Persidangan Umum
Cahaya Injil Kebenaran dan Kasih
Persidangan Umum April 2021


Cahaya Injil Kebenaran dan Kasih

Saya bersaksi bahawa cahaya injil kebenaran dan kasih sekarang menyinari dengan terang di seluruh dunia hari ini.

Lagu rohani indah Orang Suci Zaman Akhir “S’mua Bangsa Dengar Suara Surga” menangkap semangat dan kegembiraan kegenapan injil yang pergi ke seluruh dunia. Dalam lagu rohani ini kita menyanyi:

S’mua bangsa dengar suara Surga,

Suka cita bagi dunia!

Malaikat nyanyikan keb’naran.

Yang t’lah dipulihkan!1

Louis F. Mönch, pengarang teks gembira ini, ialah seorang penganut baru berbangsa Jerman yang menulis ayat yang diilhamkan ini apabila berada di Switzerland semasa melayani sebagai penginjil di Eropah.2 Kegembiraan yang datang daripada menyaksikan kesan global Pemulihan diluahkan dalam perkataan berikut dalam lagu rohani:

Meraba-raba di keg’lapan,

’Tuk mencari t’rang dan pegangan.

S’karang keb’naran dipulihkan,

Semua bangsa senang!3

Terima kasih kepada Pemulihan yang masih berjalan dari 200 tahun dahulu, cahaya injil kebenaran dan kasih4 sekarang menyinari dengan terang di seluruh dunia. Nabi Joseph telah pelajari pada tahun 1820, dan berjuta lagi telah pelajari bahawa Tuhan “memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang.”5

Selepas pertubuhan Gereja dalam zaman keagamaan ini, Tuhan berkata kepada Joseph Smith dan menyatakan kasih-Nya kepada kita apabila Dia berkata:

“Oleh itu, Aku Tuhan, mengetahui malapetaka yang akan datang ke atas penduduk bumi, memanggil hamba-Ku Joseph Smith Jr., dan berfirman kepadanya dari syurga, dan memberinya perintah-perintah; …

“Agar perjanjian-Ku yang abadi boleh ditegakkan;

“Agar kegenapan Injil-Ku boleh dimaklumkan oleh yang lemah dan yang sederhana ke hujung-hujung dunia.”6

Tidak lama selepas wahyu ini diterima, penginjil mula dipanggil dan dihantar ke banyak negara di dunia. Seperti yang dikatakan Nabi Nefi, pesanan injil yang dipulihkan akan dikhutbahkan “di kalangan semua negara, kaum, bahasa, dan bangsa.”7

“Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ditubuhkan secara rasmi dalam satu kabin kayu yang kecil di New York pada tahun 1830.

“Ia mengambil selama 117 tahun—sehingga tahun 1947—bagi Gereja untuk berkembang dari enam orang ahli ke satu juta orang ahli. Para penginjil ialah satu bahagian Gereja dari awal, ke tanah Orang Asli Amerika, ke Kanada dan, pada tahun 1837, ke England. Tidak lama kemudian, para penginjil bekerja di benua Eropah dan sejauh India dan Pulau-pulau Pasifik.

“Gereja mencapai dua juta orang ahli 16 tahun kemudian, pada tahun 1963, dan lapan tahun kemudian, tiga juta orang ahli.”8

Menonjolkan pertumbuhan pesat Gereja, Presiden Russell M. Nelson berkata baru-baru ini. “Hari ini, kerja Tuhan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir maju dengan amat cepat. Gereja akan mempunyai masa depan yang belum pernah terjadi dan tiada tandingannya.”9

Pemulihan kegenapan injil Yesus Kristus, organisasi Gereja Tuhan di dunia sekali lagi, dan perkembangannya yang hebat sejak dulu telah menjadikan berkat imamat tersedia di seluruh dunia. Tatacara kudus dan perjanjian mengikat kita kepada Tuhan dan meletakkan kita pada jalan perjanjian yang jelas menyerlah “kuasa ketuhanan.”10 Apabila kita mengambil bahagian dalam tatacara kudus untuk mereka yang hidup atau mati, kita mengumpulkan Israel di dua belah tirai dan menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua Juruselamat.

Pada tahun 1973, ibu bapa dan saya melakukan perjalanan dari Argentina, tempat asal kami, untuk dimeteraikan di bait suci. Oleh kerana tidak ada Gereja di Amerika Latin pada masa itu, kami terbang sebanyak 6000 batu (9700 km) setiap jalan untuk dimeteraikan di Bait Suci Salt Lake. Walaupun saya berumur dua tahun pada masa itu dan tidak ingat kesemua yang berlaku pada masa yang istimewa itu, tiga perkara jelas daripada perjalanan itu masih berada dalam minda saya.

Imej
Pemandangan diluar tingkap kapal terbang

Pertama, saya ingat berada berdekatan dengan tingkap kapal terbang dan melihat awan putih di bawah.

Awan terang dan cantik itu kekal di minda saya seperti bebola kapas besar.

Salah satu lagi imej yang berada dalam minda saya ialah beberapa karakter lucu yang berada di taman hiburan Los Angeles. Karakter berikut amat susah untuk dilupakan.

Tetapi perkara yang paling penting ialah gambar yang amat susah dilupakan ini:

Imej
bilik pemeteraian Bait Suci Salt Lake

Saya ingat dengan jelas berada dalam bilik kudus Bait Suci Salt Lake di mana pemeteraian pasangan dan keluarga dilakukan untuk masa dan keabadian. Saya ingat altar yang amat cantik itu dan mengingati matahari yang terang bersinar melalui tingkap bilik itu. Saya rasa dan telah sentiasa merasa sejak masa itu kasih, keselamatan dan ketenangan cahaya injil kebenaran dan kasih.

Perasaan yang sama dirasa semula dalam hati saya 20 tahun kemudian, apabila saya memasuki bait suci untuk dimeterai sekali lagi—kali ini apabila saya dan tunang saya dimeterai untuk keabadian. Tetapi kali ini kami tidak perlu melancong beribu kilometer kerana Bait suci Buenos Aires, Argentina telah dibina dan dibaktikan, dan ia amat dekat dengan rumah kami.

Imej
keluarga Walker

Dua puluh dua tahun selepas perkahwinan dan pemeteraian kami, kami diberkati untuk pulang ke bait suci yang sama, tetapi kali ini dengan anak perempuan kami yang amat cantik, dan kami dimeteraikan sebagai satu keluarga untuk masa dan keabadian.

Apabila saya merenungkan masa yang kudus ini dalam hidup saya, saya dipenuhi dengan perasaan gembira yang mendalam. Saya telah rasa dan masih merasa kasih daripada Bapa di Syurga, yang tahu tentang keperluan peribadi kita dan keinginan sepenuh hati kita.

Apabila mengajar tentang pengumpulan Israel pada hari-hari terakhir, Yehovah berkata, “Aku akan menyimpan hukum-Ku dalam batin mereka, dan menulisnya pada hati mereka. Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.”11 Saya amat berterima-kasih kerana dari umur yang muda, hukum Tuhan telah ditulis dalam hati saya melalui tatacara kudus dalam rumah-Nya yang kudus. Betapa pentingnya untuk mengetahui yang Dia adalah Tuhan kita, kita adalah umat-Nya, dan apa pun keadaan yang mengelilingi kita, jika kita beriman dan patuh perjanjian yang kita buat, kita boleh “dikelilingi secara abadi di dalam pelukan kasih-Nya.”12

Semasa sesi persidangan umum wanita Oktober 2019, Presiden Nelson berkata, “Semua usaha kita untuk melayani satu sama lain, mengisytiharkan injil, menyempurnakan Orang Suci, dan menebus orang mati di dalam bait suci.”13

Pada persidangan umum yang sama, Presiden Nelson mengajar: “Tentunya, pertabalan bagi Pemulihan adalah bait suci yang kudus. Tatacara dan perjanjian kudus adalah penting untuk mempersiapkan orang yang telah bersedia untuk mengalu-alukan Juruselamat di Kedatangan Kedua-Nya.”14

Pemulihan yang berterusan ditanda dengan pembinaan dan pembaktian bait suci pada kelajuan yang bertambah. Apabila kita berkumpul di kedua-dua belah tirai, dengan membuat pengorbanan untuk melayani dan membuat bait suci penting dalam hidup kita, Tuhan sememangnya membina kita—Dia membina umat perjanjian-Nya.

Oh, betapa mulia injil-Nya

Pancarkan terang dari Surga!

Sinar Injil bagaikan surya,

Menyinari dunia.15

Saya bersaksi bahawa cahaya injil kebenaran dan kasih sekarang menyinari dengan terang di seluruh dunia hari ini. “Pekerjaan menakjubkan dan suatu keajaiban” yang dikatakan Nabi Yesaya16 dan dilihat oleh Nefi17 sedang berlaku dalam keadaan yang laju walaupun dalam keadaan yang mencabar ini. Seperti yang diisytiharkan Joseph Smith “Standard Kebenaran telah dinaikkan, tidak ada tangan fana yang boleh menghentikannya … sehingga tujuan Tuhan dicapai, dan Yehovah kata ia sudah lengkap.”18

Saudara dan saudari, semoga kita bersedia dan memutuskan hari ini untuk melibatkan diri kita dan keluarga kita dalam mendengar suara syurga, iaitu suara Juruselamat kita. Semoga kita buat dan taati perjanjian dengan Tuhan yang akan memastikan kita berada di jalan yang selamat kepada-Nya, dam semoga kita boleh bersukacita dalam berkat cahaya terang dan kebenaran injil-Nya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.