Persidangan Umum
Satu Kesaksian Hidup tentang Yesus Kristus yang Hidup
Persidangan Umum April 2020


Satu Kesaksian Hidup tentang Yesus Kristus yang Hidup

Pesanan utama Kitab Mormon adalah untuk memulihkan ilmu benar tentang peranan utama Yesus Kristus dalam penyelamatan dan permuliaan manusia.

Pada satu hari musim bunga tahun 2017, rumah terbuka Bait Suci Paris Perancis sedang berlaku apabila seorang lelaki yang berwajah sedih mendekati seorang pemandu pelancong bait suci. Dia kata dia tinggal di sebelah bait suci dan mengakui yang dia pernah menentang pembinaan bait suci. Dia kata pada suatu hari semasa dia memandang ke luar tingkapnya, dia nampak satu kren merendahkan satu patung Yesus dari langit dan letakkan ia pada tanah bait suci. Lelaki itu umumkan yang pengalaman itu mengubahkan perasaannya terhadap Gereja kita. Dia sedar kita ialah pengikut Yesus Kristus dan merayu pengampunan kita kerana masalah yang dia sudah ciptakan.

Imej
Patung diletakkan di Bait Suci Perancis

Patung Christus, yang mengindahkan tanah Bait Suci Paris dan tanah-tanah Gereja lain, bersaksi tentang kasih kita kepada Juruselamat. Patung marmar asal itu ialah hasil daripada artis Denmark Bertel Thorvaldsen, yang memahatnya pada tahun 1820—tahun yang sama Penglihatan Pertama berlaku. Patung itu berbeza dengan kebanyakan karya seni masa itu, yang menunjukkan penderitaan Kristus di atas salib. Karya Thorvaldsen menunjukkan Kristus yang hidup, yang sudah mengatasi kematian dan, dengan tangan terbuka, menjemput semua untuk datang kepada Dia. Hanya bekas paku pada tangan dan kaki-Nya serta luka di sisi-Nya bersaksi tentang penderitaan yang tidak dapat digambarkan yang Dia hadapi untuk menyelamatkan semua manusia.

Imej
Tangan Juruselamat seperti pada patung Kristus

Mungkin salah satu sebab kita sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir sayangi patung itu adalah kerana ia mengingatkan kita tentang gambaran yang diberikan dalam Kitab Mormon tentang kemunculan Juruselamat di benua Amerika:

Imej
Yesus Kristus melawat Amerika

“Dan lihatlah, mereka melihat seorang Lelaki turun dari langit; dan Dia berpakaian jubah putih; dan Dia turun dan berdiri di tengah-tengah mereka. …

“Dan terjadilah bahawa Dia menghulurkan tangan-Nya dan berfirman kepada orang ramai, memfirmankan:

“Lihatlah, Akulah Yesus Kristus, …

“…… dan Aku telah minum dari cawan pahit yang telah Bapa berikan kepada-Ku, dan telah memuliakan Bapa dengan mengambil ke atas diri-Ku dosa-dosa dunia.”1

Kemudian Dia jemput setiap lelaki, perempuan, dan kanak-kanak untuk datang dan letakkan tangan mereka ke sisi-Nya dan rasa bekas paku dalam tangan dan kaki-Nya, dan terima satu kesaksian peribadi yang Dia benar-benarnya Mesias yang mereka nantikan.2

Kejadian yang menakjubkan ini ialah kemuncak Kitab Mormon. Seluruh “berita baik” injil terdapat dalam imej Juruselamat, menghulurkan “lengan belas kasihan”3 untuk menjemput setiap individu untuk datang kepada Dia dan menerima berkat-berkat Korban tebusan-Nya.

Pesanan utama Kitab Mormon adalah untuk memulihkan ilmu benar tentang peranan utama Yesus Kristus dalam penyelamatan dan permuliaan manusia. Tema ini bergema dari muka surat pengenalan hingga ke kata terakhir dalam bab terakhir. Sepanjang kemurtadan dan kekeliruan rohani yang berabad-abad, maksud perkara yang Kristus lakukan di Getsemani dan Golgota sudah hilang atau tercemar. Joseph Smith sangat gembira apabila dia menterjemah 1 Nefi, apabila dia mendapati janji ini: “Catatan-catatan terakhir ini [Kitab Mormon] … akan mengesahkan kebenaran yang pertama [Alkitab] … dan akan menyatakan perkara yang jelas dan berharga yang telah dikeluarkan daripadanya; dan akan menyatakan kepada semua kaum, bahasa, dan bangsa, bahawa Anak Domba Tuhan ialah Putera Bapa yang Abadi, dan Juruselamat dunia; dan bahawa semua manusia mesti datang kepada Dia, atau mereka tidak boleh diselamatkan.”4

Kebenaran yang jelas dan berharga tentang Korban tebusan Juruselamat boleh didapati dalam seluruh Kitab Mormon. Semasa saya senaraikan kebenaran tersebut, saya jemput anda merenungkan bagaimana ia telah mengubah atau boleh mengubah hidup anda.

  1. Korban Tebusan Yesus Kristus ialah satu kurnia percuma kepada semua yang pernah hidup, yang sekarang hidup, dan yang akan hidup pada bumi ini.5

  2. Selain dari menanggung beban dosa kita, Kristus ambil ke atas Diri Sendiri kedukaan, kelemahan, penderitaan, kesakitan kita dan semua kesengsaraan kehidupan fana manusia. Tiada kepedihan, kesakitan, atau kesedihan yang Dia tidak menderita bagi pihak kita.6

  3. Korban tebusan Juruselamat membenarkan kita untuk mengatasi akibat negatif kejatuhan Adam, termasuk kematian jasmani. Kerana Kristus, semua anak Tuhan yang lahir ke bumi, tidak kira kesolehan mereka, akan mengalami kesatuan roh dan badan melalui kuasa Kebangkitan7 dan pulang kepada Dia untuk “dihakimi … menurut kerja-kerja mereka.”8

  4. Sebaliknya, menerima berkat penuh Korban tebusan Juruselamat bergantung pada kepatuhan9 kita kepada “ajaran Kristus.”10 Dalam mimpinya, Lehi nampak satu “lorong sempit dan kecil”11 yang menuju ke pokok kehidupan. Buahnya, yang mewakili kasih Tuhan seperti yang digambarkan melalui berkat Korban Tebusan Kristus “paling berharga dan paling dihasrati … dan ia adalah kurnia yang paling agung daripada Tuhan.”12 Untuk mendapat buah ini, kita mesti beriman kepada Yesus Kristus, bertaubat, “mematuhi firman Tuhan,”13 menerima tatacara penting, dan mentaati perjanjian kudus sehingga hidup kita tamat.14

  5. Melalui Korban Tebusan-Nya, Yesus Kristus tidak hanya membersihkan dosa kita, tetapi Dia juga menyediakan kuasa yang membolehkan melalui pengikut-Nya untuk “[menyingkirkan] manusia alamiah,”15 maju “baris demi baris,”16 dan bertambah dalam kekudusan17 agar pada suatu hari mereka boleh jadi sempurna dalam imej Kristus,18 layak untuk hidup dengan Tuhan sekali lagi19 dan mewarisi semua berkat kerajaan syurga.20

Satu lagi kebenaran yang terdapat dalam Kitab Mormon adalah, walaupun pengaruh kuasa Korban tebusan Tuhan tidak terbatas dan universal, ia adalah satu kurnia luar biasa yang peribadi dan rapat, disesuaikan untuk kita secara individu.21 Sebagaimana Yesus menjemput setiap pengikut bangsa Nefi menyentuh luka-Nya, Dia mati untuk kita semua, secara peribadi, seperti anda dan saya satu-satunya manusia di bumi. Dia berikan kita satu jemputan peribadi untuk datang kepada Dia dan gunakan berkat Korban Tebusan-Nya.22

Sifat peribadi Korban Tebusan Kristus menjadi lebih benar apabila kita merenungkan teladan luar biasa lelaki dan perempuan dalam Kitab Mormon. Dalam kalangan mereka ialah Enos, Alma, Zezrom, Raja Lamoni serta isterinya, dan rakyat Raja Benyamin. Kisah penukaran hati dan kesaksian berkuasa mereka berikan satu kesaksian hidup tentang bagaimana hati kita boleh ubah dan bagaimana hidup kita boleh tukar melalui kebaikan dan belas kasihan Tuhan yang tidak terbatas.23

Nabi Alma tanya umat-umatnya soalan ini. Dia kata: “Jika kamu telah mengalami suatu perubahan hati, dan jika kamu telah merasakan untuk menyanyikan nyanyian kasih penebusan, aku mahu bertanya, dapatkah kamu merasakan demikian sekarang?”24 Soalan ini adalah penting hari ini, kerana sebagai pengikut Tuhan, kuasa penebusan-Nya harus menemani, menggalakkan, dan mengubah kita setiap hari.

Soalan Alma juga boleh ditanya seperti ini: bilakah masa terakhir anda rasa pengaruh Korban tebusan Juruselamat dalam hidup anda? Ini berlaku apabila anda rasa satu kebahagiaan yang “hebat dan manisnya”25 datang kepada anda yang bersaksi kepada jiwa anda yang dosa anda diampuni; atau apabila cabaran susah dengan serta merta menjadi lebih ringan; atau apabila hati anda dilembutkan dan anda dapat mengampuni seorang yang telah menyakitkan anda. Atau mungkin apabila anda memerhati keupayaan anda untuk kasihi dan melayani orang lain sudah meningkat, atau proses pengudusan mengubah anda, mengikut teladan Juruselamat.26

Saya bersaksi yang semua pengalaman ini adalah benar dan bukti yang hidup boleh berubah melalui iman kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya. Kitab Mormon menjelaskan dan mengembangkan ilmu kita mengenai kurnia syurgawi ini. Semasa anda mengaji kitab ini, anda akan dengar suara Kristus yang hidup menjemput anda untuk datang kepada Dia. Saya janji jika anda terima jemputan ini dan ikuti teladan-Nya, pengaruh tebusan-Nya akan datang ke dalam hidup anda. Melalui kuasa Roh Kudus, Juruselamat akan mengubah anda setiap hari “sehingga hari yang sempurna”27 apabila anda akan mengalami seperti yang Dia firmankan, “melihat muka-Ku dan mengetahui bahawa Aku ada.”28 Dalam nama Yesus Kristus, amin.