2010–2019
Percayalah Kepada Tuhan
Persidangan Umum Oktober 2019


Percayalah Kepada Tuhan

Satu-satunya persandaran mutlak kita ialah untuk percaya kepada Tuhan dan kasih-Nya bagi anak-anak-Nya.

Saudara dan saudari yang dikasihi, satu surat yang saya terima pada masa yang lalu memperkenalkan tajuk ucapan saya. Penulis surat itu merenungkan perkahwinan bait suci dengan seorang lelaki yang pasangannya abadi telah meninggal. Dia akan menjadi isteri kedua. Dia tanya soalan ini: adakah dia dapat mempunyai rumah sendiri di kehidupan seterusnya, atau adakah dia mesti tinggal bersama suaminya dan isterinya yang pertama? Saya hanya memberitahu dia untuk percaya kepada Tuhan.

Saya teruskan dengan satu pengalaman yang saya dengar daripada seorang rakan yang dihargai, yang saya mengongsi dengan kebenarannya. Setelah kematian isterinya yang dikasihi dan ibu anak-anaknya, seorang bapa berkahwin lagi. Beberapa anak yang lebih besar menolak perkahwinan itu dengan kuat dan mencari nasihat seorang saudara dekat yang merupakan pemimpin Gereja yang berhormat. Selepas mendengar sebab-sebab penolakan mereka, yang memberikan tumpuan pada keadaan dan hubungan di dunia roh atau di kerajaan-kerajaan kemuliaan yang ikut Penghakiman Akhir, pemimpin ini berkata: “Kamu risau tentang perkara yang tidak betul. Anda patut risau sama ada kamu akan mencapai tempat-tempat itu. Tumpulah perhatian pada itu. Jika anda sampai ke sana, semuanya akan lebih bahagia daripada apa yang boleh anda gambarkan.”

Ajaran itu sungguh menolong! Percayalah kepada Tuhan!

Dari surat-surat yang saya telah terima, saya tahu bahawa orang lain terganggu oleh soalan-soalan mengenai dunia roh yang kita akan mendiami setelah kita mati dan sebelum kita dibangkitkan. Sesetengah orang beranggapan bahawa dunia roh akan meneruskan keadaan dan isu duniawi yang kita alami dalam kehidupan fana ini. Apakah yang kita betul-betul tahu mengenai keadaan di dunia roh? Saya percaya satu karangan seorang profesor agama BYU tentang tajuk ini mempunyai jawapan betul: “Apabila kita tanya diri kita sendiri apa yang kita tahu tentang dunia roh daripada kitab-kitab standard, jawapannya ‘tidak sebanyak yang kita kerap kali berfikir.’”1

Sudah tentu kita tahu dari tulisan suci bahawa setelah kita mati kita terus hidup sebagai roh di dunia roh. Tulisan suci juga mengajar bahawa dunia roh ini dibahagi antara mereka yang telah “soleh” atau “adil” semasa kehidupan dan mereka yang telah jahat. Tulisan suci juga menggambarkan bagaimana sesetengah roh yang beriman mengajar injil kepada mereka yang telah jahat atau memberontak (lihat 1 Petrus 3:19; Ajaran dan Perjanjian 138:19–20, 29, 32, 37). Yang terpenting, wahyu moden mengungkapkan bahawa kerja keselamatan terus berlaku di dunia roh (lihat Ajaran dan Perjanjian 138:30–34, 58), dan walaupun kita digesa supaya jangan melengahkan pertaubatan kita semasa kefanaan (lihat Alma 13:27), kita diajar bahawa sedikit pertaubatan boleh dilakukan di sana (lihat Ajaran dan Perjanjian 138:58).

Pekerjaan keselamatan di dunia roh termasuk membebaskan roh-roh daripada apa yang tulisan suci menggambarkan sebagai “perhambaan.” Semua yang berada di dunia roh berada di bawah sesuatu jenis perhambaan. Wahyu hebat Presiden Joseph F. Smith, yang dirasmikan di bahagian 138 dari Ajaran dan Perjanjian, menyatakan bahawa orang mati yang soleh, yang berada di keadaan “kedamaian” (Ajaran dan Perjanjian 138:22) semasa mereka menunggu Kebangkitan (lihat Ajaran dan Perjanjian 138:16), “telah memandang ketiadaan roh mereka dari tubuh mereka sebagai perhambaan” (Ajaran dan Perjanjian 138:50).

Orang jahat juga mengalami satu lagi perhambaan. Oleh kerana dosa-dosa yang tidak ditaubat, mereka berada di apa yang Rasul Petrus memanggil “penjara” roh (1 Petrus 3:19; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 138:42). Roh-roh ini digambarkan sebagai “tertawan” atau sebagai “tawanan” (Ajaran dan Perjanjian 138:31, 42) atau sebagai “dicampakkan ke dalam kegelapan luar” dengan “tangisan, dan ratapan, dan kertakan gigi” semasa mereka menunggu kebangkitan dan penghakiman (Alma 40:13–14).

Kebangkitan untuk semua di dunia roh dipastikan oleh Kebangkitan Yesus Kristus (lihat 1 Korintus 15:22), tetapi ia berlaku pada masa-masa lain untuk kumpulan-kumpulan lain. Hingga masa itu, apa yang tulisan suci mengajar kita tentang aktiviti di dunia roh terutamanya termasuk pekerjaan keselamatan. Sedikit yang lain telah diungkapkan. Injil dikhutbahkan kepada yang jahil, yang tidak bertaubat, dan yang memberontak supaya mereka boleh dibebaskan dari perhambaan mereka dan terus maju ke berkat-berkat yang Bapa Syurgawi penyayang mempunyai untuk mereka.

Perhambaan dunia roh berkenaan jiwa-jiwa soleh yang hatinya ditukar ialah keperluan mereka untuk tunggu—dan mungkin dibiarkan untuk mendorong—pelaksanaan tatacara-tatacara perwakilan mereka di bumi supaya mereka dapat dibaptiskan dan menerima berkat-berkat Roh Kudus (lihat Ajaran dan Perjanjian 138:30–37, 57–58).2 Tatacara-tatacara perwakilan fana ini juga memperkuasai mereka untuk maju di bawah wewenang imamat untuk membesarkan jumlah besar orang soleh yang dapat mengkhutbahkan injil kepada roh-roh di penjara.

Selain daripada asas-asas ini, tulisan suci rasmi kita mengandungi sedikit sahaja mengenai dunia roh yang ikut kematian dan yang mendahului Penghakiman Akhir.3 Apakah lagi yang kita ketahui mengenai dunia roh? Banyak ahli Gereja telah mengalami penglihatan atau ilham yang lain untuk memberitahu mereka bagaimana perkara-perkara dijalankan atau diatur di dunia roh, tetapi pengalaman-pengalaman rohani peribadi ini tidak akan difahami atau diajar sebagai ajaran rasmi Gereja. Dan, sudah tentu, terdapat banyak spekulasi oleh ahli-ahli dan orang lain dalam sumber diterbitkan seperti buku-buku tentang pengalaman-pengalaman hampir mati.4

Mengenai semua sumber ini, amaran-amaran yang bijak dari Elder D. Todd Christofferson dan Elder Neil L. Andersen dalam pesanan persidangan umum lebih awal ialah penting untuk ingat. Elder Christofferson mengajar: “Ia patut diingati bahawa bukan setiap kenyataan yang dibuat oleh seorang pemimpin Gereja, yang lalu atau kini, semestinya merupakan ajaran. Ia biasanya difahami dalam Gereja bahawa kenyataan yang dibuat oleh seorang pemimpin pada satu masa kerap kali merupakan pendapat peribadi yang dipertimbangkan dan tidak diniatkan menjadi rasmi atau terikat untuk seluruh Gereja”5

Dalam persidangan seterusnya, Elder Andersen mengajar asas ini: “Ajaran diajar oleh semua 15 ahli Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Ia bukan tersembunyi dalam perenggan kabur dari satu ucapan.”6 Perisytiharan keluarga, yang ditandatangani oleh semua 15 nabi, pelihat, dan pewahyu, ialah contoh yang sungguh baik tentang asas itu.

Selain daripada sesuatu yang formal seperti perisytiharan keluarga, ajaran-ajaran kenabian Presiden-Presiden Gereja, yang disahkan oleh nabi dan rasul yang lain, juga merupakan contoh asas ini. Mengenai keadaan di dunia roh, Nabi Joseph Smith memberi dua ajaran di hujung pekerjaannya yang telah diajar kerap kali oleh para penggantinya. Salah satu ialah ajarannya dalam khutbah King Follett bahawa ahli-ahli keluarga yang soleh akan bersama di dunia roh.7 Satu lagi ialah kenyataannya di satu pengebumian semasa tahun terakhir kehidupan Joseph: “Roh-roh orang adil dimuliakan kepada pekerjaan yang lebih besar dan lebih mulia … [di] dunia roh. … Mereka tidak jauh dari kita, dan mengetahui dan memahami fikiran, perasaan, dan tindakan kita, dan mereka kerap kali mengalami kesakitan kerana itu.”8

Jadi, bagaimanakah dengan soalan seperti yang saya tanya sebelumnya tentang di mana roh-roh tinggal? Jika soalan itu nampaknya pelik atau remeh bagi anda, anggap sesetengah soalan anda sendiri, atau soalan-soalan yang anda digoda menjawab berdasarkan sesuatu yang anda dengar dari orang lain pada masa yang lalu. Untuk semua soalan mengenai dunia roh, saya mencadangkan dua jawapan. Pertama, ingat bahawa Tuhan mengasihi anak-anak-Nya dan pasti akan melakukan apa yang terbaik untuk setiap kita. Kedua, ingat ajaran Alkitab biasa ini, yang telah membantu saya banyak untuk banyak soalan yang belum dijawab:

“Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu; dan jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri.

“Ingatlah akan Tuhan dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.” (Amsal 3:5–6).

Sama juga, Nefi mengakhiri mazmurnya yang hebat dengan kata-kata ini: “Ya Tuhan, aku telah percaya kepada-Mu, dan aku akan percaya kepada-Mu selama-lamanya.” Aku tidak akan menaruh kepercayaanku pada lengan daging.” (2 Nefi 4:34).

Kita semua dapat tertanya-tanya secara peribadi tentang keadaan di dunia roh atau bahkan membincangkan soalan-soalan ini atau soalan lain dengan keluarga atau dalam situasi intim yang lain. Tetapi mari kita jangan mengajar atau menggunakan sebagai ajaran rasmi apa yang tidak mencapai standard-standard ajaran rasmi. Untuk berbuat demikian tidak memajukan pekerjaan Tuhan dan mungkin boleh menawarkan hati orang dari mencari pertolongan atau peningkatan sendiri melalui wahyu peribadi yang rancangan Tuhan memberi untuk setiap kita. Terlalu banyak pergantungan pada ajaran atau spekulasi peribadi boleh menarik kita dari menumpukan perhatian pada pembelajaran dan usaha yang akan melanjutkan kefahaman kita dan membantu kita maju di jalan perjanjian.

Kepercayaan kepada Tuhan ialah ajaran yang biasa dan benar dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Itulah ajaran Joseph Smith bila para Orang Suci awal mengalami penganiayaan yang teruk dan halangan yang nampaknya tidak dapat diatasi.9 Asas itu merupakan asas terbaik yang kita dapat menggunakan apabila usaha kita untuk belajar atau percubaan kita untuk mencari pertolongan bertembung dengan halangan dalam perkara yang belum diungkapkan atau yang bukan diguna pakai sebagai ajaran rasmi Gereja.

Asas yang sama itu digunakan dengan soalan-soalan yang belum dijawab mengenai pemeteraian dalam kehidupan yang akan datang atau pelarasan yang diinginkan disebabkan peristiwa atau dosa dalam kefanaan. Terdapat begitu banyak yang kita tidak tahu sehingga satu-satunya persandaran mutlak kita ialah untuk percaya kepada Tuhan dan kasih-Nya bagi anak-anak-Nya.

Kesimpulannya, apa yang kita tahu tentang dunia roh ialah bahawa pekerjaan Bapa dan Putera terus di sana. Juruselamat kita memulakan pekerjaan mengisytiharkan kebebasan kepada para tawanan (lihat 1 Petrus 3:18–19, 4:6; 4:6; Ajaran dan Perjanjian 138:6–11, 18–21, 28–37), dan pekerjaan itu terus semasa para utusan yang layak terus mengkhutbahkan injil, termasuk pertaubatan, kepada mereka yang masih perlu kesannya yang membersihkan (lihat Ajaran dan Perjanjian 138:57). Semua itu dijelaskan dalam ajaran rasmi Gereja, yang diberikan dalam wahyu moden.

“Orang mati yang bertaubat akan ditebus, melalui kepatuhan pada tatacara-tatacara rumah Tuhan,

“Dan selepas mereka membayar hukuman bagi pelanggaran mereka, dan dibersihkan, akan menerima ganjaran menurut pekerjaan mereka, kerana mereka ialah para pewaris keselamatan” (Ajaran dan Perjanjian 138:58–59).

Tugas setiap kita ialah untuk mengajar ajaran injil yang dipulihkan, mematuhi perintah-perintah, mengasihi dan membantu satu sama lain, dan melakukan pekerjaan keselamatan di dalam bait suci.

Saya bersaksi akan kebenaran apa yang telah saya ucapkan di sini dan tentang kebenaran yang sudah diajar dan yang akan diajar di persidangan ini. Ini semua diperbolehkan oleh Korban Tebusan Yesus Kristus. Seperti kita tahu dari wahyu moden, Dia “memuliakan Bapa, dan menyelamatkan segala pekerjaan tangan-Nya” (Ajaran dan Perjanjian 76:43; tekanan ditambah). Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “What’s on the Other Side? A Conversation with Brent L. Top on the Spirit World,” Religious Educator, vol. 14, no. 2 (2013), 48.

  2. Lihat Teachings of the Prophet Joseph Smith, sel. Joseph Fielding Smith (1976), 309–10; Joseph Smith, “Journal, December 1842–June 1844; Book 2,” p. 246, The Joseph Smith Papers, josephsmithpapers.org.

  3. Satu wahyu kepada Joseph Smith yang kerap kali dipetik tentang dunia roh menyatakan, “Pergaulan yang sama itu yang wujud di antara kita di sini akan wujud di antara kita di sana” (Ajaran dan Perjanjian 130:2). Ini mungkin menggambarkan satu kerajaan kemuliaan dan bukan dunia roh, kerana ia terus, “Hanya sahaja itu akan digandingkan dengan kemuliaan abadi, yang kemuliaan itu sekarang tidak kita nikmati” (ayat 2).

  4. Contohnya, George G. Ritchie, Return from Tomorrow (1978) dan Raymond Moody, Life after Life (1975).

  5. D. Todd Christofferson, “Ajaran Kristus,” Liahona, May 2012, 88; lihat juga Joseph F. Smith, Gospel Doctrine, 5th ed. (1939), 42. Lihat, sebagai contoh, penjelasan di Ajaran dan Perjanjian 74:5 tentang ajaran peribadi oleh Rasul Paulus.

  6. Neil L. Andersen, “Cabaran Iman Anda,” Liahona, Nov. 2012, 41.

  7. Lihat Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 175.

  8. History of the Church, 6:52; termasuk dalam Ajaran-ajaran Nabi Joseph Smith, 326; kerap kali dipetik, seperti di Henry B. Eyring, To Draw Closer to God (1997), 122; lihat juga Teachings of Presidents of the Church: Brigham Young (1997), bab 38, “The Spirit World.”

  9. Lihat Teachings: Joseph Smith, 231–33.