Persidangan Umum
Kecerahan Harapan yang Sempurna
Persidangan Umum April 2020


Kecerahan Harapan yang Sempurna

Kerana Pemulihan menegaskan kebenaran asas bahawa Tuhan bekerja di dunia ini, jadi kita boleh berharap, kita harus berharap, bahkan ketika menghadapi kemungkinan yang tidak dapat atasi.

Oktober lalu, Presiden Russell M. Nelson menjemput setiap kita untuk menantikan persidangan April 2020 dengan merenung kembali keagungan tangan Tuhan dalam memulihkan Injil Yesus Kristus. Sister Holland dan saya mengambil serius terhadap jemputan ini. Kami bayangkan diri kami tinggal di awal 1800-an, melihat kepercayaan agama pada zaman itu. Dalam membayangkan, kita menanyakan diri kami, “Apakah yang hilang? Apakah yang kita harap kita ada? Apakah yang kita harap Tuhan akan sediakan untuk keinginan rohani kita?”

Jadi, kami sedari bahawa dua abad yang lalu kami akan sangat berharap untuk pemulihan harapan yang lebih sempurna dan lebih kudus dari Tuhan daripada apa pun yang ada di zaman itu, seperti Dia sering tersembunyi di sebalik kesilapan dan salah faham. Meminjam ungkapan dari William Ellery Channing, seorang tokoh agama, kami akan mencari “perwatakan ibu bapa Tuhan,” yang Channing anggap sebagai “ajaran agama Kristian yang pertama.”1 Ajaran demikian mengiktiraf Tuhan sebagai Bapa Syurgawi yang mengambil berat, bukannya seorang hakim keras yang membuat keadilan tegas atau tuan tanah yang dahulunya pernah terlibat dalam hal-hal duniawi tetapi kini sibuk di alam semesta lain.

Ya, harapan kami pada tahun 1820 adalah untuk mencari Tuhan yang berbicara dan membimbing secara terbuka seperti yang Dia lakukan pada masa lalu, Bapa sejati yang penuh kasih. Sesungguhnya Dia bukanlah seorang autokrat dingin yang sewenang-wenangnya memilih hanya beberapa orang untuk diselamatkan dan selebihnya diserahkan kepada kutukan. Tidak, dalam tindakan-Nya, melalui pengisytiharan ilahi, adalah “bagi manfaat dunia; kerana Dia mengasihi dunia”2 dan segala yang ada dalamnya. Kasih itu adalah sebab utama Dia mengutus Yesus Kristus, Putera Tunggal-Nya, ke bumi.3

Bercakap tentang Yesus, jika kami hidup di tahun-tahun pertama abad ke-19, kami akan menyedari keraguan besar tentang realiti kehidupan Juruselamat dan Kebangkitan mula mempengaruhi agama Kristian. Oleh itu, kami berharap bahawa bukti akan datang kepada seluruh dunia yang mengesahkan kesaksian alkitab bahawa Yesus ialah Kristus, Putera Tuhan, Alfa dan Omega serta Juruselamat bagi seluruh dunia. Kami berharap agar bukti kitab suci lain akan dinyatakan, sesuatu yang dapat menjadi satu lagi kesaksian tentang Yesus Kristus, meluaskan dan meningkatkan pengetahuan kami tentang kelahiran-Nya, pelayanan-Nya, korban tebusan-Nya, dan Kebangkitan-Nya yang agung. Sesungguhnya catatan sedemikian akan menjadi “kesolehan [diturunkan] dari syurga; dan kebenaran [dikeluarkan] dari bumi.”4

Mengamati dunia Kristian zaman itu, kami berharap dapat mencari seseorang yang diberi kuasa oleh Tuhan dengan wewenang imamat yang benar untuk membaptis, memberikan kurnia Roh Kudus, dan menjalankan semua tatacara injil yang diperlukan untuk permuliaan. Pada tahun 1820, kami berharap dapat melihat kegenapan janji-janji Nabi Yesaya, Mikha, dan nabi-nabi dahulu yang lain tentang penubuhan Rumah Tuhan yang mulia.5 Kami akan sangat gembira melihat kemuliaan bait suci yang ditubuhkan lagi, dengan Roh, tatacara, kuasa, dan wewenang untuk mengajar kebenaran abadi, menyembuhkan luka peribadi, dan memeteraikan keluarga untuk selamanya. Saya akan mencari di segala tempat untuk mencari seseorang yang diberi kuasa untuk mengatakan kepada saya dan Patricia bahawa perkahwinan kami telah dimeteraikan untuk masa dan keabadian, dan tidak akan dengar kutukan seperti “sehingga kematian memisahkan.” Saya tahu bahawa “di dalam rumah Bapa [kita] terdapat banyak kediaman,”6 tetapi, secara peribadi, jika saya bernasib baik untuk mewarisi salah satu, ia tidak bermakna jika Pat dan anak-anak kami tidak bersama saya untuk berkongsi warisan itu. Untuk nenek moyang kami, beberapa daripada mereka hidup dan mati tanpa mendengar nama Yesus Kristus, kami berharap bahawa ajaran-ajaran alkitab yang adil dan penuh belas kasihan akan dipulihkan—tatacara yang menawarkan tatacara penyelamatan bagi pihak keluarga yang mati.7 Tiada amalan yang boleh saya bayangkan yang dapat menunjukkan keprihatinan Tuhan yang penuh kasih kepada setiap anak-anak duniawi-Nya tidak kira ketika mereka hidup atau telah mati.

Senarai harapan 1820 kami akan berlanjutan tetapi pesanan penting tentang Pemulihan adalah harapan sedemikian tidak akan sia-sia. Bermula di Sacred Grove sehingga hari ini, hasrat ini mulai menjadi realiti dan menjadi, seperti Rasul Paulus dan yang lain ajarkan, sauh sejati bagi jiwa, yakin dan tabah tidak tergoyah.8 Apa yang dahulu hanya boleh diharapkan, kini telah menjadi sejarah.

Oleh itu, kami lihat kembali pada 200 tahun kebaikan Tuhan kepada dunia. Tetapi apakah yang kami lihat? Kami masih mempunyai harapan yang belum lagi digenapi. Kini, kita berjuang dengan sedaya upaya dalam perang COVID-19, yang mengingatkan kita satu virus9 bersaiz 1.000 kali lebih kecil daripada sebutir pasir10 dapat meruntuhkan populasi dan ekonomi sedunia. Kami berdoa bagi mereka yang telah kehilangan orang yang dikasihi dalam wabak ini, dan mereka yang kini dijangkitan atau dalam bahaya. Kami juga doakan bagi mereka yang memberikan khidmat perubatan yang besar. Ketika kita berjaya menawan wabak ini—sememangnya kita akan berjaya—semoga kita sama-sama membebaskan dunia dari virus kelaparan, membebaskan bangsa dan negara-negara dari virus kemiskinan. Kami mengharapkan sekolah tempat anak-anak diajar—tanpa takut akan ditembak—dan maruah diri setiap anak Tuhan, tidak ternoda oleh sebarang bentuk prasangka kaum, etnik, atau budaya. Pengukuhan kepada semua ini ialah harapan kita untuk pengabdian besar terhadap dua perintah yang besar: kasihi Tuhan dengan mematuhi nasihat-Nya dan kasihi sesama manusia dengan menunjukkan kebaikan dan belas kasihan, kesabaran dan pengampunan.11 Dua perintah ini masih—dan selamanya akan menjadi—satu-satunya harapan nyata yang ada agar anak-anak akan mempunyai dunia yang lebih baik dari sedia ada.12

Tambahan kepada hasrat ini, banyak dari anda mempunyai harapan peribadi yang mendalam: harapan untuk perkahwinan bertambah baik, atau harapan untuk berkahwin, harapan untuk menakluki ketagihan, harapan untuk anak-anak insaf, harapan untuk kesakitan jasmani dan emosi berakhir. Kerana Pemulihan menegaskan kebenaran asas bahawa Tuhan bekerja di dunia ini, jadi kita boleh berharap, kita harus berharap, bahkan ketika menghadapi kemungkinan yang tidak dapat atasi. Ini yang dimaksudkan tulisan suci ketika Abraham tetap percaya bahkan pada masa tidak ada harapan lagi13, dia tetap percaya tidak kira apa pun sebab untuk tidak percaya—bahawa dia dan Sara boleh mengandung walaupun ia adalah mustahil. Jadi, saya bertanya, “Sekiranya begitu banyak harapan kita pada 1820 dapat digenapi oleh cahaya ilahi kepada seorang pemuda yang berlutut di sebuah hutan di New York, mengapa kita tidak berharap bahawa hasrat soleh dan sifat seperti Kristus masih boleh dijawab oleh Tuhan?” Kita harus percaya bahawa apa yang kita hasrat dalam kesolehan, suatu hari, dalam cara apa pun, atau bagaimanapun akan menjadi milik kita.

Saudara-saudari, kita tahu beberapa kekurangan agama pada awal abad ke-19. Tambahan pula, kita tahu kekurangan dalam agama zaman sekarang yang masih membuat kelaparan dan harapan itu tidak dipenuhi. Kita tahu banyak yang memimpin sejumlah penganut berpaling dari institusi gereja yang tradisional. Kita juga tahu, seperti seorang penulis yang menulis, “banyak pemimpin agama [zaman itu] ” tidak tahu menangani hal seperti ini, dan menawarkan “ajaran yang menyenangkan secara duniawi, ibadah yang tidak melayakkan, menyorok kejahatan kepada kebaikan, [kadangkala] ajaran yang rapuh”14—dunia perlukan lebih banyak, keturunan akan datang layak mendapat yang lebih baik, dan di zaman Yesus, Dia menawarkan dengan banyak. Sebagai pengikut Kristus, kita boleh bangkit dari orang Israel yang mengeluh “Kami kering, tanpa harapan dan tanpa masa depan.”15 Jika akhirnya kita kehilangan harapan, kita kehilangan sokongan terakhir kita. Di atas pintu besar neraka Dante menulis amaran kepada semua pengunjung yang melalui Divina Commedia: “Tinggalkan semua harapan,” dia berkata, “kamu yang memasuki sini.”16 Apabila harapan telah hilang, yang kita tinggal adalah api neraka yang membara di setiap sisi.

Oleh itu, apabila kita kehilangan harapan seperti dalam lagu rohani katakan, “bantuan lain gagal dan penghiburan hilang,”17 antara hemah yang paling penting adalah mengaitkan harapan ini dengan iman kita kepada Tuhan dan kasih ihsan kepada orang lain.

Dalam tahun kedua-ratus ini, melihat kembali semua yang telah kita diberikan dan bersukacita kerana menyedari banyak harapan yang telah digenapi, saya memetik kata-kata seorang saudari penginjil yang memberitahu kami di Johannesburg hanya beberapa bulan yang lalu, “[Kita] tidak datang sejauh ini hanya untuk sampai sejauh ini sahaja.”18

Mengungkap salah satu ayat yang paling mengilhamkan dalam tulisan suci, saya berserta nabi Nefi dan saudari itu mengatakan:

“Saudara-[saudari]ku yang dikasihi, setelah kamu [telah menerima buah Pemulihan ini], aku hendak bertanya adakah semuanya telah dilakukan? Lihatlah, aku berkata kepadamu, Tidak. …

“… Kamu mesti maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua orang. … Jika kamu akan[,] … firman Bapa: Kamu akan memperoleh kehidupan abadi.”19

Saudara dan saudari sekalian, saya memberi kesyukuran untuk semua yang kita terima di zaman keagamaan yang terakhir dan agung ini, zaman keagamaan bagi pemulihan injil Yesus Kristus. Kurnia dan berkat yang mengalir dari injil itu amat bermakna bagi saya—semuanya—jadi, untuk menunjuk kesyukuran kepada Bapa di Syurga, saya mempunyai “janji untuk dipatuhi, dan banyak lagi sebelum saya tidur [rehat], dan banyak lagi sebelum saya tidur.”20 Semoga kita maju terus dengan kasih dalam hati kita, berjalan dalam “kecerahan harapan”21 yang menerangi jalan kudus yang kita berada sekarang untuk 200 tahun. Saya bersaksi bahawa masa depan akan penuh dengan mukjizat dan penuh kelimpahan. Kita mempunyai sebab untuk berharap berkat lebih besar daripada yang telah kita terima, kerana ini adalah pekerjaan Tuhan Yang Maha Kuasa, ini adalah Gereja dengan wahyu yang berterusan, dan inilah injil Jesus Kristus yang tidak terbatas dalam rahmat dan hemah. Saya bersaksi kepada segala kebenaran ini dan lebih lagi dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “The Essence of the Christian Religion,” dan The Works of William E. Channing (1888), 1004.

  2. 2 Nefi 26:24.

  3. Lihat Yohanes 3:16–17.

  4. Musa 7:62.

  5. Lihat Yesaya 2:1–3; Yehezkiel 37:26; Mikha 4:1–3; Maleakhi 3:1.

  6. Yohanes 14:2.

  7. Lihat 1 Korintus 15:29; Ajaran dan Perjanjian 128:15–17.

  8. Lihat Ibrani 6:19; Eter 12:4.

  9. Lihat Na Zhu dan lain, “A Novel Coronavirus from Patients with Pneumonia in China, 2019,” New England Journal of Medicine, Feb. 20, 2020, 727–33.

  10. Lihat “Examination and Description of Soil Profiles,” dalam Soil Survey Manual, ed. C. Ditzler, K. Scheffe, and H. C. Monger (2017), nrcs.usda.gov.

  11. Lihat Matius 22:36–40; Markus 12:29–33; lihat juga Imamat 19:18; Ulangan 6:1–6.

  12. Lihat Eter 12:4.

  13. Lihat Roma 4:18.

  14. R. J. Snell, “Quiet Hope: A New Year’s Resolution,” Public Discourse: The Journal of the Witherspoon Institute, Dec. 31, 2019, thepublicdiscourse.com.

  15. Yehezkiel 37:11.

  16. Ini adalah ungkapan yang diterjemahkan secara umum. Bagaimanapun, terjemahan yang lebih tepat adalah “Semua harapan ditinggalkan, kamu yang masuk ke sini” (Dante Alighieri, “The Vision of Hell,“ dalam Divine Comedy, trans. Henry Francis Cary [1892], canto III, line 9).

  17. “Tinggal Denganku” Nyanyian Rohani, no. 69.

  18. Judith Mahlangu (pertemuan pancang di Johannesburg, South Africa, 10 Nov 2019), di Sydney Walker, “Elder Holland Visits Southeast Africa during ‘Remarkable Time of Growth,’” Church News, 27 Nov. 2019, thechurchnews.com.

  19. 2 Nefi 31:19–20; penekanan ditambahkan.

  20. “Stopping by Woods on a Snowy Evening,” baris 14–16, dalam The Poetry of Robert Frost: The Collected Poems, ed. Edward Connery Lathem (1969), 225.

  21. 2 Nefi 31:20.