Persidangan Umum
Anda Akan Bebas
Persidangan Umum April 2021


Anda Akan Bebas

Yesus Kristus ialah cahaya yang kita patut angkat bahkan semasa masa-masa yang gelap kehidupan fana kita.

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya amat bersyukur atas kesempatan untuk berucap kepada anda dari Afrika. Ia adalah satu berkat untuk miliki teknologi hari ini dan gunanya dalam cara yang paling berkesan untuk berkomunikasi dengan anda di mana sahaja anda berada.

Pada bulan September tahun 2019, Sister Mutombo dan saya, semasa melayani sebagai pemimpin Misi Maryland Baltimore, berpeluang untuk melawati beberapa tempat sejarah Gereja di Palmyra, New York, ketika menghadiri seminar kepimpinan misi. Kami mengakhiri lawatan kami di Sacred Grove. Niat kami melawati Sacred Grove bukan untuk mengalami pernyataan istimewa atau penglihatan, tetapi kami rasa kehadiran Tuhan di tempat kudus ini. Hati kami dipenuhi dengan kesyukuran kepada Nabi Joseph Smith.

Ketika kembali, Sister Mutombo nampak yang saya senyum besar ketika memandu, jadi dia tanya, “Mengapa kamu teruja?”

Saya menjawab, “Nathalie,sayangku, kebenaran akan selalu berjaya mengalahkan kesilapan, dan kegelapan tidak akan terus di bumi kerana injil Yesus Kristus yang dipulihkan.”

Tuhan Bapa dan Yesus Kristus mengunjungi Joseph Smith yang muda untuk membawa cahaya kepada apa yang telah tersembunyi, supaya kita dapat terima “pengetahuan tentang hal-hal sebagaimana ianya ada, … sebagaimana adanya dahulu, dan sebagaimana adanya yang akan datang” (Ajaran dan Perjanjian 93:24).

Setelah hampir 200 tahun, ramai orang masih mencari kebenaran yang diperlukan untuk menjadi bebas dari tradisi dan kebohongan yang musuh sebarkan di seluruh dunia. Ramai orang “dibutakan oleh kelicikan manusia” (Ajaran dan Perjanjian 123:12). Dalam Suratnya kepada orang Efesus, Paulus mengajar: “Bangunlah, hai kamu yang tidur dan bangkitlah dari antara orang mati dan Kristus akan menyinari kamu” (Efesus 5:14). Juruselamat berjanji bahawa Dia akan menjadi cahaya kepada semua yang mendengar firman-Nya (lihat 2 Nefi 10:14).

Tiga puluh lima tahun yang lalu, ibu bapa saya juga dibutakan dan berusaha mencari kebenaran dan tidak tahu di mana mencarinya. Ibu bapa saya dilahirkan di kampung, di mana tradisi sangat berakar dalam kehidupan individu dan keluarga. Mereka berdua tinggalkan kampung mereka sewaktu muda dan datang ke bandar, mencari kehidupan yang lebih baik.

Mereka berkahwin dan memulakan sebuah keluarga dalam cara yang sederhana. Kami hampir lapan orang dalam rumah kecil—ibu bapa saya, dua adik dan saya, dan satu sepupu yang tinggal bersama kami. Saya tertanya-tanya jika kami benar-benar menjadi sebuah keluarga, kerana kami tidak dibenarkan makan di meja yang sama dengan ibu bapa kami. Apabila bapa kami pulang dari kerja, sebaik sahaja dia masuk rumah, kami diminta untuk pergi luar. Malam-malam kami sangat singkat, kerana kami tidak dapat tidur oleh kerana kekurangan keharmonian dan kasih sejati dalam perkahwinan ibu bapa kami. Rumah kami bukan sahaja kecil, tetapi ia juga tempat yang gelap. Sebelum berjumpa dengan para penginjil, kami menghadiri gereja lain setiap hari Ahad. Jelasnya ibu bapa kami mencari sesuatu yang dunia tidak dapat menyediakan.

Ini berterusan sampai kami jumpa dengan Elder dan Sister Hutchings, pasangan penginjil senior pertama yang dipanggil untuk melayani di Zaire (dikenali hari ini sebagai DR of Congo atau Congo-Kinshasa). Apabila kami mula berjumpa dengan para penginjil ini yang mengagumkan, bagaikan malaikat yang datang daripada Tuhan, saya dapat melihat sesuatu perubahan dalam keluarga kami. Setelah pembaptisan kami, kami mula menjalankan cara hidup yang baru kerana injil Yesus Kristus. Firman Kristus mula mengembangkan jiwa kami. Firman-Nya mula menerangi kefahaman kami dan menjadi sedap bagi kami, kerana kebenaran yang kami terima dapat dibezakan dan kami dapat melihat cahaya, dan cahaya ini menjadi semakin terang setiap hari.

Kefahaman ini tentang mengapa injil membantu kami menjadi lebih seperti Juruselamat. Saiz rumah kami tidak berubah; keadaan sosial kami pun tidak berubah. Tetapi saya menyaksikan penukaran hati ibu bapa saya ketika kami berdoa setiap hari, pagi dan malam. Kami mengkaji Kitab Mormon; kami mengadakan malam keluarga; kami betul-betul menjadi keluarga. Setiap hari Ahad kami bangun pada pukul 6:00 pagi untuk bersedia pergi ke gereja, dan kami berjalan selama berjam-jam untuk menghadiri pertemuan Gereja setiap minggu tanpa mengeluh. Ia pengalaman yang menakjubkan untuk disaksikan. Kami, yang sebelumnya berjalan dalam kegelapan, menghalau kegelapan daripada kami (lihat Ajaran dan Perjanjian 50:25) dan melihat “cahaya yang sangat terang” (2 Nefi 19:2).

Saya ingat satu hari, bila saya tidak rela bangun awal waktu pagi untuk doa keluarga kami, saya merungut kepada adik-adik saya, “Tiada apa-apa yang lain yang kita boleh buat dalam rumah ini, hanya berdoa, berdoa, berdoa.” Bapa saya terdengar kata-kata saya. Saya ingat reaksinya, ketika dia mengajar saya dengan kasih dan teguh, “Selama kamu tinggal di rumah ini, kamu akan berdoa, berdoa, berdoa.”

Kata-kata bapa saya berbunyi dalam telinga saya setiap hari. Apakah yang anda fikir Sister Mutombo dan saya lakukan dengan anak-anak kami hari ini? Kami berdoa, berdoa, berdoa. Ini ialah warisan kami.

Lelaki yang dilahirkan buta dan disembuhkan oleh Yesus Kristus, setelah ditekankan oleh jiran-jiran dan ahli Farisi, berkata:

“Orang yang bernama Yesus meliat sedikit tanah, lalu menyapukannya pada mata saya dan berkata, ‘Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam.’ Saya pun pergi, lalu sebaik sahaja saya membasuh muka, saya dapat melihat. …

“… Satu perkara saya tahu; dahulu saya buta, sekarang saya dapat melihat.” (Yohanes 9:11, 25).

Kami juga buta dan sekarang dapat melihat. Injil yang dipulihkan telah mengesankan keluarga kami semenjak masa itu. Memahami mengapa tentang injil telah memberkati tiga generasi keluarga saya dan akan terus memberkati banyak generasi yang akan datang.

Yesus Kristus adalah cahaya yang bersinar dalam kegelapan. Orang yang mengikuti Dia ”tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup (Yohanes 8:12).

Selama hampir satu tahun antara 2016 dan 2017, orang di kawasan Kasai menghadapi tragedi besar. Ia merupakan masa yang sangat gelap untuk orang di sana kerana satu pertikaian antara kumpulan pahlawan tradisional dan tentera kerajaan. Keganasan bersebar dari bandar-bandar di Wilayah Kasai Central ke kawasan besar Kasai. Ramai orang tinggalkan rumah mereka untuk keselamatan dan bersembunyi di hutan belantara. Mereka tidak mempunyai makanan atau air, atau apa-apa pun, dan di antara mereka terdapat beberapa ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir di kawasan Kananga. Terdapat ahli-ahli Gereja yang dibunuh oleh militia.

Brother Honoré Mulumba dari Bahagian Ngaza di Kananga dan keluarganya merupakan beberapa orang yang kekal bersembunyi idi dalam rumah mereka, tidak ketahaui ke mana untuk pergi kerana semua jalan menjadi jarak tembakan. Pada satu hari beberapa ahli militia ternampak Brother Mulumba dan keluarganya, kerana pada satu petang mereka keluar untuk mencari sayur di kebun keluarga untuk makan. Sekumpulan militia pergi ke rumah mereka dan tarik mereka keluar serta menyuruh mereka untuk pilih untuk ikut cara-cara militia atau mereka akan dibunuh.

Brother Mulumba dengan penuh keberanian memberitahu mereka, “Saya ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Keluarga saya dan saya telah menerima Yesus Kristus dan mempunyai iman kepada-Nya. Kami akan kekal setia dalam perjanjian kami dan akan terima kematian.”

Mereka beritahu keluarganya, “Kerana kamu pilih Yesus Kristus, badan-badan kamu akan dimakan oleh anjing,” dan mereka janji untuk kembali. Tetapi mereka tidak pernah kembali, dan keluarga itu tinggal di sana selama dua bulan dan tidak pernah melihat militia lagi. Brother Mulumba dan keluarganya mengekalkan api iman mereka. Mereka ingat perjanjian mereka dan telah dilindungi.

Yesus Kristus adalah cahaya yang kita patut angkat bahkan semasa masa-masa yang gelap kehidupan fana kita. (lihat 3 Nefi 18:24). Apabila kita memilih untuk ikut Kristus, kita memilih untuk berubah. Seorang yang berubah untuk Kristus akan dipimpin oleh Kristus, dan kita akan bertanya, seperti Paulus, “Tuhan, apakah yang engkau ingin aku lakukan?” Kisah Rasul-Rasul 9:6. Kita akan “mengikut jejak-Nya” (1 Petrus 2:21). Kita akan “mengikut jejak Kristus” (1 Yohanes 2:6). (Lihat Ezra Taft Benson, “Born of God,” Ensign, Julai 1989.)

Saya bersaksi akan Dia yang telah mati, dikuburkan, dan bangkit semula pada hari ketiga dan naik ke syurga supaya anda dan saya boleh terima berkat kebaqaan dan permuliaan. Dia adalah “cahaya, … kehidupan, dan kebenaran” (Eter 4:12). Dia ialah penawar kepada kekeliruan dunia. Dia ialah standard kecemerlangan untuk permuliaan, bahkan Yesus Kristus. Dalam nama Yesus Kristus, amin.