2010–2019
Ucapan Penutup
Persidangan Umum Oktober 2019


Ucapan Penutup

Kelayakan individu memerlukan penukaran minda dan hati untuk menjadi lebih seperti Tuhan.

Saudara dan saudari yang dikasihi, semasa kita sampai pada akhir persidangan bersejarah ini, kami mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan untuk pesanan-pesanan yang berilham itu dan muzik yang telah meneguhkan kita. Kami benar-benar telah menikmati jamuan rohani.

Kami tahu injil Yesus Kristus yang telah dipulihkan akan membawa harapan dan sukacita kepada mereka yang akan mendengar dan mengendahkan ajaran-Nya. Kami juga tahu bahawa setiap rumah boleh menjadi tempat perlindungan iman yang sejati, di mana kedamaian, kasih, dan Roh Tuhan akan berdiam.

Tentunya, pertabalan bagi Pemulihan adalah bait suci yang kudus. Tatacara dan perjanjian kudus adalah penting untuk mempersiapkan orang yang telah bersedia untuk mengalu-alukan Juruselamat di Kedatangan Kedua-Nya. Pada saat ini kita mempunyai 166 bait suci yang telah dibaktikan, dan banyak lagi yang akan datang.

Rumah terbuka akan diadakan sebelum dedikasi setiap bait suci baru dan bait suci yang diubahsuai. Ramai orang yang bukan rakan seiman kita akan mengambil bahagian dalam lawatan ke bait suci itu dan akan mempelajari sesuatu tentang berkat bait suci. Dan sesetengah pengunjung akan tergerak untuk mengetahui lebih lanjut. Ada yang ikhlas bertanya bagaimana mereka dapat memenuhi syarat untuk berkat bait suci.

Sebagai ahli Gereja, kita perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan mereka. Kita boleh menjelaskan bahawa berkat-berkat bait suci itu tersedia kepada mana-mana dan semua orang yang akan mempersiapkan diri. Tetapi sebelum mereka boleh memasuki bait suci yang telah dibaktikan, mereka perlu memenuhi syarat. Tuhan ingin semua anak-anak-Nya untuk mengambil bahagian dalam berkat abadi yang ada di dalam bait suci-Nya. Dia telah mengarahkan apa yang mesti dilakukan oleh setiap orang untuk memasuki rumah kudus-Nya.

Tempat yang baik untuk kita memulakan peluang pengajaran seperti itu adalah untuk memberi perhatian kepada kata-kata yang diukir di luar bait suci: “Kekudusan bagi Tuhan; Rumah Tuhan.” Pesanan Presiden Henry B. Eyring hari ini dan yang lain telah memberi ilham kepada kita untuk menjadi lebih kudus. Setiap bait suci adalah tempat kudus; setiap orang yang masuk ke bait suci berusaha untuk menjadi lebih kudus.

Semua syarat untuk memasuki bait suci berkaitan dengan kekudusan peribadi. Untuk menilai kesiapan itu, setiap orang yang ingin menikmati berkat bait suci akan mempunyai dua temu duga: pertama dengan uskup, kaunselor lembaga uskup, atau presiden cabang; kedua dengan presiden pancang atau misi atau salah seorang kaunselornya. Dalam temu duga itu, beberapa soalan akan ditanya.

Beberapa dari soalan-soalan itu telah ditambah untuk penjelasan baru-baru ini. Saya ingin menyemak ia bagi anda sekarang:

  1. Adakah anda mempunyai iman dan satu kesaksian tentang Tuhan Bapa yang Abadi, Putera-Nya, Yesus Kristus dan Roh Kudus?

  2. Adakah anda mempunyai kesaksian tentang Korban Tebusan Yesus Kristus dan peranan-Nya sebagai Juruselamat dan Penebus anda?

  3. Adakah anda mempunyai kesaksian dalam Pemulihan Injil Yesus Kristus?

  4. Adakah anda menyokong Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir sebagai nabi, pelihat, pewahyu dan hanya dia sahaja dalam dunia ini diberi kuasa untuk menjalankan semua kunci imamat?

    Adakah anda menyokong Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul sebagai nabi, pelihat dan pewahyu?

    Adakah anda menyokong Penguasa Umum yang lain serta pemimpin tempatan Gereja?

  5. Tuhan telah berfirman bahawa segala hal “dilakukan dalam kebersihan” di hadapan-Nya (Ajaran dan Perjanjian 42:41).

    Adakah anda berusaha untuk menjaga fikiran dan kelakuan dengan kebersihan moral?

    Adakah anda mematuhi hukum kemurnian akhlak?

  6. Adakah anda mengikuti ajaran-ajaran Gereja Yesus Kristus dalam kelakuan anda secara peribadi dan awam dengan ahli-ahli keluarga dan orang lain?

  7. Adakah anda menyokong atau menggalakkan pengajaran, amalan atau ajaran yang bertentangan dengan ajaran dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir?

  8. Adakah anda berusaha untuk menguduskan hari Sabat, di rumah dan di gereja; menghadiri pertemuan gereja; bersedia dan layak mengambil sakramen; dan menjalankan hidup anda selaras dengan hukum dan perintah injil?

  9. Adakah anda berusaha untuk jujur dalam semua perbuatan anda?

  10. Adakah anda pembayar persepuluhan yang penuh?

  11. Adakah anda memahami dan mematuhi Kata-kata Bijaksana?

  12. Adakah anda mempunyai sebarang tanggungjawab kewangan atau tanggungjawab lain kepada bekas suami/isteri atau anak-anak?

    Jika ya, adakah anda pada waktu sekarang memenuhi tanggungjawab tersebut?

  13. Adakah anda mentaati perjanjian yang anda telah buat dalam bait suci, termasuk memakai pakaian suci bait suci seperti diarahkan dalam anugerahan?

  14. Adakah anda mempunyai dosa-dosa besar yang perlu diselesaikan dengan penguasa imamat sebagai sebahagian daripada pertaubatan anda?

  15. Adakah anda menganggap diri anda layak untuk memasuki rumah Tuhan dan menyertai dalam tatacara bait suci?

Esok, soalan rekomen bait suci yang disemak semula ini akan diedarkan kepada para pemimpin Gereja di seluruh dunia.

Di samping mereka menjawab soalan-soalan itu dengan jujur, difahami bahawa setiap patron bait suci dewasa akan memakai pakaian kudus keimamatan di dalam pakaian biasa mereka. Ini adalah simbol komitmen dalaman untuk berusaha setiap hari untuk menjadi lebih seperti Tuhan. Ia juga mengingatkan kita untuk tetap setia setiap hari kepada perjanjian yang dibuat dan berjalan di jalan perjanjian setiap hari dengan cara yang lebih tinggi dan lebih kudus.

Sekarang, untuk seketika, saya ingin bercakap kepada semua remaja kita. Kami menggalakkan anda untuk layak memiliki kad rekomen bait suci yang sementara. Anda hanya akan ditanya soalan-soalan yang berkaitan dengan anda dalam persiapan anda untuk tatacara pembaptisan perwakilan dan penetapan. Kami sungguh bersyukur untuk kelayakan dan kesediaan anda untuk mengambil bahagian dalam pekerjaan kudus bait suci. Kami berterima kasih kepada anda!

Kelayakan individu untuk memasuki rumah Tuhan memerlukan banyak persediaan rohani individu. Tetapi dengan bantuan Tuhan, tidak ada yang mustahil. Dalam kata yang lain, adalah lebih senang untuk membangunkan bait suci daripada membangunkan orang-orang yang bersedia untuk bait suci. Kelayakan individu memerlukan penukaran minda dan hati untuk menjadi lebih seperti Tuhan, untuk menjadi rakyat yang jujur, untuk menjadi teladan yang lebih baik, dan untuk menjadi orang yang lebih suci.

Saya bersaksi bahawa pekerjaan persiapan semacam itu membawa banyak berkat dalam kehidupan ini dan berkat yang tidak dapat dibayangkan untuk kehidupan yang akan datang, termasuk pengekalan unit keluarga anda untuk keabadian dalam keadaan “kebahagiaan yang tak akan berakhir.”1

Kini saya ingin beralih kepada topik lain: rancangan untuk tahun yang akan datang. Pada musim bunga tahun 2020, ia akan menjadi tepat 200 tahun sejak Joseph Smith mengalami yang kita ketahui sebagai Penglihatan Pertama. Tuhan Bapa dan Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus, muncul kepada Joseph, seorang remaja yang berusia 14 tahun. Peristiwa itu menandakan bermulanya Pemulihan Injil Yesus Kristus dalam kegenapannya, tepat seperti yang nubuat dalam Alkitab.2

Kemudian datang kunjungan yang bersilih ganti dari utusan syurgawi, termasuk Moroni, Yohanes Pembaptis, dan para Rasul awal Peter, Yakobus, dan Yohanes. Yang lain mengikuti, termasuklah Musa, Elia, dan Elijah. Setiap satu membawa wewenang ilahi untuk sekali lagi memberkati anak-anak Tuhan di bumi.

Kita juga telah menerima Kitab Mormon: Satu lagi Kesaksian tentang Yesus Kristus, pelengkap tulisan suci bagi Alkitab. Wahyu-wahyu yang diterbitkan dalam Ajaran dan Perjanjian dan Mutiara yang Sangat Berharga juga memperkaya pemahaman kita tentang perintah-perintah Tuhan dan kebenaran abadi.

Kunci-kunci dan jabatan imamat telah dipulihkan, termasuk Rasul, Tujuh Puluh, Bapa bangsa, imam tinggi, penatua, uskup, imam, pengajar, dan diaken. Dan wanita yang mengasihi Tuhan melayani dengan berani dalam Lembaga Pertolongan, Sekolah Primer, Remaja Puteri, Sekolah Minggu, dan panggilan Gereja yang lain—semua bahagian penting dari Pemulihan Injil Yesus Kristus dalam kegenapannya.

Oleh itu, tahun 2020 akan ditetapkan sebagai ulang tahun ke-200. Persidangan umum April tahun depan akan berbeza daripada mana-mana persidangan yang lalu. Dalam enam bulan akan datang, saya berharap setiap ahli dan setiap keluarga akan mempersiapkan untuk persidangan yang unik yang akan memperingati asas injil yang dipulihkan.

Anda mungkin ingin memulakan persiapan anda dengan membaca lagi peristiwa Joseph Smith tentang Penglihatan Pertama seperti yang tercatat dalam Mutiara yang Sangat Berharga. Kursus pengajian kita untuk tahun depan dalam Ikutlah Aku adalah Kitab Mormon. Anda mungkin ingin merenungkan soalan-soalan penting seperti, “Bagaimana kehidupan saya akan berbeza jika pengetahuan yang saya peroleh dari Kitab Mormon tiba-tiba diambil?” atau “Bagaimanakah peristiwa-peristiwa yang mengikuti Penglihatan Pertama berbeza bagi saya dan orang-orang yang terkasih?” Juga, dengan video Kitab Mormon sekarang menjadi tersedia, anda mungkin ingin memasukkannya dalam pengkajian individu dan keluarga anda.

Pilih soalan anda sendiri. Buat rancangan anda sendiri. Mencelupkan diri anda dalam kegemilangan cahaya Pemulihan. Semasa anda melakukan ini, persidangan umum pada April tahun depan bukan sahaja dapat diingat, ia tidak akan dapat dilupakan.

Sekarang dalam penutupan, saya tinggalkan anda dengan kasih dan berkat saya agar setiap anda akan menjadi lebih bahagia dan kudus dalam setiap hari yang berlalu. Sementara itu, ketahuilah bahawa wahyu berterusan di dalam Gereja dan akan terus di bawah arahan Tuhan sehingga “tujuan Tuhan dicapai, dan Yehovah kata ia sudah lengkap.”3

Saya memberkati anda, mengesahkan kasih saya untuk anda, dengan kesaksian saya bahawa Tuhan hidup! Yesus ialah Kristus! Inilah Gereja-Nya dan kita adalah umatnya. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.