Persidangan Umum
Juruselamat Peribadi Kita
Persidangan Umum April 2021


Juruselamat Peribadi Kita

Oleh kerana korban tebusan-Nya, Juruselamat mempunyai kuasa untuk membersihkan, menyembuhkan, dan memperkuatkan kita satu demi satu.

Saya bersyukur untuk bersama dengan anda pada pagi Hari Easter ini. Apabila saya berfikir tentang Hari Easter, saya suka mengkaji semula dalam fikiran saya kata-kata yang diucapkan oleh malaikat kepada mereka yang berada di Taman Kuburan: “Mengapakah kamu mencari orang hidup antara orang mati? “Dia tidak ada di sini; Dia sudah bangkit!”1 Saya bersaksi bahawa Yesus dari Nasaret telah bangkit dan Dia masih hidup.

Apa pendapat kamu tentang Penyelamat yang diutus oleh Tuhan?

Tiga puluh empat tahun yang lalu, rakan penginjil saya dan saya jumpa dan mengajar seorang lelaki yang sangat pintar yang bekerja sebagai penulis di surat khabar tempatan Davao City, Filipina Kami suka mengajar dia kerana dia mempunyai banyak soalan dan dia menghormati kepercayaan kami. Soalan yang paling tidak dapat dilupakan yang di tanya kami ialah “Apa pendapat kamu tentang Penyelamat yang diutus oleh Tuhan?”2 Kami dengan teruja mengongsi perasaan kami dan bersaksi tentang Yesus Kristus. Kemudian dia menerbitkan satu artikel tentang topik yang sama yang mengandungi kata-kata yang sungguh baik tentang Juruselamat. Saya ingat saya rasa kagum tetapi bukan diilhamkan. Artikel itu mempunyai maklumat yang baik tetapi ia rasa berlubang dan kekurangan kuasa rohani.

Lebih Mengenali Dia

“Apa pendapat kamu tentang Penyelamat yang diutus oleh Tuhan?” Saya belajar bahawa betapa baiknya saya kenal Juruselamat sangat mempengaruhi kebolehan saya untuk mendengar Dia dan juga bagaimana saya menjawab. Beberapa tahun yang lalu, Elder David A. Bednar tanya soalan-soalan berikut dalam ucapannya: “Adakah kita hanya mengetahui tentang Juruselamat, atau adakah kita semakin mengenali-Nya? Bagaimana kita mengenali Tuhan?”3

Ketika saya mengkaji dan merenung, saya sedar bahawa apa yang saya tahu tentang Juruselamat sangat lebih daripada saya mengenali Dia. Saya bertekad untuk lebih berusaha mengenali Dia. Saya sangat bersyukur untuk tulisan suci dan kesaksian para pengikut Yesus Kristus. Perjalanan saya kebelakangan ini telah mengambil saya ke banyak jalan kajian dan penemuan. Saya berdoa agar Roh Kudus akan membawa kepada anda pesanan yang jauh lebih baik daripada kata-kata yang telah saya menulis.

Yang pertama, kita perlu mengetahui bahawa mengenali Juruselamat merupakan pengejaran yang paling penting dalam kehidupan kita. Ini patut menjadi keutamaan atas semua yang lain.

“Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.”4

Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.”5

“Akulah cahaya dunia: dia yang mengikuti-ku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi akan memiliki cahaya kehidupan.”6

Yang kedua, semasa kita semakin mengenali Juruselamat, ayat-ayat suci dan kata-kata para nabi menjadi begitu bermakna secara peribadi sehingga kata-kata itu menjadi kata-kata kita sendiri. Ini bukan tentang mengambil perkataan, perasaan, dan pengalaman orang lain tetapi tentang mengetahui untuk diri kita sendiri, dalam cara kita sendiri, dengan mencuba firman7 dan menerima kesaksian dari Roh Kudus. Seperti nabi Alma mengisytiharkan:

“Tidakkah kamu mengira bahawa aku mengetahui hal-hal ini diriku sendiri? Lihatlah, aku bersaksi kepadamu bahawa aku tahu bahawa hal-hal ini yang berkenaannya telah aku ucapkan adalah benar. Dan bagaimanakah kamu mengira bahawa aku mengetahui akan kepastiannya?

“Lihatlah, aku berkata kepadamu itu disingkapkan kepadaku oleh Roh Kudus Tuhan. Lihatlah, aku telah berpuasa dan berdoa berhari-hari agar aku boleh mengetahui hal-hal ini bagi diriku sendiri. Dan sekarang, aku tahu bagi diriku sendiri bahawa itu adalah benar; kerana Tuhan Raja telah menyatakannya kepadaku oleh Roh Kudus-Nya; dan ini adalah roh wahyu yang ada dalam diriku.”8

Yang ketiga, kefahaman yang meningkat bahawa Korban Tebusan Yesus Kristus berkesan untuk kita secara peribadi dan individu akan membantu kita mengenali Dia. Kerap kali ia lebih mudah untuk kita berfikir dan bercakap tentang Korban Tebusan Kristus dengan kata umum daripada melihat kepentingan peribadinya dalam kehidupan kita. Korban Tebusan Yesus Kristus ialah tidak terhingga dan abadi dan merangkumi semua dalam keluasan dan kedalamannya tetapi peribadi dan individu dalam kesannya. Oleh kerana korban tebusan-Nya, Juruselamat mempunyai kuasa untuk membersihkan, menyembuhkan, dan memperkuatkan kita satu demi satu.

Satu-satunya keinginan Juruselamat, satu-satunya tujuan-Nya dari permulaan, ialah untuk melakukan kehendak Bapa. Kehendak Bapa ialah untuk Dia membantu dalam “mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia”9 dengan menjadi “penganjur kita kepada Bapa.”10 Jadi, “meskipun Yesus Anak Tuhan, Dia belajar menjadi taat melalui penderitaan-Nya; oleh itu, sesudah Dia menjadi penyelamat yang sempurna, Dia menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semua orang yang taat kepada-Nya.”11

“Dan Dia akan pergi, menderita kesakitan dan kesengsaraan dan cubaan daripada setiap jenis. …

“Dan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kematian, agar Dia boleh melepaskan ikatan kematian … dan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kelemahan mereka, agar sanubari-Nya boleh dipenuhi dengan belas kasihan … agar Dia boleh mengetahui menurut keadaan daging bagaimana menyokong umat-Nya menurut kelemahan mereka.

“ … Putera Tuhan menderita menurut keadaan daging agar Dia boleh mengambil ke atas diri-Nya dosa-dosa umat-Nya, agar Dia boleh memadamkan pelanggaran mereka menurut kuasa pembebasan-Nya.”12

Saya ingin mengongsi pengalaman yang menunjukkan perjuangan yang kita kadang-kadang mengalami untuk menerima sifat peribadi Korban Tebusan Tuhan.

Bertahun-tahun lalu, atas jemputan pemimpin saya, saya membaca habis Kitab Mormon dan menandai ayat-ayat yang merujuk Korban Tebusan Tuhan. Pemimpin saya menjemput untuk menulis ringkasan satu halaman mengenai apa yang saya belajar. Saya berkata kepada diri saya sendiri, “Satu halaman? Mudah itu.” Tetapi saya terkejut bila tugas itu menjadi sangat susah, dan saya gagal.

Semenjak itu saya telah belajar bahawa saya gagal kerana saya tidak betul-betul memahami tujuan tugas itu dan mempunyai andaian yang tidak betul. Yang pertama, saya mengharapkan ringkasan itu untuk menjadi inspirasi bagi semua. Ringkasan itu diniatkan untuk saya dan bukan untuk orang lain. Ia diniatkan untuk mengandungi perasaan dan emosi saya tentang Juruselamat dan apa yang Dia telah melakukan untuk saya supaya setiap kali saya membacanya, ia akan membawa ke permukaan pengalaman-pengalaman peribadi dan rohani yang sungguh baik.

Yang kedua, saya mengharapkan ringkasan itu menjadi hebat dan rumit dan mengandungi kata-kata dan ayat besar. Tujuannya bukan kata-kata besar. Ia diniatkan menjadi pengisytiharan keyakinan yang jelas dan mudah. “Kerana jiwaku senang akan kejelasan; kerana menurut cara ini Tuhan Raja bekerja di kalangan anak-anak manusia. Kerana Tuhan Raja memberikan cahaya kepada pengertian.”13

Yang ketiga, saya mengharapkan ringkasan itu menjadi sempurna, satu ringkasan yang jauh lebih baik daripada semua yang lain—satu ringkasan terakhir yang kepadanya seseorang tidak dapat menambah dan bukan satu kerja dalam proses yang kepadanya saya dapat menambah kata atau ayat semasa kefahaman saya tentang Korban Tebusan Yesus Kristus meningkat.

Kesaksian dan Jemputan

Sewaktu saya remaja, saya belajar banyak dari perbualan-perbualan saya dengan uskup saya. Semasa tahun-tahun itu, saya belajar mengasihi kata-kata ini dari lagu rohani kegemaran:

‘Ku berdiri kagum pada kasih Sang Kristus,

Bingung pada kasih karunia bagiku.

Ku bergetar ingat bagiku disalibpun,

Bagiku pendosa Dia mend’rita dan mati.

O, Betapa ajaibnya

Hingga Dia rela untuk mati bagiku!

O, Betapa ajaib, ajaib bagiku!14

Nabi Moroni jemput kita: “Dan sekarang, aku hendak mengajakmu untuk mencari Yesus ini yang telah ditulis oleh para nabi dan rasul tentangnya.”15

Presiden Russell M. Nelson berjanji bahawa “jika [kita] belajar semua yang [kita] dapat belajar tentang Yesus Kristus, … kebolehan [kita] untuk berpaling dari dosa akan meningkat. Keinginan [kita] untuk mematuhi perintah-perintah akan memuncak.”16

Pada Ahad Easter ini, seperti Juruselamat datang keluar dari kubur batunya, semoga kita bangun dari tidur rohani kita dan naik ke atas awan-awan keraguan, genggaman ketakutan, kesombongan, dan kelalaian. Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi hidup. Saya bersaksi tentang kasih sempurna Mereka bagi kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.