Persidangan Umum
Imamat Melkisedek dan Kunci-kunci
Persidangan Umum April 2020


Imamat Melkisedek dan Kunci-kunci

Dalam Gereja, wewenang imamat digunakan di bawah arahan seorang pemimpin imamat, yang memegang kunci-kunci imamat itu.

Saya pilih untuk mengucap lebih lanjut tentang imamat Tuhan, subjek yang sudah diucap oleh tiga orang pengucap yang mengajar kita tentang cara imamat memberkati wanita, remaja puteri, dan remaja putera.

Imamat ialah satu kuasa dan wewenang ilahi yang dipegang dalam kepercayaan untuk digunakan demi pekerjaan Tuhan untuk manfaat semua anak-Nya. Imamat bukan mereka yang sudah ditahbiskan kepada satu jawatan imamat atau mereka yang menggunakan wewenangnya. Lelaki yang memegang imamat bukan imamat. Kita tidak harus panggil lelaki yang ditahbiskan sebagai imamat, ia adalah sesuai untuk merujuk kepada mereka sebagai pemegang imamat.

Kuasa imamat wujud dalam Gereja dan organisasi keluarga. Tetapi kuasa imamat dan wewenang imamat berfungsi berbeza dalam Gereja dan dalam keluarga. Segala ini menurut asas yang Tuhan tubuhkan. Tujuan rancangan Tuhan adalah untuk membimbing anak-anak-Nya ke kehidupan abadi. Keluarga fana adalah penting dalam rancangan itu. Gereja wujud untuk menyediakan ajaran, wewenang, dan tatacara yang diperlukan untuk mengekalkan perhubungan keluarga sampai keabadian. Jadi, organisasi keluarga dan Gereja Yesus Kristus ada satu perhubungan yang saling menyokong. Berkat-berkat imamat—seperti kegenapan injil, tatacara seperti pembaptisan, penetapan, dan penerimaan kurnia Roh Kudus, anugerahan bait suci, serta perkahwinan abadi—sedia ada kepada lelaki dan perempuan.1

Imamat yang kita bincangkan di sini ialah Imamat Melkisedek, yang sudah dipulihkan pada permulaan Pemulihan injil. Joseph Smith dan Oliver Cowdry ditahbiskan oleh Petrus, Yakobus, dan Yohanes, yang memaklumkan diri mereka “sebagai orang yang memiliki kunci-kunci kerajaan, dan kegenapan zaman” (Ajaran dan Perjanjian 128:20). Rasul-rasul zaman purba ini menerima wewenang daripada Juruselamat. Semua wewenang atau jawatan dalam imamat ialah tambahan kepada Imamat Melkisedek (lihat Ajaran dan Perjanjian 107:5), kerana ia “memegang hak presidensi, dan memiliki kuasa dan wewenang ke atas semua jawatan di dalam gereja di seluruh zaman duniawi” (Ajaran dan Perjanjian 107:8).

Dalam Gereja, wewenang yang lebih besar, Imamat Melkisedek dan imamat yang lebih rendah atau Imamat Harun digunakan di bawah arahan seorang pemimpin imamat, seperti uskup atau presiden, yang memegang kunci-kunci imamat itu. Untuk memahami penggunaan wewenang imamat dalam Gereja, kita mesti faham asas kunci-kunci imamat.

Kunci-kunci kerajaan bagi Imamat Melkisedek dianugerahkan oleh Petrus, Yakobus, dan Yohanes, tetapi itu tidak lengkapkan pemulihan kunci-kunci imamat. Kunci-kunci imamat lain datang kemudian. Selepas pembaktian bait suci pertama zaman keagamaan ini di Kirtland, Ohio, tiga orang nabi—Musa, Elias, dan Elia—memulihkan “kunci-kunci zaman keagamaan,” termasuk kunci-kunci yang berkaitan dengan pengumpulan Israel dan pekerjaan bait suci Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 110), seperti yang dihuraikan oleh Presiden Eyring tadi.

Contoh yang paling biasa ialah fungsi kunci-kunci dalam pelaksanaan tatacara imamat. Tatacara ialah satu tindakan yang khusyuk yang menandakan pembuatan perjanjian dan janjian berkat. Dalam Gereja, semua tatacara dilaksanakan di bawah wewenang pemimpin imamat yang memegang kunci-kunci tatacara itu.

Tatacara biasanya dilaksanakan oleh seorang yang sudah ditahbiskan kepada satu jawatan imamat di bawah arahan seorang yang memegang kunci-kunci imamat. Sebagai contoh, pemegang pelbagai jawatan Imamat Harun menjalankan tugas-tugas tatacara sakramen di bawah kunci-kunci dan arahan uskup, yang memegang kunci-kunci Imamat Harun. Asas yang sama juga digunakan ke atas tatacara-tatacara imamat di mana wanita menjalankan tugas-tugas dalam bait suci. Walaupun wanita tidak memegang jawatan imamat, mereka lakukan tatacara kudus bait suci di bawah wewenang presiden bait suci, yang memegang kunci-kunci untuk tatacara bait suci.

Satu lagi contoh wewenang imamat di bawah arahan seorang yang memegang kunci-kunci ialah pengajaran lelaki dan wanita yang dipanggil untuk mengajarkan injil, sama ada dalam kelas dalam bahagian mereka atau di misi. Contoh lain ialah orang yang memegang jawatan kepimpinan dalam bahagian dan menggunakan wewenang imamat dalam kepimpinan mereka kerana panggilan mereka dan di bawah penetapan serta arahan pemimpin imamat yang memegang kunci-kunci dalam bahagian atau pancang. Inilah cara wewenang dan kuasa imamat digunakan dan dinikmati dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.2

Wewenang imamat juga digunakan dan berkat-berkatnya berlaku dalam keluarga Orang Suci Zaman Akhir. Erti saya ialah seorang lelaki yang memegang imamat dan seorang perempuan yang sudah berkahwin serta anak-anak mereka. Ini juga termasuk pelbagai perhubungan lain yang diakibatkan oleh kematian atau perceraian.

Asas bahawa wewenang imamat hanya boleh dilaksanakan di bawah arahan seseorang yang memegang kunci untuk fungsi itu ialah asas dalam Gereja, tetapi tidak berkenaan dalam keluarga. Sebagai contoh, seorang bapa yang memimpin dan menggunakan imamat dalam keluarganya dengan wewenang imamat yang dipegangnya. Dia tidak perlukan arahan atau kebenaran daripada seorang yang memegang kunci-kunci imamat untuk melaksanakan tugas keluarganya. Ini termasuk menasihati ahli-ahli keluarga, menjalankan pertemuan keluarga, memberi berkat imamat kepada isteri dan anak-anaknya, atau memberi berkat untuk menyembuh kepada keluarganya atau orang lain.3 Wewenang gereja mengajar ahli-ahli keluarga tetapi tidak mengarahkan penggunaan wewenang imamat dalam keluarga.

Asas yang sama juga digunakan apabila seorang bapa tidak hadir dan seorang ibu ialah pemimpin keluarga. Ibu itu memimpin keluarganya dan dia penting dalam membawakan kuasa dan berkat imamat kepada keluarganya melalui anugerahan dan pemeteraiannya dalam bait suci. Walaupun dia tidak diberi hak kuasa untuk memberikan berkat imamat yang hanya boleh diberikan oleh seorang yang memegang satu jawatan tertentu, dia boleh melaksanakan fungsi kepimpinan keluarga lain. Dengan melakukan demikian, dia gunakan kuasa imamat untuk manfaat anak-anaknya dalam jawatan kepimpinannya dalam keluarga.4

Sekiranya bapa-bapa akan mengembangkan imamat mereka dalam keluarga mereka sendiri, ia akan melanjutkan misi Gereja seperti perkara lain yang mereka lakukan. Bapa yang memegang Imamat Melkisedek harus gunakan wewenang mereka “dengan dorongan, dengan kepanjangsabaran, dengan kelemah-lembutan dan kelembutan hati, dan dengan kasih yang tidak berpura-pura” (Ajaran dan Perjanjian 121:41). Standard yang tinggi itu untuk menjalankan semua wewenang imamat adalah yang paling penting dalam keluarga. Pemegang imamat harus mematuhi perintah-perintah supaya mereka akan memiliki kuasa imamat untuk memberi berkat kepada ahli-ahli keluarga mereka. Mereka juga harus memupuk hubungan keluarga yang penuh kasih sehingga ahli-ahli keluarga akan ingin meminta berkat daripada mereka. Dan ibu bapa harus menggalakkan lebih banyak berkat imamat dalam keluarga.5

Dalam pertemuan persidangan ini, apabila kita mencari perlindungan seketika dari kebimbangan pandemik yang bahaya, kita sudah diajar asas abadi yang hebat. Saya galakkan kita masing-masing tumpukan mata kita “hanya satu” untuk menerima kebenaran abadi ini supaya badan kita “akan dipenuhi dengan cahaya” (3 Nefi 13:22).

Dalam khutbah-Nya kepada orang ramai yang tercatat dalam Alkitab dan dalam Kitab Mormon, Juruselamat ajar bahawa tubuh badan fana boleh dipenuhi dengan cahaya atau kegelapan. Tentunya kita, ingin dipenuhi dengan cahaya, dan Juruselamat ajar kita cara kita boleh berbuat demikian. Kita harus dengar kepada pesanan-pesanan tentang kebenaran abadi. Dia gunakan contoh mata kita, yang kita gunakan untuk mengambil cahaya ke dalam tubuh badan kita. Jika mata kita “hanya satu”—jika kita berfokus ke atas menerima dan memahami cahaya abadi—Dia jelaskan, “seluruh tubuhmu akan dipenuhi dengan cahaya” (Matius 6:22; 3 Nefi 13:22). Tetapi jika “mata [kita] adalah jahat”—jika kita carikan kejahatan dan bawakan ia ke dalam tubuh badan kita—Dia memberi amaran, “seluruh tubuhmu akan dipenuhi dengan kegelapan” (ayat 23). Dalam kata lain, cahaya atau kegelapan dalam tubuh badan kita bergantung kepada bagaimana kita nampak—atau menerima—kebenaran abadi yang kita sudah pelajari.

Kita harus mengikuti jemputan Juruselamat untuk mencari dan meminta untuk memahami kebenaran abadi. Dia janji bahawa Bapa di Syurga kita rela mengajar setiap orang tentang kebenaran yang mereka carikan (lihat 3 Nefi 14:8). Jika kita menginginkan hal ini dan mata kita hanya satu untuk menerima, Juruselamat janji bahawa kebenaran abadi “akan dibukakan” kepada kita (lihat 3 Nefi 14:7–8).

Sebaliknya, Setan tidak sabar untuk mengelirukan fikiran kita atau menyesatkan kita mengenai hal yang penting seperti operasi imamat Tuhan. Juruselamat memberi amaran tentang “para nabi palsu, yang datang kepadamu dengan menyamar sebagai domba, tetapi di dalamnya mereka ialah serigala yang rakus” (3 Nefi 14:15). Dia berikan kita ujian ini untuk membantu kita memilih kebenaran daripada ajaran-ajaran lain yang mungkin mengelirukan kita: “Kamu akan mengenali mereka dari buah-buah mereka,” Dia ajarkan (3 Nefi 14:16). “Pokok yang subur tidak dapat menghasilkan buah yang buruk, dan pokok yang tidak subur tidak dapat menghasilkan buah yang baik.” (ayat 18). Jadi, kita harus lihat hasil—“buah-buah”—asas-asas yang diajar dan orang yang ajarkan mereka. Inilah jawapan yang paling baik kepada banyak bantahan yang menentang Gereja dan ajaran-ajaran, polisi serta kepimpinannya. Ikutlah ujian yang diajarkan oleh Juruselamat. Lihatlah buah-buahnya—iaitu hasilnya.

Apabila kita fikir tentang buah-buah injil dan Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan, kita berbahagia dalam cara Gereja sudah berkembang dari umat tempatan dalam Barat Intermountain sampai ke lebih daripada 16 juta ahlinya yang berada di negara-negara di luar Amerika Syarikat. Dengan perkembangan ini, kita sudah rasa peningkatan keupayaan Gereja untuk membantu ahli-ahlinya. Kita membantu untuk mematuhi perintah-perintah, untuk melaksanakan tanggungjawab untuk mengkhutbahkan injil yang sudah pulih, untuk mengumpul Israel, dan untuk membina bait suci di seluruh dunia.

Kita dipimpin oleh seorang nabi, Presiden Russell M. Nelson, yang Tuhan gunakan untuk mencapai kemajuan yang sudah kita nampak sepanjang lebih daripada dua tahun di bawah kepimpinannya. Sekarang kita akan diberkati untuk mendengar daripada Presiden Nelson, yang akan ajarkan kita cara untuk melanjutkan perkembangan kita dalam Gereja Yesus Kristus yang sudah dipulihkan semasa waktu yang mencabarkan ini.

Saya bersaksi tentang hal-hal ini dan menyertai anda dalam doa untuk nabi kita yang kita akan dengar sekarang, dalam nama Yesus Kristus, amin.