Kitab Suci
Moroni 6


Bab 6

Orang yang bertaubat dibaptiskan dan disahabatkan—Anggota gereja yang bertaubat diampuni—Pertemuan-pertemuan dijalankan melalui kuasa Roh Kudus. Kira-kira 401–421 tahun M.

1 Dan sekarang, aku berbicara tentang apembaptisan. Lihatlah, para penatua, imam, dan pengajar telah dibaptiskan; dan mereka tidak dibaptiskan kecuali mereka menghasilkan buah hasil bahawa mereka blayak untuk dibaptiskan.

2 Tidak juga mereka menerima sesiapa pun untuk pembaptisan kecuali mereka datang dengan hati yang ahancur dan roh yang menyesal, dan bersaksi kepada gereja bahawa mereka benar-benar bertaubat di atas semua dosa mereka.

3 Dan tidak seorang pun diterima untuk pembaptisan kecuali mereka amengambil ke atas diri mereka nama Kristus, berazam untuk melayani-Nya sehingga akhir.

4 Dan setelah mereka diterima untuk pembaptisan, dan telah dipengaruhi dan adibersihkan oleh kuasa Roh Kudus, mereka dihitung di kalangan umat gereja Kristus; dan bnama mereka telah dicatat, agar mereka boleh diingati dan dipelihara oleh firman Tuhan yang baik, untuk memelihara mereka di dalam jalan yang benar, untuk menjaga mereka csecara berterusan untuk berdoa, dbergantung hanya pada jasa Kristus, yang merupakan epengarang dan penyempurna iman mereka.

5 Dan agereja bsering bertemu bersama, untuk cberpuasa dan berdoa, dan untuk berbicara antara satu sama lain tentang kesejahteraan jiwa mereka.

6 Dan mereka sering bertemu bersama untuk mengambil roti dan wain, sebagai peringatan akan Tuhan Yesus.

7 Dan mereka tegas untuk memastikan agar atidak harus terdapatnya kederhakaan di antara mereka; dan sesiapa yang didapati melakukan kederhakaan, dan btiga orang saksi dari gereja mendakwa mereka di hadapan cpara penatua, dan jika mereka tidak bertaubat, dan tidak dmengaku, nama mereka edipadamkan, dan mereka tidak akan dihitung di antara umat Kristus.

8 Tetapi ajika mereka selalu bertaubat dan mencari pengampunan, dengan niat yang bersungguh-sungguh, mereka akan bdiampuni.

9 Dan pertemuan-pertemuan mereka adijalankan oleh gereja menurut cara pekerjaan Roh, dan melalui kuasa bRoh Kudus; kerana seperti kuasa Roh Kudus menuntun mereka sama ada untuk berkhutbah, atau untuk mendorong, atau untuk berdoa, atau untuk memohon, atau untuk menyanyi, begitulah dilakukan.