Persidangan Umum
Apakah Yang Juruselamat Telah Lakukan Untuk Kita?
Persidangan Umum April 2021


Apakah Yang Juruselamat Telah Lakukan Untuk Kita?

Yesus Kristus telah melakukan semua yang penting untuk perjalanan kita melalui kefanaan kepada takdir yang digariskan dalam rancangan Bapa Syurgawi kita.

Pada satu mesyuarat petang persidangan pacang lama dahulu, saya bertemu dengan seorang wanita yang berkata kawan dia telah menjemput dia untuk pulang ke gereja selepas beberapa tahun tidak aktif, tetapi dia tidak boleh lihat kenapa dia harus balik. Untuk menggalakkan dia saya berkata “Apabila kamu pertimbangkan semua yang Juruselamat telah lakukan untuk anda, anda akan mempunyai banyak sebab untuk pulang, memuja-Nya dan melayani-Nya” Saya tergamam apabila dia menjawab, “Apa yang Dia telah lakukan untuk saya?”

Imej
Kedatangan Kedua

Apakah yang Yesus Kristus telah lakukan untuk kita? Dia telah melakukan semua yang penting untuk perjalanan kita melalui kefanaan kepada takdir yang digariskan dalam rancangan Bapa Syurgawi kita. Saya akan berucap tentang empat asas penting rancangan tersebut. Dalam setiap prinsip ini, Putera Tunggal-Nya, Yesus Kristus ialah tokoh pusat. Memotivasikan semua ini “adalah kasih Tuhan, yang mencurahkan diri-Nya merata-rata di dalam hati anak manusia; oleh kerana itu, ia adalah paling dihasratkan melebihi segala-galanya.” (1 Nefi 11:22).

I.

Sebelum Ahad Easter, ia amat sesuai untuk berucap tentang Kebangkitan Yesus Kristus. Kebangkitan daripada kematian ialah tiang peribadi yang meyakinkan dalam iman kita. Ia menambahkan erti dalam ajaran kita, motivasi kepada perangai kita, dan harapan untuk masa depan kita.

Kerana kita percaya catatan dalam kedua-dua Alkitab dan Kitab Mormon tentang Kebangkitan harfiah Yesus Kristus, kita juga percaya beberapa pengajaran kitab suci bahawa kebangkitan yang serupa akan datang kepada semua manusia yang telah hidup di bumi ini.1 Seperti diajar Yesus, “Kerana Aku hidup, kamu pun akan hidup.” (Yohanes 14:19). Dan Rasul-Nya mengajar bahawa “orang mati akan dibangkitkan dengan tubuh yang abadi” dan “tubuh yang akan mati sudah diganti dengan tubuh yang tidak dapat mati” (1 Korintus 15:52, 54).

Imej
Kebangkitan

Tetapi Kebangkitan memberi kita lebih daripada jaminan kebaqaan. Ia mengubah cara kita melihat kehidupan fana.

Ini memberikan kita perspektif dan kekuatan untuk menahani cabaran fana yang dihadapi oleh kita semua dan mereka yang kita sayangi. Ia memberi kita cara baru untuk melihat kekurangan jasmani, mental atau emosi yang kita ada bila lahir atau peroleh dalam hidup ini. Ia memberi kita kekuatan untuk menahan kesedihan, kegagalan dan kekecewaan. Oleh kerana kita semua mempunyai kebangkitan yang terjamin, kita tahu bahawa kekurangan kefanaan dan pertentangan hanya sementara.

Kebangkitan juga memberi kita insentif kuat untuk menyimpan perintah Tuhan dalam hidup fana kita. Apabila kita bangkit daripada kematian dan menghadap Penghakiman Terakhir kita yang dinubuatkan, kita mahu layak untuk berkat utama yang dijanjikan kepada yang dibangkitkan.2

Imej
Kita boleh hidup sekeluarga buat selama-lamanya.

Selain itu, janji bahawa Kebangkitan boleh termasuk peluang untuk bersama dengan keluarga kita—suami, isteri, kanak-kanak, ibu bapa, dan keturunan—ialah galakkan sangat berkuasa untuk kita memenuhi tanggungjawab keluarga kita dalam kefanaan ini. Ia juga membantu kita untuk hidup bersama dalam kasih bagi kehidupan ini dan menolong kita dalam kematian mereka yang kita sayangi. Kita tahu bahawa perpisahan fana ini hanya sementara,dan kita menjangka perjumpaan dan persatuan yang menggembirakan masa depan. Kebangkitan memberi kita harapan dan kekuatan untuk bersabar apabila kita menunggu. Ia juga menyediakan kita dengan keberanian dan maruah untuk menghadapi kematian diri kita—termasuk kematian yang mungkin boleh dikatakan terlalu awal.

Semua kesan Kebangkitan ini adalah sebahagian daripada jawapan soalan “Apa yang Dia telah lakukan untuk saya?”

II.

Untuk kebanyakan kita, peluang untuk diampunkan dosa kita adalah erti paling penting Korban tebusan Yesus Kristus. Apabila menyembah, kita menyanyi dengan hormat:

Darah mulia dan jiwa-Nya,

Rela dib’rikan-Nya,

Korban Suci untuk dosa,

Selamatkan dunia.3

Juruselamat dan Penebus kita menahan penderitaan yang tidak dapat difahami untuk menjadi korban untuk semua dosa manusia yang ingin bertaubat, Pengorbanan mempersembahkan benda yang terbaik, anak domba tanpa cela, untuk sukatan kejahatan yang tertinggi, dosa seluruh dunia. Ia membuka pintu untuk setiap daripada kita untuk dibersihkan daripada dosa peribadi kita supaya kita boleh kembali kepada hadirat Tuhan, Bapa yang Abadi kita. Pintu terbuka ini ada untuk setiap anak-anak Tuhan. Semasa bersembahyang, kita menyanyi:

‘Ku heran Dia mau turun dari takhta-Nya,

Menyelamatkan jiwa berdosa seperti hamba,

Meny’lamatkan jiwa berdosa s’perti hamba.4

Kesan hebat dan yang tidak dapat difahami Korban tebusan Yesus Kristus berdasarkan kasih-sayang Tuhan untuk kita semua. Ia menegaskan pendiriannya bahawa “nilai semua jiwa”—setiap orang—“adalah besar di mata Tuhan;” (Ajaran dan Perjanjian 18:10). Di dalam Alkitab, Yesus Kristus menjelaskan ini perkara ini dengan kasih sayang Bapa Syurgawi kita, “Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” (Yohanes 3:16). Dalam nubuat moden, Juruselamat kita Yesus Kristus mengisytiharkan bahawa Dia “sangat mengasihi dunia sehingga Dia memberikan nyawa-Nya sendiri, agar seberapa banyak yang akan percaya boleh menjadi anak-anak Tuhan.” (Ajaran dan Perjanjian 34:3).

Adakah hairan, bahawa Kitab Mormon: Satu Lagi Kesaksian Yesus Kristus berakhir dengan pengajaran yang untuk menjadi “disempurnakanlah” dan “dikuduskan di dalam Kristus” kita harus “mengasihi Tuhan dengan segala daya, fikiran dan kekuatanmu”.(Moroni 10:32–33.) Rancangan-Nya yang dimotivasikan kasih-sayang mesti diterima dengan kasih-sayang.

III.

Apakah lagi yang Juruselamat telah lakukan untuk kita? Melalui pengajaran nabi-nabi-Nya dan melalui pelayanan peribadi-Nya sendiri, Yesus mengajar kita rancangan keselamatan. Rancangan ini termasuk Penciptaan, tujuan kehidupan, kepentingan pertentangan, dan kurnia hak pilihan. Dia mengajar kita perintah dan perjanjian yang kita harus patuh dan tatacara yang kita perlu alami untuk membawa kita kembali kepada ibu bapa kita di syurga.

Imej
Khutbah di atas Bukit

Dalam Alkitab kita membaca ajaran-Nya: “Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup” (Yohanes 8:12). Dan dalam wahyu moden kita membaca, “Aku ialah Yesus Kristus, … suatu cahaya yang tidak dapat disembunyikan dalam kegelapan” (Ajaran dan Perjanjian 14:9). Apabila kita mengikut ajaran-Nya, Dia menyala jalan kita dan menjamin nasib kita di akhirat nanti.

Oleh kerana Dia menyayangi kita, Dia mencabar kita untuk fokus kepada Dia berbanding dengan perkara dunia fana ini. Dalam khutbah hebat tentang roti kehidupan, Yesus mengajar yang kita tak harus menjadi di antara mereka yang tertarik kepada benda duniawi—perkara yang memberi kesokongan di dunia tetapi tidak memberi sokongan pada kehidupan abadi.5 Seperti Yesus menjemput kita banyak kali, “Ikutlah Aku.”6

IV.

Akhirnya, Kitab Mormon mengajar bahawa sebahagian daripada Korban tebusan-Nya Yesus Kristus “menderita kesakitan dan kesengsaraan dan cubaan daripada setiap jenis; dan ini agar firman boleh digenapi yang mengatakan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kesakitan dan penyakit umat-Nya.” (Alma 7:11).

Mengapa Juruselamat kita menderita cubaan “setiap jenis”? Alma menjelaskan, “Dan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kelemahan mereka, agar sanubari-Nya boleh dipenuhi dengan belas kasihan, menurut keadaan daging, agar Dia boleh mengetahui menurut keadaan daging bagaimana menyokong umat-Nya menurut kelemahan mereka.” (Alma 7:12).

Imej
Kristus di Getsemani

Juruselamat merasa dan mengetahui semua godaan, pergelutan, kesakitan, dan penderitaan kita, kerana Dia dengan rela mengalami mereka semua sebagai sebahagian daripada Korban tebusan-Nya. Tulisan suci lain mengesahkan ini. Perjanjian Baru menyatakan, “Sekarang Dia dapat menolong mereka yang kena cubaan, kerana Dia sendiri pernah dicubai dan menderita.” (Ibrani 2:18). Yesaya mengajar, “Jangan takut kerana Aku menyertai kamu … Aku akan menguatkan dan menolong kamu” (Yesaya 41:10). Semua yang menderita semua jenis kelemahan fana harus ingat bahawa Juruselamat mengalami kesakitan itu juga, dan melalui Korban tebusan-Nya dia menawar kita kekuatan untuk menahannya.

Nabi Joseph Smith meringkaskan kesemua ini dalam Fasal-Fasal Kepercayaan ketiga: “Kami percaya bahawa melalui Korban Tebusan Kristus, seluruh umat manusia boleh diselamatkan, melalui kepatuhan pada hukum-hukum dan tatacara-tatacara Injil.”

“Apakah yang Yesus Kristus telah lakukan untuk saya?” tanya saudari itu. Di bawah rancangan Bapa di Syurga, Dia “menciptakan langit dan bumi” (Ajaran dan Perjanjian 14:9) supaya kita semua boleh mengalami pengalaman fana yang perlu untuk mencari takdir ilahi kita. Sebagai sebahagian daripada rancangan Bapa kita, Kebangkitan Yesus Kristus yang mengalahkan kematian memastikan kebaqaan untuk setiap daripada kita. Pengorbanan korban tebusan Yesus Kristus memberi kita semua peluang untuk bertaubat dan pulang bersih kepada rumah syurgawi kita. Perintah-Nya dan perjanjian-Nya menunjukkan kita jalan, dan imamat-Nya memberi wewenang untuk melaksanakan tatacara yang penting untuk mencapai takdir itu. Dan Juruselamat kita dengan rela mengalami semua penderitaan dan kelemahan agar Dia tahu bagaimana untuk menguatkan kita dalam penderitaan kita.

Imej
Yesus Kristus

Yesus Kristus melakukan semua ini kerana Dia mengasihi semua anak Tuhan. Kasih-sayang ialah motivasi untuk kesemuanya, dan ia adalah seperti itu daripada permulaan. Tuhan telah beritahu kita dalam nubuat moden bahawa “Dia menciptakan … lelaki dan perempuan,, menurut rupa-Nya … dan memberikan kepada mereka perintah-perintah agar mereka haruslah mengasihi dan melayani-Nya” (Ajaran dan Perjanjian 20:18–19).

Saya bersaksi tentang kebenaran semua ini dan berdoa agar kita boleh ingat apa yang Juruselamat telah lakukan untuk setiap daripada kita dan kita semua akan menyayangi dan melayani-Nya, dalam nama Yesus Kristus, amin.