Persidangan Umum
Satu Panggilan yang Teramat Mulia
Persidangan Umum April 2020


Satu Panggilan yang Teramat Mulia

Sebagai wanita yang beriman, kita boleh gunakan asas-asas kebenaran dari pengalaman Nabi Joseph untuk menerima wahyu peribadi.

Saya menumpukan ucapan saya hari ini pada peranan berterusan wanita dalam Pemulihan. Jelas terlihat sepanjang sejarah, wanita memiliki tempat tersendiri dalam rancangan Bapa Syurgawi. Presiden Russell M. Nelson ajarkan, “Kita tidak dapat mengukur pengaruh yang wanita miliki, bukan saja dalam keluarga malah dalam Gereja Tuhan, sebagai isteri, ibu, dan nenek; sebagai saudari dan makcik; sebagai pengajar dan pemimpin; dan terutamanya sebagai teladan dan pembela iman Gereja yang soleh.” 1

Dalam Lembaga Pertolongan di Nauvoo 178 tahun yang lalu, Nabi Joseph Smith menasihati para saudari untuk “memenuhi hak istimewa [mereka].” 2 Teladan mereka mengajar kita hari ini. Mereka bersatu mengikut suara nabi dan menjalani iman yang tidak tergoyah terhadap Yesus Kristus dan mereka menolong menubuhkan dasar yang kita berada sekarang. Para saudari, sekarang giliran kita. Kita punyai satu tugas ilahi dari Tuhan, iman dan sumbangan kita adalah penting.

Presiden Spencer W. Kimball menjelaskan: “Menjadi seorang wanita yang soleh pada zaman akhir ini, sebelum kedatangan kedua Juruselamat kita, merupakan satu panggilan yang teramat mulia. Kekuatan dan pengaruh wanita yang soleh pada hari ini boleh menjadi sepuluh kali ganda tenangnya.” 3

Presiden Nelson juga memohon: “Saya merayu kepada saudari-saudari Gereja … untuk maju ke depan. Tuntutlah hak dan kedudukan anda dalam rumah, komuniti, dan kerajaan Tuhan—lebih daripada anda pernah sebelum ini.” 4

Baru-baru ini, saya dan sekumpulan kanak-kanak Sekolah Primer berpeluang bertemu dengan Presiden Russell M. Nelson dalam satu replika rumah keluarga Smith di Palmyra, New York. Dengarkan ajaran nabi kita yand dikasihi kepada kanak-kanak ini tentang apa yang boleh mereka lakukan untuk maju ke depan.

Sister Jones: “Saya ingin tahu jika kamu ada soalan yang kamu mahu tanyakan Presiden Nelson. Anda duduk bersama nabi. Ada apa-apa yang kamu ingin tanyakan nabi? Ya, Pearl.”

Pearl: Adakah ia susah untuk menjadi seorang nabi? Adakah kamu sangat sibuk?”

Presiden Nelson: “Tentunya ini kerja yang susah. Segala hal yang berkait untuk menjadi lebih seperti Juruselamat adalah susah. Contohnya, apabila Tuhan hendak berikan Sepuluh Perintah kepada Musa, manakah Dia suruh Musa pergi? Ke atas satu gunung, atas Gunung Sinai. Jadi, Musa mesti menaiki gunung itu untuk mendapatkan Sepuluh Perintah. Bapa Syurgawi boleh saja kata, “Musa, kamu mula di situ, dan Aku mula di sini, dan Aku akan jumpa kamu di tengah jalan.’ Tidak, Tuhan sukakan usaha, dan usaha mendatangkan ganjaran yang tidak akan datang tanpa usaha. Contohnya, pernahkah kamu belajar piano?”

Kanak-kanak: “Ya.”

Pearl: “Saya belajar violin.”

Presiden Nelson: “Adakah kamu berlatih?”

Kanak-kanak: “Ya.”

Presiden Nelson: “Apa berlaku jika kamu tidak berlatih?”

Pearl: “Akan lupa.”

Presiden Nelson: Ya, kamu tidak berkembang, kan? Jawapan adalah ya, Pearl. Ia perlukan usaha, banyak kerja keras, pembelajaran yang banyak, dan tidak henti-henti. Ini baik. Kerana kita selalu berkembang. Bahkan dalam kehidupan akan datang, kita masih berkembang.”

Jawapan Presiden Nelson kepada kanak-kanak itu dilanjutkan kepada setiap kita. Tuhan sukakan usaha, dan usaha mendatangkan ganjaran. Kita terus berlatih. Kita selalu maju ke depan jika kita berusaha untuk mengikut Tuhan. 5 Tuhan tidak harapkan kesempurnaan hari ini. Kita terus menaiki Gunung Sinai kita sendiri. Seperti pada masa lalu, perjalanan kita memerlukan usaha, kerja keras, dan pembelajaran, tetapi komitmen kita untuk berkembang mendatangkan ganjaran abadi. 6

Apakah lagi yang dapat kita pelajari dari Nabi Joseph Smith dan Penglihatan Pertama tentang usaha, kerja keras, dan pembelajaran? Penglihatan Pertama memberi kita hala tuju dalam peranan kita yang unik dan berterusan ini. Sebagai wanita yang beriman, kita boleh gunakan asas-asas kebenaran dari pengalaman Nabi Joseph untuk menerima wahyu peribadi. Contohnya:

  • Kita bekerja dalam keadaan yang susah.

  • Kita berpaling kepada kitab suci untuk menerima kebijaksanaan untuk bertindak.

  • Kita tunjukkan iman dan kepercayaan kita kepada Tuhan.

  • Kita gunakan kuasa kita untuk merayu Tuhan untuk menolong kita melawan pengaruh musuh.

  • Kita mempersembahkan hasrat hati kita kepada Tuhan.

  • Kita tumpukan pada cahaya-Nya yang membimbing pilihan hidup kita dan cahaya-Nya yang bersama kita apabila kita berpaling kepada-Nya.

  • Kita sedar bahawa Dia mengetahui nama kita dan kita mempunyai peranan individu untuk dipenuhi. 7

Selain itu, Joseph Smith memulihkan pengetahuan tentang potensi ilahi dan nilai abadi kita. Kerana hubungan kita dan Bapa Syurgawi, saya percaya Tuhan harapkan kita untuk menerima wahyu dari-Nya.

Tuhan mengarah Emma Smith untuk “menerima Roh Kudus,” [membuat] pembelajaran yang banyak, “mengenepikan hal-hal dari dunia ini, … mencari hal-hal yang lebih baik,” dan “berpegang kuat kepada perjanjian-perjanjian[nya]” dengan Tuhan. 8 Pembelajaran penting dalam perkembangan, terutamanya apabila penemanan berterusan Roh Kudus mengajarkan kita hal-hal yang perlu diketepikan setiap hari—ini bererti hal-hal yang boleh mengalih tumpuan atau menangguhkan perkembangan kita.

Presiden Nelson berkata: “Saya merayu kepada anda untuk meningkatkan kemampuan rohani anda untuk menerima wahyu.” 9 Kata-kata nabi kita kekal bersama saya apabila saya merenung keupayaan wanita untuk maju ke depan. Dia merayu kepada kita, ini menunjukkan keutamaan. Dia mengajar kita bagaimana untuk hidup secara rohani dalam dunia dipenuhi dosa dengan menerima dan bertindak atas wahyu. 10 Apabila kita mematuhi dan menjalani perintah Tuhan, seperti Emma Smith, kita dijanjikan, “mahkota kebenaran.” 11 Nabi Joseph Smith ajarkan kepentingan untuk mengetahui jika jalan yang kita pilih dalam hidup ini diluluskan oleh Tuhan. Tanpa pengetahuan ini, kita “akan menjadi lemah dalam minda [kita] dan pengsan.” 12

Dalam persidangan ini, kita akan dengar kebenaran yang mengilhamkan kita untuk mengubah, memperbaiki, dan menyucikan hidup kita. Melalui wahyu peribadi, kita boleh mengelak dari “dibebani persidangan umum”— iaitu apabila kita putuskan untuk lakukan segalanya sekarang. Wanita mempunyai banyak peranan, tetapi adalah mustahil untuk melakukan semuanya pada masa yang sama. Roh menolong kita untuk memutuskan apa yang perlu kita tumpukan. 13

Pengaruh Tuhan melalui Roh Kudus menolong kita mengetahui keutamaan-Nya untuk perkembangan kita. Mematuhi wahyu peribadi membawa perkembangan peribadi. 14 Kita dengar dan bertindak. 15 Tuhan berfirman: “Mintalah kepada Bapa dalam nama-Ku, dalam iman percaya bahawa kamu akan menerima, dan kamu akan memperoleh Roh Kudus, yang menyatakan segala hal yang perlu kepada anak-anak manusia.” 16 Peranan kita adalah untuk menerima wahyu secara berterusan.

Semasa kita memperoleh kemahiran yang lebih besar untuk membuat demikian, kita boleh menerima kuasa lebih dalam peranan kita untuk melayani dan melaksanakan kerja penyelamatan dan permuliaan—untuk benar-benar “mengenepikan hal-hal dari dunia ini, dan mencari hal-hal yang lebih baik.” 17 Kemudian kita boleh mengilhami generasi akan datang berbuat demikian juga.

Saudara dan saudari, carilah kuasa Tuhan dalam hidup kita semua. 18 Terdapat kesatuan di antara wanita dan lelaki dalam melaksanakan kerja Tuhan hari ini. Kita mempunyai akses keimamatan melalui perjanjian, bermula dari pembaptisan dan akhirnya dalam bait suci. 19 Presiden Nelson ajarkan kita, “Setiap wanita dan setiap lelaki yang membuat perjanjian dengan Tuhan dan mentaati perjanjian itu, dan mengambil bahagian dengan layak dalam tatacara imamat, mempunyai akses secara langsung kepada kuasa Tuhan.” 20

Saya akui bahawa sebagai seorang wanita, pada masa muda, saya tidak sedar bahawa saya mempunyai akses kepada kuasa imamat melalui perjanjian saya. 21 Para saudari, saya berdoa supaya kita akan mengenali dan menghargai kuasa imamat apabila kita “menyatukan diri pada perjanjian-perjanjian [kita],” 22 memeluk kebenaran dalam kitab suci, dan mematuhi kata-kata nabi hidup.

Marilah kita mengisytiharkan ketaatan kita kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita, “dengan iman yang tak tergoncang kepada-Nya, bersandar sepenuhnya pada jasa Dia yang perkasa untuk menyelamatkan.” 23 Teruskanlah perjalanan ke arah potensi rohani terbesar kita dengan gembira dan menolong orang di sekeliling kita untuk melakukan yang sama melalui kasih, pelayanan, kepimpinan dan belas kasihan.

Elder James E. Talmage mengingatkan kita, “Juara wanita dan kewanitaan yang paling hebat di dunia ialah Yesus Kristus.” 24 Dalam analisis terakhir tentang peranan wanita dalam Pemulihan, dan untuk kita semua, peranan apakah yang paling penting? Saya bersaksi peranan itu adalah untuk mendengar Dia, 25 mengikut Dia, 26 mempercayai Dia, 27 dan menjadi penyampai kasih-Nya. 28 Saya tahu Dia hidup. 29 Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.