2010–2019
Pengikut Juruselamat yang Sejati
Persidangan Umum Oktober 2019


Pengikut Juruselamat yang Sejati

Kita boleh menikmati kegembiraan yang berkekalan apabila Juruselamat dan injil-Nya menjadi rangka kerja di mana kehidupan kita di bina.

Agak tersembunyi dalam Kitab Hagai Perjanjian Lama ialah gambaran sekumpulan orang yang memerlukan nasihat Elder Holland. Mereka bersalah kerana tidak memusatkan Kristus dalam kehidupan, kepercayaan, dan pelayanan mereka. Hagai menggambarkan beberapa gambaran yang mencetuskan fikiran minda apabila dia menegur kumpulan ini yang hanya ingin tinggal dalam rumah selesa mereka dan bukannya membina bait suci Tuhan:

“Hai umat-Ku, mengapa kamu tinggal di dalam rumah mewah, sedangkan Rumah-Ku masih reruntuhan?

“Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu!

“Kamu sudah menabur banyak benih, namun tuaian kamu sedikit. Kamu mempunyai makanan, tetapi tidak cukup untuk mengenyangkan kamu. Kamu mempunyai wain, tetapi tidak cukup untuk memuaskan hati. Kamu mempunyai pakaian, tetapi tidak cukup untuk memanaskan badan. Upah yang diterima kaum buruh tidak cukup untuk menyara hidup mereka.

“Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu!”1

Indah sekali, membaca gambaran tentang mengutamakan hal sia-sia yang tiada ganjaran abadi berbanding dengan hal-hal Tuhan.

Dalam satu pertemuan sakramen yang saya hadiri baru-baru ini, seorang penginjil yang baru pulang mengulangi kata-kata seorang bapa yang menyimpulkan idea ini dengan tepat apabila dia berkata kepada anak-anaknya, “Apa yang kita perlukan di sini adalah kurangkan Wi-Fi dan lebihkan Nefi!”

Setelah menduduki Afrika Barat selama lima tahun, saya telah memerhatikan banyak contoh di mana orang mengutamakan injil secara semula jadi dan dengan bangga. Salah satu contoh ialah nama kedai perniagaan membaiki tayar dan keseimbangan kereta di Ghana. Pemilik kedai telah menamakannya “Penjajaran Kehendak-Mu.”

Kita boleh menikmati kegembiraan2 yang berkekalan apabila Juruselamat dan Injil-Nya menjadi rangka kerja di mana kehidupan kita di bina. Namun, adalah amat mudah bagi rangka kerja menjadi, sebaliknya, perkara keduniaan, di mana injil menjadi pilihan tambahan atau hanya kehadiran di gereja selama dua jam setiap Ahad. Apabila ini terjadi, ia serupa dengan meletakkan gaji kita dalam “satu beg yang berlubang.”

Hagai menyuruh kita untuk beriltizam—untuk menjadi, seperti kami katakan di Australia, “fair dinkum” terhadap mengikut Injil. Orang ramai menjadi “fair dinkum” apabila mereka bertindak seperti apa yang mereka katakan.

Saya telah belajar serba sedikit untuk menjadi “fair dinkum” dan beriltizam dengan bermain sukan ragbi. Saya pelajari bahawa apabila saya bermain dengan kuat, apabila saya memberi segalanya, kenikmatan saya terhadap sukan itu adalah paling terhebat.

Imej
Elder Vinson bersama pasukan ragbinya

Tahun sukan ragbi kegemaran saya ialah selepas sekolah menengah. Saya seorang ahli dalam satu pasukan yang berbakat dan beriltizam. Kami pasukan juara pada tahun itu. Namun, pada satu hari kami berlawan dengan satu pasukan yang bertaraf rendah, dan selepas permainan itu kami semua punyai pasangan untuk menghadiri tarian tahunan kolej. Saya fikir bahawa kerana permainan ini mudah, saya harus melindungi diri daripada kecederaan supaya saya boleh menikmati tarian itu sepenuhnya. Dalam perlawanan itu, kami tidak bermain dengan kuat sepertimana kami biasa main, maka kami kalah. Lebih teruk lagi, saya akhiri perlawanan itu dengan bibir yang sangat bengkak, dan besar yang tidak membantu ketampanan saya bagi pasangan saya. Mungkin saya perlu belajar sesuatu.

Satu pengalaman yang sangat berbeza berlaku dalam perlawanan seterusnya di mana saya amat beriltizam. Di satu saat saya berlari dengan penuh niat terhadap seorang pemain; dengan serta merta saya merasai kesakitan pada muka saya. Bapa saya telah mengajar bahawa saya tidak patut sekali-kalinya menunjuk pasukan lawanan saya tercedera, maka saya teruskan permainan itu. Malam itu, ketika cuba untuk makan, saya tidak dapat menggigit. Keesokan pagi, saya pergi ke hospital, di mana satu X-ray mengesahkan bahawa tulang rahang saya telah retak. Mulut saya ditutup dengan wayar selama enam minggu seterusnya.

Satu pelajaran boleh dipelajari daripada perumpamaan bibir bengkak dan rahang retak ini. Meskipun ingatan saya untuk menikmati makanan pejal tidak dibenarkan sepanjang enam minggu, saya hanya boleh minum dan saya tidak menyesal dengan rahang retak saya kerana ia akibat usaha penuh bermain dalam perlawanan itu. Namun saya berasa menyesal tentang bibir bengkak saya kerana ia menunjukkan usaha yang tidak penuh.

Memberi usaha yang sepenuhnya tidak bermaksud kita akan mendapati berkat-berkat atau sentiasa capai kejayaan. Namun ia bermaksud kita akan mendapat kebahagiaan. Kebahagiaan bukanlah kesukacitaan yang seketika atau kegembiraan yang sementara. Kebahagiaan adalah abadi dan berasaskan usaha-usaha kita yang diterima oleh Tuhan.3

Satu contoh penerimaan sedemikian ialah kisah Oliver Granger. Sepertimana Presiden Boyd K. Packer telah menyatakan: “Apabila Orang Suci dihalau dari Kirtland, … Oliver telah ditinggalkan untuk menjual harta benda mereka sebanyak yang mungkin. Tiada banyak peluang di mana dia boleh berjaya. Dan, dia benar-benar tidak berjaya!”4 Dia telah ditugaskan oleh Presidensi Utama untuk melakukan tugas yang susah, ataupun mustahil. Namun Tuhan memuji usahanya yang tidak berjaya dengan kata-kata berikut:

“Dan lagi, Aku berfirman kepadamu, Aku mengingati hamba-Ku Oliver Granger; lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadanya bahawa namanya akan diingati dengan kudus dari generasi ke generasi, selama-lamanya, firman Tuhan.

“Oleh kerana itu, biarlah dia berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk penebusan Presidensi Utama, … dan apabila dia jatuh dia akan bangkit semula, kerana pengorbanannya akan lebih kudus bagi-Ku daripada kejayaannya, firman Tuhan.”5

Ia mungkin benar bagi kita semua—bukanlah kejayaan-kejayaan kita, tetapi pengorbanan dan usaha kita yang penting bagi Tuhan.

Satu lagi contoh pengikut Yesus Kristus yang sejati ialah rakan terkasih kami di Côte d’Ivoire, Afrika Barat. Saudari hebat dan beriman ini mengalami penderitaan emosi yang teruk, dan juga penderaan fizikal daripada suaminya untuk satu jangka masa, dan akhirnya mereka bercerai. Dia tidak pernah goyah dalam keimanan dan kebaikannya, tetapi kerana kekejaman suami terhadap dia, dia mempunyai luka mendalam buat masa yang lama. Dalam kata-katanya sendiri, dia memberitahu apa yang telah berlaku:

“Walaupun saya berkata saya telah memaafkannya, saya sentiasa tidur dengan luka; saya hidup dengan luka itu. Ia bagaikan kebakaran dalam hati saya. Banyak kali saya doa kepada Tuhan untuk mengambil luka ini dari diri saya, namun ia sangat menyakitkan sehinggakan saya amat percaya bahawa saya akan luka sepanjang hayat saya. Ia lebih melukai berbanding dengan kehilangan ibu saya pada umur yang muda; ia lebih melukakan daripada kehilangan ayah dan anak saya. Seperti luka ini membesar dan merangkumi hati saya, memberikan saya tanggapan bahawa saya akan mati bila-bila masa sahaja.

“Kadangkala saya menanya diri apakah Juruselamat akan lakukan jika Dia berada dalam situasi saya, dan saya lebih sanggup berkata, ‘Ini keterlaluan, Tuhan.’

“Kemudian pada satu pagi saya mencari kesakitan yang datang daripada semua ini dalam hati dan lebih lagi dalam jiwa saya. Ia tidak dijumpai di mana pun. Minda saya dengan cepatnya mengkaji semula segala sebabnya saya [perlu] merasai luka, tetapi saya tidak merasai kesakitan. Saya menunggu sepanjang hari untuk melihat jika saya akan merasai kesakitan dalam hati saya; saya tidak merasainya. Kemudian saya melutut dan memberi syukur kepada Tuhan kerana membolehkan korban tebusan-Nya berkesan bagi saya.”6

Saudari ini kini dengan gembiranya telah dimeterai kepada seorang lelaki beriman dan baik yang mencintainya dengan mendalam.

Jadi apakah tingkah laku kita jika kita pengikut Kristus yang sejati? Dan apakah nilai injil kepada kita apabila kita “pertimbangkan cara-cara [kita],” sepertimana dicadangkan Hagai?

Saya suka contoh tingkah laku baik yang ditunjukkan oleh ayah Raja Lamoni. Anda ingat kemarahan permulaan apabila mendapati anak lelakinya ditemani Amon, seorang bangsa Nefi—sekumpulan orang di mana bangsa Laman bencikan. Dia mengeluarkan pedangnya untuk berlawan dengan Amon dan kemudiannya mendapati pedang Amon berada di tekaknya. “Sekarang, raja itu, kerana takut kehilangan nyawanya, berkata: Jika engkau membiarkan aku hidup aku akan mengabulkan bagimu apa yang akan engkau minta, bahkan sampai setengah daripada kerajaan.”7

Perhatikan tawarannya—separuh kerajaan itu untuk kehidupannya.

Namun kemudian, setelah memahami injil, dia membuat tawaran yang lain. “Raja itu berkata: Apakah yang harus saya lakukan agar saya boleh memperoleh kehidupan abadi yang anda telah katakan? Ya, apa yang hendaknya aku lakukan agar aku boleh dilahirkan dari Tuhan, dengan roh jahat ini dibasmi dari dada aku, dan menerima Roh-Nya, agar aku boleh dipenuhi dengan kebahagiaan, agar aku tidak disingkirkan pada hari terakhir? Lihatlah, katanya, aku akan meninggalkan segala yang aku miliki, ya, aku akan meninggalkan kerajaan aku, agar aku boleh menerima sukacita yang besar ini.”8

Kali ini, dia bersedia untuk menyerah seluruh kerajaannya, kerana injil lebih berharga berbanding dengan segala yang dipunyai! Dia “fair dinkum” terhadap Injil.

Maka, soalan bagi setiap kita ialah: adakah kita “fair dinkum” tentang injil juga? Kerana hati yang berbelah bahagi bukanlah “fair dinkum”! Dan Tuhan tidak memberi pujian kepada orang yang suam-suam kuku.9

Tiada harta karun, atau hobi, atau status, atau sebarang sosial media, atau permainan video, sukan, atau sebarang kenalan dengan selebriti, atau apa pun di dunia yang lebih penting daripada kehidupan abadi. Maka nasihat Tuhan bagi semua orang ialah “pertimbangkan cara anda.”

Perasaan saya diungkapkan dengan tepat dalam kata-kata Nephi: “Aku bermegah dalam kejelasan; aku bermegah dalam kebenaran; aku bermegah dalam Yesusku, kerana Dia telah menebuskan jiwaku dari neraka.”10

Adakah kita pengikut sejati kepada Dia yang telah memberi segalanya bagi kita? Dia iaitu Penebus dan Pembela kita bersama Bapa? Dia yang sebagai diri-Nya, amat berjanji dalam pengorbanan penebusan dan kini dalam kasih-Nya, belas kasihan-Nya, dan keinginan-Nya agar kita punyai kegembiraan abadi? Saya memohon kepada semua yang mendengar dan membaca kata-kata ini: Tolong, jangan menunda komitmen penuh anda sehinggalah anda bersedia di masa depan yang tidak wujud. Peroleh “fair dinkum” sekarang dan nikmatilah kebahagiaannya! Dalam nama Yesus Kristus, amin.