Persidangan Umum
Orang yang Perlukan Bantuan
Persidangan Umum April 2021


Orang yang Perlukan Bantuan

Dalam setiap bahagian dan cabang kita perlukan semua anggota—mereka yang kuat dan mereka yang sedang bergelut. Semua orang penting,

Sebagai kecil, saya ingat masa bapa saya memandu kereta dan melihat orang di tepi jalan yang kelihatan memerlukan bantuan atau mengalami kesukaran. Bapa saya selalu memberi komen “Pobrecito,” yang bermaksud orang yang perlukan bantuan.

Sekali sekala, saya melihat bapa saya menolong kebanyakan orang-orang ini, terutamanya ketika kita pergi ke Mexico untuk melawat datuk nenek saya. Biasanya dia akan cari seseorang yang perlukan bantuan dan kemudiannya beri bantuan secara peribadi. Kemudian pula saya mengetahui bahawa dia sedang membantu mereka mendaftar untuk ke sekolah, membeli makanan, atau menjaga kesejahteraan mereka. Dia melayani orang yang perlukan bantuan di sepanjang perjalanannya. Sebenarnya, dalam tahun-tahun saya membesar saya tidak ingat satu masa di mana kita tidak ada seseorang tinggal bersama kita yang perlukan tempat tinggal ketika mereka menjadi berdikari. Pengalaman-pengalaman ini telah membentuk sikap rasa kasihan dalam diri saya terhadap mereka yang perlukan bantuan.

Dalam Preach My Gospel ia ternyata: “Anda dikelilingi oleh orang ramai. Anda menemui mereka di jalan, melawat mereka di rumah mereka, dan berjalan bersama mereka. Mereka semua ialah anak-anak Tuhan, saudara dan saudari anda. … Kebanyakan orang-orang ini sedang mencari tujuan hidup. Mereka risau tentang masa depan mereka dan keluarga mereka” (Preach My Gospel: A Guide to Missionary Service [2018], 1).

Di sepanjang bertahun-tahun melayani di Gereja, saya telah cuba cari orang yang perlukan bantuan secara jasmani dan rohani dalam hidup mereka. Saya sering dengar suara bapa saya mengatakan, “Pobrecito,” orang yang perlukan bantuan.

Dalam Alkitab, kita mendapati satu contoh mengagumkan tentang menjaga orang yang perlukan bantuan:

“Pada suatu hari, Petrus dan Yohanes pergi ke Rumah Tuhan pada pukul tiga petang, iaitu masa berdoa.

“Di situ, di pintu yang disebut Pintu Indah, ada seorang lelaki yang kakinya lumpuh sejak dia dilahirkan. Tiap-tiap hari dia dibawa ke situ untuk meminta sedekah daripada orang yang masuk ke Rumah Tuhan;

“Apabila dia nampak Petrus dan Yohanes sedang masuk ke Rumah Tuhan, dia meminta sedekah daripada mereka.

“Mereka memandang dia lalu Petrus berkata, “Pandanglah kami!”

“Kemudian orang itu memandang mereka dan berharap akan mendapat sesuatu daripada mereka.

“Tetapi Petrus berkata kepadanya, “Aku sama sekali tidak mempunyai wang, tetapi apa yang ada padaku akan aku berikan kepadamu: dengan kuasa Yesus Kristus orang Nasaret itu, berjalanlah!”

“Lalu Petrus memegang tangan kanan orang lumpuh itu dan menolong dia bangun. Seketika itu juga kaki dan pergelangan kaki orang lumpuh itu menjadi kuat” (Kisah Rasul-Rasul 3:1–7; penekanan ditambahkan).

Semasa membaca kisah ini, saya tertarik dengan penggunaan perkataan memandang. Perkataan memandang bermaksud mengarahkan mata, fikiran, atau memandang dengan bersungguh-sungguh (lihat “fasten,” Dictionary.com). Ketika Petrus memandang lelaki ini, dia melihatnya berbeza daripada yang lain. Dia tidak melihat ketidakupayaan dia untuk berjalan atau kelemahannya dan boleh melihat bahawa imannya cukup untuk disembuhkan dan memasuki bait suci untuk menerima berkat yang dia sedang carikan.

Saya perhatikan bahawa Petrus mengambil tangan kanannya dan mengangkat dia bangun. Apabila dia membantu lelaki itu dalam cara ini, Tuhan secara mukjizat menyembuhkannya, dan “kaki dan pergelangan kaki orang lumpuh itu menjadi kuat.” (Kisah Rasul-Rasul 3:7). Kasihnya untuk lelaki ini dan keinginan untuk membantunya menyebabkan peningkatan keupayaan dan kemampuan dalam lelaki yang lemah itu.

Ketika melayani sebagai Ahli Kawasan Tujuh Puluh, saya menjadualkan setiap malam Selasa untuk melakukan lawatan pelayanan dengan para presiden pancang dalam kawasan tanggungjawab saya. Saya menjemput mereka untuk membuat janji temu dengan ahli-ahli yang memerlukan tatacara injil Yesus Kristus atau mereka yang sekarang ini tidak mentaati perjanjian mereka. Melalui pelayanan konsisten dan bermakna, Tuhan mengembangkan usaha kami dan kami dapat mencari individu dan keluarga yang perlukan bantuan. Inilah mereka yang perlukan bantuan yang tinggal di pancang berlainan dalam kawasan pelayanan kami.

Pada satu kesempatan, saya menemani Presiden Bill Whitworth, presiden Pancang Sandy Utah Canyon View, untuk membuat lawatan pelayanan. Dia berdoa untuk mengetahui siapa yang kami harus lawat, seperti pengalaman Nefi, yang “dipandu oleh Roh, tidak tahu terlebih dahulu hal-hal yang [dia] patut laksanakan” (1 Nefi 4:6). Dia menunjukkan bahawa ketika kita melayani, kita harus dibimbing oleh wahyu kepada mereka yang paling perlukan bantuan, berbanding dengan mengikuti senarai atau melawat individu dalam cara sistematik. Kita harus dibimbing oleh kuasa ilham.

Saya ingat masa saya masuk ke rumah pasangan muda, Jeff dan Heather, dan anak lelaki kecil mereka, Kai. Jeff membesar sebagai ahli aktif dalam Gereja. Dia seorang olahragawan yang berbakat dan ada kerjaya masa depan yang cerah. Dia mula menjauhi Gereja pada zaman remajanya. Kemudian, dia terlibat dalam kemalangan kereta, yang mengubah jalan hidupnya. Semasa kami memasuki rumah mereka dan mula berkenalan, Jeff menanya kami mengapa kami datang untuk melawat keluarganya. Kami menjawab dengan mengatakan bahawa terdapat 3,000 para ahli yang hidup dalam kawasan pancang itu. Kemudiannya saya bertanya, “Jeff, terdapat banyak keluarga yang kami boleh lawat malam ini, beritahu kami mengapa Tuhan telah hantar kami ke sini.”

Jeff menjadi beremosi dan mula berkongsi dengan kami beberapa kebimbangannya dan beberapa isu yang mereka sedang alami sebagai keluarga. Kami mula berkongsi beberapa asas injil Yesus Kristus. Kami menjemput mereka untuk melakukan beberapa perkara spesifik yang pada mulanya kelihatan mencabarkan tetapi akhirnya akan membawa kegembiraan dan kebahagiaan besar kepada mereka. Kemudian Presiden Whitworth memberi Jeff satu berkat imamat untuk membantunya mengatasi cabarannya. Jeff dan Heather bersetuju untuk melakukan apa yang kami jemput mereka lakukan.

Lebih kurang satu tahun kemudian, ia menjadi hak istimewa saya untuk melihat Jeff membaptiskan isterinya, Heather sebagai seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Mereka sekarang sedang menyediakan diri untuk memasuki bait suci untuk dimeteraikan sebagai keluarga untuk masa dan keabadian. Lawatan kami telah mengubah jalan hidup mereka secara jasmani dan rohani.

Tuhan telah berfirman:

“Kerana itu, setialah; berdirilah pada jawatan yang telah Aku tetapkan kepadamu; sokonglah yang lemah, angkatlah tangan yang terkulai, dan kuatkanlah lutut-lutut yang lemah” (Ajaran dan Perjanjian 81:5).

“Dan dengan melakukan hal-hal ini engkau akan melakukan kebaikan yang terbesar kepada sesama manusia, dan akan meningkatkan kemuliaan Dia iaitu Tuhanmu” (Ajaran dan Perjanjian 81:4).

Saudara dan saudari, Rasul Paulus mengajar satu aspek penting dalam pelayanan kita. Dia mengajar bahawa kita semua “tubuh Kristus, dan setiap orang sebahagian daripada tubuh itu” (1 Korintus 12:27) dan setiap orang sebahagian daripada tubuh itu diperlukan untuk memastikan seluruh tubuh dikukuhkan. Kemudian, dia mengajar kebenaran berkuasa yang memasuki hati saya secara mendalam ketika saya membacanya. Dia berkata, “Sebaliknya kita amat memerlukan anggota-anggota tubuh yang dianggap lemah: dan anggota tubuh yang kita anggap tidak begitu dihargai, kita berikan lebih banyak penghargaan” (1 Korintus 12:22–23; penekanan ditambah).

Oleh itu, dalam setiap bahagian dan cabang kita perlukan semua orang—mereka yang kuat dan mereka yang bergelut. Semua orang diperlukan untuk pengukuhan seluruh “tubuh Kristus yang penting. Saya sering ingin tahu siapa yang tidak ada dalam jemaah kita yang akan mengukuhkan dan membuat kita lengkap.

Elder D. Todd Christofferson mengajar: “Dalam Gereja kita tidak hanya belajar tentang ajaran ilahi; kita juga mengalamikan ajarannya. Sebagai tubuh Kristus, ahli-ahli Gereja melayan satu sama lain setiap hari. Kita semua tidak sempurna. … Dalam tubuh Kristus, kita harus berkelakuan lebih daripada konsep dan kata-kata mulia sahaja dan bertindak untuk memperoleh pengalaman sebenar semasa kita belajar untuk “hidup bersama dalam kasih’ [Ajaran dan Perjanjian 42: 45]” (“Why the Church,” Liahona, Nov. 2015, 108–9).

Imej
Mimpi Brigham Young

Pada 1849, Brigham Young bermimpi dan melihat Nabi Joseph Smith sedang menggembala kawanan domba dan kambing yang besar. Sesetengah haiwan-haiwan ini besar dan cantik; dan yang lain kelihatan kecil dan kotor. Brigham Young melihat ke mata Nabi Joseph Smith dan berkata, “Joseph, kamu mempunyai kawanan paling luar biasa … yang saya pernah lihat dalam hidup saya; apa yang kamu akan buat dengan mereka?” Nabi yang kelihatan tidak peduli dengan kawanannya yang tidak terkawal, menjawab, “[Brigham,] mereka semua mempunyai kebaikan tersendiri.”

Apabila Presiden Young bangun, dia memahami bahawa walaupun Gereja akan mengumpul pelbagai “domba dan kambing,” ia adalah tanggungjawabnya untuk membawa semua ke dalam Gereja dan membenarkan setiap orang memenuhi potensi penuh mereka apabila mereka mengambil tempat mereka dalam Gereja. (Adaptasi daripada Ronald W. Walker, “Brigham Young: Student of the Prophet,” Ensign, Feb. 1998, 56–57.)

Saudara dan saudari, idea asal ucapan saya datang ketika saya berfikir secara mendalam tentang individu yang sekarang ini tidak mengambil bahagian secara aktif dalam Gereja Yesus Kristus. Untuk seketika, saya ingin bercakap kepada setiap mereka. Elder Neal A. Maxwell telah mengajar bahawa “individu seperti ini biasanya tetap berhampiran—tetapi tidak mengambil bahagian secara aktif dalam—Gereja. Mereka tidak akan masuk ke gereja, tetapi mereka juga tidak akan meninggalkan jalan masuknya. Inilah orang-orang yang memerlukan dan diperlukan oleh Gereja, yang ‘hidup tanpa Tuhan di dunia’ [Mosia 27:31]” (“Why Not Now?,” Ensign, Nov. 1974, 12).”

Saya ingin mengulangi jemputan Presiden Russell M. Nelson semasa dia berucap untuk kali pertama kepada ahli-ahli Gereja. Dia berkata: “Sekarang, kepada setiap ahli Gereja saya berkata, kekallah pada jalan perjanjian. Tekad anda untuk ikut Juruselamat dengan membuat perjanjian dengan Dia dan mematuhi perjanjian-perjanjian itu akan membuka pintu kepada setiap berkat dan hak istimewa rohani yang ada untuk para lelaki, wanita, dan anak-anak di merata-rata tempat.”

Kemudiannya dia memohon: “Jika anda telah menyimpang dari jalan, saya menjemput anda dengan semua harapan dalam hati saya untuk kembali. Tidak kira kebimbangan anda, tidak kira cabaran anda, terdapat tempat untuk anda dalam Gereja Tuhan ini. Anda dan generasi yang akan datang akan diberkati oleh tindakan anda sekarang untuk kembali ke jalan perjanjian” (“As We Go Forward Together,” atau Liahona, Apr. 2018, 7; penekanan ditambah).

Saya memberi kesaksian tentang-Nya, bahkan Yesus Kristus, Tuan Pelayanan dan Juruselamat kita semua. Saya menjemput setiap daripada kita untuk mencari “pobrecitos,” iaitu orang yang perlukan bantuan di antara kita. Inilah harapan dan doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.