Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 51


Bahagian 51

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Thompson, Ohio, 20 Mei 1831. Pada waktu ini para Orang Suci yang berhijrah dari negeri-negeri sebelah timur mulai tiba di Ohio, dan ia menjadi perlu untuk membuat penyusunan yang tetap untuk tempat tinggal mereka. Disebabkan tugas ini khususnya termasuk dalam jabatan uskup, Uskup Edward Partridge mencari bimbingan dalam hal itu, dan Nabi bertanya kepada Tuhan.

1–8, Edward Partridge ditetapkan untuk mengatur tugas pengawasan dan harta; 9–12, Para Orang Suci mesti berurusan secara jujur dan menerima sama rata; 13–15, Mereka mesti mempunyai sebuah gudang penyimpanan uskup dan mengatur harta-harta menurut hukum Tuhan; 16–20, Ohio akan menjadi tempat pengumpulan sementara.

1 Dengarkanlah Aku, firman Tuhan Rajamu, dan Aku akan berfirman kepada hamba-Ku Edward Partridge, dan memberikan kepadanya arahan; kerana mestilah perlu bahawa dia menerima arahan bagaimana untuk mengatur orang-orang ini.

2 Kerana mestilah perlu bahawa mereka diatur menurut hukum-hukum-Ku; jika tidak, mereka akan disingkirkan.

3 Kerana itu, biarlah hamba-Ku Edward Partridge, dan mereka yang telah dia pilih, kepadanya Aku sangat berkenan, menetapkan bagi orang-orang ini bahagian-bahagian mereka, setiap orang sama rata menurut keluarganya, menurut keadaannya dan keinginan dan keperluannya.

4 Dan biarlah hamba-Ku Edward Partridge, apabila dia akan menetapkan seseorang itu bahagiannya, berikan kepadanya sesuatu secara bertulis yang akan menjamin bahagiannya pada dirinya, agar dia akan memegangnya, bahkan hak ini dan warisan ini di dalam gereja, sehinggalah dia melanggar dan tidak dianggap layak oleh suara gereja, menurut hukum dan perjanjian-perjanjian gereja, untuk termasuk di dalam gereja.

5 Dan jika dia melanggar dan tidak dianggap layak untuk masuk dalam gereja, dia tidak akan memiliki kuasa untuk menuntut hak ke atas bahagian itu yang telah dia baktikan kepada uskup untuk yang miskin dan memerlukan dari gereja-Ku; oleh kerana itu, dia tidak akan menyimpan pemberian itu, tetapi hanya akan mempunyai hak ke atas bahagian itu yang diikat milik kepadanya.

6 Dan demikianlah segala sesuatu akan dijadikan pasti, menurut undang-undang negara.

7 Dan biarlah apa yang merupakan kepunyaan orang-orang ini ditetapkan kepada orang-orang ini.

8 Dan baki wang bagi orang-orang ini—biarlah ada seorang wakil yang dilantik bagi orang-orang ini, untuk mengambil wang itu untuk menyediakan makanan dan pakaian, menurut keinginan orang-orang ini.

9 Dan biarlah setiap orang berurusan secara jujur, dan menjadi sama rata di kalangan orang-orang ini, dan menerima yang sama rata, agar kamu boleh menjadi satu, bahkan seperti yang telah Aku perintahkan kepadamu.

10 Dan biarlah apa yang menjadi kepunyaan orang-orang ini tidak diambil dan diberikan kepada orang dari jemaah gereja yang lain.

11 Kerana itu, jika jemaah gereja lain ingin menerima wang dari jemaah gereja ini, biarlah mereka membayar kepada jemaah gereja ini lagi seperti yang akan mereka persetujui;

12 Dan ini akan dilakukan melalui uskup atau wakil, yang akan ditetapkan melalui suara jemaah gereja.

13 Dan lagi, biarlah uskup menetapkan sebuah gudang penyimpanan bagi jemaah gereja ini; dan biarlah segala sesuatu baik wang mahupun makanan, yang lebih daripada yang diperlukan untuk keinginan orang-orang ini, disimpan di dalam tangan uskup.

14 Dan biarlah dia juga menyimpan bagi dirinya untuk keinginannya sendiri, dan untuk keinginan keluarganya, kerana dia akan diupah dalam melakukan urusan ini.

15 Dan demikianlah Aku memberikan kepada orang-orang ini suatu hak istimewa untuk mengatur diri mereka menurut hukum-hukum-Ku.

16 Dan Aku membaktikan kepada mereka tanah ini untuk suatu masa yang singkat, sehingga Aku, Tuhan, akan menyediakan bagi mereka dengan cara lain, dan memerintahkan mereka untuk pergi dari sini;

17 Dan jam dan harinya tidak diberikan kepada mereka, kerana itu biarlah mereka tinggal di atas tanah ini seolah-olah untuk bertahun-tahun, dan ini akan bertukar menjadi demi kebaikan mereka.

18 Lihatlah, ini akan menjadi sebuah contoh bagi hamba-Ku Edward Partridge, di tempat-tempat lain, di dalam semua jemaah gereja.

19 Dan barang siapa didapati sebagai seorang pengawas yang setia, soleh, dan bijak akan masuk ke dalam kebahagiaan Tuhannya, dan akan mewarisi kehidupan abadi.

20 Sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, Aku ialah Yesus Kristus, yang datang dengan cepat, pada jam yang tidak kamu sangkakan. Demikianlah. Amin.