Persidangan Umum
Cahaya Berpegang Teguh pada Cahaya
Persidangan Umum April 2021


Cahaya Berpegang Teguh pada Cahaya

Semakin kita meningkatkan iman kita kepada Kristus, semakin kuat cahaya yang kita terima sehingga ia menghilangkan semua kegelapan.

Saudara dan saudari terkasih, saya bergembira dengan anda pada hari Ahad Easter ini dalam merenungkan cahaya mulia yang telah bersinar pada bumi dengan Kebangkitan Tuhan dan Juruselamat, Yesus Kristus.

Semasa pelayanan fana-Nya, Yesus mengisytiharkan, “Akulah cahaya dunia: dia yang mengikuti-ku tidak akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan memiliki cahaya kehidupan.”1 Roh Kristus “berada dalam segala hal [dan] memberikan kehidupan pada segalanya.”2 Roh menakluki kegelapan yang sebaliknya akan mengelilingi kita.

Bertahun-tahun lalu, dalam pencarian pengembaraan, dua anak lelaki saya dan saya menemani sebuah kumpulan Remaja Putera ke Gua Moaning, dinamakan demikian kerana bunyi yang bergema dari mulutnya pada satu masa. Gua itu merupakan gua cerobong yang membuka ke dalam sebuah kamar menegak 180 kaki (55 m), gua cerobong terbesar di California.

Imej
Gua Moaning

Terdapat hanya dua cara untuk turun: dengan tangga bulat yang selamat atau rappelling ke lantai gua; dua anak lelaki saya dan saya memilih rappelling. Anak lebih besar saya menurun dahulu, dan anak lebih kecil saya dan saya kemudian menurun supaya kami akan menurun bersama-sama.

Selepas jurutunjuk kami mengarahkan dan mengikat kami dengan abah dan peralatan memanjat terhadap tali kuat, kami bergerak ke belakang sehingga kami berdiri di atas tebing kecil dan mengumpulkan keyakinan kami, kerana ini tempat terakhir untuk memutar balik dan tempat terakhir kami dapat melihat cahaya matahari dari mulut gua.

Langkah ke belakang seterusnya menjunamkan kami ke gua katedral yang begitu tinggi dan lebar sehingga boleh menelan Patung Liberty. Di sana kami tergantung dalam putaran perlahan ketika mata kami menyesuaikan diri kepada kegelapan relatif. Sambil kami menurun, cahaya dari lampu elektrik menerangi sebuah dinding yang berkilauan dengan stalagmit dan stalaktit.

Tanpa amaran, cahaya tiba-tiba padam sepenuhnya. Tergantung di atas jurang, kami dikelilingi oleh sebuah kegelapan begitu mendalam sehingga kami tidak dapat melihat tangan yang memegang tali di hadapan kami. Sebuah suara tiba-tiba memanggil, “Ayah, Ayah, adakah kamu masih di sini?”

“Saya di sini, anak, saya ada di sini,” saya menjawab.

Kehilangan cahaya yang tidak disangka bertujuan untuk menunjukkan bahawa tanpa elektrik, kegelapan gua tidak dapat ditembusi. Ia berjaya; kami “merasai” kegelapan itu. Apabila cahaya kembali, kegelapan menyerah kalah dengan segera, kerana kegelapan selalunya mesti menyerah kalah, walaupun cahaya samar. Anak-anak saya dan saya telah ditinggalkan dengan ingatan daripada sebuah kegelapan yang kami tidak pernah alami, penghargaan lebih untuk cahaya yang kami tidak akan lupai, dan jaminan bahawa kami tidak pernah berseorangan di dalam kegelapan.

Penurunan kami ke dalam gua itu serupa dengan perjalanan kefanaan kita dalam beberapa cara. Kita meninggalkan cahaya mulia dari syurga dan menurun melalui tirai kelupaan ke dunia yang digelapkan. Bapa Syurgawi tidak meninggalkan kita di dalam kegelapan tetapi telah menjanjikan cahaya untuk perjalanan kita melalui Putera-Nya yang Dikasihi, Yesus Kristus.

Kita mengetahui bahawa cahaya matahari adalah penting bagi semua kehidupan di atas bumi. Cahaya yang terpancar daripada Juruselamat kita penting dalam kehidupan rohani kita. Dalam kasih sempurna-Nya, Tuhan memberi Cahaya Kristus kepada setiap orang “yang datang ke dunia”3 agar mereka boleh “mengetahui kebaikan daripada kejahatan”4 dan dipujuk “untuk melakukan kebaikan secara berterusan.”5 Cahaya itu, menampilkan diri melalui apa yang kita sering panggil hati nurani kita, meminta kita untuk selalu bertindak dan menjadi lebih baik, untuk mencapai potensi kita.

Semakin kita meningkatkan iman kita kepada Kristus, semakin kuat cahaya yang kita terima sehingga ia menghilangkan semua kegelapan yang mungkin mengelilingi kita. “Apa yang daripada Tuhan adalah cahaya; dan dia yang menerima cahaya, dan meneruskan di dalam Tuhan, menerima lebih banyak cahaya; dan cahaya itu semakin bertambah terang dan benderang sehingga hari yang sempurna.”6

Cahaya Kristus menyediakan kita untuk menerima pengaruh pelayanan daripada Roh Kudus, yang merupakan “kuasa Tuhan untuk meyakinkan … tentang kebenaran Injil.”7. Ahli ketiga daripada kesatuan Ketuhanan, Roh Kudus “merupakan lembaga Roh.”8 Sumber cahaya terbesar yang Bapa Syurgawi berikan kepada anda dalam kefanaan datang melalui Roh Kudus, di mana pengaruhnya “ akan menerangi fikiranmu [dan] mengisi jiwamu dengan kebahagiaan.”9

Di dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, melalui hak kuasa imamat yang dipulihkan, anda dibaptiskan melalui pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa. Kemudian, tangan-tangan diletakkan ke atas kepala anda dan “kurnia yang tidak terucapkan” yang menakjubkan10 daripada Roh Kudus dikurniakan ke atas anda.

Selepas itu, apabila keinginan dan tindakan anda berpusat pada jalan perjanjian, Roh Kudus, sebagai cahaya di dalam anda, akan mewahyukan dan menyaksikan kebenaran,11 memberi amaran tentang bahaya, ketenangan12 dan membersihkan13 dan menyediakan kedamaian14 bagi jiwa anda.

Kerana “cahaya berpegang teguh pada cahaya,”15 penemanan Roh Kudus berterusan akan membimbing anda untuk membuat pilihan yang akan mengekalkan anda di dalam cahaya; sebaliknya, pilihan dibuat tanpa pengaruh Roh Kudus akan berkecenderungan untuk membimbing anda ke dalam bayang-bayang dan kegelapan. Elder Robert D. Hales mengajar, “Apabila cahaya ada, kegelapan dikalahkan dan mesti pergi. … Apabila cahaya rohani daripada Roh Kudus ada, kegelapan Setan pergi.”16

Bolehkah saya mencadangkan bahawa, mungkin, inilah masa untuk menanya diri anda: Adakah saya mempunyai cahaya itu dalam hidup saya? Jika tidak, bilakah kali terakhir saya merasai cahaya itu?

Sepertimana cahaya matahari menyinari bumi untuk memperbaharui dan mengekalkan kehidupan, anda boleh menerangi cahaya di dalam diri anda setiap hari apabila anda memilih untuk mengikuti-Nya—Yesus Kristus.

Setitik cahaya matahari ditambah setiap kali anda mencari Tuhan dalam doa; mengkaji tulisan suci untuk “mendengarkan Dia”;17 bertindak pada bimbingan dan wahyu daripada nabi hidup kita; dan mematuhi semua perintah untuk “berjalan dalam semua tatacara Tuhan.”18

Anda akan menjemput cahaya matahari rohani ke dalam jiwa dan kedamaian ke dalam hidup anda setiap kali anda bertaubat. Apabila mengambil sakramen setiap minggu untuk mengambil nama Juruselamat ke atas diri anda, selalu mengingat-Nya dan mematuhi perintah-perintah-Nya, cahaya-Nya akan menyinar di dalam anda.

Terdapat cahaya matahari di dalam jiwa anda setiap kali anda berkongsi injil dan kesaksian anda. Setiap kali anda melayani satu sama lain seperti Juruselamat, kehangatan-Nya dirasai di dalam hati anda. Cahaya Bapa Syurgawi selalu berada di bait suci-Nya dan pada semua orang yang menghadirkan diri di rumah Tuhan. Cahaya-Nya dalam anda dipertingkatkan dengan tindakan-tindakan kebaikan hati, kesabaran, keampunan dan kasih ihsan dan ia menunjukkan dirinya dalam wajah anda. Sebaliknya, kita berjalan dalam bayang-bayang apabila kita terlalu cepat marah atau terlalu lambat memaafkan. “Apabila anda tetap menghadapi cahaya matahari, bayang-bayang tidak dapat melakukan apa-apa melainkan pergi ke belakang anda.”19

Apabila anda hidup layak untuk penemanan Roh Kudus, anda benar-benar “meningkatkan kemampuan rohani anda untuk menerima wahyu.”20

Kehidupan mengandungi cabaran dan kemunduran, dan kita semua mesti menghadapi beberapa hari gelap dan ribut. Melalui semuanya, jika kita “membiarkan Tuhan menang di dalam hidup kita,”21 cahaya Roh Kudus akan mewahyukan bahawa cubaan kita bertujuan dan bermakna, dan cubaan akan akhirnya mengubahkan kita untuk menjadi lebih baik, menjadi individu lebih lengkap dengan iman lebih besar dan harapan lebih terang dalam Kristus, mengetahui bahawa Tuhan sentiasa berada bersama kita pada hari-hari gelap. Seperti dinasihatkan Presiden Russell M. Nelson, “Kegelapan yang semakin meningkat yang menemani kesusahan membuat cahaya Yesus Kristus bersinar semakin terang.”22

Musim-musim hidup kita boleh mengambil kita ke tempat yang tidak disangka serta tidak diingini. Jika dosa telah membimbing anda ke sana, tarik balik langsir kegelapan dan bermula sekarang untuk mendekati Bapa Syurgawi anda dengan hati yang hancur dan roh yang menyesal dan bertaubat. Dia akan mendengar doa ikhlas anda. Dengan keberanian hari ini, “mendekatlah kepada-[Nya] dan [Dia] akan mendekat kepadamu.”23 Anda tidak pernah jauh daripada kuasa sembuh daripada Korban Tebusan Yesus Kristus.

Saya datang dari ibu bapa yang baik dan dari nenek moyang beriman yang mengikut cahaya Yesus Kristus dan injil-Nya, dan ia memberkati hidup mereka dan generasi-generasi yang setia dengan daya tahan rohani. Bapa saya sering bercakap tentang bapanya, Milo T Dyches, dan berkongsi bagaimana iman dia kepada Tuhan merupakan cahaya kepada dia pagi dan malam. Datuk ialah seorang renjer hutan dan sering menunggang keseorangan di gunung, mempercayai Tuhan untuk mengarah dan menjaga hidup dia.

Pada satu musim luruh lewat, Datuk berseorangan di gunung tinggi. Musim sejuk sudah datang apabila dia memasangkan pelana ke atas kuda kegemaran dia, Prince tua, dan menunggang ke sebuah kilang papan untuk mengukur kayu balak sebelum kayu dapat digergaji.

Apabila senja, dia mengakhiri kerja dia dan menaiki pelana kudanya. Pada ketika itu, suhu telah turun, dan gunung dikelilingi dengan ribut salji musim sejuk yang kuat. Tanpa cahaya mahupun jalan untuk membimbing dia, dia memusingkan Prince ke dalam arahan yang dia fikirkan akan membimbing mereka kembali ke stesen renjer.

Imej
Milo Dyches berjalan di dalam ribut

Selepas berjalan beberapa batu dalam kegelapan, Prince perlahan, kemudiannya berhenti. Datuk berulang kali mendesak Prince untuk pergi ke hadapan, tetapi kuda menolak. Dengan salji membutakan yang bertiupan di sekitar mereka, Datuk menyedari dia memerlukan bantuan Tuhan. Seperti dia telah melakukan sepanjang hidup, dia dengan rendah hati “[meminta] dalam iman, tanpa ragu-ragu.”24 Suara yang tenang dan kecil menjawab, “Milo, longgarkanlah tali kendali Prince.” Datuk patuh, dan apabila dia melonggarkan kendali, Prince berpusing dan berjalan ke arah lain. Berjam-jam kemudian, Prince berhenti sekali lagi dan menundukkan kepalanya. Melalui salji, Datuk melihat bahawa mereka telah tiba dengan selamat di pagar stesen renjer.

Dengan matahari pagi, Datuk mengikut semula jejak Prince yang samar di salji. Dia menarik nafas mendalam ketika dia menemukan di mana dia melonggarkan kendali pada Prince: ia merupakan jurang tebing gunung yang tinggi, di mana satu langkah ke depan akan menjatuh matikan kedua-dua kuda dan penunggang akibat batu karang di bawah.

Berdasarkan pengalaman itu dan banyak yang lain, Datuk menasihati bahawa “Teman terbaik dan terpenting yang anda akan miliki ialah Bapa anda di Syurga.” Apabila bapa saya menceritakan kisah Datuk, saya mengingati bahawa dia akan memetik daripada tulisan suci:

“Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu; dan jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri.

“Ingatlah akan Tuhan dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.”25

Imej
Juruselamat memegang pelita

Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah cahaya abadi yang “bersinar dalam kegelapan.”26 Tiada kegelapan yang dapat menekan, memadamkan atau mengalahkan cahaya itu. Bapa Syurgawi kita sentiasa menawarkan cahaya itu kepada anda. Anda tidak pernah bersendirian. Dia mendengar dan menjawab setiap doa. Dia telah “memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang.”27 Apabila anda bertanya, “Bapa, Bapa, adakah Kamu masih di sini?” Dia akan selalunya menjawab, “Aku di sini, Anak, aku ada di sini.”

Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus memenuhi rancangan Bapa Syurgawi sebagai Juruselamat dan Penebus kita;28 Dialah cahaya, hidup dan jalan kita. Cahaya-Nya tidak akan malap,29 kemuliaan-Nya tidak akan berhenti, kasihNya bagi anda adalah abadi—semalam, hari ini dan selama-lamanya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.