Persidangan Umum
Apa Yang Kita Pelajari dan Tidak Akan Lupakan
Persidangan Umum April 2021


Apa Yang Kita Pelajari dan Tidak Akan Lupakan

Jika anda lihat hidup anda dengan penuh berdoa, saya percaya anda akan lihat Tuhan telah bimbing anda melalui masa kesusahan ini dalam banyak cara.

Para saudara saya yang dikasihi, saya telah nantikan pertemuan virtual ini dengan anda. Kali terakhir kita mengadakan sebuah sesi imamat persidangan umum adalah pada April 2019. Banyak hal telah berlaku dalam dua tahun kebelakangan ini! Beberapa daripada anda telah kehilangan orang terkasih. Orang lain telah kehilangan kerja, mata pencarian atau kesihatan. Dan orang lain telah kehilangan rasa damai atau harapan untuk masa depan. Hati saya terbuka kepada setiap anda yang telah menderita kehilangan tersebut atau kehilangan lain. Saya berdoa secara berterusan agar Tuhan akan menenangkan anda. Apabila anda terus membiarkan Tuhan menang dalam hidup anda, saya tahu bahawa Dia optimis terhadap masa depan anda seperti yang dahulu.

Di antara kehilangan yang kita telah alami, terdapat beberapa hal yang kita telah temui. Beberapa orang telah menemui iman lebih mendalam kepada Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Banyak orang telah menemui pandangan baru mengenai kehidupan—bahkan sebuah pandangan abadi. Anda mungkin telah menemui hubungan lebih kuat dengan orang dikasihi dan dengan Tuhan. Saya berharap anda telah menemui kebolehan yang dipertingkat untuk dengarlah Dia dan menerima wahyu peribadi. Cubaan susah sering menyediakan peluang-peluang untuk berkembang yang tidak akan datang dalam cara lain.

Fikirkan lagi tentang dua tahun kebelakangan ini. Bagaimanakah anda telah berkembang? Apakah yang telah anda pelajari? Anda mungkin pada mulanya ingin boleh kembali ke 2019 dan tinggal di sana! Tetapi jika anda lihat hidup anda dengan penuh berdoa, saya percaya anda akan lihat Tuhan telah bimbing anda melalui masa kesusahan ini dalam banyak cara, bantu anda untuk jadi seorang lelaki lebih setia dengan penukaran hati lebih besar—seorang lelaki Tuhan yang sebenar.

Saya tahu Tuhan ada rancangan besar dan agung bagi kita—secara individu dan kolektif. Dengan rasa kasihan dan kesabaran, Dia berfirman:

“Kamu adalah anak-anak kecil, dan kamu masih belum memahami setakat ini betapa besar berkat-berkat yang Bapa … sediakan bagimu;

“Dan kamu tidak dapat menanggung segala sesuatu sekarang; walaupun demikian, cerialah, kerana Aku akan menuntunmu.”1

Para saudara yang dikasihi, saya bersaksi bahawa Dia telah membimbing, dan sedang, membimbing kita, apabila kita berusaha untuk mendengar Dia. Dia mahu kita berkembang dan mempelajari, terutamanya melalui kesusahan.

Kesusahan merupakan pengajar baik. Apakah yang anda pelajari dalam dua tahun kebelakangan ini yang anda ingin selalu ingat? Jawapan anda akan menjadi unik bagi anda, tetapi izinkan saya cadangkan empat pelajaran yang saya berharap kita semua telah pelajari dan tidak akan lupakan.

Pelajaran 1: Rumah Ialah Pusat Iman dan Penyembahan

Sering kali apabila Tuhan memberi amaran tentang bahaya hari-hari terakhir, Dia memberi nasihat ini: “Berdirilah kamu di tempat-tempat kudus, dan janganlah goyah.”2 “Tempat-tempat kudus” ini sememangnya termasuk bait suci dan bangunan pertemuan Tuhan. Tetapi kerana kebolehan untuk berkumpul di tempat ini telah jadi terhad dalam pelbagai peringkat, kita telah pelajari bahawa salah satu tempat terkudus di atas bumi ialah rumah—ya, termasuk rumah anda .

Saudara-saudara, anda memegang imamat Tuhan. “Hak-hak keimamatan tidak terpisah dari hubungannya dengan kuasa syurga.”3 Anda dan keluarga anda telah menerima tatacara-tatacara imamat. Ia “di dalam tatacara-tatacara [imamat bahawa] kuasa ketuhanan dinyatakan.”4 Kuasa itu sedia ada bagi anda dan keluarga anda di rumah diri anda apabila anda mentaati perjanjian-perjanjian yang anda telah buat.5

185 tahun lalu—pada hari ini—3 April 1836, Elia memulihkan kunci-kunci imamat yang membolehkan keluarga kita dimeteraikan buat selama-lamanya. Itulah sebab ia rasa sungguh baik untuk memberi sakramen di rumah anda. Bagaimanakah anda rasa ia mempengaruhi ahli-ahli keluarga untuk melihat anda—sebagai bapa, datuk, suami, anak atau adik lelaki mereka, memberi tatacara kudus ini? Apakah yang anda akan lakukan untuk kekalkan perasaan kudus itu dalam keluarga anda?

Anda mungkin rasa bahawa terdapat lebih banyak yang anda perlu lakukan untuk jadikan rumah anda sebuah tempat perlindungan iman sebenar. Jika begitu, sila lakukan sekarang! Jika anda berkahwin, berunding dengan isteri anda sebagai rakan setaraf anda dalam pekerjaan penting ini. Terdapat beberapa usaha yang lebih penting daripada ini. Antara sekarang dan masa Tuhan datang sekali lagi, kita semua perlu rumah-rumah kita untuk menjadi tempat ketenangan dan keselamatan.6

Sikap dan tindakan yang menjemput Roh akan meningkatkan kekudusan rumah anda. Begitu pasti ialah fakta bahawa kekudusan akan lenyap jika terdapat apa-apa dalam tingkah laku atau persekitaran anda yang bersalah terhadap Roh Kudus, kerana “syurga menarik dirinya.”7

Pernahkah anda tertanya kenapa Tuhan mahu kita jadikan rumah kita pusat pelajaran injil dan kehidupan injil? Ia bukan hanya untuk menyediakan kita untuk, dan menolong kita melalui, sebuah wabak. Sekatan sekarang terhadap perkumpulan akan berakhir. Tetapi, komitmen anda untuk jadikan rumah anda tempat perlindungan utama anda sepatutnya tidak pernah berakhir. Apabila iman dan kekudusan berkurang di dunia yang jatuh, keperluan anda untuk tempat kudus akan meningkat. Saya mendesak anda untuk terus membuatkan rumah anda menjadi “dan janganlah goyah8 daripada matlamat penting itu.

Pelajaran 2: Kita Memerlukan Satu Sama Lain

Tuhan mahu kita bekerja bersama dan bantu satu sama lain. Itu sebabnya Dia hantar kita ke bumi dalam keluarga dan aturkan kita ke dalam bahagian dan pancang. Itu sebabnya Dia meminta kita untuk melayani satu sama lain. Itu sebabnya Dia meminta kita untuk tinggal di dunia tetapi bukan menjadi sebahagian dunia.9 Kita dapat mencapai lebih banyak bersama-sama daripada bersendirian.10 Rancangan kegembiraan Tuhan akan gagal jika anak-anak-Nya tetap terasing antara satu sama lain.

Wabak baru-baru ini adalah unik kerana ia menjejaskan semua orang di dunia pada masa sama. Sementara beberapa orang telah menderita lebih daripada orang lain, kita semua telah dicabarkan. Kerana ini, percubaan ini berpotensi menolong menyatukan anak-anak Tuhan lebih daripada dahulunya. Jadi, saya bertanya, adakah percubaan yang dikongsi ini mendekatkan anda kepada jiran anda—saudara dan saudari anda di seberang jalan dan di sekeliling dunia?

Berkenaan perkara ini, dua perintah besar boleh membimbing kita: pertamanya, untuk mengasihi Tuhan dan, keduanya, untuk mengasihi sesama kita.11 Kita menunjukkan kasih kita dengan melayani.

Jika anda kenal sesiapa yang bersendirian, hubungi mereka—jika anda berasa bersendirian juga! Anda tidak perlukan sebab atau mesej atau perniagaan untuk berurusan. Anda hanya menyapa dan menunjukkan kasih anda. Teknologi boleh membantu anda. Wabak atau tidak, setiap anak Tuhan yang berharga perlu tahu bahawa dia tidak bersendirian!

Pelajaran 3: Kuorum Imamat Anda Bertujuan Lebih Banyak Daripada Sebuah Pertemuan

Semasa wabak, pertemuan kuorum hari Ahad dibatalkan buat sementara. Beberapa kuorum dapat bertemu secara virtual. Walaupun begitu, pekerjaan yang Tuhan telah berikan kepada kuorum-kuorum imamat tidak direka untuk terhad kepada sebuah pertemuan. Pertemuan-pertemuan hanyalah sebahagian kecil daripada tujuan sebuah kuorum dan apa yang ia boleh lakukan.

Para saudara saya daripada kuorum Imamat Harun dan penatua, luaskanlah penglihatan anda tentang kenapa kita ada kuorum. Bagaimanakah Tuhan mahu anda gunakan kuorum anda untuk mencapai pekerjaan-Nya—sekarang? Carikan wahyu daripada Tuhan. Rendahkan hati anda! Minta! Dengarlah! Jika anda telah dipanggil untuk membimbing, berunding sebagai presidensi dan dengan ahli-ahli kuorum. Apa pun jawatan atau panggilan imamat anda, biarkan Tuhan menang dalam komitmen anda sebagai ahli kuorum anda dan dalam pelayanan anda. Mengalami dengan gembira kesolehan yang anda akan datangkan apabila “bersemangat terlibat dalam perkara yang baik.”12 Kuorum-kuorum berada dalam kedudukan unik untuk mempercepatkan pengumpulan Israel di kedua-dua belah tirai.

Pelajaran 4: Kita Mendengar Yesus Kristus Lebih Baik Apabila Tenang

Kita hidup dalam masa yang dinubuatkan dahulu, apabila “segala hal akan berada dalam huru-hara; dan pastinya, hati manusia akan kecut; kerana ketakutan akan datang ke atas semua orang.”13 Itu adalah benar sebelum wabak dan akan tetap benar selepas itu. Kekecohan di dalam dunia akan terus membesar. Sebaliknya, suara Tuhan bukannya “suara yang sangat gamat bunyinya, tetapi … ianya adalah suara yang tenang dengan kelembutan yang sempurna, seolah-olah adalah suatu bisikan, dan ia menusuk bahkan terus ke dalam jiwa”14 Untuk mendengar suara kecil ini, anda sepatutnya tenang juga!15

Selama satu masa, wabak telah membatalkan aktiviti-aktiviti yang biasanya memenuhi hidup kita. Tidak lama lagi kita mungkin dapat memilih untuk memenuhi masa itu sekali lagi dengan bunyi dan kekecohan dunia. Atau kita boleh menggunakan masa untuk mendengar suara Tuhan membisikkan bimbingan, ketenangan dan kedamaian-Nya. Masa senyap ialah masa kudus—masa yang akan memberikan wahyu peribadi dan mendirikan kedamaian.

Disiplinkan diri untuk memiliki masa bersendirian dan dengan orang dikasihi. Bukalah hati anda kepada Tuhan dalam doa. Ambil masa untuk membenamkan diri anda dalam tulisan suci dan menyembah di bait suci.

Para saudara yang saya kasihi, terdapat banyak hal yang Tuhan mahu kita pelajari dari pengalaman kita semasa wabak ini. Saya hanya menyenaraikan empat. Saya menjemput anda untuk membuat senarai diri anda, mempertimbangkannya dengan berhati-hati dan berkongsi dengan orang dikasihi.

Masa depan adalah terang bagi orang yang mematuhi perjanjian Tuhan.16 Tuhan akan terus memanggil hamba-hamba-Nya yang memegang imamat dengan layak untuk memberkati, menghibur dan memperkuat umat manusia dan membantu mempersiapkan dunia dan umatnya untuk Kedatangan Kedua-Nya Setiap daripada kita sepatutnya memenuhi potensi untuk pentahbisan kudus yang kita telah terima. Kita boleh lakukannya! Saya bersaksi, dengan kasih sayang kepada setiap anda, saudara yang dikasihi, dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.