Persidangan Umum
Bagaimana Imamat Memberkati Remaja
Persidangan Umum April 2020


Bagaimana Imamat Memberkati Remaja

Kita diberikan kesempatan untuk melayani seperti malaikat, untuk mengkhutbahkan injil di semua benua bumi, dan untuk membantu jiwa-jiwa datang kepada Kristus.

Saudara dan saudari, saya amat bersyukur berucap kepada anda pada petang bersejarah ini tentang kurnia kudus imamat dan kuasanya yang luar biasa untuk memberkati para remaja dalam zaman keagamaan ini. Saya berdoa agar Roh akan membantu saya mengajar kebenaran, walaupun saya tidak sempurna.

Presidensi Utama telah mengingatkan para pemegang Imamat Harun bahawa “anda hidup pada zaman kesempatan dan cabaran besar—suatu zaman di mana imamat telah dipulihkan. Anda mempunyai wewenang untuk memberi tatacara-tatacara Imamat Harun. Semasa anda menggunakan wewenang itu dengan penuh doa dan layak, anda akan memberkati kehidupan orang di sekeliling anda.”1 Sebagai remaja putera Gereja, kita diingatkan bahawa kita ialah “[anak lelaki] Tuhan yang dikasihi, dan Dia mempunyai suatu pekerjaan untuk [kita] lakukan”2 dan kita membantu dalam pekerjaan-Nya “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia” (Musa 1:39).

Imamat adalah wewenang untuk memberi tatacara-tatacara dan perjanjian-perjanjian injil Juruselamat kepada orang yang layak menerimanya. Melalui tatacara dan perjanjian kudus ini datanglah berkat-berkat penuh Korban Tebusan Juruselamat, yang membantu kita mencapai takdir ilahi kita.

Joseph Smith ialah remaja yang dipanggil oleh Tuhan untuk memulihkan injil Yesus Kristus dan, untuk tujuan itu, diberikan imamat yang dia telah gunakan untuk memberkati semua manusia. Ajaran dan Perjanjian 135 menyebut banyak berkat yang Joseph telah berikan kepada para remaja di zaman keagamaan ini. Kita membaca: “Joseph Smith … telah melakukan lebih banyak, selain Yesus sahaja, demi keselamatan manusia di dunia ini, daripada sesiapa pun yang pernah hidup di dalamnya. … Dia telah membawakan Kitab Mormon … ; telah menyebarkan kegenapan Injil kekal … ke empat penjuru bumi; telah mendatangkan wahyu dan perintah-perintah dan membentuk kitab Ajaran dan Perjanjian … ; telah mengumpulkan beribu-ribu Orang Suci Zaman Akhir, … dan meninggalkan kemasyhuran dan nama yang tidak dapat dilenyapkan” (Ajaran dan Perjanjian 135:3).

Untuk melayani dengan berkesan seperti Joseph melayani, kita mesti melayakkan diri kita untuk menggunakan kuasa imamat Tuhan. Ketika menterjemahkan Kitab Mormon, Joseph dan Oliver Cowdery ingin dibaptiskan, tetapi mereka tidak mempunyai wewenang betul. Pada 15 hari bulan Mei 1829, mereka berlutut dalam doa dan dikunjungi oleh Yohanes Pembaptis, yang memberi mereka kunci-kunci dan wewenang Imamat Harun, mengatakan, “Ke atas dirimu para hamba sesamaku, di dalam nama Mesias aku menganugerahkan Imamat Harun, yang memegang kunci-kunci pelayanan para malaikat, dan Injil pertaubatan, dan pembaptisan melalui pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa” (Ajaran dan Perjanjian 13:1).

Kita diberikan kesempatan untuk melayani seperti malaikat, untuk mengkhutbahkan injil di semua benua bumi, dan untuk membantu jiwa-jiwa datang kepada Kristus. Pelayanan ini meletakkan kita dalam pekerjaan sesama dengan Yohanes Pembaptis, Moroni, Joseph Smith, Presiden Russell M. Nelson, dan para pelayan tekun Tuhan yang lain.

Pelayanan kita dalam dan dengan imamat-Nya membawa orang bersama yang berdedikasi untuk ikut dan mematuhi ajaran-ajaran Tuhan dengan tepat, yang saya secara peribadi tahu ia boleh menjadi susah semasa kita menghadapi cabaran-cabaran keremajaan. Tetapi bersatu dengan pelayan-pelayan Tuhan ini dalam mencapai pekerjaan-Nya akan membantu memperkuatkan kita terhadap godaan dan penipuan musuh. Anda boleh menjadi isyarat cahaya kepada semua yang tidak pasti tentang diri mereka. Cahaya di dalam anda akan bersinar begitu terang sehingga semua orang yang anda jumpa akan diberkati oleh kehadiran anda. Kadangkala, ia mungkin susah untuk mengakui kehadiran rakan-rakan rohani kita, tetapi saya bersyukur untuk mengetahui bahawa saya ialah ahli kuorum imamat yang beriman, yang saya dapat bekerjasama untuk berkembang lebih dekat dengan Kristus.

Sama dengan kawan-kawan dan keluarga kita, Roh Kudus adalah salah satu rakan kita yang paling setia dan boleh dipercayai. Tetapi untuk menjemput penemanan-Nya yang tetap, kita mesti meletakkan diri kita di situasi dan tempat di mana Dia akan berada. Ini boleh bermula di rumah kita semasa kita kerja untuk menjadikannya tempat yang kudus dengan pembelajaran tulisan suci dan doa harian sebagai keluarga dan, yang lebih penting, ketika kita mempelajari tulisan suci dan berdoa sendiri.

Imej
Enzo dan adik perempuannya
Imej
Enzo dan keluarganya

Awal tahun ini, saya diberikan peluang yang menguja tetapi merendahkan hati untuk membantu adik perempuan saya, Oceane, maju di jalan perjanjian dengan menerima jemputan untuk dibaptiskan dan memenuhi salah satu syarat untuk masuk kerajaan selestial. Dia menangguhkan pembaptisannya satu bulan, hingga saya ditahbiskan kepada imam, untuk memberi saya peluang untuk melaksanakan tatacara ini, semasa adik-adik perempuan kami yang lain juga diberikan peluang untuk kerja di bawah tugasan imamat dan berdiri sebagai saksi. Ketika kami berdiri di tepi bertentangan kolam pembaptisan, dan bersedia masuk air, saya nampak keterujaan dia, dan saya pun rasa begitu. Saya rasa bersatu dengan dia, melihat bahawa dia membuat keputusan betul. Kesempatan ini untuk menggunakan imamat memerlukan saya untuk lebih berhati-hati dan kurang bersahaja dalam kepatuhan injil saya. Untuk bersedia, saya pergi ke bait suci setiap hari minggu itu, disokong oleh ibu, nenek, dan kakak saya, untuk melaksanakan pembaptisan untuk orang mati.

Pengalaman ini mengajar saya banyak tentang imamat dan bagaimana saya dapat menggunakannya dengan layak. Saya tahu bahawa semua pemegang imamat boleh rasa hal-hal yang saya telah rasakan jika kita ikut contoh Nefi untuk “pergi dan melaksanakan” (lihat 1 Nefi 3:7). Kita tidak boleh duduk sahaja dan menjangka bahawa Tuhan akan menggunakan kita dalam pekerjaan-Nya yang besar. Kita harus tidak menunggu orang yang perlu bantuan kita untuk mencari kita; tugas kita sebagai pemegang imamat ialah untuk mencontohi dan berdiri sebagai saksi-saksi Tuhan. Jika kita membuat pilihan-pilihan yang menghalang kita dari kemajuan abadi kita, kita mesti berubah sekarang. Setan akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kita dalam keadaan badaniah mencari keseronokan mudah. Tetapi saya tahu bahawa jika kita berusaha, mencari orang yang akan menyokong kita, dan bertaubat setiap hari, berkat-berkat hasilan akan menjadi luar biasa dan kehidupan kita akan diubah untuk selamanya semasa kita maju pada jalan perjanjian.

Saya tahu bahawa ini ialah Gereja Yesus Kristus, yang merupakan Juruselamat kita dan yang telah menugaskan kunci-kunci imamat kepada para Rasul-Nya, yang menggunakannya untuk membimbing kita, terutamanya dalam hari-hari yang mencabar ini, dan untuk menyediakan dunia untuk perkembalian-Nya.

Saya tahu bahawa Joseph Smith ialah nabi Pemulihan dan bahawa Presiden Nelson ialah nabi hidup kita hari ini. Saya menjemput kita semua untuk mempelajari kehidupan para pemegang imamat hebat ini dan berusaha memperbaiki diri kita setiap hari supaya kita boleh bersedia untuk jumpa Pencipta kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. The First Presidency, dalam Fulfilling My Duty to God (booklet, 2010), 5.

  2. Tema kuorum Imamat Harun, di General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, 10.1.2, ChurchofJesusChrist.org.