2010–2019
Mengetahui, Menyayangi, dan Membesar
Persidangan Umum Oktober 2019


Mengetahui, Menyayangi, dan Membesar

Semoga kita semua boleh memahami bahagian kita dalam kerja pelayanan agung ini supaya kita boleh menjadi lebih seperti-Nya.

Pada tahun 2016, Koir Tabernacle di Temple Square datang melawat ke Belanda dan Belgium. Oleh kerana saya terlibat dalam acara yang teruja itu, saya mempunyai peluang untuk menghadiri persembahan itu dua kali.

Imej
Pemain gong

Semasa persembahan mereka, saya terfikir tentang usaha yang luar biasa yang diperlukan untuk menggerakkan koir sebesar itu. Minda saya tertarik kepada gong yang besar dan susah untuk diangkat dan juga mahal untuk dihantar jika dibandingkan dengan biola, trompet atau alatan muzik lain yang mungkin senang diangkat dengan tangan anda. Tetapi melihat penggunaan sebenar gong tersebut, ia hanya diketuk beberapa kali, tetapi alat muzik yang lain digunakan sepanjang konsert. Saya terfikir bahawa tanpa bunyi gong, persembahan itu tidak akan sama dan usaha perlu digunakan untuk menggerakkan gong yang besar ini ke seberang laut.

Imej
Pemain gong dengan orkestra.

Kadangkala kita mungkin rasa seperti gong tersebut, hanya bagus untuk bahagian yang kecil sahaja. Tetapi saya ingin beritahu anda, bahawa bunyi anda membuat semua perubahan.

Kita memerlukan semua peralatan musik. Ada di antara kita yang belajar dengan cepat dan amat cemerlang di sekolah, dan ada yang mempunyai bakat artistik. Sesetengah daripada kita merekabentuk benda atau merawat, melindungi atau mengajar orang lain. Semua orang diperlukan untuk membawa warna dan erti dalam hidup ini.

Untuk mereka yang rasa tidak mempunyai apa-apa untuk menyumbang atau percaya mereka tidak penting atau tidak bermakna kepada sesiapa, dan kepada mereka yang rasa mereka di atas menara gading, dan kepada sesiapa yang berada di antara semuanya, saya ingin mengulas pesanan ini.

Di mana sahaja anda di laluan hidup, ada di antara anda yang mungkin amat terbeban sehingga anda tidak kira diri anda di atas laluan itu. Saya ingin menjemput anda untuk keluar daripada kegelapan dan datang kepada cahaya. Cahaya injil yang akan memberi anda keselesaan dan penyembuhan dan akan menolong anda memahami siapa diri anda sebenarnya serta tujuan hidup anda.

Ada di antara kita yang berkeliaran di laluan yang dilarang cuba mencari kegembiraan di sana.

Kita dijemput oleh Bapa di Syurga untuk berjalan pada jalan penganutan dan pulang kepada-Nya. Dia mengasihi anda dengan kasih sayang yang sempurna.1

Apakah jalannya? Jalannya adalah dengan menolong satu sama lain untuk memahami siapa diri kita dengan melayani satu sama lain.

Bagi saya, pelayanan ialah penggunaan kasih sayang ilahi.2 Dengan cara itu kita mencipta satu persekitaran di mana kedua-dua pemberi dan penerima memperoleh keinginan untuk bertaubat. Dalam perkataan lain, kita menukar arah dan menjadi lebih dekat kepada dan menjadi lebih seperti Juruselamat Yesus Kristus.

Contohnya, tidak perlu untuk kita beritahu pasangan atau anak-anak kita cara mereka boleh bertambah baik, mereka sudah tahu perkara itu. Ialah dengan mencipta persekitaran kasih sayang ini yang mereka akan diberi kuasa untuk mengambil langkah yang perlu dalam hidup mereka dan menjadi manusia yang lebih baik.

Dalam cara ini, pertaubatan menjadi proses pembaikan harian, di mana ia termasuk meminta maaf untuk kelakuan yang tidak baik. Saya ingat dan masih mengalami situasi di mana saya terlalu cepat membuat penilaian atau terlalu perlahan untuk mendengar. Dan pada penghujung hari semasa doa peribadi saya, saya merasa nasihat yang lembut daripada syurga untuk bertaubat dan menjadi lebih baik. Persekitaran penuh kasih sayang yang diamalkan oleh ibu bapa, abang dan kakak saya dan kemudian oleh isteri saya, anak-anak, dan juga kawan telah menolong saya menjadi seorang yang lebih baik.

Kita semua tahu di mana kita boleh melakukan dengan lebih baik. Tidak perlu untuk kita mengulang dan mengingatkan satu sama lain, tetapi perlulah kita menyayangi dan melayani satu sama lain. Maka, ia menyediakan satu persekitaran memupuk kerelaan untuk berubah.

Dalam persekitaran yang sama kita belajar siapa diri kita sebenar dan peranan kita dalam bab terakhir sejarah dunia sebelum Kedatangan Kedua Juruselamat.

Jika anda tertanya-tanya mengenai bahagian anda, saya ingin menjemput anda untuk mencari tempat di mana anda boleh bersendirian dan menanya Bapa di Syurga untuk maklumkan kepada anda bahagian apa yang anda harus melayani. Jawapan mungkin akan datang dengan berperingkat dan kemudian dengan lebih terang apabila kita lebih teguh dalam jalan perjanjian dan pelayanan.

Kita sedang mengalami kesusahan sama yang dialami Joseph Smith apabila dia “di tengah-tengah peperangan kata-kata dan kekacauan pendapat.” Apabila kita membaca tulisan dia, dia sering berkata pada diri dia sendiri: “Apakah yang mesti dilakukan? Siapakah dari antara semua kumpulan ini yang benar; atau, adakah mereka semua sama-sama salah? Jika sesiapa pun dari antara mereka adalah benar, yang mana satu, dan bagaimana aku dapat mengetahuinya?3

Dengan pengetahuan yang dia dapat daripada Surat Yakobus yang berkata: “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Tuhan supaya Tuhan memberikan kebijaksanaan kepadanya.”4 Joseph kemudian datang kepada keazaman untuk “berdoa kepada Tuhan.”5

Kita baca lagi bahawa ia adalah kali pertama dalam hidup dia yang dia pernah membuat cubaan sebegitu, dalam semua kegelisahan dia, dia tidak pernah membuat percubaan untuk berdoa secara vokal.6

Dan juga bagi diri kita untuk kali pertama berdoa kepada Pencipta kita dalam cara yang tidak pernah kita lakukan.

Oleh kerana percubaan Joseph, Bapa di Syurga dan Putera-Nya Yesus Kristus muncul kepada dia, memanggil dia dengan nama dan disebabkan itu kita mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang siapa diri kita dan kita sememangnya penting.

Kita baca lagi dan mengetahui bahawa pada umur remajanya dia dianiaya oleh mereka yang sepatutnya menjadi kawan dan sepatutnya buat baik kepadanya.7 Jadi kita mungkin akan mengalami pertentangan semasa kita mengamalkan penganutan dalam hidup kita.

Jika anda sekarang rasa anda tidak dapat menjadi sebahagian orkestra dan dalam laluan pertaubatan agak susah bagi anda, ketahuilah bahawa apabila kita berterusan, beban tersebut akan diangkat daripada bahu kita dan akan menjadi ringan semula. Bapa Syurgawi tidak akan meninggalkan kita apabila kita mencapai kepada-Nya. Kita boleh tersandung dan berdiri semula dan Dia akan menolong kita bersihkan kotoran dari lutut kita.

Ada di antara kita yang tercedera, tetapi pertolongan cemas Tuhan mempunyai pembalut yang cukup besar untuk menutup semua luka kita.

Jadi ia adalah kasih sayang, yang sempurna dipanggil “kasih suci Kristus,”8 yang diperlukan dalam rumah kita di mana ibu bapa melayani anak-anak mereka dan anak-anak kepada ibu bapa. Melalui kasih suci itu, hati akan bertukar dan keinginan akan terlahir untuk melakukan kehendak-Nya.

Kasih itulah yang diperlukan dalam urusan dengan satu sama lain sebagai anak Bapa di Syurga dan ahli Gereja-Nya yang akan membolehkan kita untuk memasukkan semua peralatan muzik dalam orkestra kita supaya kita boleh memainkannya dengan agung bersama koir malaikat syurga apabila Juruselamat datang semula.

Kasih itulah, cahaya yang perlu bernyala dan menerangi persekitaran kita apabila melakukan kerja harian kita. Orang ramai akan menyedari cahaya itu dan akan mahu mendekatinya. Ia adalah kerja penginjil yang akan menarik orang untuk “datang dan lihat, datang dan menolong, dan datang dan duduk.9 Tolonglah, apabila anda menerima kesaksian tentang kerja agung ini dan bahagian kita dalamnya, marilah bersuka dengan nabi tersayang kita Joseph Smith apabila dia berkata, “Kerana aku telah melihat suatu penglihatan; aku mengetahuinya, dan aku tahu bahawa Tuhan mengetahuinya, dan aku tidak dapat menyangkalnya.”10

Saya bersaksi kepada anda bahawa saya tahu siapa diri saya dan saya tahu siapa diri anda. Kita semua anak kepada Bapa di Syurga yang menyayangi kita. Dia tidak menghantar kita ke dunia untuk gagal tetapi untuk pulang kepada-Nya dengan mulia. Semoga kita semua akan fahami bahagian kita dalam kerja pelayanan yang agung ini, supaya kita boleh lebih menjadi seperti Dia apabila Dia datang semula. Inilah doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.