2010–2019
Perintah Utama Kedua
Persidangan Umum Oktober 2019


Perintah Utama Kedua

Kegembiraan terbesar kita datang apabila menolong saudara dan saudari kita.

Saudara dan saudari yang dikasih, terima kasih atas semua yang anda sedang lakukan untuk mengumpulkan bani Israel pada kedua-dua belah tirai, memperkukuh keluarga anda, dan memberkati hidup orang yang perlu. Terima kasih untuk menjalani hidup sebagai pengikut Yesus Kristus yang benar.1 Anda mengetahui dan mematuhi dua perintah utama-Nya, untuk mengasihi Tuhan dan jiran anda.2

Semasa enam bulan lepas ini, Sister Nelson dan saya telah bertemu dengan beribu-ribu Orang suci apabila berjalan ke Amerika Tengah dan Selatan, pulau-pulau Pasifik, dan pelbagai kota di Amerika Syarikat. Semasa kami berjalan, kami berharap untuk membina iman anda. Tetapi kami selalu pulang dengan iman kami diperkuatkan oleh ahli-ahli dan kawan-kawan yang kami bertemu. Bolehkah saya berkongsi tiga ketika yang bermakna daripada pengalaman baru kami?

Imej
Presiden Nelson di New Zealand
Imej
Presiden Nelson di New Zealand

Pada bulan Mei, Sister Nelson dan saya berjalan dengan Elder Gerrit W. dan Sister Susan Gong ke Pasifik Selatan. Apabila di Auckland, New Zealand, kami mempunyai penghormatan untuk bertemu dengan para imam dari dua masjid di Christchurch, New Zealand, di mana baru dua bulan lebih awal, penyembah-penyembah yang tidak bersalah ditembak dan dibunuh dalam tindakan keganasan dahsyat.

Kami menyatakan simpati kami kepada para saudara ini yang beragama lain dan mengesahkan semula komitmen bersama kami kepada kebebasan agama.

Kami juga menawarkan kerja sukarela dan bantuan kewangan yang sederhana untuk membina semula masjid mereka. Pertemuan kami dengan pemimpin-pemimpin Islam ini dipenuhi dengan ungkapan persaudaraan yang lembut.

Imej
Penerima kerusi roda di Argentina
Imej
Penerima kerusi roda di Argentina

Pada Ogos, Elder Quentin L. dan Sister Mary Cook, Sister Nelson dan saya bertemu dengan individu-individu di Buenos Aires, Argentina—kebanyakan daripada mereka beragama lain—kehidupan mereka telah diubah dengan kerusi roda yang diberikan kepada mereka melalui Latter-day Saint Charities. Kami diilhami apabila mereka menyatakan kesyukuran penuh dengan kegembiraan atas pergerakan baru mereka.

Ketika ketiga yang berharga berlaku hanya beberapa minggu lalu di sini di Salt Lake City. Ketika itu datang daripada surat unik yang saya terima pada hari lahir saya daripada seorang remaja puteri yang saya akan panggil Mary—berumur 14 tahun.

Mary menulis tentang persamaan dia dan saya: “Kamu ada 10 anak. Kami ada 10 anak. Kamu bercakap bahasa Mandarin. Tujuh anak dalam keluarga saya, termasuk saya, diangkat dari Cina, jadi bahasa Mandarin ialah bahasa pertama kami. Kamu seorang pakar bedah jantung. Adik perempuan saya sudah ada dua pembedahan jantung terbuka. Kami suka gereja yang mengambil masa dua jam. Kami pun suka itu. Kamu ada nada sempurna. Adik lelaki saya pun ada nada sempurna. Dia buta seperti saya.”

Kata-kata Mary mengharukan saya dengan mendalam, mengungkapkan bukan sahaja roh besar dia tetapi juga pembaktian ibu bapa dia.

Orang Suci Zaman Akhir, bersama dengan pengikut-pengikut Yesus Kristus lain, selalunya mencari peluang untuk menolong, mengangkat, dan mengasihi orang lain. Mereka yang bersedia untuk dipanggil rakyat Tuhan “bersedia untuk menanggung beban satu sama lain, … untuk berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa; … dan [untuk] menghibur mereka yang memerlukan penghiburan.”3

Mereka benar-benar berusaha untuk mematuhi perintah utama pertama dan kedua. Apabila kita mengasihi Tuhan dengan segala hati kita, Dia memaling hati kita kepada kesejahteraan orang lain dalam kitaran yang indah serta bajik.

Tidak mungkin untuk mengira jumlah pelayanan yang Orang Suci Zaman Akhir buat di sekeliling bumi setiap hari daripada setiap tahun, tetapi ia mungkin untuk mengira kebaikan yang Gereja buat sebagai organisasi untuk memberkati orang lelaki dan perempuan—budak lelaki dan perempuan—yang memerlukan tangan yang menolong.

Jangkauan kemanusiaan Gereja dilancarkan pada tahun 1984. Kemudian sebuah puasa di seluruh Gereja diadakan untuk mengutip derma supaya membantu mereka yang sengsara kerana kemarau dahsyat di Afrika timur. Ahli-ahli Gereja mendermakan $6.4 juta pada hanya hari puasa itu.

Imej
Pada masa itu-Elder Ballard di Etiopia

Kemudian-Elder M. Russell Ballard dan Brother Glenn L. Pace dihantar ke Etiopia untuk menilai cara untuk menggunakan dana kudus itu dengan terbaik. Usaha ini menjadi bukti untuk permulaan apa yang kemudian diketahui sebagai Latter-Day Saint Charities.

Sejak masa itu, Latter-day Saint Charities telah memberikan dua bilion dolar untuk membantu mereka yang perlu di seluruh dunia. Bantuan ini ditawarkan kepada penerima-penerima tanpa mengira gabungan dengan gereja, kewarganegaraan, bangsa, orientasi seksual, jantina, atau pendapat politik.

Ini bukan semuanya. Untuk membantu ahli-ahli Gereja Tuhan dalam kesusahan, kita mengasihi dan menjalani hukum puasa yang purba .4 Kita rela lapar untuk membantu orang lain yang lapar. Pada satu hari setiap bulan, kita tidak makan dan mendermakan harga makanan itu (dan lebih) untuk menolong mereka yang perlu.

Saya tidak akan melupakan lawatan pertama saya ke Afrika Barat pada tahun 1986. Ramai Orang Suci datang ke pertemuan-pertemuan kami. Walaupun mereka tiada banyak harta benda, kebanyakan orang berpakaian putih yang tak bernoda.

Saya menanya presiden pancang bagaimana dia menjaga ahli-ahli yang tiada banyak harta benda. Dia membalas uskup-uskup mereka mengenali ahli-ahli mereka dengan baik. Jika ahli-ahli mampu dua kali makan sehari, tidak perlu bantuan. Tetapi jika mereka hanya mampu satu kali makan atau kurang—dengan bantuan keluarga pun—uskup-uskup menyediakan makanan, dibiayai oleh sumbangan puasa. Kemudian dia menambah fakta ini yang hebat: sumbangan puasa mereka biasanya melebihi perbelanjaan itu. Sumbangan puasa lebihan dihantar ke orang dengan keperluan lebih tinggi di tempat lain. Orang suci Afrika itu yang setia dan kuat mengajar sebuah pelajaran besar kepada saya tentang hukum dan semangat berpuasa.

Sebagai ahli-ahli Gereja, kita berasa hubungan kepada mereka yang menderita dalam apa-apa cara.5 Sebagai anak lelaki dan perempuan Tuhan, kita semua saudara dan saudari. Kita mengikuti nasihat Perjanjian Lama: “Aku memerintahkan kamu supaya bermurah hati terhadap mereka.”6

Kita juga berusaha untuk menjalani ajaran-ajaran Tuhan Yesus Kristus seperti apa yang ditulis dalam Matius 25:

“Sebab ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan; ketika Aku haus, kamu memberi Aku minum; ketika Aku seorang asing, kamu memberi Aku tumpangan;

“Aku tidak berpakaian, dan kamu memberi Aku pakaian: Aku jatuh sakit, dan kamu merawat Aku. …

“… Manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku.”7

Biarkan saya memetik beberapa contoh cara Gereja mengikuti ajaran-ajaran Juruselamat ini.

Imej
gudang simpanan Uskup

Untuk meringankan kelaparan, 124 gudang simpanan Gereja beroperasi di seluruh dunia. Kira-kira 400,000 pesanan makanan diberikan daripada gudang-gudang ini setiap tahun kepada individu-individu yang perlu. Di tempat-tempat di mana tiada gudang simpanan, uskup dan presiden cabang menarik daripada sumbangan puasa Gereja untuk menyediakan makanan dan bekalan bagi ahli-ahli yang perlu.

Tetapi, cabaran kelaparan melebihi sempadan Gereja. Ia sedang meningkat di seluruh dunia. Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini menunjukkan bahawa jumlah orang yang kurang berkhasiat di dunia sekarang melebihi 820 juta orang—atau hampir satu dalam sembilan penduduk bumi.8

Itulah statistik yang sangat menyedihkan! Kami sangat bersyukur untuk sumbangan anda. Oleh kerana kemurahan hati anda yang tulus, berjuta-juta orang di seluruh dunia akan menerima makanan, pakaian, tempat perlindungan sementara, kerusi roda, air bersih, dan lain-lain lagi.

Banyak kesakitan di seluruh dunia disebabkan oleh air tidak bersih. Setakat ini, inisiatif kemanusiaan Gereja telah menolong menyediakan air bersih kepada beratus-ratus masyarakat di 76 negara.

Sebuah projek di Luputa, di Republik Demokratik Congo, merupakan sebuah contoh baik. Dengan jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang, bandar itu tiada air mengalir. Warganegara seharusnya berjalan jarak jauh kepada sumber air selamat. Mata air didapati 18 batu (29km) jauhnya, tetapi penduduk bandar itu tidak dapat mengakses air itu dengan tetap.

Imej
Menggali parit untuk air

Apabila penginjil kemanusiaan kami belajar tentang cabaran ini, mereka bekerja dengan pemimpin-pemimpin Luputa dengan menyediakan bekalan dan latihan untuk membina paip untuk menghantar air ke bandar itu. Orang Luputa mengambil tiga tahun untuk menggali parit yang satu meter dalamnya melalui batu dan hutan. Melalui kerjasama, hari yang bergembira akhirnya tiba apabila air bersih serta segar sedia ada kepada semua orang di bandar itu.

Imej
Membawa air

Gereja juga menolong pelarian daripada perselisihan sivil, kerosakan alam semula jadi mahupun penganiayaan agama. Lebih daripada 70 juta orang terlantar dari rumah mereka sekarang.9

Imej
Melayani pelarian-pelarian

Hanya pada tahun 2018, Gereja menyediakan bekalan kecemasan kepada pelarian di 56 negara. Tambahan pula, ramai ahli Gereja sukarela masa mereka untuk menolong pelarian mengintegrasikan ke dalam masyarakat baru. Kami berterima kasih kepada semua orang yang menjangkau untuk menolong mereka yang cuba menubuhkan rumah baru.

Imej
Pengedaran pakaian

Dengan derma murah hati kepada kedai Deseret Industries di Amerika Syarikat, berjuta-juta paun pakaian dikumpulkan dan disusun setiap tahun. Walaupun uskup-uskup tempatan menggunakan inventori besar ini untuk menolong ahli-ahli yang perlu, bahagian pakaian terbesar didermakan kepada organisasi amal yang mengedarkan barangan itu di seluruh dunia.

Dan hanya pada tahun lepas, Gereja memberikan penjagaan penglihatan bagi lebih daripada 300,000 orang di 35 negara, penjagaan bayi bagi beribu-ribu ibu dan bayi di 39 negara, dan kerusi roda bagi lebih daripada 50,000 orang yang tinggal di berpuluh-puluh negara.

Gereja terkenal untuk berada antara responden pertama apabila tragedi berlaku. Sebelum ribut taufan, pemimpin-pemimpin dan kakitangan Gereja di tempat yang terjejas membuat rancangan untuk menghantar bekalan bantuan dan bantuan sukarela kepada mereka yang akan terjejas.

Imej
Melayani dengan Helping Hands

Hanya pada tahun lepas, Gereja menjalankan lebih banyak daripada 100 projek bantuan bencana di seluruh dunia, menolong mangsa-mangsa taufan, api, banjir, gempa bumi, dan malapetaka lain. Pada bila-bila mungkin, ahli-ahli Gereja kita yang berpakaian jaket Helping Hands kuning bergerak dalam kumpulan besar untuk menolong mereka yang dijejaskan oleh bencana. Jenis pelayanan ini, diberikan oleh kebanyakan daripada anda, merupakan intipati pelayanan.

Saudara dan saudari terkasih saya, aktiviti-aktiviti yang saya baru gambarkan merupakan sebahagian kecil kebajikan dan jangkauan kemanusiaan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.10 Dan anda ialah orang-orang yang membolehkannya. Oleh kerana teladan kehidupan anda, hati yang murah hati, dan tangan yang menolong, tidak hairanlah banyak masyarakat dan pemimpin kerajaan memuji usaha anda.11

Sejak menjadi Presiden Gereja, saya kagum dengan berapa banyak presiden, perdana menteri, dan duta besar telah dengan ikhlas berterima kasih kepada saya atas bantuan kemanusiaan kepada rakyat mereka. Dan mereka juga telah menyatakan kesyukuran untuk kekuatan yang ahli-ahli beriman kita bawa kepada negara mereka sebagai warganegara setia dan menyumbang.

Saya juga kagum apabila pemimpin-pemimpin dunia telah melawat Presidensi Utama dan menyatakan harapan mereka untuk Gereja didirikan di tanah mereka. Kenapa? Kerana mereka mengetahui Orang Suci Zaman Akhir akan menolong menubuhkan keluarga dan masyarakat kuat, membuat kehidupan menjadi lebih baik di mana-mana mereka tinggal.

Tanpa mengira di mana kita panggil rumah, ahli-ahli Gereja berasa dengan mendalam tentang kebapaan Tuhan dan persaudaraan manusia. Oleh itu, kegembiraan terbesar kita datang apabila menolong saudara dan saudari kita, tanpa mengira di mana kita tinggal di dunia menakjubkan ini.

Memberi bantuan kepada orang lain—membuat usaha cermat untuk mengambil berat sebanyak atau lebih daripada kita mengambil berat tentang diri kita—ialah kegembiraan kita. Terutamanya, saya boleh menambah, apabila ia tidak sesuai dan apabila ia di luar zon selesa kita.. Mematuhi perintah utama kedua itu adalah penting untuk menjadi seorang pengikut Yesus Kristus yang benar.

Saudara dan saudari terkasih saya, anda merupakan teladan-teladan hidup yang datang daripada mengikuti ajaran Yesus Kristus. Saya berterima kasih kepada anda! Saya sayang anda!

Saya tahu Tuhan hidup. Yesus ialah Kristus. Gereja-Nya telah dipulihkan pada zaman akhir ini untuk menyempurnakan tujuannya yang ilahi. Saya bersaksi ini dalam nama Yesus Kristus, amin.