2010–2019
Saksi, Kuorum Imamat Harun, dan Kelas Remaja Puteri
Persidangan Umum Oktober 2019


Saksi, Kuorum Imamat Harun, dan Kelas Remaja Puteri

Perubahan-perubahan yang kami akan mengumumkan sekarang bertujuan membantu remaja putera dan puteri mengembangkan potensi peribadi mereka yang kudus.

Saudara dan saudari yang dikasihi, ia sungguh hebat berada bersama anda lagi di persidangan umum. Pada awal minggu ini, pengumuman dibuat kepada ahli-ahli Gereja tentang perubahan dalam polisi mengenai siapa yang boleh melayani sebagai seorang saksi untuk tatacara-tatacara pembaptisan dan pemeteraian. Saya ingin mengulangi tiga perkara yang telah diumumkan minggu ini.

  1. Pembaptisan perwakilan untuk seseorang mati boleh disaksikan oleh sesiapa yang mempunyai kad rekomen bait suci semasa, termasuk kad rekomen penggunaan terhad.

  2. Ahli Gereja yang telah menerima anugerahan dengan kad rekomen bait suci semasa boleh melayani sebagai seorang saksi untuk tatacara pemeteraian, yang hidup dan yang perwakilan.

  3. Sesiapa ahli Gereja yang telah dibaptis boleh melayani sebagai seorang saksi untuk pembaptisan bagi orang yang hidup. Perubahan ini termasuk semua pembaptisan di luar bait suci.

Perubahan-perubahan polisi ini ialah prosedur. Ajaran dan perjanjian asasnya tidak diubah. Ia tetap berkuasa dalam semua tatacara. Perubahan-perubahan ini akan meningkatkan penyertaan keluarga dengan lebih besar dalam tatacara-tatacara ini.

Saya juga ingin bercakap dengan anda pada masa ini untuk memperkenalkan perubahan-perubahan yang berkaitan dengan para remaja kita dan para pemimpin mereka.

Anda ingat bahawa saya telah menjemput para remaja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir untuk mendaftar dalam batalion remaja Tuhan untuk menyertai dalam usaha yang paling hebat di bumi kini—pengumpulan Israel.1 Saya memberi jemputan ini kepada para remaja kita kerana mereka sangat mahir dalam menghulur bantuan kepada orang lain dan mengongsi apa yang mereka percaya dengan cara yang meyakinkan. Usaha pengumpulan ini ialah bahagian yang sangat penting untuk menolong menyediakan dunia dan orangnya untuk Kedatangan Kedua Tuhan.

Dalam setiap bahagian, batalion remaja Tuhan dipimpin oleh seorang uskup, seorang hamba Tuhan yang rajin. Tanggungjawab yang pertama dan paling utama ialah untuk menjaga para remaja putera dan puteri bahagiannya. Uskup dan para penasihatnya mengarahkan pekerjaan kuorum Imamat Harun dan kelas Remaja Puteri dalam bahagian.

Perubahan-perubahan yang kami akan mengumumkan sekarang bertujuan membantu remaja putera dan puteri mengembangkan potensi peribadi mereka yang kudus. Kami juga ingin memperkukuh kuorum Imamat Harun dan kelas Remaja Puteri dan memberi sokongan kepada para uskup dan pemimpin dewasa yang lain semasa mereka melayani generasi membangun ini.

Elder Quentin L. Cook sekarang akan membincangkan pelarasan yang berkaitan dengan remaja putera. Dan petang ini, di sesi umum wanita Sister Bonnie H. Cordon, Presiden Umum Remaja Puteri, akan membincangkan pelarasan berkaitan dengan remaja puteri.

Presidensi Utama dan Dua Belas bersatu dalam mengesahkan usaha-usaha ini untuk meneguhkan para remaja kita. Betapa banyak kami mengasihi mereka dan berdoa untuk mereka! Merekalah “yang jadi harapan Israel, anak-anak hari yang dijanjikan.”2 Kami menyatakan keyakinan lengkap kami dalam para remaja kita dan kesyukuran kami untuk mereka. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Russell M. Nelson, “Harapan Israel” (pertemuan rohani seluruh dunia untuk remaja, 3 Jun 2018), HopeofIsrael.ChurchofJesusChrist.org.

  2. “Yang Jadi Harapan Israel,” Nyanyian Rohani, no. 110.