2010–2019
Pengembaraan Hebat Anda
Persidangan Umum Oktober 2019


Pengembaraan Hebat Anda

Juruselamat menjemput kita, setiap hari, untuk mengetepikan keselesaan dan keamanan dan menyertai Dia dalam perjalanan penganutan.

Tentang “Hobbit”

Satu novel khayalan kanak-kanak yang ditulis bertahun dahulu bermula dengan ayat “Di dalam satu lubang tanah tinggal seorang ‘hobbit’.”1

Kisah Bilbo Baggins adalah tentang seorang “hobbit” biasa dan sederhana yang diberi satu peluang yang luar biasa—peluang hebat untuk mengembara dan janji ganjaran yang lumayan.

Masalahnya ialah ramai “hobbit” yang bermaruah tidak ingin mengembara. Kehidupan mereka mementingkan keselesaan. Mereka gembira dapat makan enam hidangan sehari apabila boleh didapati dan menghabiskan masa di kebun mereka, berkongsi cerita dengan pelawat, menyanyi, bermain alat muzik, dan bangga menikmati kegembiraan-kegembiraan kehidupan.

Namun, apabila Bilbo diberi peluang pengembaraan yang hebat, hati dia melonjak. Dari awal lagi dia faham bahawa perjalanan itu akan mencabar. Mungkin berbahaya. Dia mungkin tidak akan kembali.

Namun demikian, panggilan untuk mengembara telah mencapai hatinya secara mendalam. Jadi, “hobbit” yang biasa ini meninggalkan keselesaan dan memulakan pengembaraan hebatnya yang akan membawanya “ke sana dan kembali semula.”2

Pengembaraan Anda

Mungkin salah satu sebab kisah ini bergema dengan kebanyakan kita adalah kerana ia merupakan kisah kita juga.

Pada satu masa yang dahulu kala, termasuklah sebelum kita dilahirkan, di satu era yang pudar akibat masa dan redup daripada peringatan, kita juga telah dijemput untuk memulakan pengembaraan kita. Ia dicadangkan oleh Tuhan, Bapa Syurgawi kita. Penerimaan pengembaraan ini bermaksud kita akan meninggalkan keselesaan dan keselamatan dihadirat-Nya. Ia mungkin bermaksud datang ke dunia yang perjalanannya dipenuhi bahaya dan percubaan yang tidak dikenali.

Kita tahu ia tidak mudah.

Tetapi kita juga tahu bahawa kita akan memperoleh harta yang berharga, termasuklah badan fizikal dan mengalami kegembiraan dan kesedihan kefanaan yang kuat. Kita akan belajar untuk berusaha, mencari, dan untuk berjuang. Kita akan menemui kebenaran tentang Tuhan dan kita sendiri juga.

Semestinya, kita tahu kita akan membuat banyak kesalahan dalam perjalanan. Tetapi kita juga berjanji: kerana korban agung Yesus Kristus, pelanggaran kita boleh dibersihkan, roh kita disempurnakan dan disucikan, dan satu hari nanti dibangkitkan dan disatukan bersama mereka yang kita sayangi.

Kita belajar betapa banyak Tuhan mengasihi kita. Dia memberi kita kehidupan, dan Dia ingin kita untuk berjaya. Oleh itu, Dia menyediakan seorang Juruselamat bagi kita. “Walaupun demikian,” Bapa Syurgawi telah berfirman, “engkau boleh memilih bagi dirimu sendiri, kerana ianya diberikan kepadamu.”3

Mungkin terdapat bahagian dalam pengembaraan fana yang membimbangkan dan juga menakutkan anak-anak Tuhan, kerana sejumlah besar saudara dan saudari rohani kita tidak ingin menurut serta.4

Melalui kurnia dan kuasa hak pilihan moral, kita memutuskan bahawa potensi yang kita boleh belajar dan menjadi secara abadinya cukup berbaloi.5

Jadi, dengan mempercayai janji-janji dan kuasa Tuhan dan Putera terkasih-Nya, kita menerima cabaran itu.

Saya lakukannya.

Dan anda lakukannya juga.

Kita bersetuju untuk meninggalkan keselamatan syarat keadaan pertama dan memulakan pengembaraan hebat kita sendiri untuk “ke sana dan kembali semula.”

Panggilan untuk Mengembara

Namun, kehidupan fana pandai mengalih perhatian kita, betul? Kita cenderung lupa akan pencarian hebat kita, lebih mengingini keselesaan dan kemudahan daripada pertumbuhan dan perkembangan.

Namun, terdapat sesuatu yang tidak dapat dinafikan, di dalam hati kita, yang kebuluran untuk tujuan yang lebih tinggi dan murni. Kebuluran inilah satu sebab mengapa orang tertarik kepada injil dan Gereja Yesus Kristus. Injil yang terpulih ini, sebenarnya, satu pembaharuan panggilan untuk mengembara yang kita menerima dahulu kala. Juruselamat menjemput kita, setiap hari, untuk mengetepikan keselesaan dan keamanan dan menyertai Dia dalam perjalanan penganutan.

Jalan ini akan berliku-liku. Terdapatnya bukit, lembah, dan lencongan. Mungkin terdapatnya labah-labah, “troll”, dan mungkin seekor atau dua naga metafora. Tetapi jika anda kekal pada jalan itu dan percaya Tuhan, anda akan akhirnya menjumpai jalan ke takdir gemilang dan kembali ke rumah syurgawi anda.

Jadi bagaimanakah anda bermula?

Ia agak mudah.

Cenderungkan Hati Anda Terhadap Tuhan

Pertama, anda harus memilih untuk mencenderungkan hati anda terhadap Tuhan. Berusaha setiap hari untuk mencari Dia. Belajar untuk mengasihi Dia. Dan kemudian biarkan kasih itu mengilhami anda untuk belajar, faham, dan mengikut ajaran-ajaran Dia dan belajar untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan. Injil terpulih Yesus Kristus diberikan dengan cara yang nyata dan mudah di mana seorang kanak-kanak boleh memahami. Malah injil Yesus Kristus mempunyai jawapan untuk soalan-soalan hidup yang paling kompleks dan amat mendalam dan ia sangat kompleks sehinggakan dengan pengajian dan renungan sepanjang hidup, kita sukar memahaminya walaupun hanya satu bahagian yang kecil.

Jika anda teragak-agak dalam pengembaraan ini kerana anda meragui kebolehan anda, ingatlah bahawa penganutan bukanlah bermaksud melakukan perkara dengan sempurna; ia bermaksud melakukan perkara dengan niat. Pilihan andalah yang menunjukkan diri jati anda, lebih lagi daripada kebolehan anda.6

Walaupun jika anda gagal, anda boleh memilih untuk tidak berputus asa, sebaliknya menemui keberanian anda, maju ke hadapan, dan bangkitkan diri. Itulah ujian hebat perjalanan.

Tuhan tahu bahawa anda tidak sempurna, bahawa anda akan gagal sekali sekala. Tuhan mengasihi anda dengan sama tidak kira ketika anda bersusah payah atau berjaya.

Seperti ibu bapa yang penyayang, Dia hanya ingin anda untuk mencuba dengan niat. Penganutan adalah seperti belajar bermain piano. Mungkin pada mulanya anda hanya boleh mainkan muzik persembahan “Chopsticks” dengan ala kadar. Tetapi jika anda meneruskan latihan, lagu mudah yang anda sukar untuk mainkan akan membuka jalan ke sonata, rapsodi, dan konserto yang menakjubkan.

Namun, hari itu mungkin tidak akan tiba dalam kehidupan ini, tetapi ia akan datang. Tuhan hanya meminta anda untuk terus berusaha.

Menghulur Bantuan dengan Kasih

Terdapatnya sesuatu yang menarik, hampir berlawan asas, tentang jalan ini yang anda telah pilih: hanya satu cara anda boleh berkembang dalam pengembaraan injil ini iaitu untuk membantu orang lain berkembang juga.

Perbuatan membantu orang merupakan jalan penganutan. Iman, harapan, kasih, rasa kasihan, dan layanan menyempurnakan kita sebagai pengikut.

Melalui usaha anda untuk membantu mereka yang miskin dan memerlukan, mencapai mereka yang kesusahan, sifat anda menjadi suci dan terjalin, roh anda membesar, dan anda berjalan lebih tinggi.

Tetapi kasih ini tidak boleh mengharapkan ganjaran. Ia tidak boleh menjadi jenis layanan yang mengharapkan pengiktirafan, sanjungan, atau hadiah.

Pengikut benar Yesus Kristus kasih Tuhan dan anak-anak Dia tanpa mengharapkan balasan. Kita mengasihi mereka yang mengecewakan kita, mereka yang tidak menyukai kita. Termasuklah mereka yang mempersenda, mendera, dan yang ingin melukai kita.

Apabila anda mengisi hati anda dengan kasih suci Kristus, anda tiada ruang untuk perasaan hasad dengki, menghukum, dan malu. Anda mematuhi perintah-perintah Tuhan kerana anda mengasihi Dia. Dalam proses itu, anda semakin menjadi seperti Kristus dalam pemikiran dan tindakan.7 Dan apakah pengembaraan yang lebih hebat daripada ini?

Kongsikan Kisah Anda

Perkara ketiga yang kita usahakan dalam perjalanan ini adalah untuk mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus dan tidak malu untuk menjadi ahli Gereja Yesus Kristus.

Kita tidak menyembunyikan kepercayaan kita.

Kita tidak menanamnya.

Sebaliknya, kita menceritakan pengembaraan kita dengan orang lain secara biasa dan semula jadi. Itulah apa yang kawan-kawan lakukan—mereka bercakap tentang perkara yang penting bagi mereka. Perkara yang penting dan yang membuat perbezaan kepada mereka.

Itulah apa yang anda lakukan. Anda berkongsikan kisah dan pengalaman sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Kadangkala kisah-kisah anda menyebabkan orang tertawa. Kadangkala ia akan menyebabkan mereka menangis. Kadangkala ia akan membantu orang untuk teruskan kesabaran, bertahan, dan berani untuk menghadapi satu jam, satu hari lagi dan datang merapati Tuhan dengan lebih.

Kongsikan pengalaman anda dengan bersemuka, di media sosial, dalam kumpulan, di mana jua.

Salah satu perkara terakhir yang Yesus katakan kepada pengikut-pengikut-Nya adalah untuk pergi ke bangsa seluruh dunia dan kongsikan kisah Kristus yang telah bangkit.8 Hari ini kita juga menerima suruhanjaya hebat itu dengan gembiranya.

Betapa gemilangnya pesanan yang kita boleh kongsi: oleh kerana Yesus Kristus, setiap lelaki, wanita, dan kanak boleh kembali ke rumah dengan selamatnya ke rumah syurgawi dan di sana kekal dalam kemuliaan dan kesolehan!

Terdapatnya lebih banyak berita baik lagi untuk dikongsi.

Tuhan telah muncul kepada manusia di zaman kita! Kita mempunyai nabi hidup.

Biarkan saya mengingati anda bahawa Tuhan tidak memerlukan anda untuk “menjual” injil atau Gereja Yesus Kristus terpulih.

Dia hanya mengharap anda tidak menyembunyikannya di bawah satu gantang.

Dan jika orang memutuskan bahawa Gereja bukanlah untuk mereka, itu keputusan mereka.

Ia tidak bermaksud anda telah gagal. Anda meneruskan untuk berbuat baik kepada mereka. Juga tidak bermaksud anda tidak menjemput mereka lagi.

Perbezaannya di antara kenalan sosial sambilan dan pengikut berani dan berbelas kasihan ialah—jemputan!

Kita mengasihi dan menghormati semua anak Tuhan, tidak mengira taraf kehidupan, bangsa atau agama, tidak kira pilihan-pilihan kehidupan mereka.

Bagi kita, kita akan berkata, “Marilah dan lihat! Kenali bagi diri sendiri bagaimana mengikut jalan penganutan akan memberi ganjaran dan memuliakan anda.”

Kita menjemput orang untuk “marilah dan bantu, kita cuba membuat dunia ini lebih baik.”

Dan kita berkata, “Marilah dan kekal! Kami saudara dan saudari anda. Kami tidak sempurna. Kami percaya Tuhan dan ingin mematuhi perintah-perintah Dia.

“Sertailah kami, dan anda akan membuat kami lebih baik. Dan, di dalam proses ini, anda akan menjadi lebih baik juga. Marilah kita mengembara bersama.”

Bilakah Patut Saya Bermula?

Apabila rakan kita Bilbo Baggins mendapat panggilan dalam dirinya untuk mengembara, dia memutus untuk memperoleh tidur yang nyenyak, menikmati sarapan pagi yang enak, dan bermula awal pagi.

Apabila Bilbo bangun, dia mendapati rumah dia tidak kemas, dan dia hampir teralih perhatian daripada rancangan murninya.

Namun kemudian rakannya Gandalf datang dan bertanya, “Bilakah akan kamu datang?”9 Untuk mencapai rakan-rakannya, Bilbo perlu membuat keputusan untuk dirinya.

Jadi, “hobbit” yang biasa dan sederhana ini mendapati diri berlari keluar pintu depan ke jalan pengembaraannya dengan cepat di mana dia lupa membawa topi, tongkat, dan sapu tangannya. Dia juga meninggalkan sarapan pagi keduanya yang belum habis lagi.

Mungkin terdapat satu pelajaran bagi kita di sini juga.

Jika anda dan saya pernah berasa semangat untuk menyertai pengembaraan hebat menghidupi dan berkongsikan apa yang Bapa Syurgawi terkasih telah sediakan bagi kita dahulu, saya menyakinkan anda, hari inilah hari untuk mengikut Putera Tuhan dan Juruselamat kita di jalan layanan dan penganutan.

Kita boleh tunggu sepanjang hayat untuk masa yang tepat di mana segalanya teratur. Tetapi sekaranglah masa untuk berjanji dengan sepenuhnya mencari Tuhan, melayani orang, dan berkongsikan pengalaman kita dengan orang.

Tinggalkanlah topi, tongkat, sapu tangan, dan rumah yang tidak kemas.10

Kepada mereka di antara kita yang sudah pun berjalan dalam jalan itu, jadilah berani, latihkan berbelas kasihan, berkeyakinan, dan teruskanlah!

Kepada mereka yang telah meninggalkan jalan itu, silalah kembali, sertailah kami semula, dan buatkan kami semua lebih kuat.

Dan kepada mereka yang belum bermula, mengapa berlengah? Jika anda ingin mengalami keajaiban-keajaiban pengembaraan rohani hebat ini, jejakilah pengembaraan anda sendiri! Bercakaplah dengan penginjil-penginjil. Bercakaplah dengan rakan-rakan Orang Suci Zaman Akhir anda. Bercakaplah dengan mereka berkenaan pekerjaan yang menakjubkan dan sebuah keajaiban.11

Inilah masa untuk bermula!

Mari, Sertai Kami!

Jika anda rasa kehidupan anda memerlukan makna yang lebih, tujuan yang lebih tinggi, perhubungan keluarga yang lebih kuat, dan perhubungan yang lebih rapat dengan Tuhan, mari, sertai kami.

Jika anda mencari satu komuniti orang yang sedang berusaha untuk menjadi diri yang terbaik, membantu mereka yang memerlukannya, dan membuat dunia ini lebih baik, mari, sertai kami!

Marilah dan lihat apakah itu pengembaraan mengagumkan, menakjubkan, dan mencabar.

Di sepanjang jalan anda akan menemui diri anda.

Anda akan menemui maksud.

Anda akan menemui Tuhan.

Anda akan menemui pengembaraan hidup anda yang paling mencabar dan menakjubkan.

Saya bersaksi dalam nama Penebus dan Juruselamat kita, Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. J. R. R. Tolkien, The Hobbit or There and Back Again (Boston: Houghton Mifflin, 2001), 3.

  2. Sarikata The Hobbit.

  3. Musa 3:17.

  4. Lihat Ayub 38:4–7 (makhluk-makhluk syurga bersorak gembira); Yesaya 14:12–13 (“menempatkan takhtamu di atas bintang-bintang yang tertinggi”); Wahyu 12:7–11 (kemudian peperangan berlaku di syurga).

  5. “Nabi Joseph Smith menjelaskan hak pilihan sebagai ‘kebebasan minda yang mana syurga telah kurniakan kepada keluarga manusia sebagai salah satu kurnia yang terpilih’ [Teachings of the Prophet Joseph Smith, comp. Joseph Fielding Smith (1977), 49]. ‘Kebebasan minda,’ atau hak pilihan, merupakan kuasa yang membenarkan individu-individu untuk menjadi ‘wakil bagi diri mereka’ (A&P 58:28). Ia termasuklah latihan kehendak untuk memilih di antara baik dan jahat atau peringkat-peringkat baik atau jahat yang berbeza dan juga peluang untuk mengalami akibat-akibat daripada pilihan itu. Bapa Syurgawi sangat mengasihi anak-anak-Nya di mana Dia inginkan kita untuk mencapai potensi penuh kita—untuk menjadi seperti Dia. Untuk berkembang, seseorang haruslah mempunyai keupayaan semula jadi untuk membuat pilihan. Hak pilihan adalah asas bagi rancangan-Nya untuk anak-anak Dia ‘sehinggakan Tuhan tidak boleh mencipta manusia bagai diri-Nya tanpa membuatkan mereka bebas’ [David O. McKay, “Whither Shall We Go? Or Life’s Supreme Decision,” Deseret News, Jun 8, 1935, 1]” (Byron R. Merrill, “Agency and Freedom in the Divine Plan,” dalam Roy A. Prete, ed., Window of Faith: Latter-day Saint Perspectives on World History, [2005], 162).

  6. Dalam novelnya Harry Potter and the Chamber of Secrets, penulis J. K. Rowling telah membenarkan guru besar Hogwarts bernama Dumbledore berkata sesuatu yang seumpama kepada Harry Potter muda. Ia merupakan nasihat yang baik untuk kita juga. Saya pernah menggunakannya dalam pesanan sebelum ini dan rasa ia cukup layak untuk diulangi.

  7. “Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kita sekarang anak-anak Tuhan, tetapi keadaan kita kelak belum jelas. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti Dia; kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya” (1 Yohanes 3:2; penekanan ditambahkan).

    Walaupun transformasi sedemikan mungkin susah difahami, “Roh Tuhan bersama dengan roh kita menyatakan bahawa kita anak Tuhan:

    “Kerana kita anak-anak Tuhan, kita akan menerima berkat-berkat yang disediakan oleh Tuhan untuk umat-Nya, bersama dengan Kristus kita juga akan menerima segala yang sudah disediakan oleh Tuhan untuk Dia; kerana jika kita menderita bersama-sama Kristus, kita juga akan mendapat kemuliaan-Nya.

    “Pada pendapatku, segala penderitaan yang kita alami sekarang tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan ditunjukkan kepada kita” (Roma 8:16–18; penekanan ditambahkan).

  8. Lihat, Matius 28:16–20.

  9. Tolkien, The Hobbit, 33.

  10. Lihat Lukas 9:59–62.

  11. Lihat LeGrand Richards, A Marvelous Work and a Wonder, rev. ed. (1966).