 tahun bahawa Presiden Gereja meninggal dunia beberapa hari sebelum persidangan umum. Keadaan ini memerlukan kami merancang bagaimana pertemuan kepimpinan yang penting dapat diadakan dengan persidangan umum, termasuk sesi-sesi umum persidangan, pada masa yang sama menetapkan tarikh pengebumiannya secepat mungkin. Presiden Nelson memahami nilai persidangan umum untuk menyediakan arahan kepada Orang suci pada bulan yang mendatang. Kami menghormatinya dengan mengikuti jadual persidangan yang telah diluluskan olehnya.
Pada masa kesedihan ini, kami telah mengadakan satu pertemuan untuk memberi penghormatan kepada Presiden Russell M. Nelson sebelum pertemuan persidangan umum dan kemudian menjadualkan upacara pengebumiannya secepat mungkin selepas persidangan. Semua ini telah dipersetujui oleh keluarga Presiden Nelson dan Kuorum Dua Belas.
Oleh kerana semua antara kami yang telah ditugaskan untuk berucap dalam persidangan umum ingin membaktikan masa untuk penghormatan peribadi kepada Presiden Nelson, kami telah minta agar semua pembicara persidangan hadkan penghormatan tersebut, dan menangguhkan penghormatan yang lebih terperinci kepada upacara pengebumian, yang kini sedang kami rancang.
Penghormatan ringkas saya—yang sesuai dengan persidangan ini dan dengan penghormatan yang telah kita berikan—adalah ini: Saya mengasihi Russell M. Nelson dan telah belajar lebih banyak tentang injil dan kepimpinan injil melalui persahabatan dan hubungan saya yang rapat dengannya berbanding dengan mana-mana pemimpin lain yang saya kenali secara peribadi. Dialah teladan kita sebagai seorang hamba dan pengikut Tuhan Yesus Kristus. Semua hal ini saya bersaksi, dalam nama Yesus Kristus, amin.