Persidangan Umum
Berkat Wahyu yang Berterusan kepada Nabi dan Wahyu Peribadi untuk Membimbing Kehidupan Kita
Persidangan Umum April 2020


Berkat Wahyu yang Berterusan kepada Nabi dan Wahyu Peribadi untuk Membimbing Kehidupan Kita

Wahyu berterusan telah diterima dan ia diterima melalui saluran yang telah Tuhan telah tetapkan.

Hari ini saya akan berucap tentang wahyu yang berterusan kepada para nabi dan wahyu peribadi yang berterusan untuk membimbing kehidupan kita.

Kadangkala kita menerima wahyu walaupun kita tidak tahu tujuan Tuhan. Tidak lama sebelum Elder Jeffrey R. Holland dipanggil sebagai Rasul pada bulan Jun 1994, saya mempunyai pengalaman menerima wahyu yang dia akan dipanggil. Saya adalah wakil kawasan dan tidak dapat melihat sebab untuk saya diberikan pengetahuan itu. Tetapi kami adalah rakan penginjil muda di England pada awal 1960-an, dan saya sangat mengasihinya. Saya menganggap pengalaman itu sebagai belas kasihan bagi saya. Dalam beberapa tahun ini, saya tertanya-tanya jika Tuhan sedang mempersiapkan saya untuk menjadi junior dalam Dua Belas kepada rakan penginjil yang luar biasa yang merupakan rakan junior saya ketika kami adalah penginjil muda.1 Saya kadangkala memberi amaran kepada penginjil muda untuk berbuat baik kepada rakan junior mereka kerana mereka tidak akan tahu bila mereka mungkin jadi rakan senior mereka.

Saya ada bukti kukuh yang Gereja yang dipulihkan ini dipimpin oleh Juruselamat kita, Yesus Kristus. Dia tahu siapa untuk panggil sebagai Rasul-Nya dan dalam tarekat apakah untuk panggil mereka. Dia juga tahu bagaimana untuk mempersiapkan Rasul-Nya yang senior untuk menjadi nabi dan Presiden Gereja.

Kita diberkati pagi ini untuk mendengar nabi terkasih kita, Presiden Russell M. Nelson, menyampaikan perisytiharan ulang tahun ke-200 yang mendalam kepada dunia tentang Pemulihan kegenapan injil Yesus Kristus.2 Perisytiharan penting oleh Presiden Nelson telah menjelaskan yang Gereja Yesus Kristus berasal, wujud, dan menerima arahan untuk masa depan melalui asas wahyu yang berterusan. Perisytiharan baru mewakili komunikasi Bapa yang penuh kasih kepada anak-anak-Nya.

Dahulu, Presiden Spencer W. Kimball menyatakan perasaan yang saya ada hari ini. Dia nyatakan: “Antara semua hal, yang … kita patut paling bersyukur [untuk] adalah syurga terbuka dan gereja Yesus Kristus yang dipulihkan berasaskan pada batu wahyu. Wahyu berterusan sememangnya sangat penting dalam injil Tuhan dan Juruselamat yang hidup, Yesus Kristus.”3

Nabi Henokh meramalkan hari-hari di mana kita hidup. Tuhan memberitahu Enoch kejahatan yang besar yang akan meluas dan bernubuat “kesengsaraan-kesengsaraan yang hebat” yang akan berlaku. Namun, Tuhan menjanjikan, “Tetapi umat-Ku akan Aku lindungi.”4 “Dan kesolehan akan Aku turunkan dari syurga; dan kebenaran akan Aku keluarkan dari bumi, untuk memberikan kesaksian tentang Anak Tunggal-Ku.”5

Presiden Ezra Taft Benson mengajar dengan kuasa besar yang Kitab Mormon, batu kunci agama kita, keluar dari bumi sebagai pengenapan firman Tuhan kepada Henokh. Bapa dan Putera serta malaikat dan nabi yang muncul kepada Nabi Joseph Smith “diarahkan oleh syurga untuk memulihkan kuasa yang diperlukan untuk kerajaan.”6

Nabi Joseph Smith menerima wahyu demi wahyu. Beberapa antaranya telah diucapkan semasa persidangan ini. Banyak wahyu yang diterima oleh Nabi Joseph telah dipelihara untuk kita dalam Ajaran dan Perjanjian. Semua kitab suci Gereja mengandungi fikiran dan kehendak Tuhan untuk kita dalam zaman keagamaan ini.7

Tambahan kepada kitab suci penting yang hebat ini, kita diberkati dengan wahyu yang berterusan kepada para nabi yang hidup. Nabi ialah “wakil yang ditugaskan oleh Tuhan, yang diberi kuasa untuk bercakap untuk Dia.”8

Sesetengah wahyu adalah penting, dan yang lain meningkatkan pemahaman kita tentang kebenaran ilahi yang penting dan menyediakan panduan untuk zaman kita.9

Kami sangat bersyukur atas wahyu kepada Presiden Spencer W. Kimball yang memberi berkat imamat dan bait suci kepada semua ahli lelaki yang layak di Gereja pada Jun 1978.10

Saya telah melayani dengan banyak Dua Belas yang hadir dan mengambil bahagian ketika wahyu berharga itu diterima. Melalui perbualan peribadi Presiden Kimball dengan setiap rasul, mereka mengesahkan bimbingan rohani yang berkuasa dan menyatukan itu. Ramai yang berkata ia adalah wahyu yang paling berkuasa yang mereka pernah terima sebelum atau selepas masa itu.11

Kami yang sedang melayani dalam Kuorum Dua Belas Rasul telah diberkati di zaman kita apabila wahyu-wahyu penting telah datang melalui para nabi.12 Presiden Russell M. Nelson telah menjadi wakil yang ditugaskan oleh Tuhan terutamanya berkenaan dengan wahyu untuk membantu keluarga membina tempat perlindungan di rumah mereka, mengumpul Israel kedua belah tirai, dan memberkati ahli yang telah dianugerahi dalam hal-hal tatacara bait suci.

Apabila perubahan penting untuk memberkati rumah kita diumumkan pada persidangan umum Oktober 2018, saya bersaksi “dalam perbincangan Majlis Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul di bait suci, … selepas nabi kita yang dikasihi memohon Tuhan untuk wahyu … , pengesahan yang sangat berkuasa diterima oleh semua.”13

Pada masa itu, wahyu lain yang berkaitan dengan tatacara bait suci telah diterima tetapi tidak diumumkan atau dilaksanakan.14 Panduan ini bermula dengan wahyu individu kepada Presiden Russell M. Nelson dan pengesahan yang lembut dan berkuasa kepada mereka yang terlibat dalam proses itu. Presiden Nelson secara khusus melibatkan para saudari yang memimpin organisasi Lembaga Pertolongan, Remaja Puteri, dan Sekolah Primer. Panduan terakhir, di bait suci, kepada Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul mempunyai kesan mendalam secara rohani dan berkuasa. Kami masing-masing tahu yang kami telah menerima fikiran, kehendak, dan suara Tuhan.15

Saya mengisytiharkan dengan penuh khusyuk yang wahyu berterusan telah diterima dan ia diterima melalui saluran yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Saya bersaksi bahawa pengisytiharan baru yang Presiden Nelson berikan pagi ini adalah wahyu untuk memberkati semua orang.

Kami Menjemput Semua untuk Berjamu di Meja Tuhan

Kami juga mengisytiharkan keinginan hati kami untuk bersatu semula dengan mereka yang kurang kesaksian, kurang aktif, atau mempunyai nama mereka dikeluarkan dari catatan Gereja. Kami ingin berjamu dengan anda “dengan firman Kristus” di meja Tuhan, untuk pelajari perkara yang kita perlu lakukan.16 Kami perlukan anda! Gereja perlukan anda! Tuhan perlukan anda! Doa tulus kami adalah bahawa anda akan sertai kami dalam menyembah Juruselamat dunia. Kami tahu yang sesetengah daripada anda mungkin telah tersinggung, menerima layanan tidak baik, atau kelakuan lain yang bukan seperti Kristus. Kami juga tahu yang ada yang menghadapi cabaran kepada iman mereka yang mungkin tidak dihargai, difahami, atau diselesaikan sepenuhnya.

Beberapa ahli kita yang paling boleh diharap dan setia telah menghadapi cabaran kepada iman mereka untuk suatu masa. Saya suka laporan sebenar W. W. Phelps, yang telah meninggalkan Gereja dan bersaksi untuk melawan Nabi Joseph Smith di mahkamah Missouri. Setelah bertaubat, dia menulis kepada Joseph, “Saya tahu keadaan saya, kamu tahu, dan Tuhan tahu, dan saya mahu diselamatkan jika kawan saya akan membantu saya.”17 Joseph memaafkannya, memberi dia tugas kembali, dan menulis dengan penuh kasih, “Kawan akan sentiasa jadi kawan.”18

Saudara dan saudari, tak kira keadaan anda, sila tahu yang Gereja dan para ahlinya akan mengalu-alukan anda kembali!

Wahyu Peribadi untuk Membimbing Kehidupan Kita

Wahyu peribadi tersedia bagi semua orang yang cari bimbingan daripada Tuhan dengan rendah diri . Ia sama pentingnya dengan wahyu yang nabi terima. Wahyu rohani yang peribadi daripada Roh Kudus telah membuat jutaan orang menerima kesaksian yang diperlukan untuk dibaptiskan dan ditetapkan sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Wahyu peribadi adalah berkat besar yang diterima setelah pembaptisan ketika kita “dikuduskan melalui penerimaan Roh Kudus.”19 Saya boleh mengingati wahyu rohani yang istimewa ketika saya berumur 15 tahun. Abang saya sedang mencari bimbingan daripada Tuhan tentang cara menjawab kepada ayah kami, yang tidak mahu abang saya untuk melayani misi. Saya berdoa dengan niat ikhlas dan telah menerima wahyu peribadi tentang kebenaran injil.

Peranan Roh Kudus

Wahyu peribadi adalah berdasarkan pada kebenaran rohani yang diterima daripada Roh Kudus.20 Roh Kudus adalah pewayhu dan saksi untuk semua kebenaran, terutama tentang Juruselamat. Tanpa Roh Kudus, kita tidak dapat benar-benar tahu yang Yesus ialah Kristus. Peranan pentingnya adalah untuk memberi kesaksian tentang Bapa dan Putera dan gelaran serta kemuliaan Mereka.

Roh Kudus dapat mempengaruhi semua orang dengan cara yang sangat berkuasa.21 Pengaruh ini tidak akan kekal melainkan jika seseorang dibaptiskan dan menerima kurnia Roh Kudus Roh Kudus juga melayani sebagai wakil pembersih dalam proses pertaubatan dan keampunan.

Roh berkomunikasi dalam cara yang menakjubkan. Tuhan menggunakan gambaran yang indah ini:

“Ya, lihatlah, Aku akan memberitahu kamu dalam fikiranmu dan dalam hatimu, melalui Roh Kudus, yang akan datang ke atas dirimu dan yang akan berdiam dalam hatimu.

“Sekarang, lihatlah, inilah roh wahyu.”22

Walaupun impaknya sangat berkuasa, ia sering datang secara senyap sebagai suara kecil yang lembut.23 Tulisan suci mempunyai banyak contoh bagaimana Roh mempengaruhi fikiran kita, termasuk memfirmankan kedamaian kepada fikiran kita,24 menguasai fikiran kita,25 menerangi fikiran kita,26 dan bahkan menghantar suara ke dalam fikiran kita.27

Beberapa asas yang mempersiapkan kita untuk menerima wahyu termasuk:

  • Berdoa untuk bimbingan rohani. Kita perlu mencari dan bertanya dengan takzim dan rendah hati28 dan menjadi sabar dan peserah29

  • Bersedia untuk Ilham. Ini memerlukan kita mematuhi ajaran Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya.

  • Mengambil sakramen dengan layak. Apabila kita melakukan ini, kita bersaksi dan berjanji dengan Tuhan yang kita mengambil ke atas diri kita nama Putera-Nya yang Kudus dan kita mengingati Dia dan mematuhi perintah-Nya.

Asas-asas ini menyediakan kita untuk menerima, mengenal pasti, dan mengikuti dorongan dan bimbingan Roh Kudus. Ini termasuk “hal-hal kedamaian … yang membawa kebahagiaan [dan] … kehidupan abadi.”30

Persediaan rohani kita sangat dipertingkatkan apabila kita dengan kerap mengkaji tulisan suci dan kebenaran injil dan merenungkan dalam fikiran kita panduan yang kita cari. Tetapi ingatlah untuk bersabar dan percaya pada masa Tuhan. Panduan diberikan oleh Tuhan yang Maha Mengetahui apabila Dia “sengaja memilih untuk mengajar kita.”31

Wahyu dalam Panggilan dan Tugas Kita

Roh Kudus juga akan memberikan wahyu dalam panggilan dan tugas kita. Dalam pengalaman saya, bimbingan rohani yang penting sering datang apabila kita cuba memberkati orang lain dalam memenuhi tanggungjawab kita.

Sebagai uskup muda, saya masih ingat menerima panggilan terdesak daripada satu pasangan berkahwin tidak lama sebelum saya naiki pesawat untuk urusan perniagaan. Saya memohon kepada Tuhan sebelum ketibaan mereka untuk tahu bagaimana saya dapat memberkati mereka. Saya menerima wahyu tentang sebab masalah itu dan tindakan yang saya harus berikan. Wahyu bimbingan itu membolehkan saya memenuhi tanggungjawab kudus panggilan saya sebagai uskup walaupun terdapat had masa. Uskup di seluruh dunia juga berkongsi pengalaman pengalaman yang sama dengan saya. Sebagai presiden pancang, saya tidak hanya menerima wahyu penting tetapi juga menerima pembetulan peribadi yang diperlukan untuk mencapai tujuan Tuhan.

Saya menjamin anda yang bimbingan wahyu boleh diterima oleh setiap kita apabila kita dengan rendah hati bekerja di ladang anggur Tuhan. Kebanyakan bimbingan kita datang daripada Roh Kudus. Kadangkala dan untuk beberapa tujuan, ia datang terus daripada Tuhan. Saya secara peribadi bersaksi yang ini benar. Panduan untuk Gereja, secara keseluruhan, datang kepada Presiden dan nabi Gereja.

Kami, sebagai Rasul moden, mempunyai keistimewaan bekerja dan mengembara dengan nabi kita sekarang, Presiden Nelson. Saya memparafrasakan kata-kata Wilford Woodruff tentang Nabi Joseph Smith; ia sama benar tentang Presiden Nelson. Saya telah lihat “kerja Roh Tuhan dengan dia, dan wahyu-wahyu Yesus Kristus kepadanya dan pengenapan wahyu tersebut.”32

Mohonan rendah hati saya hari ini adalah yang setiap kita akan mencari wahyu yang berterusan untuk membimbing hidup kita dan mengikuti Roh semasa kita menyembah Tuhan Bapa dalam nama Juruselamat kita, Yesus Kristus, yang saya berikan kesaksian dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Pada tahun 1960 apabila umur untuk pelayanan penginjil untuk remaja putera dikurangkan dari 20 ke 19 tahun, saya adalah salah seorang daripada 20 tahun yang terakhir; Elder Jeffrey R. Holland adalah salah seorang yang berusia 19 tahun yang pertama.

  2. Lihat “Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus: Perisytiharan Ulang Tahun Kedua Ratus kepada Dunia” dalam Russell M. Nelson, “Dengarkanlah Dia,” Liahona, Mei 2020, 91. Pengisytiharan ini disertai dengan lima orang lain yang telah dibebaskan dalam zaman keagamaan ini oleh Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul.

  3. Teachings of Presidents of the Church: Spencer W. Kimball (2006), 243; lihat juga Matius 16:13–19.

  4. Musa 7:61.

  5. Musa 7:62. Tuhan teruskan, “Dan kesolehan dan kebenaran akan Aku sebabkan untuk meliputi bumi bagaikan dengan air bah, untuk mengumpulkan umat pilihan-Ku dari empat penjuru bumi,” (Musa 7:62; lihat juga Mazmur 85:11).

  6. Ezra Taft Benson, “The Gift of Modern Revelation,” Ensign, Nov. 1986, 80.

  7. Lihat Ezra Taft Benson, “The Gift of Modern Revelation,” 80.

  8. Hugh B. Brown, “Joseph Smith among the Prophets” (Sixteenth Annual Joseph Smith Memorial Sermon, Logan Institute of Religion, Dec. 7, 1958), 7.

  9. Lihat Hugh B. Brown, “Joseph Smith among the Prophets,” 7. Dalam semua kes, wahyu-wahyu itu selaras dengan firman Tuhan yang diberikan kepada para nabi sebelumnya.

  10. Lihat Pengisytiharan Rasmi 2; lihat juga 2 Nefi 26:33. Wahyu itu melaksanakan ajaran yang dinyatakan dalam Kitab Mormon yang “semua adalah sama bagi Tuhan,” termasuk “hitam dan putih, terikat dan bebas, lelaki dan perempuan” (2 Nefi 26:33). Wahyu yang luar biasa ini diterima dan ditetapkan dalam tingkat atas kudus Bait Suci Salt Lake oleh Majlis Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul.

  11. Ramai Rasul menunjukkan yang wahyu sangat berkuasa dan sangat kudus sehingga sebarang perkataan yang digunakan untuk menggambarkannya tidak mencukupi dan, dalam beberapa cara, akan mengurangkan sifat mendalam dan berkuasa wahyu.

  12. Lihat “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” Liahona, Mei 2017, 145. Perisytiharan ini diumumkan oleh Presiden Gordon B. Hinckley pada mesyuarat umum Lembaga Pertolongan yang diadakan pada 23 September 1995, di Salt Lake City, Utah. Lihat juga Thomas S. Monson, “Welcome to Conference,” Liahona, Nov. 2012, 4–5. Presiden Monson mengumumkan keperluan umur yang lebih rendah untuk pelayanan penginjil.

  13. Quentin L. Cook, “Penukaran hati yang Mendalam dan Kekal kepada Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus,” Liahona, Nov. 2018, 11.

  14. Wahyu yang berkaitan dengan tatacara kudus bait suci telah dilaksanakan di semua bait suci bermula pada 1 Januari, 2019. Ia adalah penting untuk memahami yang butir-butir spesifik mengenai tatacara bait suci hanya boleh dibincangkan dalam bait suci. Walau bagaimanapun, asas-asas diajar. Elder David A. Bednar mengajarkan kepentingan perjanjian dan tatacara bait suci dan bagaimana melalui mereka “kuasa ketuhanan dalam kehidupan kita.” (“Biarlah Rumah Ini Dibina Demi Nama-Ku,” Liahona, Mei 2020, 86).

  15. Proses dan pertemuan yang diadakan ini berlaku di Bait Suci Salt Lake pada bulan Januari, Februari, Mac dan April 2018. Wahyu terakhir kepada Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas adalah pada 26 April 2018.

  16. Lihat 2 Nefi 32:3.

  17. Saints: The Story of the Church of Jesus Christ in the Latter Days, vol. 1, The Standard of Truth, 1815–1846 (2018), 418.

  18. Saints, 1:418.

  19. 3 Nefi 27:20.

  20. Roh Kudus adalah ahli Kesatuan Ketuhanan (lihat 1 Yohanes 5:7; Ajaran dan Perjanjian 20:28). Dia mempunyai badan roh dalam bentuk dan rupa manusia (lihat Ajaran dan Perjanjian 130:22). Pengaruhnya boleh berada di mana-mana. Dia bersatu dalam tujuan dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, Juruselamat kita.

  21. Untuk pemahaman yang menyeluruh tentang Cahaya Kristus dan perbezaan antara Cahaya Kristus dan Roh Kudus, lihat 2 Nefi 32; Ajaran dan Perjanjian 88:7, 11–13; “Light of Christ,” Bible Dictionary. Lihat juga Boyd K. Packer, “The Light of Christ,” Liahona, Apr. 2005, 8–14.

  22. Ajaran dan Perjanjian 8:2–3.

  23. Lihat Helaman 5:30; Ajaran dan Perjanjian 85:6.

  24. Lihat Ajaran dan Perjanjian 6:23.

  25. Lihat Ajaran dan Perjanjian 128:1.

  26. Lihat Ajaran dan Perjanjian 11:13.

  27. Lihat Enos 1:10.

  28. Lihat Matius 7:7–8.

  29. Lihat Mosia 3:19.

  30. Ajaran dan Perjanjian 42:61.

  31. Neal A. Maxwell, All Things Shall Give Thee Experience (2007), 31.

  32. Wilford Woodruff, dalam Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 283.