Persidangan Umum
Ruang Di Rumah Tumpangan
Persidangan Umum April 2021


Ruang Di Rumah Tumpangan

Pada musim Easter ini, Yesus Kristus menjemput kita untuk menjadi, seperti Dia, seorang Samaria yang baik, untuk menjadikan Rumah Tumpangan-Nya (Gereja-Nya) satu tempat perlindungan bagi semua orang.

Para saudara dan saudari terkasih, walaupun ayah saya meninggal 20 tahun yang lalu, saya masih merinduinya. Easter menjanjikan bahawa saya akan bertemu dengan dia semula.

Ketika saya menghadiri sekolah siswazah di England, ayah saya datang melawat. Ayah tahu saya merindui rumah.

Ayah saya suka mencuba perkara baru kecuali makanan. Malah di Perancis, terkenal dengan masakannya, dia akan berkata, “Mari kita makan makanan Cina.” Seorang bapa bangsa yang telah melayani dengan lama di Gereja, ayah saya amat rohani dan penyayang. Pada satu malam, ketika kenderaan kecemasan dengan siren kuat berkejar melalui Paris, dia berkata, “Gerrit, itu tangisan kelukaan bandar.”

Di lawatan itu, saya merasai tangisan dan kelukaan lain juga. Seorang wanita muda sedang menjual aiskrim dari kereta sorong kecil. Saiz kon wafernya hanya cukup untuk satu sudu aiskrim. Atas sebab tertentu, seorang lelaki besar mempersuakan wanita muda itu. Menjerit dan menolak, dia menterbalikkan kereta sorongnya, menyebabkan kon-kon aiskrim jatuh. Saya tidak dapat melakukan apa-apa sambil dia memijak hancur kon-kon itu dengan but kasutnya. Saya masih boleh membayangkan wanita muda itu melutut di jalan, sedang cuba menyelamatkan cebisan kon-kon, air mata sedih berlinangan. Bayangan itu menghantui saya, satu peringatan akan keburukan, kekejaman, perselisihan yang kita sering kenakan kepada satu sama lain.

Pada satu petang yang lain, dekat Paris, saya dan ayah saya melawat katredal yang hebat di Chartres. Malcolm Miller,1 seorang pakar tentang katredal, menunjuk kepada tiga set tingkap kaca berwarna di Chartres. Dia berkata tingkap-tingkap itu memberitahukan satu kisah.

Tingkap pertama menunjukkan Adam dan Hawa meninggalkan Taman Eden.

Tingkap kedua menceritakan perumpamaan orang Samaria yang baik.

Tingkap ketiga menggambarkan Kedatangan Kedua Tuhan.

Apabila dilihat bersama, tingkap-tingkap kaca berwarna tersebut boleh menceritakan perjalanan keabadian kita. Ia menjemput kita untuk menerima semua kerana terdapatnya ruang di rumah tumpangan-Nya.2

Imej
Tingkap di Katredal Chartres

iStock.com/digitalimagination

Seperti Adam dan Hawa, kita datang ke dunia yang bersemak dan berduri.3

Imej
Tingkap di Katredal Chartres

iStock.com/digitalimagination

Dalam perjalanan berdebu kita ke Yerikho, kita diserang, dicederakan, dan ditinggalkan dalam kesakitan.4

Walaupun kita harus membantu satu sama lain, kerap kali kita menyeberang jalan, atas sebab yang pelbagai.

Namun, kerana belas kasihan, orang Samaria yang baik hati berhenti dan membersihkan luka-luka kita dengan wain dan minyak. Lambang sakramen dan tatacara lain, air anggur dan minyak mendorong kita kepada penyembuhan rohani Yesus Kristus.5 Orang Samaria yang baik itu membawa kita dengan keldainya atau, seperti yang dilaporkan dalam tingkap berwarna, membawa kita di atas bahu-Nya. Dia membawa kita ke rumah tumpangan itu iaitu Gereja Dia. Di Rumah Tumpangan, Orang Samaria baik berkata, “Rawatlah dia, … saya akan membayarnya apabila saya kembali ke sini.”6 Orang Samaria baik itu, melambangkan Juruselamat kita, berjanji untuk kembali, kali ini dengan keagungan dan kemuliaan.

Imej
Tingkap di Katredal Chartres

iStock.com/digitalimagination

Pada musim Easter ini, Yesus Kristus menjemput kita untuk menjadi, seperti Dia, seorang Samaria yang baik, untuk menjadikan Rumah Tumpangan-Nya (Gereja-Nya) satu tempat perlindungan daripada segala cabaran kehidupan.7 Setiap hari kita bersedia untuk Kedatangan Kedua yang dijanjikan dengan melakukannya untuk “salah seorang”8 sepertimana kita lakukan untuk Dia. “Salah seorang” ialah setiap kita.

Apabila kita bersama orang Samaria baik datang ke Rumah Tumpangan itu, kita pelajari lima perkara tentang Yesus Kristus dan diri kita.

Pertama, kita datang ke Rumah Tumpangan itu seperti kita sedia ada, dengan kelemahan dan ketidaksempurnaan. Namun, setiap kita mempunyai sesuatu yang perlu disumbang. Perjalanan kita ke Tuhan sering dijumpai bersama. Kita tergolong sebagai komuniti yang bersatu—sama ada berhadapan dengan pandemik, ribut, kebakaran, kemarau atau memenuhi keperluan harian. Kita menerima ilham apabila kita berunding bersama, mendengar setiap orang, termasuklah setiap saudari, dan Roh.

Apabila kita mengubah hati dan menerima rupa-Nya pada air muka kita,9 kita melihat Dia dan diri kita di dalam Gereja-Nya. Melalui Dia, kita peroleh kejelasan, bukannya percanggahan. Melalui Dia, kita peroleh sebab untuk berbuat baik, sebab untuk menjadi baik, dan kapasiti yang meningkat untuk menjadi lebih baik. Melalui Dia, kita menemui iman yang berkekalan, kebebasan daripada kepentingan diri, perubahan yang penyayang, dan kepercayaan dalam Tuhan. Di dalam Rumah Tumpangan-Nya, kita temui dan mendalamkan perhubungan peribadi kita bersama Tuhan Bapa kita dan Yesus Kristus.

Dia mempercayai kita untuk membantu menjadikan Rumah Tumpangan itu, tempat di mana Dia harus berada. Apabila kita mempersembahkan bakat dan usaha yang terbaik kita, kurnia-kurnia rohani-Nya juga akan memperkuatkan dan memberkati.10

Seorang penterjemah bahasa Sepanyol berkata, “Elder Gong, melalui Roh, saya ketahui apa yang kamu akan katakan supaya saya boleh menterjemah,” kata saudara beriman ini, “dengan kurnia bahasa.”

Kurnia iman dan jaminan, dinyatakan secara berbeza dalam situasi yang berbeza. Seorang saudari memperoleh ketenangan rohani apabila suaminya meninggal akibat COVID-19. Dia berkata, “Saya tahu saya akan bersatu dengan suami terkasih saya semula.” Dalam situasi COVID yang lain, seorang saudari berkata, “Saya rasa saya patut merayu kepada Tuhan dan para doktor untuk memberikan suami saya lebih masa.”

Kedua, Tuhan meminta kita untuk menjadikan Rumah Tumpangan-Nya satu tempat rahmat dan ruang, di mana semua boleh berkumpul, cukup untuk semua. Sebagai para pengikut Yesus Kristus, kita semua adalah sama.

Semua dialu-alukan untuk menghadiri pertemuan sakramen, pertemuan Ahad yang lain, dan acara sosial.11 Kita menyembah Juruselamat kita dengan takzim, bertimbang rasa dengan satu sama lain. Kita melihat dan menerima setiap orang. Kita senyum, duduk bersama mereka yang keseorangan, pelajari nama, termasuklah mereka yang penganut baru, saudara dan saudari yang kembali, remaja puteri dan remaja putera, setiap kanak-kanak Sekolah Primer terkasih.

Membayangkan diri kita di tempat mereka, kita mengalu-alukan rakan, pengunjung, mereka yang baru berpindah, individu-individu yang sibuk dengan pelbagai hal. Kita berkabung, bergembira, dan menyokong satu sama lain. Apabila kita gagal mencapai matlamat ideal dan tergegas, tidak sedar, menghakimi, atau prejudis, kita meminta pengampunan dan menjadi lebih baik.

Satu keluarga dari Afrika kini hidup di Amerika Syarikat berkata, “Sejak hari pertama, ahli-ahli Gereja amat mesra dan ramah. Setiap ahli membuatkan kami rasa selesa. Tiada yang memandang rendah terhadap kami.” Bapa keluarga itu berkata, “Alkitab mengajar hasil injil datang daripada akar injil.” “Dan para penginjil,” bapa dan ibu berkata, “kami inginkan anak lelaki dan perempuan untuk menjadi seperti penginjil-penginjil tersebut.” Saudara dan saudari, semoga setiap kita mengalu-alukan semua untuk datang ke Rumah Tumpangan Tuhan.

Ketiga, dalam Rumah Tumpangan-Nya, kita belajar bahawa kesempurnaan adalah di dalam Yesus, bukannya kesempurnaan dunia. Khayalan dan tidak realistik, dunia “insta-sempurna” yang mana kesempurnaan tertapis boleh membuat kita terasa tidak mencukupi, terperangkap oleh sapuan, suka, atau tap berganda. Sebaliknya, Juruselamat Yesus Kristus kita tahu segalanya termasuk perkara yang kita tidak mahu orang lain untuk ketahui, dan Dia masih mengasihi kita. Injil-Nya memberikan kita lebih daripada satu peluang. diperbolehkan oleh korban tebusan-Nya.12 Dia menjemput setiap kita untuk menjadi seorang Samaria yang baik, tidak menghakimi dan saling memaafkan diri dan orang lain, walaupun kita berusaha mematuhi perintah-Nya.

Kita membantu diri apabila kita membantu orang lain. Saya kenal satu keluarga yang tinggal berdekatan jalan yang sibuk. Para pelancong sering berhenti untuk meminta pertolongan. Satu awal pagi keluarga itu mendengar ketukan kuat di pintu mereka. Letih dan risau akan siapa yang berketuk pada pukul 2 pagi itu, mereka memikirkan, buat kali ini, biarlah orang lain yang membantu. Sambil ketukan itu berterusan, mereka terdengar, “Api—kebakaran sedang berlaku di belakang rumah kamu!” Orang Samaria yang baik membantu satu sama lain.

Keempat, di Rumah Tumpangan-Nya, kita menjadi sebahagian daripada komuniti injil yang berpusatkan Yesus Kristus, terpaku dalam kebenaran yang dipulih, nabi-nabi dan rasul-rasul hidup, dan satu lagi kesaksian tentang Yesus Kristus—Kitab Mormon. Dia membawa kita ke Rumah Tumpangan-Nya dan juga ke rumah-Nya—bait suci kudus. Rumah Tuhan merupakan tempat di mana, seperti lelaki tercedera di jalan Yerikho, orang Samaria baik membersihkan dan memberikan kita baju, menyediakan kita untuk kembali ke hadirat Tuhan, dan menyatukan kita secara abadi dalam keluarga Tuhan. Bait suci-Nya terbuka kepada semua yang mematuhi injil-Nya dengan iman dan kepatuhan.

Kebahagiaan bait suci termasuklah kesatuan injil tanpa mengira warisan, budaya, bahasa, dan generasi yang berbeza. Ketika di pemecahan tanah bagi bait suci Taylorsville, Utah, Max Harker, umur 17 tahun, berkongsi satu warisan keluarga yang bermula enam generasi sebelum itu oleh datuk moyangnya, Joseph Harker dan isterinya, Susannah Sneath. Dalam injil Yesus Kristus yang dipulihkan, setiap kita boleh menjadi hubungan kuat dalam generasi keluarga kita.

Akhirnya, kelima, kita bergembira yang Tuhan mengasihi anak-anak-Nya yang pelbagai latar belakang dan keadaan, di setiap negara, kaum, dan bangsa, dengan ruang di Rumah Tumpangan-Nya.

Selama 40 tahun yang lepas, ahli-ahli Gereja menjadi semakin antarabangsa. Sejak 1998, terdapat lebih ramai ahli Gereja yang tinggal di luar daripada di dalam Amerika Syarikat dan Kanada. Menjelang tahun 2025, kami menjangkakan bilangan ahli Gereja yang tinggal di Amerika Latin adalah sama dengan bilangan ahli di Amerika Syarikat dan Kanada. Pengumpulan keturunan beriman Bapa Lehi memenuhi nubuat. Orang Suci yang beriman, termasuklah kawasan di mana ramai orang suci perintis menetap, kekal sebagai sumber pengabdian dan pelayanan bagi Gereja sedunia.

Malah, kebanyakan ahli dewasa Gereja kini belum berkahwin, janda, atau telah bercerai. Ini satu perubahan yang ketara. Ini termasuk lebih daripada separuh saudari Lembaga Pertolongan dan lebih daripada separuh saudara imamat dewasa kita. Ini corak demografik Gereja sedunia sejak 1992 dan Gereja di Amerika Syarikat dan Kanada sejak 2019.

Kedudukan kita bagi Tuhan dan Gereja-Nya bukanlah berdasarkan status perkahwinan kita tetapi menjadi pengikut Yesus Kristus yang setia dan berani.13 Orang dewasa ingin dilihat sebagai para dewasa yang bertanggungjawab dan menyumbang sebagai para dewasa. Pengikut-pengikut Yesus Kristus datang dari pelbagai tempat, dalam pelbagai bentuk, saiz, warna dan umur, setiap dengan bakat, keinginan baik, dan kebolehan besar untuk memberkati dan melayani. Setiap hari kita cuba mengikut Yesus Kristus dengan iman untuk bertaubat14 dan kebahagiaan berkekalan.

Dalam kehidupan ini, kadangkala kita berharap kepada Tuhan. Kita mungkin belum capai tahap di mana kita harapkan dan inginkan di masa depan. Seorang saudari setia berkata, “Berharap dengan iman kepada Tuhan untuk berkat-berkat-Nya adalah satu cara hidup yang suci. Ia tidak harus dipandang dengan kasihan, direndahkan, atau dihakimi tetapi dengan penghormatan yang kudus.”15 Dalam masa yang sama, kita hidup sekarang, bukannya menunggu untuk kehidupan bermula.

Yesaya menjanjikan, “Orang yang berharap kepada Tuhan akan mendapat kekuatan baru. Mereka seperti burung rajawali, yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya. Mereka akan berlari dan tidak lelah; mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.”16

Orang Samaria Baik kita berjanji untuk kembali. Mukjizat berlaku semasa kita menjaga satu sama lain sebagaimana Dia akan lakukan. Apabila kita mari dengan hati yang hancur dan jiwa yang menyesal,17 kita dapati suara dalam Yesus Kristus dan dikelilingi dengan tangan pelindung-Nya.18 Tatacara kudus memberi perjanjian kekitaan dan “kuasa ketuhanan”19 untuk menyucikan tujuan dalaman dan tindakan jasmani. Dengan kebaikan hati dan panjang sabar-Nya, Gereja-Nya menjadi Rumah Tumpangan kita.

Sambil kita menciptakan ruang dalam Rumah Tumpangan-Nya, mengalu-alukan semua, Orang Samaria baik kita akan menyembuhkan kita di jalan fana yang berdebu. Dengan kasih sempurna, Bapa kita dan Putera-Nya Yesus Kristus menjanjikan “kedamaian di dunia ini, dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang”20—“sehingga di mana Aku berada kamu akan berada juga.”21 Saya dengan syukurnya bersaksi dalam nama kudus dan suci Yesus Kristus, amin.