Persidangan Umum
Kuasa Kitab Mormon dalam Penukaran Hati
Persidangan Umum April 2020


Kuasa Kitab Mormon dalam Penukaran Hati

Kitab Mormon menyediakan makanan rohani, menetapkan sebuah rancangan tindakan dan menghubungkan kita kepada Roh Kudus.

Selepas mengkaji semula laporan daripada pemeriksaan fizikal baru-baru ini, saya mendapati yang saya perlu mengubah gaya hidup. Untuk membantu saya, doktor menetapkan rancangan makanan dan senaman, yang akan mengubah saya menjadi seorang lebih sihat jika saya pilih untuk ikutinya.

Jika setiap kita menjalani pemeriksaan rohani, apakah kita akan pelajari tentang diri kita? Apakah pelarasan yang doktor rohani kita akan tetapkan? Untuk kita menjadi siapa yang kita perlu jadi, ia penting untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan dan melakukan apa yang kita ketahui.

Yesus Kristus ialah Tuan Doktor.1 Melalui Korban Tebusan-Nya, dia membalut luka kita, mengambil kelemahan kita ke-atas diri-Nya dan menyembuhkan hati yang hancur.2 Melalui rahmat-Nya, kelemahan kita dapat menjadi kuat.3 Dia menjemput kita untuk mengikuti-Nya4 Belajar daripada-Nya, dan dengarkan firman-Nya; berjalan dalam kelembutan hati Roh-Nya.5 Dia telah berjanji untuk membantu kita6 dalam proses penukaran hati sepanjang hidup yang mengubah kita dan membawa kebahagiaan kekal.7

Juruselamat telah memberikan Kitab Mormon kepada kita sebagai alat berkuasa untuk membantu dalam penukaran hati. Kitab Mormon menyediakan makanan rohani, menetapkan sebuah rancangan tindakan dan menghubungkan kita kepada Roh Kudus. Dituliskan bagi kita,8 ia mengandungi firman Tuhan9 dalam kejelasan9 dan memberitahu kita tentang identiti, tujuan dan takdir kita.10 Bersama Alkitab, Kitab Mormon bersaksi tentang Yesus Kristus11 dan mengajar cara kita boleh mengetahui kebenaran dan menjadi seperti Dia.

Imej
Brother Saw Polo

Brother Saw Polo berumur 58 tahun apabila diperkenalkan kepada injil Yesus Kristus yang dipulihkan. Apabila saya bertemu dengan dia, dia telah melayani sebagai presiden cabang selama beberapa tahun, tetapi saya mendapati yang dia tidak pernah membaca Kitab Mormon kerana ia tiada dalam bahasa Burma. Apabila saya menanya dia bagaimana dia tahu kitab itu adalah benar tanpa membacanya, dia membalas dia telah mengkaji buku bergambar Cerita-cerita Kitab Mormon setiap hari dengan melihat ilustrasi, menggunakan kamus untuk menterjemahkan perkataan bahasa Inggeris dan mengambil nota teliti tentang apa yang dia telah pelajari. Dia menjelaskan, “Setiap kali saya mengkaji, saya berdoa tentang apa yang saya pelajar, dan berasa kedamaian dan kegembiraan, minda saya jelas dan hati saya lembut. Saya berasa Roh Kudus bersaksi kepada saya yang ia adalah benar. Saya tahu yang Kitab Mormon ialah firman Tuhan.”

Seperti Brother Saw Polo, setiap kita dapat mempelajari Kitab Mormon mengikut keadaan kita. Apabila kita berharsat untuk percaya dan merenungkan ajarannya dalam hati, kita boleh minta Tuhan dengan iman jika ajarannya benar.12 Jika kita tulus dalam hasrat untuk mengetahui dan ikhlas untuk bertindak, Dia akan menjawab dalam hati kita melalui Roh Kudus. Melalui kuasa Roh Kudus kamu dapat mengetahui kebenaran mengenai semua hal.13 Apabila kita memperoleh kesaksian ilahi dari Kitab Mormon, kta juga akan mengetahui melalui kuasa yang sama bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dunia, Joseph Smith ialah nabi-Nya dan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah Gereja-Nya yang dipulihkan.14

Sebagai seorang lelaki muda yang bermula pelayanan misi, saya menaiki kapal terbang ke Australia. Dengan berasa berseorangan, cemas dan kekurangan tetapi bertekad untuk melayani, saya sangat memerlukan jaminan yang apa yang saya percayai adalah benar. Saya berdoa dan membaca tulisan suci dengan bersungguh-sungguh, tetapi semasa penerbangan berterusan, keraguan diri saya meningkat dan keadaan fizikal merosot. Selepas saya berjuang selama beberapa jam, seorang pramugara berjalan ke lorong dan berhenti di tepi tempat duduk saya. Dia mengambil Kitab Mormon yang saya baca daripada tangan saya. Dia melihat kulit buku dan berkata, “Itu buku hebat!” dan kemudian kembalikan buku kepada saya dan terus berjalan. Saya tidak melihat dia lagi selepas itu.

Semasa kata-kata dia bergema di telinga, saya dengan jelas mendengar di dalam hati saya, “Saya berada di sini, dan saya mengetahui di mana kamu.” Buat yang terbaik sahaja, kerana saya akan menjaga yang lain.” Dalam kapal terbang itu di atas Lautan Pasifik, saya menerima kesaksian peribadi melalui kajian Kitab Mormon dan dorongan Roh Kudus yang Juruselamat saya mengenali saya dan injil adalah benar.

Elder David A. Bednar mengajar: “Mengetahui yang injil adalah benar merupakan intipati kesaksian. Setia pada injil secara konsisten merupakan intipati penukaran hati.”15 Penukaran hati memerlukan kita untuk melakukan “apa yang difirmankan-Nya.”16 Rancangan tindakan Tuhan bagi kita—ajaran Kristus—lebih jelas diajar dalam Kitab Mormon.17 Ia termasuk:

  • Pertama, menjalankan iman kepada Yesus Kristus dengan mempercayai Dia, mematuhi perintah-perintah-Nya dan mengetahui yang Dia akan menolong kita.18

  • Kedua, bertaubat harian akan kelemahan kita dan mengalami kegembiraan dan kedamaian apabila Dia mengampuni kita.19 Pertaubatan memerlukan kita untuk mengampuni orang lain20 dan membantu kita untuk maju ke depan. Juruselamat telah berjanji untuk mengampuni kita sekerap yang kita bertaubat.21

  • Ketiga, membuat dan mentaati perjanjian-perjanjian Tuhan melalui tatacara-tatacara seperti pembaptisan. Ini akan mengekalkan kita pada jalan perjanjian yang membawa kepada Dia.22

  • Keempat, menerima kurnia Roh Kudus. Kurnia ini memberikan penemanan Roh Kudus berterusan yang menguduskan, menghiburkan dan membimbing kita.23

  • Dan kelima, bertahan sampai akhir dengan terus maju dengan ketabahan sambil berjamu harian dengan firman Kristus.24 Dengan berjamu daripada Kitab Mormon dan memegang kuat pada ajarannya, kita boleh mengatasi godaan dan menerima bimbingan dan perlindungan sepanjang hidup kita.25

Dengan mengamalkan ajaran Kristus secara konsisten dalam hidup, kita boleh mengatasi kecenderungan untuk kekal sama yang menghalang perubahan dan ketakutan yang menghentikan tindakan. Kita akan menerima wahyu peribadi, kerana Roh Kudus “akan memperlihatkan kepadamu segalanya yang kamu harus lakukan,”26 dan “firman Kristus akan memberitahu kamu segalanya yang kamu harus lakukan.”27

Sepanjang 20 tahun, Brother Huang Juncong ketagih dengan alkohol, rokok dan perjudian kompulsif. Apabila diperkenalkan kepada Yesus Kristus dan injil-Nya yang dipulihkan, Brother Huang ingin berubah demi kebaikan keluarga dia yang muda. Cabaran terbesar dia adalah merokok. Sebagai seorang perokok tegar, dia telah cuba berhenti banyak kali tanpa berjaya. Satu hari, kata-kata ini daripada Kitab Mormon kekal dalam minda dia: “dengan hati yang tulus, dengan niat yang bersungguh-sungguh.”28 Walaupun percubaan sebelumnya telah gagal, dia berasa dia mungkin boleh mengubah dengan bantuan daripada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Para penginjil sepenuh masa satukan iman mereka dengan iman dia dan menyediakan rancangan tindakan campur tangan praktikal, bersama dengan banyak doa dan mengkaji firman Tuhan. Dengan keikhlasan dan niat yang bersungguh-sungguh, Brother Huang bertindak dengan keazaman beriman dan mendapati ketika dia berfokus lebih banyak pada tabiat baru yang dia ingin bangunkan, seperti mengkaji Kitab Mormon, dia berfokus kurang pada tabiat yang dia ingin hilangkan.

Mengingati pengalaman dia 15 tahun lalu, dia berkata, “Saya tidak ingat bila saya berhenti merokok, tetapi semasa berusaha setiap hari untuk melakukan hal-hal yang saya perlu lakukan untuk menjemput Roh Tuhan ke dalam hidup saya dan terus melakukannya, saya tidak tertarik kepada rokok lagi sejak itu.” Dengan menggunakan ajaran-ajaran Kitab Mormon, hidup Brother Huang telah berubah, dan dia telah menjadi seorang suami dan bapa lebih baik.

Imej
Huang Juncong dan keluarga

Presiden Russell M. Nelson telah berjanji “Semasa anda mengkaji Kitab Mormon setiap hari, anda akan buat pilihan yang lebih baik—setiap hari. Saya janji bahawa apabila anda merenungkan perkara yang anda kaji, tingkap syurga akan buka, dan anda akan menerima jawapan kepada soalan anda dan arahan untuk hidup anda. Saya janji bahawa apabila anda asyik mengkaji Kitab Mormon setiap hari, anda boleh dilindungi daripada kejahatan hari ini, termasuk serangan pornografi dan ketagihan lain yang memusnahkan minda.”29

Rakan-rakan yang dikasihi, Kitab Mormon ialah firman Tuhan, dan kita akan mendekati Dia jika mengkajinya.30 Apabila kita membuat percubaan pada kata-katanya, kita akan memperoleh sebuah kesaksian tentang kebenarannya.31 Apabila kita hidup menurut ajaran-ajarannya dengan konsisten, kita tidak akan lagi berhasrat untuk melakukan yang jahat.”32 Hati, wajah dan sifat kita akan berubah menjadi lebih seperti Juruselamat.33 Saya berkongsi kesaksian saya yang Yesus ialah Kristus, Juruselamat, Penebus dan Kawan kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.