Persidangan Umum
Bagaimana Imamat Memberkati Remaja
Persidangan Umum April 2020


Bagaimana Imamat Memberkati Remaja

Melalui imamat, kita boleh diangkat. Imamat membawakan cahaya ke dalam dunia kita.

Saya bersyukur untuk berada di sini. Apabila saya mendapati saya akan ada peluang untuk berucap kepada anda hari ini, saya rasa sangat teruja, tetapi juga sangat rendah hati. Saya telah luangkan banyak masa untuk merenungkan apa yang saya boleh kongsikan, dan saya harap Roh berucap kepada anda secara langsung melalui mesej saya.

Dalam Kitab Mormon, Lehi berikan berkat kepada setiap orang anaknya untuk bantu mereka nampak kekuatan dan potensi abadi mereka, sebelum dia meninggal dunia. Saya anak bongsu dari lapan orang anak, dan tahun lalu ini buat kali pertama, hanya saya masih tinggal di rumah. Ia amat susah bagi saya tanpa adik-beradik saya berdekatan dan tanpa seseorang untuk berbual dengan saya. Terdapat malam yang saya rasa sangat sunyi. Saya bersyukur untuk ibu bapa saya, yang cuba membantu saya dengan sedaya upaya. Satu contoh adalah apabila bapa saya berikan saya satu berkat imamat untuk menyenangkan saya pada satu masa yang mencabarkan. Selepas berkatnya, tiada perubahan datang dengan segera, tetapi saya rasa kedamaian dan kasih daripada Bapa Syurgawi saya dan bapa saya. Saya rasa diberkati untuk ada seorang bapa yang layak memberikan berkat imamat apabila saya perlukan ia dan ia bantu saya nampak kekuatan dan potensi abadi saya, seperti Lehi memberkati anak-anaknya.

Walau apa pun keadaan anda, anda boleh memperoleh berkat imamat. Melalui ahli-ahli keluarga, rakan-rakan, saudara pelayanan, pemimpin imamat, dan seorang Bapa Syurgawi yang tidak akan gagalkan anda, anda boleh menerima berkat imamat. Elder Neil L. Andersen berkata: “Berkat imamat adalah lebih besar daripada seorang yang diminta untuk memberikan kurnia itu. … Apabila kita layak, tatacara imamat memperkayakan hidup kita.”1

Jangan beragu-ragu untuk minta satu berkat apabila anda perlukan bimbingan tambahan. Kita paling perlukan Roh untuk bantu kita apabila kita menghadapi masa kesukaran. Tiada seorang pun adalah sempurna dan kita semua mengalami kesusahan. Mungkin ada orang yang menderita kerisauan, kemurungan, ketagihan, atau perasaan tidak cukup. Berkat imamat boleh bantu kita mengatasi cabaran-cabaran ini dan menerima kedamaian semasa kita gerak maju ke masa depan. Saya harap kita berusaha untuk hidup dengan layak untuk menerima berkat-berkat ini.

Satu cara imamat memberkati kita adalah melalui berkat bapa bangsa. Saya sudah pelajari untuk berpaling kepada berkat bapa bangsa saya apabila saya rasa sedih atau sunyi. Berkat saya bantu saya untuk lihat potensi saya dan rancangan tertentu yang Tuhan ada bagi saya. Ia menyenangkan saya dan membantu saya untuk melihat lebih daripada perspektif duniawi saya. Ia memperingatkan saya tentang kurnia dan berkat yang saya akan terima jika saya hidup dengan layak. Ia juga membantu saya untuk mengingati dan merasa kedamaian bahawa Tuhan akan berikan jawapan dan buka pintu untuk saya pada masa yang betul apabila saya perlukan ia.

Berkat bapa bangsa membantu untuk menyediakan kita untuk pulang hidup bersama Bapa Syurgawi kita. Saya tahu berkat bapa bangsa datang daripada Tuhan dan boleh membantu kita menukarkan kelemahan kepada kekuatan. Ini bukan mesej dari seorang tukang tilik; berkat-berkat ini memberitahu kita apa yang kita perlu dengar. Mereka adalah seperti Liahona bagi setiap kita. Apabila kita letakkan Tuhan pada tempat pertama dan beriman kepada Dia, Dia akan membimbing kita melalui padang belantara kita.

Seperti Tuhan memberkati Joseph Smith dengan imamat supaya berkat-berkat injil boleh dipulihkan, kita boleh menerima berkat-berkat injil dalam hidup kita melalui imamat. Setiap minggu kita diberi peluang untuk mengambil sakramen. Melalui tatacara imamat ini, kita boleh memperoleh Roh yang boleh membersihkan dan menyucikan kita untuk selalu bersama kita. Jika anda rasa keperluan untuk menyingkirkan sesuatu daripada hidup anda, hubungilah seorang pemimpin yang anda percayai yang boleh membantu anda berjalan pada jalan yang betul. Pemimpin anda boleh membantu anda untuk mencapai kuasa penuh Korban Tebusan Yesus Kristus.

Kerana imamat, kita semua juga boleh menerima berkat tatacara bait suci. Semenjak saya boleh pergi ke bait suci, saya membuatkan ia satu matlamat dan keutamaan untuk menghadiri dengan kerap. Dengan mengambil masa dan membuat pengorbanan yang perlu untuk lebih mendekati Bapa Syurgawi saya dalam rumah kudus-Nya, saya sudah diberkati dengan menerima wahyu dan dorongan yang membantu saya dalam hidup saya.

Melalui imamat, kita boleh diangkat. Imamat membawakan cahaya ke dalam dunia kita. Elder Robert D. Hales kata: “Tanpa kuasa imamat, ‘seluruh bumi akan dibinasakan sepenuhnya’ (lihat A&P 2:1–3). Tidak akan ada cahaya, tidak ada harapan—hanya kegelapan.”2

Tuhan bersorak untuk kita. Dia ingin kita kembali kepada Dia. Dia kenal kita secara peribadi. Dia kenal anda. Dia kasihi kita. Dia selalu sedar tentang kita dan memberkati kita walaupun kita tidak rasa kita sepatutnya menerimanya. Dia tahu apa yang kita perlukan dan bila kita perlukannya.

“Mintalah sesuatu daripada Tuhan, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Tuhan, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Tuhan akan membukanya bagi kamu:

“Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Tuhan akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Tuhan akan mendapatnya; dan Tuhan akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya” (Matius 7:7–8).

Jika anda belum ada satu kesaksian tentang imamat, saya galakkan anda untuk berdoa dan minta untuk mengetahui untuk diri sendiri tentang kuasanya kemudian membaca kitab suci untuk mendengar firman Tuhan. Saya tahu bahawa jika kita berusaha untuk mengalami kuasa imamat Tuhan dalam hidup kita, kita akan diberkati. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Neil L. Andersen, “Kuasa dalam Imamat,” Liahona, Nov. 2013, 92.

  2. Robert D. Hales, “Blessings of the Priesthood,” Ensign, Nov. 1995, 32.