Persidangan Umum
COVID-19 dan Bait Suci
Persidangan Umum April 2021


COVID-19 dan Bait Suci

Ingatlah perjanjian dan berkat bait suci anda yang paling utama dalam fikiran dan hati anda. Kekal setia kepada perjanjian yang anda telah buat.

Para saudara dan saudari yang saya kasihi, kita telah benar-benar ada jamuan rohani. Saya sangat bersyukur atas doa, pesanan, dan muzik sepanjang persidangan. Terima kasih kepada anda semua kerana telah menyertai kami, di mana saja anda berada.

Awal tahun lalu, kerana pandemik COVID-19 dan keinginan kami untuk jadi warga global yang baik, kami telah buat keputusan sukar untuk tutup semua bait suci buat sementara waktu. Selama bulan-bulan berikutnya, kami diilhami untuk buka kembali bait suci secara berperingkat melalui pendekatan yang sangat berhati-hati. Bait suci sekarang dibuka dalam empat fasa, mematuhi peraturan kerajaan tempatan dan protokol keselamatan.

Untuk bait suci di fasa 1, pasangan layak yang sebelumnya telah menerima anugerahan mereka sendiri boleh dimeterai sebagai suami isteri.

Untuk bait suci di fasa 2, semua tatacara untuk yang hidup dilaksanakan, termasuk anugerahan sendiri, pemeteraian suami isteri, dan pemeterian anak-anak kepada ibu bapa. Baru-baru ini, kami telah buat pindaan garis panduan fasa 2 dan membenarkan remaja, ahli baharu, dan yang lain dengan penggunaan terhad kad rekomen untuk ambil bahagian dalam pembaptisan perwakilan untuk nenek moyang mereka.

Bagi bait suci di fasa 3, mereka yang ada janji temu dapat ambil bahagian dalam tatacara untuk yang hidup dan juga dalam semua tatacara perwakilan untuk nenek moyang yang sudah meninggal.

Fasa 4 adalah kembali ke aktiviti bait suci yang penuh dan seperti biasa.

Kami bersyukur atas kesabaran dan kesetiaan anda selama tempoh yang berubah dan mencabar ini. Saya berdoa agar keinginan anda untuk menyembah dan melayani di bait suci menjadi lebih kuat sekarang dari sebelumnya.

Anda mungkin tertanya-tanya bila anda akan dapat kembali ke bait suci. Jawapan: Bait suci anda akan dibuka apabila peraturan kerajaan tempatan mengizinkannya. Apabila kejadian COVID-19 di kawasan anda berada dalam had selamat, bait suci anda akan dibuka semula. Lakukan semua yang anda boleh untuk bantu kurangkan jumlah COVID di kawasan anda agar peluang bait suci anda dapat meningkat.

Sementara itu, taati perjanjian dan berkat bait suci anda yang paling utama dalam fikiran dan hati anda. Kekal setia kepada perjanjian yang anda telah buat.

Kami sekarang membina untuk masa depan! Empat puluh satu bait suci sedang dalam pembinaan atau pengubahsuaian. Baru tahun lalu, walaupun ada pandemik, tanah telah dipecah untuk 21 bait suci baharu!

Kami ingin bawa rumah Tuhan lebih dekat kepada ahli kami, agar mereka ada hak istimewa kudus untuk hadiri bait suci sekerap mungkin.

Sambil saya mengumumkan rancangan pembinaan 20 lagi bait suci, saya merenung dan menguja para perintis—dahulu dan sekarang—yang hidupnya dibaktikan telah membolehkan perbuatan sejarah hari ini. Bait suci baharu akan dibina di setiap lokasi-lokasi berikut: Oslo, Norway; Brussels, Belgium; Vienna, Austria; Kumasi, Ghana; Beira, Mozambique; Cape Town, South Africa; Singapore, Republik Singapore; Belo Horizonte, Brazil; Cali, Colombia; Querétaro, Mexico; Torreón, Mexico; Helena, Montana; Casper, Wyoming; Grand Junction, Colorado; Farmington, New Mexico; Burley, Idaho; Eugene, Oregon; Elko, Nevada; Yorba Linda, California; dan Smithfield, Utah.

Bait suci adalah bahagian penting dalam Pemulihan injil Yesus Kristus dalam kegenapannya. Tatacara bait suci memenuhi kehidupan kita dengan kuasa dan kekuatan yang tidak tersedia dengan cara lain. Kami bersyukur kepada Tuhan atas berkat-berkat itu.

Semasa kami mengakhiri persidangan ini, kami sekali lagi menyatakan kasih kami kepada anda. Kami berdoa agar Tuhan mencurahkan berkat-berkat-Nya dan menjaga anda semua. Bersama-sama, kita terlibat dalam pelayanan kudus-Nya. Dengan keberanian, marilah kita semua terus berusaha dalam pekerjaan mulia Tuhan! Untuk ini saya berdoa dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.