Persidangan Umum
Yesus Kristus dan Permulaan Baharu Anda
Persidangan umum Oktober 2025


14:20

Yesus Kristus dan Permulaan Baharu Anda

Kita semua boleh mempunyai permulaan baharu melalui, dan kerana, Yesus Kristus. Bahkan anda juga.

Pernyataan Tulisan Suci: Yesus Pergi Berbuat Baik

Yesus “pergi ke serata tempat untuk berbuat baik.” Kita membaca kisah yang biasa itu dalam kitab Kisah Rasul-Rasul. Ia adalah kenyataan yang amat meremehkan!! Yesus pastinya pergi berbuat baik! Dialah inti pati—dan sumber—kebaikan! Dia mengabdikan seluruh kehidupan fana-Nya untuk melakukan kebaikan. Dia “penuh dengan rahmat dan belas kasihan; … tidak cepat murka, dan [penuh],” dengan kasih yang tak terhingga dan belas kasihan yang kekal.

Apa-apa percubaan untuk menghuraikan atau meringkaskan kebaikan dan belas kasihan-Nya adalah meremehkan. Sungguhnya, seperti Rasul Yohanes cuba nyatakan, jika kita cuba mencatat contoh dan pernyataan tentang kebaikan Juruselamat, “seluruh dunia ini pun tidak cukup untuk memuat semua kitab yang akan ditulis itu.”

Yesus Kristus Menawarkan Setiap Kita Permulaan Baharu

Contoh khusus yang ada dalam tulisan suci tentang Yesus pergi “berbuat baik” menyebabkan kekaguman dan ketakjuban, terutamanya bagaimana perasaan kita jika berada di sana, untuk menyaksikan mukjizat-Nya, menerima ajaran-ajaran-Nya, dan mengalami penyembuhan-Nya. Dia bercakap dengan orang yang disisihkan, Dia menyentuh orang yang berpenyakit dan kotor, Dia menghibur orang yang penat, Dia mengajar kebenaran yang membebaskan, dan Dia memanggil para pendosa untuk bertaubat. Kepada setiap pesakit kusta, lelaki buta, dan wanita penzina; kepada yang tempang, pekak, dan bisu; kepada ibu yang bersedih, bapa yang terdesak, dan balu yang berdukacita; kepada mereka yang dikutuk, dimalukan, dan yang menderita; kepada yang meninggal dunia dan yang sesat secara rohani, Dia tawarkan permulaan baharu. Ya, satu lagi pernyataan yang meremehkan!

Semua yang Dia katakan dan lakukan menyediakan permulaan baharu bagi setiap orang yang Dia sembuhkan, berkati, ajar, dan lepaskan daripada dosa. Dia tidak menarik diri daripada mereka, dan Dia pastinya tidak akan menarik diri daripada anda. Cuba bayangkan mendengar kata-kata ini dari-Nya:

“Anak-Ku, dosamu sudah diampunkan.”

“Anak perempuan, Aku berkata kepadamu: Bangun.”

“Sembuhlah.”

“Aku pun tidak menghukum kamu. Pergilah dan janganlah berdosa lagi.”

“Anak-Ku, kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera.”

Firman Juruselamat kepada mereka ini ringkas, tetapi Dia menunjukkan peluang baharu yang penuh pengampunan, penyembuhan, pemulihan, kedamaian, dan kehidupan abadi. Dan berita mulianya adalah Dia tawarkan permulaan baharu yang sama kepada anda dan saya. Kita semua boleh mempunyai permulaan baharu melalui, dan kerana, Yesus Kristus. Bahkan anda juga. Permulaan baharu berada di pusat rancangan Bapa untuk anak-anak-Nya. Ini adalah gereja permulaan baharu! Ini adalah gereja pembaharuan!

Ini Adalah Gereja Permulaan Baharu

Melalui pembaptisan dengan air dan Roh, kita “dilahirkan semula” dan boleh “mengamalkan hidup yang baharu.” Berapa banyak harapan yang diberi permulaan baharu itu kepada dia yang hidup dengan beban dosa atau menderita daripada kesan-kesan kehidupan yang bermasalah dan hubungan susah? Yesus tidak memerlukan pengampunan dosa diri-Nya atau permulaan hidup baharu, namun Dia dibaptiskan, memberi kelegaan dan menunjukkan jalan permulaan baharu yang Dia telah sediakan untuk kita.

Dan permulaan baharu kita tidak berlaku serentak. Kita cenderung berfikir bahawa hanya pembaptisan kita adalah peluang untuk permulaan baharu. Ia bukan satu-satunya peluang. Kita tidak mempunyai satu peluang sahaja. Permulaan-permulaan baharu ini boleh berlaku setiap hari! Dan setiap minggu semasa kita mengambil sakramen sebagai peringatan akan kurnia Juruselamat kita yang sempurna, yang telah mati untuk memberi kita sebanyak mana permulaan baharu yang kita perlukan! Yesus memberi kita sebanyak mana permulaan baharu yang kita perlukan.

Dengan komitmen dan sukacita kehidupan baharu dalam Kristus, kita boleh menjadi “manusia baharu,” di mana hal-hal lama berlalu dan semua hal menjadi baharu. Apakah kelegaan yang dibawa oleh fajar baharu itu bagi jiwa yang terus berusaha, yang terus memilih untuk beriman kepada kuasa Penebus kita yang menyembuhkan dan memulihkan, walaupun cabaran hebat hidup dalam dunia yang terjatuh? Juruselamat tidak pernah menghentikan komitmen-Nya untuk memenuhi kehendak Bapa dan menyelesaikan misi penebusan ilahi-Nya, bahkan melalui kesakitan yang menyebabkan Dia menggeletar, berdarah dari setiap liang roma, menderita tubuh dan roh, dan untuk berdoa agar cawan pahit boleh dialihkan. Sekali lagi, Dia tunjukkan kepada kita rupa ketahanan beriman dengan Tuhan.

Dengan setiap perjanjian yang kita buat dan usaha yang diberi untuk mentaatinya, kita boleh menerima “hati baharu” dan kefahaman yang lebih besar dalam “fikiran baharu.” Sedikit demi sedikit, semakin kita menjemput kebaikan-Nya ke dalam hati kita dan buang suara negatif daripada kepala kita, kita menjadi umat-Nya kerana kita benar-benar menjadikan Dia Tuhan kita. Yesus ingin menjadi Raja dan Gembala dan Putera Kedamaian kita, dan kita boleh pilih untuk menjadikan Dia demikian dalam hati dan minda kita sendiri.

Permulaan Baharu dalam Cara Kita Melihat Pertaubatan

Pertaubatan membuka kepada permulaan baharu dan peluang kedua kita. Ajaran-ajaran Presiden Russell M. Nelson telah menjelaskan tanggapan salah tentang kurnia pertaubatan ilahi, dan saya fikir kita akhirnya mula memahaminya.

Amat mengujakan apabila para remaja kita menggambarkan maksud pertaubatan bagi mereka. Baru-baru ini seorang remaja puteri berkata, dengan senyuman di mukanya, “Bila saya fikir tentang pertaubatan harian, saya rasa kebahagiaan dan harapan yang luar biasa. Saya merasa kasih dan kegembiraan Bapa Syurgawi dan Juruselamat saya. Saya tidak takut berdoa kepada Bapa Syurgawi dan minta bantuan-Nya dengan apa pun yang saya sedang hadapi. Saya tahu Mereka tidak cuba menangkap saya melakukan sesuatu yang salah. Tangan mereka terbuka luas. Ini adalah pertaubatan bagi saya,” katanya. Remaja puteri ini faham bahawa kerana Yesus Kristus, dia boleh mempunyai permulaan baharu!

Permulaan Baharu untuk Semua Orang, Setiap Kali

Adakah anda memerlukan permulaan yang baharu? Bolehkah anda membuat permulaan baharu, bahkan anda? Fikirkan orang-orang yang Juruselamat layani—orang yang Dia ajar, sembuhkan, bangkitkan, ampuni, dan pulihkan. Adakah Dia memilih mereka daripada kelas ekonomi atau latar belakang tertentu? Adakah Dia membezakan antara yang soleh dan yang berdosa? Adakah Dia memilih orang kerana mereka lebih layak atau lebih dikasihi? Tidak.

Beberapa datang kepada-Nya dengan iman yang besar, percaya akan kuasa penyembuhan-Nya—seperti wanita dengan penyakit pendarahan, ketua askar Roma yang orang suruhannya terlantar sakit, pesakit kusta, Yairus, dan Bartimeus yang buta. Mereka beriman dengan berani, berharap bahawa kebaikan dan kuasa rabai dari Nasaret akan mengubah kehidupan dan prospek mereka. Dan Dia berbuat demikian. Dia menyembuhkan dengan murah hati.

Tetapi Yesus juga memberkati mereka yang kurang iman, seperti bapa kepada anak yang sakit yang berseru, mungkin seperti anda, “Saya percaya, tetapi iman saya kurang. Tolonglah saya supaya lebih percaya lagi!” Dan Dia juga berbelas kasihan ke atas mereka yang tidak mencari-Nya sama sekali, seperti wanita didapati berzina, balu Nain, lelaki kurang upaya di kolam Betesda, dan lelaki yang dilahirkan buta. Pernahkah anda rasa Dia pergi berbuat baik dalam hidup anda walaupun anda belum mencari-Nya atau mengikuti-Nya?

Kepada setiap orang dalam tulisan suci ini, dan semua yang mendengar dan menjawab, Dia memberi permulaan baharu, sama ada kehidupan baharu diampuni dosa atau kehidupan baharu yang disembuhkan daripada penyakit atau kehidupan baharu yang dibangkitkan daripada kematian.

Apakah maksudnya bagi anda dan bagi saya? Kebaikan dan belas kasihan-Nya tidak terbatas. Permulaan baharu adalah pusat rancangan Bapa! Permulaan baharu adalah misi Putera! Pagi baharu, bab baharu, dan peluang baharu adalah teras mudah berita baik injil!

Jadi, adakah anda telah terlalu lama berjauhan daripada perjanjian anda untuk menerima permulaan baharu? Tidak. Adakah anda telah melakukan tindakan tertentu terlalu banyak kali untuk diberikan peluang baharu? Tidak. Adakah anda telah pergi terlalu jauh daripada Kristus untuk Dia membantu anda mengubah arah kehidupan bermula sekarang? Tidak. Musuh adalah satu-satunya yang mendapat manfaat daripada idea bahawa anda sudah gagal. Anda tidak gagal.

Dan permulaan baharu adalah lebih daripada sekadar dosa dan kesilapan kita. Melalui kebaikan dan belas kasihan Juruselamat, kita boleh mempunyai permulaan baharu yang memulakan perubahan dalam pemikiran lama, tabiat buruk, sikap pemarah, sikap negatif, perasaan lemah, kecenderungan untuk menyalahkan orang lain dan mengelakkan tanggungjawab peribadi. Anda sebenarnya boleh mengubah hal-hal tentang diri anda yang telah membebani anda selama bertahun-tahun. Anda boleh bermula semula melalui kekuasaan Guru permulaan baharu. Dia tidak pernah penat memberi permulaan baharu kepada kita.

Kepada mereka yang bergelut dengan dosa yang sama atau kemunduran yang berulang, anda teruskan berjuang. Dia tidak meletakkan sekatan di hadapan anda. Dia tidak menetapkan had untuk peluang kedua anda. Anda teruskan maju. Anda teruskan berusaha. Anda minta bantuan daripada orang di sekeliling anda. Dan anda percaya pada permulaan baharu yang ada untuk anda setiap kali anda kembali kepada Bapa anda dengan hati yang ikhlas. Tinggalkan dosa sengaja, ulangan dosa yang bersahaja, dan pemberontakan sombong. Anda tidak perlu menjadi siapa anda sebelum ini. Terima permulaan baharu anda, peluang kedua atau ketiga atau keempat—atau keseratus, yang ditawarkan kepada anda melalui darah penebusan Yesus Kristus.

Saya amat bersyukur atas permulaan baru yang telah diberikan kepada saya dan juga yang akan diberikan kelak.

Kesimpulan

Satu pernyataan terakhir Juruselamat yang diremehkan di mana tanpa ia, tiada sebab untuk harapan atau kesukacitaan hari ini. Selepas penderitaan di Getsemani dan pada saat akhir salib yang menyakitkan, Dia hanya berkata, “Sudah selesai.” Nubuat Mesias telah dipenuhi, dan pembayaran penuh hutang untuk dosa-dosa dan penderitaan manusia telah dibayar. Dia mengisytiharkan “selesai” korban-Nya yang tidak terhingga dan abadi. Namun Korban Tebusan-Nya tidak akan selesai sehingga Dia sendiri mengalami kehidupan baharu pada hari ketiga, satu permulaan baharu sebagai makhluk yang dimuliakan dan dibangkitkan melalui kuasa Bapa.

Kerana Dia selalu melakukan hal-hal yang menyenangkan Bapa-Nya, dan kerana Dia “menurut kehendak Bapa dalam segala hal,” anda dan saya boleh mempunyai permulaan baharu. Sila terima permulaan baharu anda, bahkan hari ini, sekarang. Yesus Kristus ialah Permulaan sehingga Akhir iman kita, yang menulis banyak bab baharu bersama kita. Dialah Yang Pertama dan Yang Terakhir—penghujung rasa malu dan penderitaan kita, dan satu permulaan kehidupan baharu dalam Dia, membiarkan kita menerima rahmat-Nya, meninggalkan masa lalu dan bermula lagi dengan pagi baharu sebanyak mana kita perlukan. Sesungguhnya “kebaikan dan belas kasihan-Nya akan mengikuti [kita] seumur hidup [kita].” Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Kisah Rasul-Rasul 10:38; lihat juga “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul,” Gospel Library.

  2. Lihat Moroni 7:12–13.

  3. Lihat Keluaran 34:5–7.

  4. Yohanes 21:25.

  5. Markus 2:5.

  6. Markus 5:41.

  7. Matius 8:3.

  8. Yohanes 8:11.

  9. Lukas 8:48.

  10. Lihat Shayne M. Bowen, “Because I Live, Ye Shall Live Also,” Liahona, Nov. 2012, 15-17.

  11. Yohanes 3:3; Mosia 27:25.

  12. Roma 6:4.

  13. Moroni 6:8.

  14. 2 Korintus 5:17.

  15. Lihat Ajaran dan Perjanjian 19:16–19.

  16. Lihat Yehezkiel 36:26–28.

  17. “Iman kita kepada Kristus dan kasih kita kepada-Nya mendorong kita untuk bertaubat, iaitu mengubah pemikiran, kepercayaan, dan tingkah laku kita yang tidak selaras dengan kehendak-Nya. Pertaubatan merangkumi pembentukan pandangan yang baharu tentang Tuhan, diri kita sendiri, dan dunia.” (Preach My Gospel: A Guide to Missionary Service [2004], 62).

    “Ajaran pertaubatan jauh lebih luas daripada definisi dalam kamus. Bila Yesus kata ‘bertaubat,’ Pengikut-Nya mencatatkan perintah itu di lama bahasa orang Yunani dengan kata kerja metanoeo Perkataan berkuasa ini mempunyai kepentingan besar. Dalam perkataan ini, awalan meta membawa maksud‘ubah.’ Akhirannya berkaitan dengan 4 istilah penting Yunani: nous, bermaksud ‘minda’; gnosis, bermaksud ‘pengetahuan’; pneuma, bermaksud ‘roh’; dan pnoe, bermaksud ‘nafas’” (Russell M. Nelson, “Repentance and Conversion,” Liahona, May 2007, 103).

    “Tiada apa-apa pun yang lebih membebaskan, lebih memuliakan, mahupun lebih penting bagi kemajuan individu kita daripada fokus harian yang tetap tentang pertaubatan. Pertaubatan bukanlah sebuah peristiwa tetapi sebuah proses. Ia merupakan kunci kepada kegembiraan dan kedamaian minda. Ketika digabungkan dengan iman, pertaubatan membuka akses kepada kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus.

    “… Mengalami kuasa pertaubatan seharian yang memperkuatkan—dengan melakukan dan menjadi sedikit lebih baik setiap hari.

    “Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk berubah! Kita membenarkan Juruselamat untuk mengubah kita menjadi versi diri yang terbaik. Kita memilih untuk berkembang secara rohani dan menerima kebahagiaan—kebahagiaan penebusan dalam Dia. Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus!” (Russell M. Nelson, “Kita Dapat Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik,” Liahona, Mei 2019, 67).

    “Temui kebahagiaan dalam pertaubatan harian.

    “Betapa pentingnya pertaubatan? Alma mengajar bahawa kita harus ‘tidak mengkhutbahkan apa pun kecuali pertaubatan dan iman kepada Tuhan’ [Mosiah 18:20]. Pertaubatan diperlukan daripada setiap orang yang boleh bertanggungjawab dan menghasratkan kemuliaan abadi. Tiada pengecualian. …

    “Berjalan di jalan perjanjian, bersama pertaubatan harian, memberi kuasa kepada momentum rohani yang positif.” (Russell M. Nelson, “Kuasa Momentum Rohani,” Persidangan Umum, Apr. 2022).

  18. Lihat Markus 5:25–34.

  19. Lihat Matius 8:5–13.

  20. Lihat Matius 8:1–4.

  21. Lihat Markus 5:22–43.

  22. Lihat Markus 10:46–52.

  23. Lihat Markus 9:17–27.

  24. Lihat Yohanes 8:3–11.

  25. Lihat Lukas 7:12–15.

  26. Lihat Yohanes 5:1–9.

  27. Lihat Yohanes 9:1–7.

  28. Yohanes 19:30.

  29. Lihat Alma 34:14–16.

    “Apabila Juruselamat berkata, ‘Sudah selesai,’ Dia merujuk kepada pengalaman fananya, penyaliban-Nya hanyalah penanda perjalanan dalam kuasa-Nya yang semakin berkembang” (Spencer W. Kimball, in Conference Report, Apr. 1946, 49).

    “Juruselamat tidak menyelesaikan pekerjaan-Nya ketika Dia menghembuskan nafas terakhir di kayu salib, ketika Baginda berseru,, ‘Sudah selesai.’ Dia menggunakan ayat itu, tiada mengena dengan misi-Nya di bumu melainkan kesakitan yang Dia deritai” (Joseph F. Smith, Gospel Doctrine, 5th ed. [1939], 449–50).

  30. Lihat Yohanes 8:29.

  31. 3 Nefi 11:11.

  32. Mazmur 23:6.