2010–2019
Pemilikan Perjanjian
Persidangan Umum Oktober 2019


Pemilikan Perjanjian

Menjadi sebahagian dengan Tuhan dan berjalan bersama pada jalan perjanjian-Nya adalah untuk diberkati melalui pemilikan perjanjian.

Saudara dan saudari yang dikasihi, ada cerita diberitahu tentang seorang budak Sekolah Primer yang belajar berdoa. “Terima kasih untuk huruf A, huruf B, … huruf G.” Doa budak ini bersambung, “Terima kasih untuk huruf X, Y, Z. Bapa Syurgawi, terima kasih untuk nombor 1, nombor 2.” Pengajar Sekolah Primer bimbang tetapi dengan bijak menunggu. Budak itu berkata, “Terima kasih untuk nombor 5, nombor 6—dan terima kasih untuk pengajar sekolah Primer saya. Dia satu-satunya orang yang membenarkan saya mengakhiri doa saya.”

Bapa Syurgawi mendengar setiap doa anak. Dengan kasih sayang yang tidak terhingga, Dia meminta agar kita datang percaya dan menjadi sebahagian melalui perjanjian.

Dunia ini penuh dengan logamaya, khayalan, dan silap mata. Banyak kelihatannya sementara serta cetek. Apabila kita meninggalkan topeng, kepalsuan, suka dan tidak suka daripada orang ramai, kita mengingini lebih banyak daripada wajah sementara, hubungan sebentar, atau pencarian duniawi untuk kepentingan diri sendiri. Syukurnya, ada jalan penyelesaian untuk menjawab hal-hal iu.

Berkenaan perintah-perintah Tuhan yang utama untuk mengasihi Dia dan orang di sekeliling kita melalui perjanjian, kita melakukannya bukan sebagai orang asing mahupun tetamu tetapi sebagai anak-Nya di rumah.1 Paradoks yang telah lama wujud masih benar. Apabila kita meninggalkan sifat duniawi melalui pemilikan perjanjian, kita mencari dan menjadi diri kita yang terbaik serta abadi2—bebas, hidup, sebenar—dan menentukan hubungan kita yang paling penting. Pemilikan perjanjian adalah untuk membuat dan menepati perjanjian serius kepada Tuhan dan satu sama lain melalui tatacara kudus yang mengundang kuasa ketuhanan dinyatakan dalam hidup kita.3 Apabila kita menjanjikan seluruh diri kita, kita boleh menjadi lebih daripada kita pada masa kini. Pemilikan perjanjian memberi kita tempat, naratif dan kapasiti untuk menjadi itu. Pemilikannya menghasilkan iman sehingga kehidupan dan keselamatan.4

Perjanjian ilahi menjadi sumber kasih sayang bagi dan dari Tuhan dan dengan itu kasih sayang bagi dan dengan satu sama lain. Tuhan Bapa Syurgawi kita lebih mengasihi kita dan lebih mengenali kita dari yang kita kasihi dan kenali diri kita. Iman kepada Yesus Kristus dan perubahan peribadi (pertaubatan) membawa belas kasihan, rahmat, dan keampunan. Perkara-perkara ini melegakan kesakitan, kesendirian, kezaliman yang dialami kita dalam kefanaan. Kerana Dialah Tuhan, Bapa Syurgawi ingin agar kita menerima kurnia Tuhan yang terbesar—kegembiraan-Nya, kehidupan abadi Dia.5

Tuhan kita ialah Tuhan perjanjian. Oleh sifat-Nya, Dia “memegang perjanjian dan menunjukkan belas kasihan.”6 Perjanjian-perjanjian-nya bertahan “selama masa masih berjalan, atau bumi masih wujud, atau hanya akan ada seorang manusia di atas permukaan bumi untuk diselamatkan.”7 Kita tidak bermaksud untuk jatuh sesat ke ketidakpastian dan keraguan kewujudan tetapi untuk bergembira dalam hubungan perjanjian yang dihargai yang “lebih kuat daripada tali kematian.”8

Tatacara dan perjanjian Tuhan adalah untuk semua orang dalam keperluannya dan disempurnakan secara individu. Setiap orang di setiap tempat dan umur boleh menerima tatacara-tatacara menyelamatkan melalui keadilan Tuhan. Hak pilihan berkaitan dengannya—individu-individu memilih untuk menerima tatacara-tatacara yang ditawarkan atau tidak. Tatacara-tatacara Tuhan menyediakan papan tanda pada jalan perjanjian Dia. Kita memanggil rancangan Tuhan untuk membawa anak-anak-Nya kembali ke rumah sebagai rancangan penebusan, rancangan keselamatan, rancangan kegembiraan. Penebusan, keselamatan, kegembiraan selestial boleh jadi kerana Yesus Kristus “membawakan korban tebusan yang sempurna ini.”9

Menjadi sebahagian dengan Tuhan dan berjalan bersama pada jalan perjanjian-Nya adalah untuk diberkati melalui pemilikan perjanjian.

Pertama, pemilikan perjanjian berpusat pada Yesus Kristus sebagai “pengantara bagi perjanjian baru.”10 Segala hal boleh bekerja sama demi kebaikan kita apabila kita “dikuduskan di dalam Kristus … di dalam perjanjian Bapa.”11 Semua berkat yang baik serta dijanjikan datang kepada mereka yang tetap setia bertahan sampai akhir. “Keadaan bahagia orang yang mentaati perintah-perintah Tuhan” adalah untuk “diberkati dalam segala hal, baik duniawi mahupun rohani,” dan “berdiam bersama Tuhan dalam … keadaan kebahagiaan yang tak akan berakhir.”12

Semasa kita menghormati perjanjian kita, kita mungkin kadang-kadang berasa seperti kita berada bersama malaikat. Dan kita akan berada dalam hadirat mereka—mereka yang kita kasihi dan yang memberkati kita di sebelah tirai ini dan mereka yang mengasihi dan memberkati kita di sebalik tirai.

Baru-baru ini Sister Gong dan saya melihat contoh pemilikan perjanjian yang baik di sebuah bilik hospital. Seorang bapa yang muda terdesak untuk pemindahan buah pinggang. Keluarga dia menangis, berpuasa, dan berdoa bagi dia supaya menerima buah pinggang. Apabila berita datang bahawa buah pinggang yang boleh menyelamatkan kehidupannya baru ada, isterinya secara senyap berkata, “saya berharap keluarga yang lain OK.” Untuk memilik melalui perjanjian adalah, dalam kata-kata Rasul Paulus, “supaya kepercayaanku kepada Yesus boleh menguatkan kamu, dan kepercayaan kamu kepada Yesus boleh menguatkan aku.”13

Dalam jalan kehidupan, kita mungkin meninggalkan iman dalam Tuhan, tetapi dia tidak akan meninggalkan iman dalam kita. Ia bagaikan lampu teras Dia sentiasa dihidupkan. Dia menjemput kita untuk datang atau kembali ke perjanjian yang menandakan jalan-Nya. Dia menunggu bersedia untuk memeluk kita, walaupun kita “masih jauh dari rumah.”14 Apabila kita melihat dengan mata beriman untuk pola, rancangan utama, atau kefahaman situasi dari pengalaman kita, kita boleh melihat belas kasihan dan galakan-Nya, terutamanya dalam cubaan, kedukaan, dan cabaran, dan juga kegembiraan kita. Tanpa mengira berapa kali kita tersandung atau terjatuh, jika kita terus maju kepada Dia, Dia akan menolong kita, langkah demi langkah.

Kedua, Kitab Mormon merupakan bukti pemilikan perjanjian yang boleh dipegang di tangan kita. Kitab Mormon merupakan alat yang dijanjikan untuk pengumpulan anak-anak Tuhan seperti yang dinubuatkan sebagai perjanjian baru.15 Semasa kita membaca Kitab Mormon, secara diri sendiri atau bersama orang lain, membaca senyap atau kuat, kita boleh minta Tuhan “dengan hati yang tulus, dengan niat yang bersungguh-sungguh, beriman kepada Kristus,” dan menerima jaminan Tuhan bahawa Kitab Mormon adalah benar melalui kuasa Roh Kudus.16 Ini termasuk jaminan bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat kita, Joseph Smith ialah nabi Pemulihan, dan Gereja Tuhan dipanggil menurut nama-Nya—Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.17

Kitab Mormon bercakap melalui perjanjian purba dan moden kepada anda yang merupakan anak-anak Lehi, “anak-anak para nabi.”18 Moyang anda menerima sebuah perjanjian dimana anda, keturunan mereka, akan mengenali suara dalam Kitab Mormon bagaikan dari debu.19 Suara itu yang anda rasa apabila membaca bersaksi bahawa anda “anak-anak perjanjian”20 dan Yesus ialah Gembala yang Baik.

Kitab Mormon menjemput setiap daripada kita, dalam kata-kata Alma, untuk masuk “ke dalam sebuah perjanjian dengan [Tuhan], bahawa [kita] akan melayani-Nya dan mentaati perintah-perintah-Nya, agar Dia boleh mencurahkan Roh-Nya dengan lebih berlimpah ke atas diri [kita].”21 Apabila kita ingin berubah menjadi lebih baik—seperti seorang berkata dalam cara ini, “berhenti berasa sedih dan bergembira dengan kegembiraan”—kita boleh menjadi terbuka kepada arahan, bantuan, dan kekuatan. Kita boleh datang melalui perjanjian untuk tergolong dengan Tuhan dan masyarakat pengikut yang beriman dan menerima berkat yang dijanjikan dalam ajaran Kristus22—sekarang.

Hak kuasa imamat yang dipulihkan dan kuasa untuk memberkati semua anak-Nya merupakan dimensi ketiga pemilikan perjanjian. Dalam zaman keagamaan ini, Yohanes Pembaptis dan Para Rasul Petrus, Yakobus dan Yohanes telah datang sebagai utusan yang dimuliakan daripada Tuhan untuk memulihkan hak kuasa imamat-Nya.23 Imamat Tuhan dan tatacara-Nya memperkaya hubungan di bumi dan boleh memeteraikan hubungan perjanjian di syurga.24

Imamat boleh memberkati dari masa lahir hingga mati—dari pemberkatan nama seorang anak hingga pembaktian kubur seseorang. Berkat-berkat imamat menyembuh, menenangkan dan menasihati. Seorang bapa marah terhadap anak lelaki dia, sehingga kasih yang dinyatakan apabila bapa itu memberi sebuah berkat imamat kepada anaknya. Seorang remaja puteri, satu-satunya ahli Gereja dalam keluarga dia, tidak yakin tentang kasih sayang Tuhan baginya sehingga dia menerima sebuah berkat imamat yang diilhami. Di seluruh dunia, bapa bangsa yang mulia menyediakan diri secara rohani untuk memberi berkat-berkat bapa bangsa. Apabila bapa bangsa meletakkan tangannya ke atas kepala anda, dia berasa dan menyatakan kasih sayang Tuhan bagi anda. Dia mengisytiharkan keturunan anda dalam bani Israel. Dia menunjukkan berkat-berkat dari Tuhan. Biasanya bertimbang rasa, isteri seorang bapa bangsa memberitahu saya bagaimana dia dan keluarga menjemput Roh, terutamanya pada hari-hari ayah mereka memberikan berkat-berkat bapa bangsa.

Akhirnya, berkat-berkat pemilikan perjanjian datang apabila mengikuti nabi Tuhan dan bergembira dalam menjalani perjanjian bait suci, termasuk dalam perkahwinan. Perkahwinan perjanjian menjadi kudus serta abadi apabila kita memilih kegembiraan pasangan dan keluarga kita sebelum kegembiraan diri kita setiap hari. Apabila “saya” menjadi “kita,” kita bertumbuh bersama. Apabila kita semakin tua bersama kita semakin muda bersama. Apabila kita memberkati satu sama lain sepanjang hidup dengan melupakan diri kita, kita mendapati harapan dan kegembiraan kita dikuduskan dalam masa dan keabadian.

Walaupun keadaan-keadaan berbeza, apabila kita melakukan semua yang kita dapat, melakukan sedaya upaya kita, dan meminta bantuan-Nya dengan sungguh dalam perjalanan, Tuhan akan membimbing kita, dalam masa dan cara-Nya, melalui Roh Kudus.25 Perjanjian perkahwinan mengikatkan mereka yang membuat pilihan itu bersama—itulah peringatan tentang penghormatan Tuhan dan kita bagi hak pilihan dan berkat bantuan Dia apabila kita mencarinya bersama.

Hasil daripada pemilikan perjanjian sepanjang generasi-generasi keluarga dapat dirasai di rumah dan hati kita. Biarlah saya menerangkan dengan contoh-contoh peribadi.

Apabila Sister Gong dan saya jatuh cinta sehingga perkahwinan, saya belajar tentang hak pilihan dan keputusan. Pada masa itu kami bersekolah di dua negara lain di dua benua lain. Kerana itu saya mendapat PhD dalam hubungan antarabangsa.

Apabila saya bertanya, “Bapa Syurgawi, adakah saya patut berkahwin dengan Susan?” Saya berasa damai. Tetapi bila saya belajar berdoa dengan niat yang sungguh, “Bapa Syurgawi, saya sayang Susan dan ingin berkahwin dengan dia. Saya berjanji saya akan menjadi suami dan bapa terbaik”—apabila saya bertindak dan membuat keputusan terbaik, pada masa itulah pengesahan yang paling kuat datang.

Sekarang sejarah keluarga Gong dan Lindsay, cerita-cerita, foto-foto di FamilySearch membantu kami menemui dan menghubungi melalui pengalaman pemilikan perjanjian generasi-generasi keluarga.26 Bagi kita, moyang yang dihormati termasuk:

Imej
Alice Blauer Bangerter

Nenek Moyang Alice Blauer Bangerter, yang mengalami tiga lamaran perkahwinan dalam satu hari, kemudian minta suaminya untuk memasang pedal kepada penggodak mentega supaya nenek dapat memusar mentega, mengait kain dan membaca pada masa yang sama.

Imej
Loy Kuei Char

Datuk Moyang Loy Kuei Char membawa anak-anak dia dan beberapa barang kepunyaan keluarga dia ke atas bahunya dan di atas seekor keldai apabila menyeberang ladang lava di Pulau Besar Hawaii. Generasi-generasi komitmen dan korban keluarga Char memberkati keluarga kita hari ini.

Imej
Mary Alice Powell Lindsay

Nenek Mary Alice Powell Lindsay ditinggalkan dengan lima anak yang muda apabila suaminya dan anak lelaki tertua tiba-tiba meninggal dunia hanya di dalam beberapa hari. Seorang balu selama 47 tahun, Gram membesarkan keluarganya dengan kasih sayang yang menyokongnya dari[ada pemimpin dan ahli tempatan. Sepanjang tahun-tahun itu, Gram berjanji kepada Tuhan jika Dia akan tolong dia, dia tidak akan sekali-kali mengadu. Tuhan menolong dia. Dia tidak sekali-kali mengadu.

Saudara dan saudari yang dikasihi, seperti Roh Kudus bersaksi, semua yang baik dan abadi dipusatkan dalam kewujudan Tuhan Bapa Abadi kita dan Putera-Nya, Yesus Kristus, dan Korban Tebusan-Nya. Tuhan kita, Yesus Kristus ialah Pengantara bagi perjanjian yang baru. Bersaksi tentang Yesus Kristus ialah tujuan perjanjian Kitab Mormon.27 Melalui sumpah dan perjanjian, hak kuasa imamat yang dipulihkan Tuhan bertujuan untuk memberkati semua anak Tuhan, termasuk melalui perkahwinan perjanjian, keluarga generasi, dan berkat individu.

Juruselamat kita mengisytiharkan, “Akulah Alfa dan Omega, Kristus Tuhan; ya, iaitu Akulah Dia, Yang Awal dan Yang Akhir, Penebus dunia.”28

Dengan kita pada permulaan, Dia bersama kita, dalam semua pemilikan perjanjian kita, sehingga akhirnya. Saya bersaksi demikian dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.