Persidangan Umum
Maut Tiada Kemenangan
Persidangan Umum April 2021


Maut Tiada Kemenangan

Melalui penebusan Korban tebusan dan Kebangkitan Yesus Kristus yang mulia, hati yang hancur dapat disembuhkan, kepedihan dapat jadi kedamaian, dan putus asa dapat jadi harapan.

Pada hari Ahad Easter yang indah ini, kanak-kanak kita menyanyi dengan gembira, “Pada musim semi, Sang Kristus bangkit, Ditinggalkan-Nya kubur-Nya, kalahkan kematian.”1

Kita bersyukur atas pengetahuan kita tentang Kebangkitan Yesus Kristus. Namun, terdapat suatu ketika dalam hidup kita, kita akan rasa patah hati setelah kehilangan seseorang yang kita sangat kasihi. Melalui pandemik global semasa, ramai di antara kita kehilangan orang yang dikasihi—sama ada ahli keluarga atau rakan.2 Kami berdoa untuk mereka yang bersedih atas kehilangan tersebut.

Presiden Russell M. Nelson telah berkata:

“Tanpa mengira usia, kita berdukacita bagi mereka yang dikasihi dan hilang. Berdukacita adalah salah satu ungkapan kasih murni paling dalam. …

“Lebih-lebih lagi, kita tidak dapat sepenuhnya menghargai perjumpaan yang menggembirakan nanti tanpa perpisahan yang sedih sekarang. Satu-satunya cara untuk menghilangkan kesedihan dari kematian adalah dengan mengeluarkan kasih dari kehidupan.”3

Imej
Pengikut wanita bersedih tentang Yesus.

Kita dapat bayangkan bagaimana rakan-rakan Yesus, yang mengikuti Dia dan melayani Dia,4 rasa semasa menyaksikan kematian-Nya.5 Kita tahu yang mereka “berkabung dan menangis.”6 Pada hari Penyaliban, tanpa mengetahui apa yang akan terjadi pada hari Ahad, mereka pasti rasa takut dan cemas, bertanya-tanya bagaimana mereka akan teruskan tanpa Tuhan mereka. Walaupun begitu, mereka terus melayani Dia walaupun dalam kematian.

Yusuf dari Arimatea merayu Pilatus untuk memberikannya jenazah Yesus. Dia ambil jenazah itu, balutnya dengan kain linen, letakkannya dalam kubur barunya dan menggulingkan sebuah batu besar untuk tutup pintu makam.7

Nikodemus membawa ramuan mur dan gaharu. Dia bantu Yusuf balut jenazah dengan kain linen dan ramuan.8

Maria Magdalena dan para wanita lain ikuti Yusuf dan Nikodemus, lihat di mana mereka letakkan jenazah Yesus, dan sediakan ramuan dan minyak untuk menyapunya dengan minyak.9 Menurut hukum yang ketat pada hari itu, mereka tunggu untuk bersedia dan menyapu dengan minyak pada jenazah kerana hari Sabtu adalah hari Sabat.10 Kemudian, pada awal pagi hari Ahad, mereka pergi ke makam. Setelah menyedari yang jenazah Juruselamat tiada di sana, mereka pergi untuk beritahu para pengikut, yang merupakan Rasul Yesus. Para Rasul datang bersama mereka ke kubur dan nampak yang ia kosong. Semua kecuali Maria Magdalena akhirnya pergi, tertanya-tanya apa yang telah terjadi pada jenazah Juruselamat.11

Maria Magdalena kekal berada di kubur itu dengan sendiri. Hanya beberapa hari sebelumnya, dia telah nampak kematian rakan dan Tuannya yang tragis. Sekarang kuburnya kosong, dan dia tidak tahu di mana Dia berada. Dia tidak faham apa yang berlaku, dan dia menangis. Pada saat itu, Juruselamat yang bangkit datang kepadanya dan bertanya mengapa dia menangis dan siapa yang dia cari. Dia ingat yang tukang kebun itu bercakap dengannya, dia bertanya jika dia telah ambil jenazah Tuhannya, dan untuk beritahunya di mana ia berada supaya dia dapat ambilnya.12

Imej
Maria Magdalena

Saya bayangkan yang Tuhan mungkin telah membenarkan Maria Magdalena untuk bersedih dan luahkan kesakitannya.13 Dia kemudian panggilnya dengan namanya, dan dia berpaling kepada-Nya dan mengenali-Nya. Dia nampak Kristus yang telah dibangkitkan dan menjadi saksi tentang Kebangkitan-Nya yang sangat indah.14

Seperti anda, dalam beberapa cara saya dapat mengaitkan kepedihan yang dirasakan oleh Maria Magdalena dan rakan-rakannya ketika mereka bersedih dengan kematian Tuhan mereka. Ketika saya berusia sembilan tahun, abang saya meninggal dunia akibat gempa bumi. Kerana ia berlaku tanpa diduga, saya perlukan sedikit masa untuk fahami realiti apa yang telah berlaku. Saya dipenuhi dengan kesedihan dan kedukaan, dan saya akan tanya diri sendiri, “Apa yang terjadi kepada abang saya? Di manakah dia? Ke manakah dia pergi? Adakah saya akan berjumpa dengannya lagi?”

Pada masa itu, saya belum tahu tentang rancangan keselamatan Tuhan, dan saya ada keinginan untuk tahu dari mana kita datang, apa tujuan hidup, dan apa yang berlaku kepada kita setelah kita mati. Tidakkah kita semua ada keinginan tersebut ketika kita kehilangan orang yang kita kasihi atau ketika kita alami kesukaran dalam hidup kita?

Beberapa tahun selepas itu, saya mula fikirkan tentang abang saya dengan cara tertentu. Saya akan bayangkan dia mengetuk pintu kami. Saya akan buka pintu, dia akan berdiri di sana, dan dia akan beritahu saya, “Aku tidak mati. Aku hidup. Aku tidak dapat datang kepada kamu, tetapi sekarang aku akan tinggal bersama anda dan tidak akan pergi lagi.” Bayangan itu, hampir seperti mimpi, bantu saya atasi kesakitan yang saya rasakan kerana kehilangannya. Pemikiran yang dia akan bersama saya terlintas di fikiran saya berulang kali. Kadangkala saya juga merenung pada pintu, dengan harapan dia akan ketuk dan saya akan melihatnya lagi.

Kira-kira 40 tahun kemudian, pada waktu Easter, saya merenungkan tentang Kebangkitan Yesus Kristus dan mula berfikir tentang abang saya. Pada ketika itu, ada sesuatu yang terlintas di fikiran saya. Saya teringat membayangkan dia datang menemui saya.

Pada hari itu, saya sedar yang Roh telah beri saya ketenangan dalam masa yang sukar. Saya telah terima kesaksian yang roh abang saya tidak mati; dia masih hidup. Dia masih maju dalam kewujudan abadi dia. Saya sekarang tahu “[abang saya] akan hidup kembali”15 pada saat yang indah dan mengagumkan ketika, kerana Kebangkitan Yesus Kristus, kita semua akan dibangkitkan. Di samping itu, Dia telah memungkinkan kita semua untuk bersatu kembali sebagai keluarga dan memiliki kebahagiaan abadi di hadirat Tuhan jika kita akan pilih untuk membuat dan memelihara perjanjian kudus dengan-Nya.

Presiden Nelson telah ajarkan:

“Kematian adalah komponen yang diperlukan oleh kewujudan abadi kita. Tiada siapa yang tahu bila ia akan datang, tetapi ia sangat penting bagi rancangan kebahagiaan Tuhan. Bersyukur atas korban tebusan Tuhan, kebangkitan akhirnya adalah realiti dan kehidupan abadi dibolehkan bagi seluruh umat manusia. …

“… Untuk orang dikasihi yang masih hidup… sengatan kematian ditenangkan dengan ketabahan iman di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia, dan keinginan mendalam untuk melayani mereka. Iman, harapan, kasih itu akan melayakkan kita masuk ke hadirat kudus Tuhan dan, bersama teman dan keluarga abadi kita, tinggal bersama-Nya selamanya.”16

Imej
Taman Kuburan

Saya bersaksi yang “jika Kristus tidak bangkit dari yang mati, atau telah memutuskan ikatan kematian sehingga kubur tidak akan memperoleh kemenangan, dan sehingga kematian tidak akan memiliki sengat, tidak dapatlah ada kebangkitan.

“Tetapi ada suatu kebangkitan, oleh kerana itu kubur tidak memperoleh kemenangan, dan sengat kematian ditelan di dalam Kristus.

“Dia adalah cahaya dan kehidupan dunia; ya, cahaya yang tanpa akhir, yang tidak akan dapat digelapkan; ya, dan juga kehidupan yang tanpa akhir, sehingga tidak dapat ada lagi kematian.”17

Imej
Juruselamat yang bangkit

Yesus Kristus Sendiri nyatakan, “Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati.”18

Saya bersaksi yang melalui penebusan Korban tebusan dan Kebangkitan Yesus Kristus yang mulia, hati yang hancur dapat disembuhkan, kepedihan dapat jadi kedamaian, dan putus asa dapat jadi harapan. Dia dapat memeluk kita dalam pelukan-Nya yang belas kasihan, menghibur, menguasakan, dan menyembuhkan setiap kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.