2010–2019
Wanita Perjanjian Bersama dengan Tuhan
Persidangan Umum Oktober 2019


Wanita Perjanjian Bersama dengan Tuhan

Menjadi seorang wanita perjanjian dalam perkongsian dengan Tuhan adalah betapa hebat dan baiknya anak-anak perempuan Tuhan telah selalu menjadi ibu, memimpin, dan melayani.

Saya bersyukur untuk berkat berucap kepada anda, anak perempuan perjanjian Tuhan. Malam ini, saya ingin menggalakkan anda dalam pelayanan hebat yang anda telah dipanggil. Ya, setiap anak perempuan Tuhan yang sedang mendengar suara saya telah menerima panggilan daripada Tuhan.

Panggilan anda bermula apabila anda diletakkan dalam kefanaan, di tempat dan masa yang dipilih untuk anda oleh Tuhan yang mengenali anda dengan sempurna dan mengasihi anda sebagai anak perempuan-Nya. Di dunia roh, Dia mengenali anda, mengajar anda dan meletakkan anda di mana anda akan berpeluang yang jarang berlaku dalam sejarah dunia, untuk dijemput ke kolam pembaptisan. Di sana, anda akan mendengar kata-kata ini yang diucapkan oleh hamba Yesus Kristus: “Dengan wewenang daripada Yesus Kristus, aku membaptiskan kamu dengan nama Bapa dan Putera, dan Roh Kudus. Amin.”1

Apabila anda telah dibaptiskan, anda telah menerima panggilan lain untuk melayani. Sebagai anak perempuan perjanjian baru Tuhan, anda berjanji dan menerima tugas dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, di mana telah ditetapkan sebagai ahli. Anda berjanji dengan Tuhan untuk mengambil ke atas diri anda nama Yesus Kristus, untuk mematuhi perintah-perintah-Nya, dan untuk melayani-Nya.

Bagi setiap orang yang membuat perjanjian ini, Tuhan akan memanggil pelayanan yang sesuai dengan sempurna kepada orang itu. Anak perempuan dan anak lelaki perjanjian Tuhan berkongsi satu panggilan yang penting dan gembira. Ia adalah untuk melayani orang lain untuk-Nya.

Ketika berucap kepada para saudari, Presiden Russell M. Nelson memberi ringkasan indah tentang panggilan Tuhan kepada anda untuk menyertai Dia dalam pekerjaan-Nya Presiden Nelson menggambarkan panggilan anda dengan cara ini: “Tuhan berkata, ‘Pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku [adalah] untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia.’ (Musa 1:39.) Oleh itu, para pengikut anak perempuan-Nya yang setia boleh berkata, ‘Pekerjaan saya dan kemuliaan saya adalah untuk membantu orang yang saya kasihi mencapai matlamat syurgawi.’

“Untuk membantu manusia lain mencapai potensi selestialnya adalah sebahagian dari misi ilahi wanita. Peranan sebagai ibu, pengajar, atau orang suci yang memelihara membantu orang lain capai matlamat tersebut Dalam perkongsian dengan Tuhan, misi ilahiya adalah untuk membantu roh-roh hidup dan jiwa-jiwa diangkat Ini memenuhi tujuan penciptaannya. adalah membanggakan, meneguhkan dan memuliakan.”2

Anda tidak akan tahu bila atau angka masa, misi peribadi anda akan difokuskan pada pelayanan dalam panggilan seperti ibu, pemimpin, atau pelayan rohani saudari. Oleh sebab kasih, Tuhan tidak memberi kita pilihan waktu, tempoh, atau urutan tugasan kita. Dari tulisan suci dan nabi yang hidup, anda tahu bahawa semua tugasan ini akan datang, dalam kehidupan ini atau yang seterusnya, kepada setiap anak perempuan Tuhan. Semuanya adalah persiapan untuk kehidupan abadi dalam keluarga yang mengasihi—“kurnia Tuhan yang terbesar.”3

Anda adalah bijak untuk berusaha bersedia sekarang dengan memikirkan matlamat itu Tugas itu dijadikan mudah kerana setiap tugasan ini memerlukan persiapan yang sama.

Marilah mula dengan tugas untuk menjadi pelayan rohani saudari. Tak kira anda mempunyai tugas anak perempuan berumur 10 tahun dalam keluarga di mana bapanya telah meninggal dunia, atau sebagai presiden Lembaga Pertolongan yang bandarnya baru mengalami kebakaran, atau ketika anda sedang pulih dari pembedahan di hospital—anda mempunyai peluang untuk memenuhi panggilan anda daripada Tuhan untuk menjadi anak perempuan-Nya yang melayani.

Semua ini nampak seperti tugas pelayanan yang sangat berbeza. Namun mereka semua memerlukan persediaan hati yang kuat, pengasih, iman yang berani bahawa Tuhan tidak memberi arahan kecuali Dia menyediakan jalan, dan keinginan untuk pergi dan melakukannya untuk Dia.4

Kerana dia sudah bersedia, anak perempuan berusia 10 tahun itu meletakkan tangannya di atas ibu balunya dan berdoa untuk tahu bagaimana membantu keluarganya. Dan dia teruskan berdoa.

Presiden Lembaga Pertolongan telah bersedia untuk melayani sebelum kebakaran yang tidak dijangka berlaku di kawasannya. Dia telah mula mengenali dan mengasihi orang sana. Imannya kepada Yesus Kristus telah bertambah sejak bertahun-tahun dari menerima jawapan daripada Tuhan untuk membantunya dalam pelayanan kecil untuk Dia. Oleh sebab persediaannya yang rapi, dia telah bersedia untuk menugaskan para saudarinya untuk melayani orang dan keluarga yang terlibat.

Seorang saudari sedang pulih dari pembedahan di hospital telah bersedia untuk melayani rakan pesakitnya. Dia telah menghabiskan seumur hidup melayani Tuhan untuk setiap orang asing seolah-olah dia adalah seorang jiran dan seorang rakan. Apabila dia merasakan dalam hatinya panggilan untuk melayani di hospital, dia melayani orang lain dengan begitu berani dan kasih sehingga pesakit-pesakit lain mula berharap dia tidak akan sembuh cepat.

Dengan cara yang sama anda bersedia untuk melayani, anda boleh dan mesti bersedia untuk panggilan anda untuk menjadi pemimpin bagi Tuhan apabila masanya datang. Ia memerlukan iman pada Yesus Kristus, berdasarkan kasih anda terhadap tulisan suci, untuk memimpin manusia dan untuk mengajar firman-Nya tanpa rasa takut. Kemudian anda akan bersedia untuk memiliki Roh Kudus sebagai rakan tetap anda. Anda akan bersemangat untuk mengatakan, “Saya akan lakukannya” apabila penasihat anda dalam presidensi Remaja Puteri berkata dengan panik, “Sister Alvarez sakit hari ini. Siapa akan mengajar kelasnya?”

Ia memerlukan banyak persediaan yang sama untuk hari yang indah ketika Tuhan memanggil anda menjadi seorang ibu. Tetapi ia juga akan memerlukan hati yang lebih penyayang daripada yang anda perlukan sebelum ini. Ia akan memerlukan lebih iman kepada Yesus Kristus dari apa yang ada dalam hati anda sebelumnya. Dan ia akan memerlukan keupayaan untuk berdoa bagi pengaruh, arahan, dan keselesaan Roh Kudus melebihi apa yang anda rasakan sebelumnya.

Anda mungkin bertanya bagaimana seseorang, tidak kira umur, dapat mengetahui apa yang ibu perlukan. Ini adalah soalan yang sah. Seseorang tidak dapat mengetahui segalanya, tetapi kita dapat mempelajari beberapa pelajaran dengan wahyu daripada Tuhan. Kita juga boleh belajar dari pemerhatian, ketika kita mengambil kesempatan untuk mencari Roh untuk membantu kita memahami apa yang kita perhatikan.

Saya telah memerhatikan Kathleen Johnson Eyring selama 57 tahun kami kahwin. Dia adalah ibu kepada empat lelaki dan dua perempuan. Sehingga kini, dia telah menerima panggilan untuk menjadi pengaruh ibu kepada lebih daripada seratus ahli keluarga dan ratusan lagi yang dia anggap sebagai keluarganya sendiri.

Anda ingat gambaran sempurna Presiden Nelson tentang misi ilahi wanita—termasuk peranan keibuan: “Peranan sebagai ibu, pengajar, atau orang suci yang memelihara membantu orang lain capai matlamat tersebut. Dalam perkongsian dengan Tuhan, misi ilahiya adalah untuk membantu roh-roh hidup dan jiwa-jiwa diangkat Ini memenuhi tujuan penciptaannya.”5

Dari apa yang saya tahu, isteri saya, Kathleen, telah mengikuti misi itu, yang diberikan kepada anak perempuan Bapa kita. Bahagian penting kepada saya ialah “membantu orang lain capai matlamat tersebut … bersama dengan Tuhan.” Dia tidak memaksa. Dia membantu. Dan dia mempunyai matlamat untuk harapannya dan dia cuba membantu orang yang dia kasihi dengan naluri keibuan. Matlamatnya adalah injil Yesus Kristus—seperti yang saya dapat lihat melalui pemerhatian doa selama bertahun-tahun.

Menjadi seorang wanita perjanjian dalam perkongsian bersama dengan Tuhan adalah cara hebat dan baik anak perempuan Tuhan selalu menjadi ibu, memimpin, dan pelayan rohani, melayani dalam cara dan tempat yang disediakan-Nya untuk mereka. Saya berjanji bahawa anda akan menemui kegembiraan dalam perjalanan anda ke rumah syurgawi anda ketika anda kembali kepada-Nya sebagai anak perempuan Tuhan yang mentaati perjanjian.

Saya bersaksi bahawa Tuhan Bapa hidup dan mengasihi anda. Dia akan menjawab doa anda. Putera-Nya yang Dikasihi memimpin, dalam setiap perkara, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Presiden Russell M. Nelson ialah nabi-Nya yang hidup. Dan Joseph Smith nampak dan bercakap dengan Tuhan Bapa dan Yesus Kristus di hutan Palmyra, New York. Saya tahu ini adalah benar. Saya juga bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat anda, Dia mengasihi anda. Dan melalui Korban tebusan-Nya, anda dapat disucikan dan diangkat ke panggilan yang tinggi dan kudus yang akan datang kepada anda. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.