Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 134


Bahagian 134

Suatu pengisytiharan kepercayaan mengenai kerajaan dan undang-undang secara umum, diterima melalui pungutan sebulat suara dalam sebuah perhimpunan umum Gereja yang telah diadakan di Kirtland, Ohio, 17 Ogos 1835. Ramai Orang Suci mengumpulkan bersama untuk mempertimbangkan kandungan yang diusulkan dalam edisi pertama Ajaran dan Perjanjian. Pada waktu itu, pengisytiharan ini diberikan pengenalan berikut: “Agar kepercayaan kami mengenai kerajaan dan undang-undang duniawi secara umumnya tidak disalahtafsirkan dan juga disalahfahami, kami fikir adalah wajar untuk menyampaikan, pada penutup jilid ini, pendapat kami tentang hal yang sama itu.”

1–4, Kerajaan haruslah menjaga kebebasan suara hati nurani dan ibadat; 5–8, Semua orang harus menyokong kerajaan mereka dan wajib menunjukkan perasaan hormat dan takzim terhadap undang-undang; 9–10, Masyarakat keagamaan seharusnya tidak menjalankan kekuasaan sivil; 11–12, Manusia dibenarkan dalam mempertahankan diri mereka dan harta milik mereka.

1 Kami percaya bahawa kerajaan ditubuhkan oleh Tuhan demi manfaat manusia; dan bahawa Dia menganggap manusia bertanggungjawab di atas tindakan mereka yang berkaitan dengannya, baik dalam membuat undang-undang mahupun melaksanakannya, demi kebaikan dan keselamatan masyarakat.

2 Kami percaya bahawa tidak ada kerajaan yang dapat hidup dalam keamanan, kecuali undang-undang yang seperti itu dibentuk dan tidak dilanggar, yang akan menjamin bagi setiap individu masing-masing kebebasan dari menyuarakan suara hati nurani, hak dan pengendalian harta, dan perlindungan hidup.

3 Kami percaya bahawa semua kerajaan perlu menuntut para pegawai sivil dan majistret untuk menguatkuasakan undang-undang yang sama; dan bahawa mereka akan melaksanakan undang-undang itu dalam kesaksamaan dan keadilan seharusnya dicari dan disokong oleh suara rakyat jika sebuah republik, atau kehendak raja.

4 Kami percaya bahawa agama ditegakkan oleh Tuhan; dan bahawa manusia bertanggungjawab kepada-Nya, dan hanya kepada-Nya, untuk menjalankannya, kecuali pendapat keagamaan mereka mendorong mereka untuk melanggar hak dan kebebasan orang lain; tetapi kita tidak percaya bahawa undang-undang manusia berhak untuk campur tangan dalam menentukan peraturan-peraturan ibadat untuk mengikat hati nurani manusia, tidak juga menentukan cara kebaktian umum atau peribadi; bahawa majistret sivil seharusnya menghalang jenayah, tetapi tidak seharusnya mengawal suara hati; seharusnya menghukum kesalahan, tetapi tidak seharusnya menekan kebebasan jiwa.

5 Kami percaya bahawa semua orang terikat untuk menyokong dan menjunjung kerajaan masing-masing di mana mereka tinggal, sementara dilindungi dalam hak asasi dan hak mutlak mereka melalui undang-undang kerajaan yang seperti itu; dan bahawa penghasutan dan pemberontakan adalah tidak patut bagi setiap warga negara yang dilindungi sedemikian, dan seharusnya dihukum sewajarnya; dan bahawa semua kerajaan mempunyai hak untuk menggubal undang-undang yang seperti itu menurut pertimbangan mereka sendiri seperti itu untuk menjamin kepentingan umum; pada waktu yang sama, walau bagaimanapun, memegang kekudusan kebebasan suara hati nurani.

6 Kami percaya bahawa setiap orang seharusnya dihormati dalam kedudukannya, seperti para pemerintah dan majistret, yang ditempatkan untuk perlindungan orang yang tidak berdosa dan hukuman bagi yang bersalah; dan bahawa pada undang-undang semua orang wajib menunjukkan perasaan hormat dan takzim, kerana tanpanya keamanan dan keharmonian akan digantikan dengan kehuru-haraan dan ketakutan; undang-undang manusia ditegakkan untuk tujuan yang khusus untuk mengatur kepentingan kita sebagai individu dan negara, di antara satu sama lain; dan hukum-hukum ilahi diberikan oleh syurga, yang menentukan peraturan tentang urusan rohani, untuk iman dan ibadat, kedua-duanya untuk dipertanggungjawabkan oleh manusia kepada Penciptanya.

7 Kami percaya bahawa para pemerintah, negeri, dan kerajaan mempunyai hak, dan terikat untuk menggubal undang-undang untuk perlindungan semua warga negara dalam kebebasan menjalankan kepercayaan keagamaan mereka; tetapi kita tidak percaya bahawa mereka mempunyai hak dalam keadilan untuk merampas daripada warga negara hak-hak istimewa ini, atau mengharamkan mereka dalam pendapat mereka, selagi perasaan hormat dan sanjung ditunjukkan terhadap undang-undang dan pendapat keagamaan yang seperti itu tidak membenarkan penghasutan serta pengkomplotan.

8 Kami percaya bahawa perbuatan jenayah seharusnya dihukum menurut jenis kesalahannya; agar pembunuhan, pengkhianatan, rompakan, pencurian, dan gangguan ketenteraman umum, dalam segala hal, haruslah dihukum menurut jenayah mereka dan kecenderungan mereka terhadap kejahatan di kalangan manusia, menurut undang-undang kerajaan itu dimana kesalahan itu telah dilakukan; dan untuk keamanan umum dan ketenteraman semua orang harus melangkah ke depan dan menggunakan kemampuan mereka dalam membawa para pesalah menghadap undang-undang yang baik untuk penghukuman.

9 Kami tidak percaya ianya adil untuk mencampur adukkan pengaruh keagamaan dengan pentadbiran sivil, yang dengannya satu persatuan keagamaan dibela dan yang lain diharamkan dari hak-hak keistimewaan rohaninya, dan hak individu para anggotanya, sebagai warga negara, dinafikan.

10 Kami percaya bahawa semua persatuan keagamaan mempunyai hak untuk berurusan dengan para anggota mereka untuk tingkah laku yang tidak baik, menurut peraturan dan pentadbiran persatuan yang seperti itu; asalkan urusan yang seperti itu adalah untuk penemanan dan kedudukan yang baik; tetapi kami tidak percaya bahawa mana-mana persatuan keagamaan pun mempunyai wewenang untuk mengadili orang-orang terhadap hak pada harta atau kehidupan, untuk mengambil daripada mereka harta benda dunia ini, atau untuk menempatkan mereka dalam bahaya sama ada pada nyawa atau tubuh, atau untuk menjalankan apa pun hukuman jasmani ke atas diri mereka. Mereka hanya dapat menyingkirkan mereka dari persatuan mereka, dan menarik penemanan daripada diri mereka.

11 Kami percaya bahawa manusia seharusnya memohon pada undang-undang sivil untuk mengganti rugi segala ketidakadilan dan kesengsaraan, dimana penderaan peribadi telah dilakukan atau hak ke atas harta milik atau nama baik dicabuli, dimana undang-undang yang seperti itu wujud yang akan melindungi orang yang sama itu; tetapi kami percaya bahawa semua orang dibenarkan dalam mempertahankan diri mereka, teman-teman mereka, dan harta milik, dan kerajaan, dari serangan-serangan yang tidak sah dan pelanggaran hak semua orang sewaktu keadaan tegang, dimana permohonan pada undang-undang yang segera tidak dapat dibuat, dan bantuan disediakan.

12 Kami percaya ianya benar untuk mengkhutbahkan Injil kepada bangsa-bangsa di bumi, dan memperingatkan yang soleh untuk menyelamatkan diri mereka dari kerosakan dunia; tetapi kami tidak percaya ianya benar untuk masuk campur dengan para hamba yang terikat, tidak juga mengkhutbahkan Injil, tidak juga membaptis mereka bertentangan dengan kehendak dan keinginan para majikan mereka, dan juga untuk berurusan dengan atau sedikit pun mempengaruhi mereka untuk menyebabkan mereka tidak puas hati dengan keadaan mereka dalam kehidupan ini, dengan demikian membahayakan kehidupan manusia; campur tangan yang seperti itu kami percaya adalah tidak sah dan tidak adil, dan berbahaya terhadap keamanan setiap kerajaan yang membenarkan umat manusia ditahan dalam perhambaan.