Persidangan Umum
Bukan Seperti Yang Diberikan Oleh Dunia
Persidangan Umum April 2021


Bukan Seperti Yang Diberikan Oleh Dunia

Panduan yang kita perlukan untuk mencipta zaman yang lebih cerah dan mengembangkan ekonomi kebaikan ikhlas dalam masyarakat boleh didapati dengan banyak dalam injil Yesus Kristus.

Sebelum Easter pertama di mana Yesus mengakhiri tatacara injil sakramen baharu yang Dia telah berikan kepada Dua Belas Rasul, Dia memulakan ucapan perpisahan agung-Nya dan seterusnya ke Getsemani, dikhianati, dan disalibkan. Namun, kerana dia mengesan kerisauan dan ketakutan para rasul-Nya, Dia firmankan yang berikut kepada mereka (dan kita):

“Janganlah kamu risau. Percayalah kepada Tuhan dan percayalah kepada-Ku juga. …

“Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu; Aku akan kembali kepada kamu. …

“Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.”1

Masa yang mencabar melanda dunia fana, termasuklah mereka yang beriman, tetapi pesanan Kristus yang menenangkan ialah bahawa walaupun Dia, domba paschal, akan pergi seperti “anak domba yang dibawa [untuk] pembantaian”2 Dia tetap akan membangun, seperti pemazmur katakan, menjadi “perlindungan dan kekuatan kita, bersedia menolong kita pada masa kesusahan.”3

Menyedari masa susah yang akan datang bagi Kristus apabila Dia mendekati penyaliban dan bagi para pengikut-Nya apabila mereka mengkhutbahkan injil-Nya kepada dunia pada pertengahan zaman, marilah kita melihat pesanan Juruselamat yang berkaitan bagi Gereja-Nya di zaman akhir. Pesanan ini tersirat dalam bilangan ayat-ayat Kitab Mormon yang banyak berkenaan pelbagai pertelingkahan, dari sikap Laman dan Lamuel yang menjengkelkan ke peperangan akhir yang melibatkan ratusan ribuan tentera. Salah satu sebab ketara penekanan ini diberi walaupun Kitab Mormon telah ditulis untuk pembaca zaman akhir, ialah kerana para penulis (ramai telah mengalami banyak peperangan juga) ingin memberi amaran kenabian bahawa keganasan dan pertentangan akan menjadi ciri perhubungan yang jelas di zaman akhir ini.

Sudah tentu, teori berkenaan pertentangan zaman akhir saya bukanlah baru. Dua ribu tahun yang lalu, Juruselamat memberi amaran bahawa di zaman akhir akan berlakunya “peperangan, dan desas-desus tentang peperangan,”4 kemudian dia firmankan “kedamaian akan diambil dari bumi.”5 Pastinya Putera Kedamaian ini, yang telah mengajar dengan tegas bahawa perselisihan berasal daripada iblis,6 semestinya bersedih bersama Bapa Ilahi-Nya bagi manusia pada zaman kita yang “tanpa kasih sayang”, ditulis di tulisan suci, dan tidak ketahui bagaimana untuk hidup bersama dengan kasih.7

Saudara dan saudari, kita telah melihat terlalu banyak perselisihan, kemarahan, ketidaksopanan umum di sekeliling kita. Mujurlah, tiada Perang Dunia Ketiga untuk generasi ini pertahankan, atau kemerosotan ekonomi global seperti tahun 1929 yang telah menyebabkan Kemelesetan Besar. Namun kita sedang hadapi suatu Perang Dunia Ketiga yang, bukan pertempuran untuk mengalahkan musuh, tetapi satu pengumpulan anak-anak Tuhan untuk lebih mengambil berat akan satu sama lain, dan membantu memulihkan luka-luka dalam dunia yang bertentangan. Kemelesetan Besar yang kita kini hadapi kurang mengenai kehilangan simpanan dan lebih berkaitan dengan kehilangan keyakinan diri, bersama kekurangan dalam iman, harapan, dan kasih ihsan di kalangan kita. Namun panduan yang kita perlukan untuk mencipta zaman yang lebih cerah dan mengembangkan ekonomi kebaikan ikhlas dalam masyarakat boleh didapati dengan banyak dalam injil Yesus Kristus. Kita tidak boleh—dan dunia ini tidak boleh—gagal untuk menggunakan konsep-konsep injil dan perjanjian yang mengukuhkan dengan sepenuhnya secara peribadi dan awam.

Maka, di dalam dunia yang “diumbang-ambingkan oleh angin ribut, dan tidak terhibur,” sepertimana dinubuatkan Yehovah, bagaimanakah kita cari apa yang Dia panggilkan “perjanjian … kedamaian”? Kita dapatinya apabila kita berpaling kepada Dia yang akan berbelas kasihan terhadap kita dan “dengan kebaikan hati yang kekal” akan berikan kedamaian kepada anak-anak kita.8 Di sebalik nubuat-nubuat yang dahsyat dan ayat-ayat suci menggoyahkan yang mengisytiharkan bahawa kedamaian akan diambil dari bumi, para nabi, termasuk nabi terkasih kita Russell M. Nelson, telah jelaskan bahawa ia tidak perlu di ambil dari setiap kita!9 Maka, pada Musim Easter ini marilah kita amalkan kedamaian secara peribadi, menggunakan rahmat dan penawar penyembuhan Korban tebusan Tuhan Yesus Kristus bagi diri dan keluarga kita serta orang lain di sekeliling kita. Mujurnya, dan menghairankan, penawar penyembuhan ini diberikan kepada kita “tanpa wang dan tanpa harga.”10

Bantuan dan harapan sedemikian amat diperlukan kerana ramai orang di seluruh dunia kini bergelutan dengan pelbagai cabaran—jasmani atau emosi, mental atau kewangan, atau pelbagai jenis masalah yang lain. Namun kebanyakannya kita tidak cukup kuat untuk mengatasi sendiri, kerana bantuan dan kedamaian yang kita perlukan bukanlah seperti “yang dunia berikan.”11 Kerana untuk masalah-masalah yang amat susah, kita memerlukan apa yang ayat suci gelar “kuasa syurga,” dan untuk memperoleh kuasa tersebut kita mesti mengamalkan apa yang ayat-ayat suci gelar “asas-asas kesolehan.”12 Kini, pemahaman perhubungan di antara asas dan kuasa ialah satu ajaran yang manusia sering tidak dapat belajar, sepertit difirmankan oleh Tuhan syurga dan bumi!13

Maka apakah asas-asas itu? Ia disebut berkali-kali dalam kitab suci, diajar berkali-kali di persidangan seperti ini, dan di zaman kita, Nabi Joseph Smith telah diajarkannya ketika dia melalui versi peribadi tangisan “Tuhanku, ya Tuhanku, mengapakah Engkau meninggalkan Aku?”14 Ketika dikurung di Penjara Liberty yang sejuk dan dingin, dia diajar bahawa asas-asas kesolehan termasuklah hemah-hemah seperti kesabaran, kepanjangsabaran, kelemah-lembutan, dan kasih yang tidak berpura-pura.15 Tanpa asas-asas itu sudah pastinya kita akan hadapi perbalahan dan permusuhan.

Sejurus itu, benarkan saya bercakap dengan ikhlas berkenaan ketidakhadiran dalam beberapa suku berkenaan asas-asas kesolehan zaman kita. Saya seorang periang, sorang yang gembira, dan terdapat banyak yang baik dan indah dalam dunia kita. Sememangnya, kita punyai kekayaan harta yang lebih daripada generasi-generasi sebelumnya, tetapi dalam kebudayaan abad ke-21 secara umumnya dan sering kali di dalam gereja, kita masih melihat ramai yang hidup dalam kesusahan, kerana kompromi yang mengakibatkan terlalu banyak perjanjian yang dimungkiri dan terlalu banyak hati yang dihancuri. Pertimbangkan bahasa kasar yang setara dengan pelanggaran seksual, kedua-duanya wujud bersama di dalam filem atau di televisyen, atau perhatikan gangguan seksual dan pelbagai sikap ketidaksopanan yang kita bacakan berlaku di tempat kerja. Dalam hal-hal perjanjian kesucian, hal yang suci sering kali dijadikan biasa dan hal kudus sering kali dijadikan mencabul. Mereka yang digoda untuk berlaku atau bercakap “seperti yang diberikan dunia,” jangan harapkan ia menjadi pengalaman yang damai; saya berjanji kepada anda di dalam nama Tuhan itu tidak akan berlaku. “Kejahatan tidak pernah merupakan kebahagiaan,”16 kata seorang nabi kuno. Apabila tarian berakhir, peniup seruling harus dibayar, dan sering kali dalam mata wang tangisan dan penyesalan.17

Atau pun perlakuan lain seperti penderaan atau penghinaan. Kita sebagai pengikut Tuhan Yesus Kristus harus lebih berhati-hati supaya tidak menglibatkan diri kepada sebarang tindak laku seperti itu. Jangan sekali-kali kita berasa bersalah akibat dikuasai secara tidak baik atau sebarang penderaan atau paksaan tidak bermoral—secara jasmani, emosi, agama, atau yang lain. Saya ingati diri merasai semangat Presiden Gordon B. Hinckley beberapa tahun yang lalu apabila dia bercakap kepada para lelaki Gereja berkenaan mereka yang dia panggil “penzalim di dalam rumah mereka sendiri”:18

“Betapa tragik dan sangat menjijikkan fenomena di mana isteri didera,” dia berkata. “Sesiapa pun lelaki di Gereja ini yang mendera, merendahkan, menghina, dan menguasai secara tidak baik terhadap isterinya, tidak layak untuk memegang imamat. … [Dia] tidak layak untuk peroleh rekomen bait suci.”19 President Hinkley turut berkata, perbuatan yang juga keji ialah penderaan kanak—atau sebarang jenis penderaan lain.20

Terdapat banyak kejadian, dan tidak disengajakan, ahli-ahli setia Gereja, termasuk kanak-kanak, masih boleh menjadi bersalah jika bercakap dengan kasar, dan merosakkan, kepada mereka yang telah dimeteraikan bersama melalui tatacara injil kudus bait suci Tuhan. Semua orang berhak untuk dikasihi, berasa aman, dan berasa selamat di rumah. Saya mohon, agar kita mengekalkan persekitaran itu di sana. Menjadi seorang pendamai menjanjikan Roh Kudus sebagai rakan tetap anda dan berkat-berkat yang akan datang “tanpa sebarang paksaan” selamanya.21 Tiada sesiapa pun boleh bermulut lancang atau berpertuturan tidak baik hati dan masih “menyanyikan nyanyian kasih penebusan.”22

Benarkan saya akhiri di mana saya bermula. Esok hari Easter, satu masa bagi asas-asas kesolehan injil Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya “melewati”—melewati perselisihan dan pertikaian, melewati putus asa dan pelanggaran, dan terutamanya melewati kematian. Inilah masa untuk mengikrarkan kesetiaan penuh dalam pertuturan dan tingkah laku kepada Domba Tuhan, yang “menderita bagi kita, dan menanggung derita kita,”23 dalam keazaman-Nya untuk menyempurnakan kerja penyelamatan bagi pihak kita.

Walaupun dikhianati dan keperitan, dilayan dengan tidak baik dan kejam, sambil pengumpulan dosa-dosa keluarga manusia, Putera Tuhan yang Hidup telah melihat sepanjang jalan fana, melihat kita dan berfirman: “Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu, kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.”24 Selamat menyambut hari Easter yang bahagia dan damai. Kemungkinan yang tidak terhingga telah pun dibayar oleh Putera Kedamaian, yang saya kasihi dengan sepenuh hati, yang memilik Gereja ini, dan yang saya bersaksikan, dalam Dia, Tuhan Yesus Kristus, amin.