2010–2019
Kebahagiaan Orang Suci
Persidangan Umum Oktober 2019


Kebahagiaan Orang Suci

Kebahagiaan datang dari mematuhi perintah Kristus, mengatasi kesedihan dan kelemahan melalui Dia, dan melayani seperti Dia.

Nabi Enos dalam Kitab Mormon, cucu Lehi, menulis mengenai pengalaman luar biasa yang terjadi ketika dia masih muda. Ketika memburu sendirian di hutan, Enos merenungkan ajaran bapanya, Yakub. Dia berkata, “Kata-kata yang telah sering aku dengar ayahku ucapkan berkenaan kehidupan abadi, dan sukacita para orang suci, meresap jauh ke dalam hatiku.”1 Dalam kelaparan rohani jiwanya, Enos berlutut dalam doa yang luar biasa yang berlangsung sepanjang hari dan malam, doa yang memberinya wahyu, jaminan, dan janji-janji penting.

Terdapat banyak yang dapat dipelajari dari pengalaman Enos, tetapi hari ini, apa yang menonjolkan kepada saya adalah ingatan Enos tentang bapanya yang sering bercakap tentang “sukacita para orang suci.”

Dalam persidangan ini tiga tahun lalu, Presiden Russell M. Nelson bercakap tentang kebahagiaan.2 Antara perkara lain yang dia katakan:

“Kebahagiaan yang kita rasai tidak berkait dengan situasi hidup kita tetapi berkait dengan fokus hidup kita.

“Apabila tumpuan hidup kita ialah di atas rancangan keselamatan Tuhan … dan Yesus Kristus dan injil-Nya, kita akan dapat merasa kebahagiaan tidak kira apa yang berlaku—atau tidak berlaku—dalam hidup kita. Kebahagiaan datang dari Dia dan wujud kerana Dia. … Bagi Orang Suci Zaman Akhir, Yesus Kristus ialah kebahagiaan!”3

Para orang suci adalah mereka yang telah membuat perjanjian injil melalui pembaptisan dan berusaha mengikuti Kristus sebagai pengikut-Nya.4 Oleh itu, “sukacita para orang suci” menandakan kebahagiaan menjadi seperti Kristus.

Saya ingin berucap tentang kebahagiaan yang datang dari mematuhi perintah-perintah-Nya, kebahagiaan yang datang dari mengatasi kesedihan dan kelemahan melalui Dia, dan kebahagiaan dalam melayani seperti Dia.

Kebahagiaan Mematuhi Perintah-perintah Kristus

Kita hidup dalam zaman hedonistik yang sering mempersoalkan kepentingan perintah Tuhan atau untuk mengabaikannya. Sering kali, orang yang tidak peduli arahan ilahi seperti hukum kemurnian akhlak, standard kejujuran, dan kesucian Sabat kelihatan lebih makmur dan menikmati segala yang baik dalam kehidupan mereka, kadangkala lebih daripada orang yang berusaha menjadi patuh. Ada yang mula tertanya-tanya jika usaha dan pengorbanan mereka berbaloi. Orang-orang Israel yang dahulu pernah mengeluh:

“Sia-sia saja mengabdikan diri kepada Tuhan. Apakah gunanya menurut perintah-Nya, atau menunjukkan bahawa kita menyesali kesalahan kita di hadapan Tuhan Yang Maha Kuasa?

“Kita sendiri melihat bahawa orang sombonglah yang berbahagia. Orang jahat tidak hanya bertambah makmur, bahkan mereka mencubai kesabaran Tuhan dengan berbuat jahat, dan mereka selalu terlepas daripada hukuman.”5

Tunggulah, kata Tuhan, sehingga “mereka akan menjadi milik-Ku yang khas. … Umat-Ku akan melihat … perbezaan antara kesudahan orang baik dan kesudahan orang jahat, antara orang yang mengabdikan diri kepada-Ku dan yang tidak.”6 Orang jahat mungkin “merasakan kebahagiaan dalam pekerjaan mereka untuk suatu musim,” tetapi ia sentiasa sementara saja.7 Kebahagiaan Orang Suci kekal bertahan.

Tuhan melihat perkara dalam perspektif sebenarnya, dan Dia berkongsi perspektif itu dengan kita melalui perintah-Nya, membimbing kita menghadapi perkara yang tidak diduga dalam kefanaan ke arah kebahagiaan abadi. Nabi Joseph Smith menerangkan: “Apabila perintah-perintah-Nya mengajar kita, ia adalah pandangan keabadian; kerana kita dipandang oleh Tuhan seolah-olah kita berada di dalam keabadian; Tuhan tinggal dalam keabadian, dan tidak melihat perkara seperti kita lihat.”8

Saya belum pernah jumpa seorang yang menemui injil lama kemudian tidak berharap menemui injil dengan lebih awal. “Oh, pilihan yang kurang baik dan kesilapan yang saya boleh elakkan,” mereka akan katakan. Perintah Tuhan adalah panduan kita untuk pilihan yang lebih baik dan hasil yang lebih bahagia. Kita patut bersukacita dan berterima kasih kepada Dia kerana menunjukkan kepada kita cara ini yang lebih baik.

Imej
Sister Kamwanya

Sebagai seorang remaja, Sister Kalombo Rosette Kamwanya dari D.R. Congo, kini melayani di Misi Barat Cote d’Ivoire Abidjan, berpuasa dan berdoa selama tiga hari untuk mendapat arahan daripada Tuhan. Dalam satu penglihatan malam yang luar biasa, dia ditunjukkan dua buah bangunan, satu gereja dan yang kini dia sedari adalah bait suci. Dia mula mencari dan menemui bangunan gereja yang dia lihat dalam mimpinya. Papan tanda itu berkata, “Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.” Sister Kamwanya dibaptiskan dan kemudian ibunya serta enam adik lelakinya juga. Sister Kamwanya berkata, “Apabila saya menerima injil, saya merasa seperti burung ditangkap yang telah dibebaskan. Hati saya penuh dengan kebahagiaan. … Saya mempunyai jaminan bahawa Tuhan mengasihi saya.”9

Mematuhi perintah Tuhan membolehkan kita lebih penuh dan lebih mudah untuk merasakan kasih-Nya. Lorong sempit dan kecil perintah-perintah membimbing kita terus ke pokok kehidupan, dan pokok serta buahnya paling manis dan “paling dihasratkan melebihi segala-galanya,”10 adalah perwakilan kasih Tuhan dan memenuhi jiwa “dengan kebahagiaan yang tersangat besar.”11 Juruselamat berkata:

“Jika kamu mentaati perintah-Ku, Aku akan tetap mengasihi kamu, seperti Bapa tetap mengasihi Aku kerana Aku mentaati perintah-Nya.

“Semua ini Aku katakan kepada kamu supaya kegembiraan-Ku ada di dalam hati kamu dan kegembiraan kamu akan jadi penuh.”12

Kebahagiaan Mengatasi Sesuatu melalui Kristus

Walaupun kita setia mematuhi perintah-perintah, terdapat percubaan dan tragedi yang dapat mengganggu kebahagiaan kita. Tetapi ketika kita berusaha untuk mengatasi cabaran-cabaran ini dengan bantuan Juruselamat, ia memelihara kebahagiaan kita rasakan sekarang dan kebahagiaan yang kita harapkan. Kristus memberi jaminan kepada para pengikut-Nya, “Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia.”13 Dengan berpaling kepada Dia, mematuhi Dia, mengikat diri kita kepada Dia, percubaan dan kesedihan itu berubah menjadi kebahagiaan. Saya berikan satu contoh.

Pada tahun 1989, Jack Rushton melayani sebagai presiden Pancang Irvine California di Amerika Syarikat. Semasa cuti keluarga di pantai California, Jack bermain luncur air ketika ombak membawa dia ke batu yang terendam, mencederakan leher dan tulang belakangnya. Jack kemudian berkata, “Segera saya tahu saya lumpuh ketika saya terhempas.”14 Dia tidak boleh bercakap atau bernafas sendiri.15

Imej
Keluarga dan kawan-kawan sedang membantu Rushtons

Ahli keluarga, kawan dan ahli pancang menyokong Brother Rushton dan isterinya, Jo Anne, mengubah sebahagian rumah mereka untuk kegunaan kerusi roda Jack. Jo Anne menjadi penjaga utama Jack selama 23 tahun selepas itu. Merujuk kepada laporan Kitab Mormon tentang bagaimana Tuhan mengunjungi umat-Nya dalam kesengsaraan mereka dan membuat beban mereka ringan,16 Jo Anne berkata, “Saya sering kagum dengan sikap positif saya semasa menjaga suami saya.”17

Imej
Jack dan Jo Anne Rushton

Satu penyesuaian kepada sistem pernafasannya memulihkan keupayaan Jack untuk bercakap, dan dalam tahun itu, Jack dipanggil sebagai pengajar Ajaran Injil dan Bapa bangsa pancang. Apabila dia akan memberi berkat, pemegang imamat yang lain meletakkan tangan Brother Brother Rushton di kepala orang yang menerima berkat dan menyokong tangan dan lengannya semasa berkat. Jack meninggal dunia pada hari Krismas 2012, selepas 22 tahun pelayanan setia.

Imej
Jack Rushton

Dalam temu bual, Jack memerhatikan: “Masalah akan datang ke dalam semua kehidupan kita; ia sebahagian daripada berada di bumi ini. Dan sesetengah orang berfikir bahawa agama atau iman kepada Tuhan akan melindungi anda daripada perkara-perkara buruk. Saya rasa itu bukan tujuannya. Saya rasa tujuannya ialah jika iman kita kuat, apabila perkara-perkara buruk berlaku, ia akan berlaku, kita akan dapat menanganinya. … Iman saya tidak pernah goyah, tapi itu tidak bermakna saya tidak mengalami tekanan. Saya rasa untuk pertama kali dalam hidup saya, saya ditolak ke luar kemampuan saya, dan tanpa tempat untuk pergi, jadi saya berpaling kepada Tuhan, dan hingga ke hari ini, saya merasakan kebahagiaan serta merta.”18

Zaman ini, kadangkala serangan dalam media sosial dan secara peribadi berlaku terhadap mereka yang berusaha untuk mematuhi standard Tuhan dalam pakaian, hiburan, dan kesucian seksual. Sering kali remaja dan dewasa muda di kalangan Orang Suci, serta wanita dan ibu, yang menanggung ejekan dan penganiayaan ini. Ia tidak mudah untuk mengatasi penderaan seperti itu, tetapi ingatlah kata-kata Petrus: “Berbahagialah kamu jika kamu dihina kerana kamu pengikut Kristus. Hal ini bererti bahawa Roh yang mulia, iaitu Roh Tuhan ada pada kamu.”19

Di Taman Eden, Adam dan Hawa berada “dalam keadaan tidak berdosa, tidak mempunyai kebahagiaan, kerana mereka tidak mengenal kesengsaraan.”20 Sekarang, sebagai makhluk yang bertanggungjawab, kita mendapat kebahagiaan dalam mengatasi segala kesengsaraan, sama ada dosa, percubaan, kelemahan, atau halangan lain untuk kebahagiaan. Inilah kebahagiaan untuk merasakan kemajuan dalam jalan penganutan; kebahagiaan “menerima pengampunan … dosa-dosa, dan memperoleh kedamaian hati nurani”;21 kebahagiaan merasakan jiwa seseorang berkembang dan bertumbuh melalui rahmat Kristus.22

Kebahagiaan Melayani seperti Kristus Melayani

Juruselamat mendapat kebahagiaan dalam mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi kita.23 Ucapan mengenai Korban tebusan Juruselamat, Presiden Russell M. Nelson berkata:

“Dalam segala perkara, Yesus Kristus ialah contoh teragung kita, “kerana kegembiraan yang menantikan-Nya, Yesus tidak peduli bahawa mati pada kayu salib’ [Ibrani 12:2]. Fikiran itu! Juruselamat berfokus pada kebahagiaan supaya Dia boleh menahan pengalaman yang paling pahit di bumi!

“Dan apakah kebahagiaan yang menantikan Dia? Tentunya ia termasuk kebahagiaan untuk membersihkan, menyembuhkan, dan memperkuatkan kita; kebahagiaan untuk menebus dosa-dosa bagi semua yang bertaubat; kebahagiaan untuk membolehkan kita pulang—bersih dan layak—untuk hidup bersama Ibu Bapa Syurgawi dan keluarga kita.”24

Begitu juga, kebahagiaan yang “menantikan kita” adalah kebahagiaan untuk membantu Juruselamat dalam pekerjaan penebusan-Nya. Sebagai keturunan dan anak Abraham,25 kita mengambil bahagian dalam memberkati semua keluarga di bumi “dengan berkat-berkat Injil, yang merupakan berkat-berkat keselamatan, bahkan kehidupan yang abadi.”26

Kata-kata Alma diingati:

“Inilah kemegahanku, agar barangkali aku boleh menjadi alat dalam tangan Tuhan untuk membawa satu jiwa pada pertaubatan, dan inilah kebahagiaanku.

“Dan lihatlah, ketika aku nampak banyak daripada saudara-saudaraku benar-benar menyesal, dan datang kepada Tuhan Raja mereka, pada waktu itu jiwaku dipenuhi dengan sukacita. …

“Tetapi aku tidak bersukacita dalam kejayaanku sahaja, tetapi sukacitaku lebih penuh kerana kejayaan saudara-saudaraku, yang telah pergi ke negeri Nefi. …

“Sekarang, ketika aku berfikir tentang kejayaan saudara-saudaraku ini jiwaku terhanyut, bahkan sampai seakan-akan pemisahannya dari tubuh, demikian besarnya sukacitaku.”27

Buah pelayanan kita kepada satu sama lain dalam Gereja adalah sebahagian daripada kebahagiaan “yang menantikan kita.” Walaupun pada waktu putus asa atau tekanan, kita dapat melayani dengan sabar jika kita memberi tumpuan kepada kebahagiaan yang menyenangkan Tuhan dan membawa cahaya, kelegaan, dan kebahagiaan kepada anak-anak-Nya, saudara dan saudari kita.

Ketika pembaktian Bait suci Port-au-Prince di Haiti bulan lepas, Elder David dan Sister Susan Bednar bertemu dengan seorang saudari muda yang suaminya telah mati kerana kemalangan tragis beberapa hari sebelumnya. Mereka menangis bersamanya. Namun pada hari Ahad, wanita yang dikasihi itu berada di tempatnya sebagai penyambut tetamu dengan senyuman yang lembut dan ramah bagi semua yang masuk ke bait suci.

Saya percaya bahawa “kebahagiaan para orang suci” yang paling utama datang dengan mengetahui bahawa Juruselamat pembela mereka,28 “tidak seorang pun dapat memahami kebahagiaan yang [akan memenuhi] jiwa kami [ketika] waktu kami mendengar Dia berdoa bagi kami kepada Bapa.”29 Dengan Presiden Russell M. Nelson, saya bersaksi bahawa kebahagiaan adalah kurnia untuk Orang Suci yang setia “yang telah menanggung salib-salib dunia”30 dan yang “cuba hidup dengan soleh, seperti yang diajar oleh Yesus Kristus.”31 Semoga kebahagiaan anda menjadi penuh, saya berdoa dalam nama Yesus Kristus, amin.