Persidangan Umum
Bersatu dalam Mencapai Pekerjaan Tuhan
Persidangan Umum April 2020


Bersatu dalam Mencapai Pekerjaan Tuhan

Cara yang paling berkesan untuk memenuhi potensi ilahi kita adalah dengan bekerjasama, diberkati dengan kuasa dan wewenang imamat.

Para saudara dan saudari yang mengagumkan, ia amat menggembirakan untuk bersama anda. Di mana pun anda sedang mendengar, saya menghulurkan pelukan kepada para saudari dan jabat tangan tulus kepada para saudara saya. Kita bersatu dalam pekerjaan Tuhan.

Apabila kita memikirkan tentang Adam dan Hawa, fikiran pertama kita ialah kehidupan indah mereka di Taman Eden. Saya bayangkan cuaca di sana sentiasa sempurna—tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk—dan banyak, buah-buahan dan sayuran sedap yang tumbuh senang untuk dicapai supaya mereka boleh makan bila-bila masa sahaja. Oleh kerana ini merupakan suatu dunia baru bagi mereka, terdapat banyak untuk ditemui, jadi setiap hari amat menarik di mana mereka berinteraksi dengan binatang dan memeriksa persekitaran indah mereka. Mereka juga diberi perintah untuk dipatuhi dan mempunyai cara yang berbeza untuk mematuhi arahan-arahan tersebut, yang mana pada permulaan telah menyebabkan kebimbangan dan kekeliruan. 1 Tetapi apabila mereka membuat keputusan-keputusan yang mengubah kehidupan mereka buat selamanya, mereka belajar untuk bekerjasama dan bersatu dalam mencapai matlamat Tuhan bagi mereka—dan untuk semua anak Dia.

Sekarang bayangkan pasangan yang sama ini dalam kefanaan. Mereka perlu bekerja untuk memperoleh makanan, terdapat haiwan-haiwan yang menganggapkan mereka sebagai makanan, dan terdapat cabaran-cabaran susah yang hanya boleh diatasi dengan berunding dan berdoa bersama. Saya bayangkan terdapatnya beberapa keadaan di mana mereka mempunyai pendapat yang berlainan tentang bagaimana untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Namun, oleh kerana Kejatuhan, mereka telah pelajari betapa pentingnya untuk bertindak secara bersatu dan kasih. Dalam ajaran yang mereka terima daripada sumber-sumber ilahi, mereka diajarkan rancangan keselamatan dan asas-asas injil Yesus Kristus yang membolehkan rancangan itu berfungsi. Kerana mereka faham bahawa tujuan di bumi dan matlamat abadi mereka adalah sama, mereka memperoleh kepuasan dan kejayaan dengan bekerja secara berkasih dan kesolehan bersama.

Imej
Adam dan Hawa mengajar anak-anak mereka

Apabila anak-anak dilahirkan, Adam dan Hawa mengajar keluarga mereka apa yang mereka telah pelajari daripada pengutus-pengutus syurgawi. Mereka bertumpu dalam membantu anak-anak mereka faham dan memeluk asas-asas yang akan menjadikan mereka gembira dalam kehidupan ini, dan juga bersedia untuk kembali kepada ibu bapa syurgawi setelah meningkatkan kebolehan-kebolehan mereka dan membuktikan kepatuhan mereka kepada Tuhan. Dalam proses itu, Adam dan Hawa belajar untuk menghargai kekuatan-kekuatan mereka yang berbeza dan menyokong satu sama lain dalam usaha abadi mereka yang penting. 2

Setelah berabad dan kemudiannya beribu-ribu tahun berlalu, kejelasan sumbangan terilham yang saling melengkapi bagi lelaki dan wanita menjadi keruh dengan salah faham dan maklumat yang salah. dalam jangka masa di antara permulaan yang menakjubkan di Taman Eden dan kini, musuh telah pun amat berjaya mencapai matlamatnya untuk membahagikan lelaki dan wanita dalam percubaannya untuk menguasai jiwa-jiwa kita. Lusifer tahu bahawa jika dia boleh memusnahkan perasaan bersatu lelaki dan wanita, jika dia boleh mengelirukan kita tentang nilai ilahi dan tanggungjawab perjanjian kita, dia akan berjaya dalam pemusnahan keluarga, yang merupakan unit abadi yang utama.

Setan membangkitkan perbandingan sebagai satu cara untuk menciptakan perasaan darjat tinggi atau rendah, menyembunyikan kebenaran abadi bahawa perbezaan lelaki dan wanita ditetapkan oleh Tuhan dan nilainya setara. Dia telah cuba untuk merendahkan sumbangan wanita dalam keluarga dan masyarakat awam, dengan itu mengurangkan pengaruh mereka yang mengangkatkan untuk kebaikan. Matlamat dia adalah untuk memupuk suatu pergelutan kuasa dan bukannya meraikan sumbangan-sumbangan unik lelaki dan wanita yang saling melengkapi satu sama lain dan menyumbangkan kesatuan.

Jadi, bertahun-tahun kemudian dan di seluruh dunia, pemahaman penuh akan kebergantungan ilahi dan sumbangan serta tanggungjawab berbeza untuk lelaki dan wanita hilang. Wanita di dalam banyak masyarakat menjadi kurang penting kepada lelaki dan bukannya pasangan setara, aktiviti-aktiviti mereka terhad kepada satu lingkungan yang sempit. Kemajuan rohani menjadi perlahan pada zaman yang gelap itu; sesungguhnya, sangat sedikit cahaya rohani yang boleh menembusi minda dan hati yang terlampau dalam tradisi penguasaan.

Kemudian cahaya injil yang dipulihkan bersinar “melebihi keterangan matahari” 3 apabila Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus, muncul kepada pemuda Joseph Smith di awal musim bunga tahun 1820 dalam hutan kudus di utara New York. Peristiwa itu memulakan satu curahan wahyu moden dari syurga. Salah satu unsur pertama Gereja Kristus yang asli untuk dipulihkan ialah wewenang imamat Tuhan. Ketika Pemulihan seterusnya berkembang, lelaki dan wanita mula sedar semula akan kepentingan dan potensi untuk bekerja secara berpasangan, diwewenangkan dan dibimbing dalam usaha kudus ini oleh Dia.

Imej
Penubuhan Lembaga Pertolongan

Pada tahun 1842, apabila kaum wanita dalam Gereja yang belum matang itu ingin membentuk satu kumpulan rasmi untuk membantu dalam usaha Tuhan, Presiden Joseph Smith diilhami untuk mengaturkan mereka “di bawah arahan imamat mengikut pola imamat.” 4 Dia berkata, “Saya sekarang memberikan anda kunci itu dalam nama Tuhan …—ini merupakan permulaan hari-hari yang lebih baik.” 5 Dan sejak kunci itu telah diberikan, peluang pendidikan, politik, dan ekonomi bagi para wanita bermula dan lambat laun diperluaskan ke seluruh dunia. 6

Organisasi baru Gereja untuk wanita, dinamakan Lembaga Pertolongan, berbeza daripada kumpulan wanita lain masa itu kerana ia telah ditubuhkan oleh seorang nabi yang bertindak dengan wewenang imamat untuk memberikan kaum wanita wewenang, tanggungjawab kudus, dan jawatan rasmi dalam struktur Gereja, dan bukannya terpisah daripadanya. 7

Sejak zaman nabi Joseph Smith ke zaman kita, pemulihan yang berterusan dalam segala hal telah memberi kesedaran akan kepentingan wewenang dan kuasa imamat dalam membantu lelaki dan wanita mencapai tanggungjawab yang ditugaskan secara ilahi. Baru-baru ini kita telah diajarkan bahawa wanita-wanita yang telah ditetapkan di bawah arahan seseorang yang memegang kunci imamat berfungsi dengan wewenang imamat dalam panggilan-panggilan mereka. 8

Pada Oktober 2019, Presiden Russell M. Nelson mengajarkan bahawa wanita-wanita yang telah dianugerahi di bait suci mempunyai kuasa imamat dalam kehidupan mereka dan dalam rumah apabila mereka mentaati perjanjian-perjanjian kudus yang mereka telah buat bersama Tuhan. 9 Dia menjelaskan bahawa “syurga sama dibuka untuk wanita yang telah dianugerahi dengan kuasa Tuhan yang datang dari perjanjian imamat mereka sama seperti bagi para lelaki yang memegang imamat.” Dan dia menggalakkan setiap saudari untuk “menggunakan dengan kerap kuasa Juruselamat untuk membantu keluarga anda dan orang lain yang anda kasihi.” 10

Jadi apakah maksudnya itu bagi anda dan saya? Bagaimanakah pemahaman wewenang dan kuasa imamat mengubah kehidupan kita? Salah satu kuncinya adalah untuk fahami bahawa apabila wanita dan lelaki bekerjasama, kita boleh mencapai lebih daripada apabila bekerja secara berasingan. 11 Peranan kita saling melengkapi dan bukannya bersaingan. Walaupun wanita-wanita tidak ditahbiskan ke jawatan imamat, seperti yang dinyatakan sebelum ini wanita diberkati dengan kuasa imamat apabila mereka mentaati perjanjian mereka, dan mereka bekerja dengan wewenang imamat apabila mereka ditetapkan dalam satu panggilan.

Pada satu hari Ogos yang indah, saya berpeluang istimewa untuk duduk bersama Presiden Russell M. Nelson dalam rumah Joseph and Emma Smith yang telah dibinakan semula di Harmony, Pennsylvania, berdekatan dengan tempat di mana Imamat Harun telah dipulihkan di zaman akhir ini. Dalam perbualan kami, Presiden Nelson bercakap tentang kepentingan peranan wanita dalam Pemulihan.

Presiden Nelson: “Salah satu aspek penting yang saya telah diingati apabila saya datang ke tempat pemulihan imamat ialah peranan penting kaum wanita dalam Pemulihan.

“Apabila Joseph mula menterjemah Kitab Mormon, siapakah yang menuliskannya? Ya, dia menulis sedikit, tetapi tidak banyak. Emma yang datang membantu.

“Dan apabila saya memikirkan bagaimana Joseph memasuki hutan untuk berdoa berdekatan rumah mereka di Palmyra, New York. Ke manakah dia pergi? Dia telah pergi ke Sacred Grove. Mengapakah dia pergi ke sana? Kerana di sanalah Ibu pergi apabila dia ingin berdoa.

“Itu hanya dua wanita yang mempunyai peranan penting dalam pemulihan imamat dan Pemulihan Gereja. Tanpa sangsi, kita boleh menyatakan bahawa isteri-isteri hari ini penting seperti mana mereka pada ketika itu. Sudah pastinya mereka penting.”

Seperti Emma dan Lucy dan Joseph, kita menjadi paling berkesan apabila kita sudi belajar daripada satu sama lain dan bersatu dalam matlamat untuk menjadi pengikut Yesus Kristus dan membantu orang lain dalam perjalanan itu.

Kita diajar bahawa “imamat memberkati kehidupan anak-anak Tuhan dalam pelbagai cara. … Dalam panggilan [Gereja], tatacara bait suci, perhubungan keluarga, dan pelayanan diam, peribadi, wanita dan lelaki Orang Suci Zaman Akhir maju ke hadapan bersama kuasa dan wewenang imamat. Saling bergantungan di antara lelaki dan wanita ini dalam mencapai pekerjaan Tuhan melalui kuasa Dia merupakan pusat injil Yesus Kristus yang telah dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith.” 12

Kesatuan adalah penting dalam kerja ilahi yang kita berhak istimewa dan dipanggil untuk lakukan, namun ia tidak berlaku secara begitu sahaja. Ia mengambil masa dan usaha untuk benar-benar berunding bersama—mendengar satu sama lain, memahami pandangan satu sama lain, dan berkongsi pengalaman—tetapi proses itu menghasilkan keputusan yang lebih diilhami. Sama ada di rumah atau dalam tanggungjawab Gereja kita, cara yang paling berkesan untuk memenuhi potensi ilahi kita adalah dengan bekerjasama, diberkati dengan kuasa dan wewenang imamat dalam peranan kita yang berbeza tetapi saling melengkapi.

Bagaimanakah rupa bentuk satu pasangan setara dalam kehidupan wanita-wanita perjanjian hari ini? Biarlah saya berkongsi satu contoh.

Imej
Satu pasangan sedang mengayuh basikal tandem

Alison dan John merupakan satu rakan kongsi setara yang unik. Mereka menunggang basikal tandem (basikal untuk dua orang) dalam perlumbaan yang pendek dan panjang. Untuk berlumba dengan basikal tersebut, dua penunggangnya harus bekerjasama. Mereka harus membongkok ke arah yang sama pada waktu yang tepat. Seorang tidak boleh menguasai seorang yang lain, tetapi mereka harus berkomunikasi dengan jelas dan setiap satu melakukan peranan mereka. Kapten, di hadapan, mempunyai kawalan brek dan masa untuk berdiri. Stoker, di belakang, perlu memberi perhatian kepada apa yang sedang berlaku dan bersedia untuk memberi kayuhan yang lebih berkuasa jika mereka ketinggalan atau mengurangkan kelajuan jika mereka berada terlalu dekat dengan penunggang basikal lain. Mereka harus menyokong satu sama lain untuk maju dan mencapai matlamat mereka.

Alison menjelaskan: “Pada permulaannya, orang yang berada di posisi kapten akan berkata ‘Berdiri’ apabila kita perlu berdiri dan ‘Berhenti’ apabila kita perlu berhenti mengayuh. Setelah beberapa ketika, orang yang menjadi stoker belajar untuk kenali bila kapten akan berdiri atau berhenti, dan tiada kata-kata yang perlu dikatakan. Kami belajar bagaimana untuk memadan satu sama lain dan boleh tahu apabila salah seorang mula berasa letih dan [kemudian] yang satu lagi cuba mengayuh dengan lebih. Ia benar-benar melibatkan kepercayaan dan kerjasama.” 13

John dan Alison bersatu bukan sahaja ketika menunggang basikal, tetapi juga dalam perkahwinan mereka. Setiap satu menginginkan kegembiraan bagi yang lain lebih daripada diri mereka; setiap satunya melihat kebaikan yang lain dan bekerja untuk mengatasi perkara yang tidak baik dalam setiap mereka. Mereka mengambil giliran dalam membimbing dan untuk memberikan lebih apabila pasangan dalam kesusahan. Setiap satu menghargai sumbangan yang lain dan memperoleh jawapan yang lebih baik bagi cabaran apabila mereka menggabungkan kebolehan dan sumber mereka. Mereka sesungguhnya terikat kepada satu sama lain melalui kasih seperti Kristus.

Menjadi lebih selaras dengan pola ilahi untuk bekerjasama secara bersatu adalah amat penting di zaman ini yang memberikan pesanan “saya dahulu” di sekeliling kita. Para wanita memiliki kurnia ilahi yang tersendiri 14 dan diberikan tanggungjawab yang unik, tetapi ia bukanlah lebih—atau kurang—penting berbanding dengan kurniaan dan tanggungjawab para lelaki. Semua direka dan diperlukan bagi mengusahakan rancangan ilahi Bapa Syurgawi untuk memberikan kepada setiap anak-Nya peluang yang terbaik untuk memenuhi potensi ilahi mereka.

Hari ini, “kita memerlukan wanita-wanita yang mempunyai keberanian dan visi seperti Ibu Hawa kita” 15 untuk bersatu dengan saudara-saudara mereka dalam membawa jiwa-jiwa kepada Kristus. 16 Kaum lelaki perlu menjadi pasangan yang benar dan bukannya menganggapkan mereka mempunyai tanggungjawab utama atau bertindak sebagai pasangan “lakonan” sambil kaum wanita melakukan kebanyakan kerja. Kaum wanita harus sudi “maju ke depan [dan] ambil tempat [mereka] yang sah dan perlu” 17 sebagai satu pasangan dan bukannya memikirkan bahawa mereka perlu lakukannya semua dengan sendiri atau tunggu untuk diberitahu apa yang perlu dibuat. 18

Melihat para wanita sebagai peserta penting bukanlah untuk membentuk kesetaraan tetapi untuk memahami kebenaran ajaran. Sebalik menubuhkan satu program untuk lakukan demikian, kita boleh secara aktifnya tekun menghargai wanita sepertimana Tuhan hargai: sebagai pasangan yang penting dalam kerja penyelamatan dan permuliaan.

Adakah kita bersedia? Adakah kita sudi berusaha untuk mengatasi pengaruh budaya dan sebaliknya memeluk pola-pola dan amalan ilahi yang berdasarkan ajaran asas? Presiden Russell M. Nelson menjemput kita untuk “berjalan bergandingan tangan dalam kerja kudus ini … [untuk] menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua Tuhan.” 19 Apabila kita lakukan demikian, kita akan belajar untuk menghargai sumbangan setiap individu dan meningkatkan keberkesanan kita untuk memenuhi peranan ilahi kita. Kita akan merasai kebahagiaan yang lebih daripada apa pun yang kita pernah alami.

Semoga setiap kita memilih untuk menjadi bersatu dalam cara diilhami oleh Tuhan untuk membantu pekerjaan Dia maju ke depan. Dalam nama Juruselamat terkasih kita, Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Kejadian 3:1–18; Musa 4:1–19.

  2. Lihat Musa 5:1–12. Ayat-ayat berikut mengajar tentang rakan perkongsian sebenar Adam dan Hawa: mereka mempunyai anak-anak bersama (ayat 2); mereka bekerja bersama untuk menafkahi diri dan keluarga mereka (ayat 1); mereka berdoa bersama (ayat 4); mereka mematuhi perintah Tuhan dan mempersembahkan korban bersama (ayat 5); mereka belajar (ayat 4, 6–11) dan mengajarkan injil Yesus Kristus kepada anak-anak mereka bersama (ayat 12).

  3. Joseph Smith—Sejarah 1:16.

  4. Joseph Smith, dalam Sarah M. Kimball, “Auto-Biography,” Woman’s Exponent, Sept. 1, 1883, 51; lihat juga Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 451.

  5. Joseph Smith, dalam “Nauvoo Relief Society Minute Book,” 40, josephsmithpapers.org.

  6. Lihat George Albert Smith, “Address to the Members of the Relief Society,” Relief Society Magazine, Dec. 1945, 717.

  7. Lihat John Taylor, dalam Nauvoo Relief Society Minutes, 17 Mac, 1842, didapati di churchhistorianspress.org. Menurut Eliza R. Snow, Joseph Smith juga telah mengajarkan bahawa wanita-wanita telah pun diorganisasikan secara rasmi di zaman keagamaan yang lepas (lihat Eliza R. Snow, “Female Relief Society,” Deseret News, Apr. 22, 1868, 1; Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society [2011], 1–7).

  8. Lihat Dallin H. Oaks, “Kunci dan Kuasa Imamat,” Liahona, Mei 2014, 49–52.

  9. Lihat Russell M. Nelson, “Harta Karun Rohani,” Liahona, Nov. 2019, 78, 79.

  10. Russell M. Nelson, “Harta Karun Rohani,” 77.

  11. “Tetapi injil yang dipulihkan mengajarkan idea abadi bahawa suami dan isteri saling melengkapi satu sama lain. Mereka setara. Mereka rakan kongsi” (Bruce R. dan Marie K. Hafen, “Crossing Thresholds and Becoming Equal Partners,” Liahona, Ogos 2007, 28).

  12. Tajuk-tajuk Injil, “Joseph Smith’s Teachings about Priesthood, Temple, and Women,” topics.ChurchofJesusChrist.org.

  13. Surat-menyurat peribadi.

  14. Lihat Russell M. Nelson, “Suatu Rayuan Kepada Para Saudari Saya,” Liahona, Nov. 2015, 95–97.

  15. Russell M. Nelson, “Suatu Rayuan Kepada Para Saudari Saya,” 97.

  16. Lihat General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints (Buku Panduan Umum: Melayan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir., 1.4, ChurchofJesusChrist.org.

  17. Russell M. Nelson, “Suatu Rayuan Kepada Para Saudari Saya,” 97.

  18. “Saudari yang kukasihi, apa pun panggilan anda, apa pun keadaan anda, kita perlu tanggapan rohanimu, wawasanmu, dan ilhammu. Kita perlu anda bercakap dengan berani dalam majlis bahagian dan majlis pancang. Kita perlu setiap saudari yang sudah kahwin utuk bercakap sebagai ‘rakan menyumbang dan lengkap’ semasa anda bersatu dengan suamimu dalam pemerintahan keluargamu. Kahwin atau bujang, anda memiliki kemampuan yang tersendiri dan gerak hati khas yang anda telah terima sebagai kurnia dari Tuhan. Kami saudara tidak boleh membuat salinan pengaruh unik kamu. …

    “… Kita perlu kekuatanmu!” (Russell M. Nelson, “Suatu Rayuan Kepada Para Saudari Saya,” 97).

  19. Russell M. Nelson, “Suatu Rayuan Kepada Para Saudari Saya,” 97.