Kuasa Pelayanan kepada yang Satu
Semasa kita melayani yang satu, kita menjemput mereka untuk datang kepada Kristus dan menyembah di rumah Tuhan.
Saudara dan saudari, terima kasih atas pengabdian yang setia anda untuk datang kepada Yesus Kristus pada masa mencabar ini. Anda menakjubkan; anda indah; setiap anda adalah anak Tuhan. Saya doakan agar kita akan mengenali pengaruh Roh Kudus semasa kita menjadi dan saling membantu untuk benar-benar menjadi pengikut Yesus Kristus yang setia dan merasa kebahagiaan-Nya semasa penyembahan di rumah Tuhan.
Presiden Russell M. Nelson mengisytiharkan: “Sekarang adalah masa untuk anda, dan saya, untuk bersedia untuk Kedatangan Kedua Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Sekarang adalah masa untuk kita menjadikan penganutan kita sebagai keutamaan tertinggi kita. Dalam dunia yang penuh dengan gangguan yang mengelirukan, bagaimana kita boleh melakukan ini?”
Dia menjawab: “Penyembahan yang kerap di bait suci akan membantu kita. Di rumah Tuhan, kita fokus pada Yesus Kristus. … Kita mula mengenali Dia. … Setiap pencari Yesus Kristus yang ikhlas akan menemui-Nya di dalam bait suci.”
Jadi bagaimanakah kita menjadi dan membantu satu sama lain menjadi pengikut setia Yesus Kristus? Kita melayani yang satu. Pelayanan dengan cara Juruselamat melibatkan rasa kasihan, kebaikan hati, kesabaran, dan kasih tanpa penghakiman. Semasa kita melayani yang satu, kita menjemput mereka untuk datang kepada Kristus dan menyembah di rumah Tuhan untuk menerima kuasa penebusan-Nya. Dalam kata lain, kita saling membantu untuk menjadi pengikut setia semasa kita melayani yang satu dalam cara yang menuju ke rumah Tuhan.
Kita belajar daripada Yesus Kristus kuasa melayani yang satu dengan kasih dan tanpa penghakiman. Ingatkah anda wanita Samaria di perigi. Wanita ini mungkin merasa terabai, sunyi, kecewa, dan tiada perhatian. Dia mungkin merasakan dia tidak tergolong. Sepanjang hidupnya dia mempunyai lima suami, dan lelaki yang dia kini hidup bersama bukan suaminya. Orang lain mungkin telah menghakimi dengan tidak soleh tanpa mengetahui keadaan hidupnya. Ini mungkin salah satu sebab dia datang ke perigi itu bersendirian pada waktu yang paling panas. Namun, dialah antara yang pertama di mana Yesus Kristus mengisytiharkan bahawa Dia ialah Mesias. Bagi-Nya, wanita ini ialah puteri Tuhan.
Yesus Kristus mengajar wanita itu bahawa melalui Dia seseorang boleh menerima kehidupan abadi dengan mengambil air yang memberikan hidup . Dia mengisytiharkan, “Sesiapa minum air yang akan Aku berikan … tidak akan dahaga selama-lamanya. Air yang akan Aku berikan itu … menjadi … suatu mata air yang memancar … memberi dia hidup sejati dan kekal.”
Wanita Samaria merasai kasih Juruselamat dan menerima kesaksian melalui Roh bahawa Dia ialah Mesias. Selepas kesaksian ini, dia kembali ke kota dan menjemput orang lain untuk datang dan melihat, dan ramai percaya Yesus “bahawa Dia Penyelamat dunia.” Kristus melayani orang dengan kasih; hasilnya, mereka menjadi pengikut setia-Nya.
Kita belajar tentang kuasa melayani yang satu dengan belas kasihan daripada Rasul Kristus, Petrus dan Yohanes. Anda ingat seorang lelaki lumpuh sejak lahir, terlantar di pintu gerbang bait suci meminta sedekah setiap hari. Lelaki ini mungkin merasa terabai, sunyi, kecewa, dan tidak diendahkan. Dia mungkin merasakan dia tidak tergolong.
“Tetapi Petrus berkata kepadanya, ‘Aku sama sekali tidak mempunyai wang, tetapi apa yang ada padaku akan aku berikan kepadamu: dengan kuasa Yesus Kristus orang Nasaret itu, berjalanlah!’”
Petrus mengambil tangan kanan lelaki itu dan mengangkatnya, dan lelaki itu disembuhkan. Selepas mukjizat itu, lelaki tersebut masuk ke dalam bait suci bersama Petrus dan Yohanes, “berjalan, dan melompat-lompat serta memuji Tuhan.” Petrus dan Yohanes melayani yang satu dalam cara yang membawa kepada rumah Tuhan, dan lelaki ini menjadi pengikut setia Kristus.
Kawan-kawan, saya juga pernah merasa terabai, bersendirian, kecewa, dan tidak diendahkan. Saya pernah rasa seperti saya tidak tergolong. Saya dibaptiskan dan ditetapkan sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir semasa saya berumur 19 tahun. Setahun kemudian, saya dipanggil untuk melayani misi sepenuh masa, tetapi masih banyak yang saya belum pelajari tentang sejarah Gereja.
Pada awal pelayanan misionari, saya belajar bahawa dahulu, mereka yang kulit hitam berketurunan Afrika tidak dibenarkan untuk menikmati semua berkat penyembahan di rumah Tuhan. Mengetahui ini buat kali pertama membawa perasaan marah, kekeliruan, keraguan, dan ketakutan. Perasaan-perasaan ini sangat kuat sehingga keupayaan saya untuk merasakan Roh Kudus hilang buat suatu ketika.
Mujurlah, saya mempunyai rakan misionari yang baik, Kevin Vick, yang melayani saya dengan kasih, kesabaran, dan baik hati. Setiap malam apabila dia merasakan keraguan dan ketidakpastian saya, dia hanya akan berkata kepada Elder Johnson yang muda, “Saya mengasihi kamu.” Selepas kira-kira dua minggu, saya membenarkan diri saya merasakan kasih Kevin. Saya memperoleh keberanian untuk berdoa kepada Bapa Syurgawi dalam nama Yesus Kristus. Semasa berdoa, saya terdorong ke Ajaran dan Perjanjian bahagian 6, ayat 21–23, menyatakan:
“Lihatlah, Aku ialah Yesus Kristus, Putera Tuhan. … Akulah cahaya yang bersinar dalam kegelapan. …
“… Arahkanlah fikiranmu pada malam hari ketika kamu berseru kepada-Ku dalam hatimu, agar kamu boleh mengetahui kebenaran tentang hal-hal ini.
“Tidakkah Aku memfirmankan kedamaian pada fikiranmu tentang hal ini? Apakah kesaksian yang lebih besar yang dapat kamu peroleh daripada Tuhan?”
Semasa saya membaca, saya teringat. Saya teringat pengalaman berpuasa dan berdoa untuk mengetahui bahawa Kitab Mormon adalah firman Tuhan dan bahawa Joseph Smith ialah Nabi Pemulihan. Saya teringat perjanjian yang dibuat di rumah Tuhan yang menghubungkan saya kepada Yesus Kristus secara peribadi dan mendalam. Saya merasakan kasih, belas kasihan dan keyakinan-Nya bahawa Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah kerajaan-Nya di bumi dan penting untuk menyediakan kita untuk Kedatangan Kedua-Nya. Kerana saya ingat, saya dapat merasakan Roh Kudus semula dan sepenuhnya memahami bahawa Yesus ialah Kristus dan saya pengikut-Nya.
Kadangkala kita akan ada soalan tidak terjawab dan perasaan seperti berasa tidak penting, kecewa, bersendirian, dan tidak dilihat. Walau bagaimanapun, kawan-kawan saya, kita mesti maju terus dengan iman kepada Yesus Kristus dan mengingati firman-Nya:
“Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!”
Saya seorang saksi kepada realiti ini dan berkat yang Juruselamat janjikan.
Jadi, apa kita boleh lakukan untuk memastikan pelayanan kita kepada yang satu dalam cara Juruselamat adalah berkesan? Mengamal ajaran Kristus akan membantu kita. “Mengamal ajaran Kristus” sepertimana Presiden Nelson jelaskan, “boleh menghasilkan kitaran yang paling berkuasa, mulia, ciptakan momentum rohani dalam kehidupan kita.
“Apabila kita berusaha untuk patuhi hukum-hukum Yesus Kristus yang lebih tinggi … Juruselamat mengangkat kita dari tarikan dunia dengan memberkati kita dengan kasih ihsan yang lebih besar, kerendahan hati, kemurahan hati, kebaikan, disiplin diri, kedamaian dan kesejahteraan.”
“Momentum [rohani] yang dihasilkan dengan menjalani ajaran Kristus,” Elder Dale G. Renlund jelaskan “bukan sahaja menjana perubahan sifat ilahi kita ke dalam takdir abadi tetapi ia juga mendorong kita untuk membantu [melayani] orang lain dalam cara yang sesuai.” Elder Renlund mengingatkan kita bahawa “Tugas Juruselamat adalah untuk menyembuhkan [untuk menyempurnakan kita]. Tugas kita adalah untuk mengasihi—untuk mengasihi dan melayani dalam cara di mana orang lain mahu lebih mendekati Yesus Kristus.”
Kebolehan kita untuk menjalani ajaran Kristus akan diperkayakan melalui pengkajian Kitab Mormon setiap hari dan mengambil sakramen setiap minggu. Presiden Nelson mengisytiharkan bahawa Kitab Mormon “ajarkan ajaran Kristus … [dan] berikan pemahaman yang paling lengkap dan [jelas] tentang Korban Tebusan Yesus Kristus di mana-mana pun.” Saya mengasihi kitab ini. Dan mengambil sakramen setiap minggu dengan penuh doa meningkatkan pemahaman kita tentang Korban Tebusan Yesus Kristus dan menyediakan pembaharuan rohani, penghiburan, dan kuasa ketuhanan dalam hidup kita. Ingatlah, “di dalam tatacara-tatacara [imamat], kuasa ketuhanan dinyatakan,” dan kuasa ini, yang datang daripada Yesus Kristus memperkukuhkan keinginan dan kebolehan kita untuk melayani yang satu.
Pengkajian Kitab Mormon saya dan mengambil sakramen mengurangkan perasaan kekecewaan, menyedarkan keazaman saya untuk melayani dalam cara Juruselamat, dan membantu membuat penganutan keutamaan tertinggi saya.
Kawan-kawan, saya berjanji apabila kita menjalani ajaran Kristus dan melayani yang satu, ia mendorong kepada rumah Tuhan, kita akan dapat maju terus dengan iman kepada Yesus Kristus walaupun dengan soalan tak terjawab dan rasa terabai, sunyi, kecewa, dan tak diendahkan. Kita akan menjemput yang satu untuk datang kepada Yesus Kristus dan menyembah di rumah Tuhan untuk menerima kuasa dan kasih penebusan-Nya. Di rumah Tuhan, kita akan “rasa belas kasihan [Juruselamat]. [Kita] akan mendapat jawapan kepada soalan yang mengganggu [kita]. [Dan kita] akan lebih memahami kebahagiaan injil-Nya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.