2010–2019
Kekudusan dan Rancangan Kegembiraan
Persidangan Umum Oktober 2019


Kekudusan dan Rancangan Kegembiraan

Kegembiraan lebih besar datang daripada kekudusan lebih besar.

Saudara dan saudari saya yang dikasihi, saya sudah berdoa supaya saya berkuasa untuk menolong anda dalam pencarian peribadi anda untuk kegembiraan. Beberapa orang mungkin sudah berasa cukup gembira, tetapi pasti tiada orang yang akan menolak tawaran untuk lebih kegembiraan. Semua orang akan sangat berminat untuk menerima tawaran kegembiraan berkekalan yang dijamin.

Itulah apa yang Bapa Syurgawi, Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus; dan Roh Kudus telah menawarkan kepada setiap anak roh Bapa Syurgawi yang hidup sekarang, akan hidup, atau pernah hidup di dunia ini. Tawaran itu kadang-kadang dipanggil rancangan kegembiraan. Nabi Alma memanggilnya sedemikian semasa mengajar anak lelaki dia yang tersekat dalam kegetiran dosa. Alma mengetahui bahawa kejahatan tidak pernah merupakan kegembiraan bagi anak dia—atau bagi semua anak Bapa Syurgawi.1

Dia mengajar anak dia bahawa meningkatkan kekudusan merupakan satu-satunya jalan kepada kegembiraan. Dia membuatnya nyata bahawa kekudusan lebih besar diperbolehkan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus yang membersihkan dan menyempurnakan kita.2 Hanya melalui iman kepada Yesus Kristus, pertaubatan berterusan, dan mematuhi perjanjian-perjanjian kita dapat menerima kegembiraan berkekalan yang kita semua ingin alami dan kekalkan.

Doa saya untuk hari ini adalah supaya saya boleh menolong anda memahami bahawa kegembiraan lebih besar itu datang daripada kekudusan peribadi yang lebih besar supaya anda akan bertindak atas kepercayaan itu. Kemudian saya akan berkongsi apa yang saya mengetahui bagi diri sendiri tentang apa yang kita boleh lakukan untuk mencapai kelayakan bagi kurnia menjadi lebih kudus.

Tulisan suci mengajar kita bahawa antara perkara lain, kita boleh dikuduskan atau menjadi lebih kudus apabila beriman kepada Kristus,3 menunjukkan kepatuhan kita,4 bertaubat,5 berkorban untuk Dia,6 menerima tatacara-tatacara kudus, dan mentaati perjanjian-perjanjian kita dengan Dia.7 Pencapaian kelayakan untuk kurnia kekudusan memerlukan kerendahan dan,8 kelembutan hati,9 dan kesabaran hati.10

Satu pengalaman tentang mengingini untuk lebih banyak kekudusan datang kepada saya di Bait Suci Salt Lake. Saya masuk bait suci buat pertama kali dengan diberitahu sedikit sahaja tentang apa yang patut saya harapkan. Saya telah melihat kata-kata di bangunan: “Kekudusan bagi Tuhan” dan “Rumah Tuhan.” Saya berasa satu suasana harapan yang besar. Tetapi saya tertanya-tanya jika saya bersedia untuk masuk.

Ibu dan bapa saya berjalan kaki di hadapan saya semasa kita masuk bait suci. Kita diminta untuk menunjukkan rekomen kita supaya mengesahkan kelayakan kita.

Ibu bapa saya mengetahui orang lelaki di meja rekomen. Jadi mereka berhenti seketika untuk bercakap dengan dia. Saya pergi bersendirian ke dalam ruang besar di mana semua di dalamnya putih berkilauan. Saya memandang ke atas di mana siling yang begitu tinggi di atas saya kelihatannya langit membuka. Pada ketika itu, tanggapan yang jelas datang kepada saya bahawa saya sudah berada di sana sebelum ini.

Tetapi kemudian, saya mendengar suara yang sangat lembut—bukan suara diri saya. Kata-kata yang lembut itu adalah: “Kamu tidak pernah berada di sini sebelum ini. Kamu sedang mengingati seketika sebelum kamu dilahirkan. Kamu berada di tempat kudus seperti ini. Kamu berasa Juruselamat tidak lama lagi akan datang ke dalam tempat di mana kamu berdiri. Dan kamu berasa kegembiraan kerana anda ingin melihat Dia.”

Pengalaman itu di Bait Suci Salt Lake hanya berlangsung seketika. Tetapi ingatannya masih membawa kedamaian, kebahagiaan, dan kegembiraan yang tenang.

Saya belajar banyak pelajaran pada hari itu. Satu pelajaran adalah Roh Kudus bercakap dengan suara yang tenang serta lembut. Saya boleh mendengar Dia apabila ada kedamaian rohani di hati saya. Dia membawa perasaan kegembiraan dan jaminan bahawa saya sedang semakin lebih kudus. Dan itulah sentiasa membawa kegembiraan yang saya rasa pada ketika-ketika pertama itu di bait suci Tuhan.

Anda telah memerhatikan mukjizat kegembiraan yang datang daripada kekudusan yang meningkatkan dalam hidup diri anda dan hidup orang lain, menjadi lebih seperti Juruselamat. Di minggu-minggu sebelum ini, saya berada di tepi katil orang yang mungkin akan menghadapi kematian dengan iman penuh kepada Juruselamat dan dengan wajah yang gembira.

Dia ialah orang lelaki yang dikelilingi oleh keluarganya. Dia dan isterinya berbual dengan senyap semasa anak lelaki saya dan saya masuk. Saya sudah lama berkenalan dengan mereka. Saya telah melihat Korban Tebusan Yesus Kristus berkesan dalam hidup mereka dan hidup ahli-ahli keluarga mereka.

Mereka memilih bersama untuk mengakhiri usaha-usaha perubatan untuk memanjangkan hidup dia. Ada perasaan tenang semasa dia bercakap kepada kami. Dia bersenyum semasa menyatakan kesyukuran atas injil dan kesannya untuk menyucikan dia dan keluarga yang dia kasihi. Dia bercakap tentang bertahun-tahun gembira dalam pelayanan di bait suci. Dengan permintaan orang ini, anak saya menyapu kepala dia dengan minyak yang dipersucikan. Saya memeteraikan penyapuan minyak. Semasa melakukannya, saya ada tanggapan jelas untuk memberitahu dia bahawa dia tidak lama lagi akan melihat Juruselamat, muka ke muka.

Saya berjanji kepada dia bahawa dia akan berasa kegembiraan, kasih sayang, dan kelulusan Juruselamat. Dia bersenyum dengan tenang apabila kita keluar. Kata-kata terakhir dia kepada saya adalah “Beritahu Kathy saya mengasihi dia.” Isteri saya, Kathleen, selama bertahun-tahun telah menggalakkan generasi-generasi keluarga lelaki itu untuk menerima jemputan Juruselamat untuk datang kepada Dia, membuat dan mentaati perjanjian-perjanjian kudus, dan mencapai kelayakan untuk kegembiraan yang datang sebagai hasil kekudusan lebih besar.

Dia meninggal dunia berjam-jam kemudian. Dalam minggu-minggu selepas kematiannya, janda dia membawa hadiah kepada isteri dan saya. Dia bersenyum semasa kami bercakap. Dia bercakap dengan gembira, “Saya menyangka saya akan berasa sedih dan sunyi. Saya sangat gembira. Kamu berfikir itu baik?”

Dengan mengetahui berapa banyak dia mengasihi suami dia dan cara mereka berdua mengenali, mengasihi, dan melayani Tuhan, saya memberitahu dia bahawa perasaan kegembiraan dia merupakan kurnia yang dijanjikan kerana dia telah dikuduskan lebih banyak melalui pelayanan beriman dia. Kekudusan dia telah melayakkan dia untuk kegembiraan itu.

Beberapa orang yang sedang mendengar hari ini mungkin tertanya-tanya: “Kenapa saya tidak berasa kedamaian dan kegembiraan yang dijanjikan kepada mereka yang beriman? Saya beriman semasa kesusahan yang teruk, tetapi saya tidak berasa gembira.”

Nabi Joseph Smith pun menghadapi ujian ini. Dia berdoa untuk pertolongan apabila dikurung di penjara di Liberty, Missouri. Dia telah beriman kepada Tuhan. Dia telah bertumbuh dalam kekudusan. Tetapi dia berasa bahawa kegembiraan telah ditolak.

Tuhan mengajar pelajaran kesabaran kepada dia yang kita semua akan perlu pada suatu masa, dan mungkin selama jangka masa yang lama, dalam ujian fana kita. Di sinilah pesanan Tuhan kepada nabi-Nya yang beriman dan menderita:

“Dan jika engkau akan dilemparkan ke dalam lubang, atau ke dalam tangan para pembunuh, dan hukuman mati dijatuhkan ke atas dirimu; jika engkau dilemparkan ke dalam laut dalam; jika ombak yang menggulung bersubahat melawan engkau; jika angin dahsyat menjadi musuhmu; jika langit mengumpulkan kegelapannya, dan semua unsur bergabung untuk menghalang jalan; dan lebih dari segalanya, jika rahang neraka akan menganga membuka mulut dengan luas terhadapmu, ketahuilah engkau, anak-Ku, bahawa semua hal ini akan memberi engkau pengalaman, dan akan menjadi kebaikanmu.

“Putera Manusia telah mengalami lebih teruk dari kesemuanya. Adakah engkau lebih hebat daripada Dia?

“Oleh kerana itu, bertahanlah pada jalanmu, dan imamat akan tetap bersamamu; kerana batas-batas mereka telah ditentukan, mereka tidak dapat melepasinya. Hari-harimu telah diketahui, dan riwayatmu tidak akan dipendekkan; oleh kerana itu, janganlah takut apa yang manusia dapat lakukan, kerana Tuhan akan bersamamu selama-lamanya.”11

Itu pelajaran penuh arahan yang sama Tuhan memberi Ayub, yang membayar harga berat untuk membenarkan Korban Tebusan membuat dia lebih kudus. Kita tahu Ayub orang kudus, daripada pengenalan tentang dia yang kita ada: “Di tanah Us, tinggal seorang lelaki yang bernama Ayub. Dia menyembah Tuhan dan setia kepada-Nya. Dia seorang yang baik budi, yang selalu berhati-hati agar tidak melakukan perbuatan jahat.”12

Kemudian Ayub kehilangan kekayaan, keluarga, dan kesihatan dia juga. Anda mungkin ingat Ayub meragui bahawa kekudusan lebih besar dia, dicapai melalui kesusahan yang lebih besar, telah melayakkan dia untuk kegembiraan lebih besar. Kelihatannya kepada Ayub bahawa kekudusan telah membawa kesengsaraan.

Tetapi Tuhan memberi kepada Ayub pelajaran pembetulan sama yang Dia beri kepada Joseph Smith. Dia membenarkan Ayub melihat suasana dia yang patah hati dengan mata rohani. Dia berfirman:

“Sekarang, bersedialah untuk menghadapi Aku, dan jawablah soalan-soalan-Ku.

“Adakah engkau hadir ketika Aku mencipta dunia? Jika engkau sangat pandai, jawablah.

“Siapakah yang menentukan keluasan dunia? Siapakah yang merentangkan tali ukur untuk mengukurnya? Tahukah engkau jawapannya?

“Apakah yang menyangga tiang-tiang bumi? Siapakah yang meletakkan batu penjuru dunia ini;

“Pada waktu bintang-bintang pagi bernyanyi bersama-sama, dan makhluk-makhluk syurga bersorak gembira?”13

Kemudian, selepas Ayub bertaubat daripada memanggil Tuhan tidak adil, Ayub dibenarkan untuk melihat ujian dia dalam cara yang lebih tinggi dan lebih kudus. Dia telah bertaubat.

“Kemudian Ayub menjawab Tuhan,

“Aku tahu, ya Tuhan, bahawa Engkau dapat melakukan segala sesuatu; Engkau dapat melakukan apa sahaja.

“Engkau bertanya sebabnya aku berani mempersoalkan hikmat-Mu, padahal aku tidak tahu apa-apa. Aku bercakap tentang perkara yang tidak aku mengerti, mengenai hal-hal yang terlalu ajaib bagiku ini.

“Engkau menyuruh aku mendengar ketika Engkau berfirman, dan memberikan jawapan apabila Engkau bertanya.

“Dahulu aku hanya mendengar tentang Engkau, tetapi kini aku sendiri melihat Engkau.

“Oleh itu, aku malu kerana segala perkataanku, dan dengan menyesal aku duduk dalam debu dan abu.”14

Selepas Ayub bertaubat dan demikian menjadi lebih kudus, Tuhan memberkati dia sehingga melebihi apa yang dia kehilangan. Tetapi mungkin berkat terbesar bagi Ayub ialah kekudusan ditingkatkan melalui kesusahan dan pertaubatan. Dia dilayakkan untuk mempunyai kegembiraan lebih besar dalam hari-hari yang dia masih ada.

Kekudusan lebih besar tidak akan hanya datang melalui meminta kekudusan. Ia akan datang melalui melakukan apa yang diperlukan bagi Tuhan untuk mengubah kita.

Presiden Russell M. Nelson telah memberikan apa yang kelihatannya kepada saya nasihat terbaik tentang bagaimana maju di jalan perjanjian ke kekudusan lebih besar. Dia menunjukkan jalan apabila dia menggesa:

“Mengalami kuasa pertaubatan seharian yang memperkuatkan—dengan melakukan dan menjadi sedikit lebih baik setiap hari.

“Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk berubah! Kita membenarkan Juruselamat untuk mengubah kita menjadi versi diri yang terbaik. Kita memilih untuk berkembang secara rohani dan menerima kebahagiaan—kebahagiaan penebusan dalam Dia. Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus!”

Presiden Nelson meneruskan dengan memberi kita galakan dalam usaha kita untuk menjadi lebih kudus: “Tuhan tidak mengharapkan agar kita sempurna pada ketika ini … Tetapi Dia mengharapkan agar kita menjadi semakin suci. Pertaubatan harian merupakan laluan ke kesucian.”15

Presiden Dallin H. Oaks, dalam ucapan persidangan sebelum ini, juga menolong saya melihat dengan lebih jelas cara kita bertumbuh dalam kekudusan dan cara kita boleh mengetahui bahawa kita menuju ke kesucian. Dia berkata: “Bagaimana kita mencapai kerohanian? Bagaimana kita mendapati kadar kekudusan itu di mana kita boleh memiliki temanan berterusan dengan Roh Kudus? Bagaimana kita melihat dan menilai hal-hal dunia ini dengan perspektif keabadian?”16

Jawapan Presiden Oaks bermula dengan iman lebih besar kepada Yesus Kristus sebagai Juruselamat yang mengasihi kita. Itu membimbing kita untuk mencari keampunan setiap hari dan mengingati Dia setiap hari dengan mentaati perintah-perintah-Nya. Iman itu yang lebih besar kepada Yesus Kristus datang semasa menjamui firman-Nya setiap hari.

Nyanyian rohani “Ya Tuhan, Tambahkan” mencadangkan suatu cara untuk minta pertolongan dalam doa supaya menjadi lebih kudus. Pengarang itu mencadangkan dengan bijak bahawa kekudusan yang kita cari ialah kurnia daripada Tuhan yang penyayang, diberikan dari masa ke masa, selepas semua yang kita dapat lakukan. Anda ingat ayat terakhir:

Ya Tuhan, Tambahkan

Iman yang kuat,

Tambah kerinduan,

Masuk ke syurga,

Tambah ’ku berguna,

Dalam kerja-Mu,

Tambah ’ku menjadi

S’perti Tuhan ku.17

Tanpa mengira keadaan peribadi kita, di mana kita berada pada jalan perjanjian ke rumah syurgawi, semoga doa kita untuk kekudusan lebih besar dijawab. Saya tahu bahawa apabila permintaan kita diberikan, kegembiraan kita akan ditingkatkan. Ia mungkin datang perlahan-lahan, tetapi ia akan datang. Saya ada jaminan itu daripada Bapa Syurgawi penyayang dan Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus.

Saya bersaksi bahawa Joseph Smith ialah seorang nabi Tuhan, bahawa Presiden Russell M. Nelson ialah nabi kita hari ini. Tuhan Bapa hidup dan mengasihi kita. Dia ingin agar kita kembali ke rumah kepada Dia dalam keluarga. Juruselamat penyayang kita menjemput kita untuk mengikuti Dia pada jalan kita ke sana. Mereka telah menyediakan jalan. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.