Persidangan Umum
Mengapa Jalan Perjanjian
Persidangan Umum April 2021


Mengapa Jalan Perjanjian

Perbezaan tentang jalan perjanjian adalah penting secara unik dan abadi.

Sepanjang pelayanannya, Presiden Russell M. Nelson telah kaji dan ajar tentang perjanjian Tuhan dengan anak-anak-Nya. Dia sendiri adalah teladan baik tentang seseorang yang ikuti jalan perjanjian. Dalam pesanan pertamanya sebagai Presiden Gereja, Presiden Nelson nyatakan:

“Tekad anda untuk ikut Juruselamat dengan membuat perjanjian dengan Dia dan mematuhi perjanjian-perjanjian itu akan membuka pintu kepada setiap berkat dan hak istimewa rohani yang ada untuk para lelaki, wanita, dan anak-anak di merata-rata tempat.

“… Tatacara-tatacara bait suci dan perjanjian-perjanjian yang anda buat di sana adalah sangat penting dalam memperkukuh kehidupan, perkahwinan, dan keluarga anda, dan kebolehan anda untuk menolak serangan si musuh. Penyembahan dan pelayanan anda di bait suci bagi nenek moyang anda akan memberkati anda dengan lebih wahyu peribadi dan kedamaian dan akan memperkukuh komitmen anda untuk kekal pada jalan perjanjian.”1

Apakah jalan perjanjian? Ia adalah satunya jalan yang menuju ke kerajaan selestial Tuhan. Kita memulakan jalan di pintu pembaptisan dan kemudian “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia [dua perintah besar] … sampai akhir.”2 Dalam laluan jalan perjanjian (yang melangkaui kefanaan), kita menerima semua tatacara dan perjanjian yang berkaitan dengan keselamatan dan permuliaan.

Komitmen perjanjian kita yang menyeluruh adalah melakukan kehendak Tuhan “ dan untuk patuh pada perintah-perintah-Nya dalam segala hal yang Dia akan perintahkan kepada [kita].”3 Mengikuti asas dan perintah injil Yesus Kristus dari hari ke hari adalah jalan yang paling bahagia dan memuaskan dalam hidup. Salah satu sebab, seseorang dapat elakkan banyak masalah dan penyesalan. Izinkan saya gunakan analogi sukan. Dalam permainan tenis, ada sesuatu yang disebut kesilapan tanpa paksaan. Ini adalah seperti memukul bola yang dapat dimainkan ke dalam jaring atau kesilapan dua kali ketika melakukan servis. Kesilapan tanpa paksaan dianggap sebagai hasil kesilapan pemain dan bukan disebabkan oleh kemahiran lawan.

Sering kali masalah atau cabaran kita disengajakan oleh kita, hasil pilihan yang buruk, atau kita dapat panggilnya, hasil dari “kesilapan tanpa paksaan.” Ketika kita dengan tekun mengikut jalan perjanjian, kita secara semula jadi elak banyak “kesilapan tanpa paksaan.” Kita elak pelbagai bentuk ketagihan. Kita tidak jatuh ke dalam tingkah laku tidak jujur. Kita elak dosa serius yang tidak berakhlak dan kecurangan. Kami memintas orang dan hal-hal yang, walaupun popular, akan membahayakan kesejahteraan jasmani dan rohani kita. Kita elak pilihan yang bahayakan atau rugikan orang lain dan sebaliknya peroleh tabiat disiplin diri dan pelayanan.4

Elder J. Golden Kimball dipercayai untuk berkata, “Saya mungkin tidak [selalu] berjalan di lorong sempit dan kecil, tetapi saya [cuba] berjalan di atasnya sekerap yang saya [boleh].”5 Pada saat yang lebih serius, saya yakin Brother Kimball akan setuju yang kekal pada, bukan hanya menyeberang, jalan perjanjian adalah harapan terbesar kita untuk elak kesengsaraan yang dapat dielakkan serta berjaya menangani kedukaan hidup yang dapat dielakkan .

Mungkin ada yang berkata, “Saya dapat buat pilihan yang baik dengan atau tanpa pembaptisan; Saya tidak perlukan perjanjian untuk menjadi orang yang terhormat dan berjaya.” Memang, ada banyak yang, walaupun tidak berada di jalan perjanjian, bertindak dengan cara yang mencerminkan pilihan dan sumbangan mereka yang berada di jalan itu. Anda boleh katakan yang mereka dapat berkat dengan berjalan di jalan yang “konsisten dalam [jalan] perjanjian.” Oleh itu, apakah perbezaan jalan perjanjian?

Sebenarnya, perbezaannya adalah penting secara unik dan abadi. Ia merangkumi sifat kepatuhan kita, watak komitmen Tuhan kepada kita, bantuan ilahi yang kita terima, berkat-berkat yang berkaitan untuk berkumpul sebagai umat perjanjian, dan yang paling penting, warisan abadi kita.

Kepatuhan Komited

Yang pertama adalah sifat kepatuhan kita kepada Tuhan. Lebih dari sekadar memiliki niat baik, kita dengan khusyuk komited untuk hidup dengan setiap kata yang keluar daripada mulut Tuhan. Sedemikian, kita mengikuti teladan Yesus Kristus, yang dibaptiskan, “Dia memperlihatkan kepada anak-anak manusia bahawa, menurut keadaan daging Dia merendahkan hati-Nya di hadapan Bapa, dan bersaksi kepada Bapa bahawa Dia akan patuh kepada-Nya dalam mentaati perintah-perintah-Nya.”6

Dengan perjanjian, kita berniat lebih dari sekadar elak kesilapan atau jadi cermat dalam keputusan kita. Kita rasa bertanggungjawab kepada Tuhan atas pilihan dan kehidupan kita. Kita mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus. Kita fokus kepada Kristus—untuk menjadi berani dalam kesaksian tentang Yesus dan membangunkan perwatakan Kristus.

Dengan perjanjian, kepatuhan kepada asas-asas injil berakar dalam jiwa kita. Saya kenal satu pasangan di mana, pada masa perkahwinan mereka, isteri tidak aktif dalam Gereja dan suami tidak pernah menjadi ahli Gereja. Saya akan panggil mereka Mary dan John, bukan nama sebenar. Ketika mereka mula mempunyai anak-anak, Mary merasa sangat perlu untuk membesarkan mereka, seperti yang dinyatakan dalam tulisan suci, “didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.”7 John menyokong. Mary membuat beberapa pengorbanan penting untuk berada di rumah mengajar injil secara konsisten. Dia memastikan yang keluarga memanfaatkan sepenuhnya penyembahan dan aktiviti Gereja. Mary dan John menjadi ibu bapa yang patut dicontohi, dan anak-anak mereka (semua anak lelaki yang bertenaga) berkembang dalam iman dan kesetiaan kepada asas dan standard injil.

Ibu bapa John, datuk nenek kepada anak-anak lelaki itu, senang hati dengan kehidupan dan pencapaian cucu-cucu mereka yang sihat, tetapi kerana pertentangan terhadap Gereja, mereka menganggap kejayaan disebabkan kemahiran keibubapaan John dan Mary. John, walaupun bukan ahli Gereja, tidak membiarkan penilaian itu dilakukan begitu saja. Dia menegaskan yang mereka sedang menyaksikan hasil ajaran injil—apa anak-anaknya alami di Gereja dan juga apa yang terjadi di rumah.

John sendiri dipengaruhi oleh Roh, oleh kasih dan teladan isterinya, dan desakan anak-anaknya. Akhirnya, dia dibaptis, dan ia sangat menggembirakan ahli dan rakan bahagian.

Walaupun hidup dengan cabaran bagi mereka dan anak-anak mereka, Mary dan John dengan sepenuh hati menegaskan yang perjanjian injil adalah akar kepada berkat mereka. Mereka telah lihat firman Tuhan kepada Yeremia dipenuhi dalam kehidupan anak-anak mereka dan juga dalam kehidupan mereka sendiri: “Aku akan menyimpan hukum-Ku dalam batin mereka, dan menulisnya pada hati mereka. Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.”8

Terikat dengan Tuhan

Aspek kedua yang unik tentang jalan perjanjian adalah hubungan kita dengan Tuhan. Perjanjian yang Tuhan mempersembah kepada anak-anak-Nya lebih daripada membimbing kita. Mereka mengikat kita kepada Dia,setelah terikat kepadanya maka kita boleh melakukan segala perkara.9

Saya pernah baca artikel seorang wartawan surat khabar yang kurang berpengetahuan yang jelaskan bahawa cara kita lakukan pembaptisan untuk orang mati adalah dengan merendam gulungan mikrofilem ke dalam air. Kemudian semua orang yang namanya tertera di mikrofilem dianggap telah dibaptiskan. Kaedah itu adalah sangat efisien, tetapi ia mengabaikan nilai tak terhingga setiap jiwa dan kepentingan perjanjian peribadi dengan Tuhan.

“[Yesus] berfirman… : Masuklah kamu ke dalam pintu gerbang yang kecil; kerana kecillah pintu gerbang itu, dan sempitlah jalan yang menuju kepada kehidupan, dan terdapat sedikit sahaja yang menemuinya.”10 Secara simbolik, pintu gerbang ini sangat sempit sehingga ia hanya membenarkan satu untuk masuk pada satu masa. Setiap orang membuat komitmen individu kepada Tuhan dan sebagai balasan-Nya menerima suatu perjanjian peribadi daripada Dia, dengan nama, di mana dia boleh bergantung sepenuhnya untuk masa dan keabadian. Dengan tatacara-tatacara dan ajaran, “kuasa ketuhanan dinyatakan” dalam kehidupan kita.11

Bantuan Ilahi

Ini membimbing kita untuk pertimbangkan berkat istimewa ketiga dari jalan perjanjian. Tuhan menyediakan kurnia yang hampir tak boleh difahami untuk bantu para pembuat perjanjian menjadi pemelihara perjanjian: kurnia Roh Kudus. Kurnia ini adalah hak untuk penemanan, perlindungan, dan bimbingan Roh Kudus yang berterusan.12 Juga dikenali sebagai Penghibur, Roh Kudus “dipenuhi dengan harapan dan kasih yang sempurna.”13 Dia “mengetahui segala sesuatu, dan memberikan kesaksian tentang Bapa dan Putera,”14 yang saksi-saksinya kita pilih untuk menjadi.15

Di jalan perjanjian kita juga temui berkat-berkat penting dari keampunan dan pembersihan dari dosa. Ini adalah bantuan yang dapat datang hanya melalui rahmat ilahi, yang diberi oleh Roh Kudus. “Sekarang inilah perintah itu,” firman Tuhan, “Bertaubatlah, kamu segenap hujung bumi, dan datanglah kepada-Ku dan dibaptiskanlah dalam nama-Ku, agar kamu boleh dikuduskan melalui penerimaan Roh Kudus, agar kamu boleh berdiri tanpa noda di hadapan-Ku pada hari terakhir.”16

Berkumpul dengan Umat Perjanjian

Keempat, mereka yang ikuti jalan perjanjian juga temui berkat-berkat istimewa dalam pelbagai pengumpulan yang ditentukan oleh ilahi. Nubuat tentang pengumpulan suku-suku Israel yang lama tersebar ke negeri warisan mereka terdapat di seluruh kitab suci.17 Kegenapan nubuat dan janji-janji itu sedang berlangsung sekarang dengan pengumpulan umat perjanjian ke dalam Gereja, kerajaan Tuhan di bumi. Presiden Nelson jelaskan, “Ketika kita berbicara tentang pengumpulan, kita hanya menyatakan kebenaran asas ini: setiap dari anak-anak Bapa Syurgawi kita … berhak untuk mendengar pesanan injil pemulihan Yesus Kristus.”18

Tuhan memerintah para ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir untuk “bangkit dan bersinarlah, agar cahayamu boleh menjadi panji bagi bangsa-bangsa; … pengumpulan bersama ke atas negeri Sion, dan ke atas pancang-pancangnya, dapat dijadikan pertahanan, dan untuk perlindungan dari ribut, dan dari kemurkaan apabila ia akan dicurahkan dengan pekat ke atas seluruh bumi.”19

Terdapat juga pengumpulan umat perjanjian ke rumah doa pada hari Tuhan, agar kita “boleh lebih sepenuhnya menghindarkan [diri kita] tidak bernoda dari dunia.”20 Ini adalah pengumpulan untuk mengambil roti sakramen dan air untuk mengingati Korban Tebusan Yesus Kristus dan satu masa “untuk berpuasa dan berdoa, dan untuk berbicara antara satu sama lain tentang kesejahteraan jiwa [kita].”21 Sebagai remaja, saya adalah satu-satunya ahli Gereja di kelas sekolah menengah saya. Saya ada banyak rakan baik di sekolah, namun saya mendapati yang saya sangat bergantung pada pengumpulan hari Sabat setiap minggu untuk menyegarkan dan memperbaharui saya secara rohani, dan bahkan secara fizikal. Betapa bersungguh-sungguh kita merasakan kehilangan pengumpulan perjanjian biasa ini selama pandemik ini, dan betapa bersemangatnya kita berharap waktu kita dapat berkumpul kembali seperti sebelumnya.

Umat perjanjian juga berkumpul ke bait suci, rumah Tuhan, untuk mendapatkan tatacara, berkat, dan wahyu yang tersedia secara unik di sana. Nabi Joseph Smith ajarkan:“Apakah matlamat pengumpulan … umat Tuhan di mana-mana zaman dunia? … Matlamat utama adalah untuk membina kepada Tuhan satu rumah di mana Dia boleh mewahyukan kepada umat-Nya tatacara-tatacara rumah-Nya dan kemuliaan kerajaan-Nya, dan mengajarkan umat-Nya cara penyelamatan; kerana wujudnya tatacara dan asas-asas tertentu yang mesti diajarkan dan dijalankan dalam satu tempat atau rumah yang dibina untuk tujuan itu.”22

Mewarisi Janji Perjanjian

Akhirnya, hanya dalam ikuti jalan perjanjian, kita mewarisi berkat-berkat Abraham, Ishak, dan Yakub, berkat-berkat keselamatan dan permuliaan utama yang hanya Tuhan dapat berikan.23

Rujukan Alkitab kepada umat perjanjian sering bermaksud keturunan Abraham yang sebenar atau “bani Israel.” Tetapi umat perjanjian juga termasuk semua yang menerima injil Yesus Kristus.24 Paulus jelaskan:

“Kamu semua telah dibaptis dan disatukan dengan Kristus. Oleh itu, sekarang kamu sudah menerima sifat-sifat Kristus sendiri. …

“Jika kamu milik Kristus, maka kamu keturunan Abraham dan akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan.”25

Mereka yang setia kepada perjanjian mereka “akan datang ke dalam kebangkitan orang soleh.”26 Mereka “dijadikan sempurna melalui Yesus pengantara bagi perjanjian baru. … Inilah mereka yang tubuhnya adalah selestial, yang kemuliaannya adalah kemuliaan matahari, bahkan kemuliaan Tuhan, yang paling tinggi dari semuanya.”27 “Kerana itu, segala hal adalah milik mereka, sama ada hidup atau mati, atau hal-hal yang ada sekarang, atau hal yang akan datang, segalanya adalah milik mereka dan mereka adalah milik Kristus, dan Kristus adalah milik Tuhan.”28

Marilah kita mendengar pemanggilan nabi untuk terus kekal pada jalan perjanjian. Nefi nampak kita serta masa kita dan mencatat, “Aku, Nefi, nampak kuasa Anak Domba Tuhan, bahawa ia turun ke atas orang suci gereja Anak Domba, dan ke atas umat perjanjian Tuhan, yang telah dicerai-beraikan ke seluruh permukaan bumi; dan mereka disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan dalam kemuliaan yang agung.”29

Dengan Nefi, “jiwaku bersukacita akan perjanjian-perjanjian Tuhan.”30 Pada hari Ahad Easter ini, saya memberikan kesaksian tentang Yesus Kristus, yang Kebangkitan-Nya adalah harapan kita dan jaminan dari semua yang dijanjikan dan pada akhir jalan perjanjian. Dalam nama Yesus Kristus, amin.