Persidangan Umum
Rancangan Agung
Persidangan Umum April 2020


Rancangan Agung

Kita yang ketahui rancangan Tuhan dan yang telah berjanji untuk menurut serta, mempunyai tanggungjawab yang jelas untuk mengajar kebenaran-kebenaran.

Walaupun di kala cabaran-cabaran dan dugaan, kita amat diberkati! Persidangan umum ini telah memberikan satu curahan kekayaan dan kebahagiaan dari Pemulihan injil Yesus Kristus. Kita telah bersukacita dalam penglihatan Bapa dan Putera yang memulakan Pemulihan. Kita telah diingatkan akan penampilan menakjubkan Kitab Mormon, yang tujuan utamanya adalah untuk memberi kesaksian berkenaan Yesus Kristus dan ajaran-Nya. Kita telah diberi dengan semangat baru akan kenyataan wahyu yang menggembirakan–kepada para nabi dan kepada kita secara peribadi. Kita telah mendengar kesaksian-kesaksian bernilai tentang Korban Tebusan yang tidak terbatas Yesus Kristus dan Kebangkitan harfiah-Nya. Dan kita telah diajar kebenaran-kebenaran lain tentang kegenapan injil-Nya yang diungkapkan kepada Joseph Smith setelah Tuhan Bapa memaklumkan kepada nabi baru: “Inilah Putera-Ku yang Ku kasihi. Dengarkanlah Dia!” (Joseph Smith—Sejarah 1:17).

Kita telah pun ditegaskan dalam pengetahuan kita tentang pemulihan imamat dan kunci-kuncinya. Kita telah diberi semangat baru dalam azam kita untuk menggunakan nama Gereja terpulih yang betul, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Dan kita telah dijemput untuk berpuasa dan berdoa bersama bagi mengurangkan kesan wabak dunia yang membinasakan kini dan masa depan. Pagi tadi kita diilhami oleh nabi hidup Tuhan yang mempersembahkan satu pengisytiharan bersejarah tentang Pemulihan. Kami mengesahkan pernyataannya bahawa “mereka yang mengkaji pesanan Pemulihan dengan penuh doa dan bertindak dengan iman akan diberkati untuk memperoleh kesaksian mereka sendiri akan keilahian dan matlamatnya untuk menyediakan dunia bagi Kedatangan Kedua Tuhan dan Juruselamat kita Yesus Kristus”1

Rancangan

Semua ini merupakan sebahagian daripada rancangan ilahi yang matlamatnya adalah supaya anak-anak Tuhan boleh dimuliakan dan menjadi seperti Dia. Dirujuk dalam ayat-ayat suci sebagai “rancangan kebahagiaan yang besar,” “rancangan penebusan,” dan “rancangan keselamatan” (Alma 42:8, 11, 5), rancangan itu—diungkapkan dalam Pemulihan—bermula dengan Majlis di Syurga. Sebagai roh-roh, kita ingin mencapai kehidupan abadi yang dinikmati oleh ibu bapa syurgawi kita. Pada saat itu kita telah maju sejauh yang kita boleh tanpa pengalaman fana dalam satu badan fizikal. Untuk menyediakan pengalaman itu, Tuhan Bapa telah merancang untuk mencipta bumi ini. Dalam kehidupan fana yang dirancangkan ini, kita akan dicemari dosa apabila kita berhadapan dengan pertentangan yang perlu untuk perkembangan rohani kita. Kita juga akan menghadapi kematian jasmani. Untuk menebuskan kita daripada kematian dan dosa, rancangan Bapa Syurgawi akan menyediakan seorang Juruselamat. Kebangkitan-Nya akan menebus semua daripada kematian, dan korban tebusan Dia akan membayar nilai yang perlu bagi semua supaya bersih daripada dosa mengikut syarat-syarat yang diberikan untuk membantu perkembangan kita. Korban Tebusan Yesus Kristus merupakan pusat rancangan Bapa.

Dalam Majlis di Syurga, semua roh anak-anak Tuhan diperkenalkan kepada rancangan Bapa, termasuklah akibat-akibat kefanaan dan dugaan-dugaannya, bantuan syurgawi, dan takdir menakjubkannya. Kita nampak pengakhiran dari permulaannya. Semua manusia yang telah dilahirkan di bumi ini memilih rancangan Bapa dan telah bertempur baginya di dalam pertandingan syurgawi berikutan itu. Ramai juga telah membuat perjanjian bersama Bapa berkenaan apa yang mereka akan lakukan dalam kefanaan. Melalui cara-cara yang belum diungkapkan, tindakan-tindakan kita di dunia roh telah mempengaruhi keadaan kefanaan kita.

Kefanaan dan Dunia Roh

Kini saya akan merumuskan beberapa dasar unsur-unsur rancangan Bapa kerana ia mengesani kita dalam perjalanan fana kita dan di dunia roh yang seterusnya.

Tujuan kehidupan fana dan perkembangan berikutan selepas fana adalah untuk anak-anak Tuhan menjadi seperti Dia. Inilah hasrat Bapa Syurgawi bagi semua anak-anak-Nya. Untuk mencapai takdir yang menggembirakan ini, hukum-hukum abadi mensyaratkan bahawa kita harus menjadi makhluk suci melalui Korban Tebusan Yesus Kristus supaya kita boleh menghadapi Bapa dan Putera-Nya dan menikmati berkat-berkat permuliaan. Sepertimana diajarkan dalam Kitab Mormon, Dia menjemput “semua datang kepada Dia dan mengambil bahagian dalam kebaikan-Nya; dan Dia tidak menolak sesiapa pun yang datang kepada Dia, hitam dan putih, terikat dan bebas, lelaki dan perempuan; dan Dia mengingati orang kafir; dan semua adalah sama bagi Tuhan” (2 Nefi 26:33; lihat juga Alma 5:49).

Rancangan ilahi agar kita boleh menjadi apa yang kita ditakdirkan memerlukan kita membuat pilihan-pilihan untuk menolak tentangan jahat yang menggoda manusia untuk bertindak bertentangan dengan perintah-perintah Tuhan dan rancangan Dia. Ia juga memerlukan agar kita ditakluki oleh tentangan fana yang lain, seperti dosa orang lain atau kecacatan kelahiran. Kadangkala perkembangan yang kita perlukan dicapai dengan lebih baik melalui penderitaan dan kesusahan berbandingkan keselesaan dan ketenangan. Dan tiada pertentangan fana yang boleh mencapai tujuan abadi jika pengaruh ketuhanan membebaskan kita daripada segala akibat buruk kefanaan.

Rancangan itu mengungkapkan takdir abadi kita, tujuan dan selok belok perjalanan fana kita, dan bantuan-bantuan syurgawi yang kita akan terima. Perintah-perintah Tuhan memberi amaran kepada kita untuk menghindari situasi-situasi yang berbahaya. Ajaran-ajaran para pemimpin terilham membimbing perjalanan kita dan memberi jaminan-jaminan yang menggalakkan perjalanan abadi kita.

Rancangan Tuhan memberikan kita empat jaminan untuk membantu perjalanan kita dalam kefanaan. Semuanya telah diberikan kepada kita melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, pusat rancangan itu. Yang pertama memberi jaminan bahawa melalui penderitaan-Nya bagi dosa-dosa yang kita taubatkan, kita boleh dibersihkan daripada dosa-dosa itu. Kemudian penghakim terakhir yang berbelas kasihan “tidak mengingatinya lagi” (Ajaran dan Perjanjian 58:42).

Kedua, sebagai sebahagian daripada Korban Tebusan Juruselamat kita, Dia mengambil ke atas diri-Nya segala kelemahan fana. Ini membenarkan kita untuk menerima bantuan ilahi dan kekuatan bagi menanggung beban-beban kefanaan, peribadi dan umum, seperti peperangan dan wabak. Kitab Mormon memberikan huraian kitab yang jelas akan kuasa asas Korban Tebusan. Juruselamat mengambil ke atas diri-Nya “kesakitan dan penyakit [dan kelemahan] umat-Nya. … Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kelemahan mereka, agar sanubari-Nya boleh dipenuhi dengan belas kasihan, menurut keadaan daging, agar Dia boleh mengetahui menurut keadaan daging bagaimana menyokong umat-Nya menurut kelemahan mereka” (Alma 7:11–12).

Ketiga, Juruselamat, melalui Korban Tebusan yang tidak terbatas-Nya, memansuhkan kemuktamadan kematian dan berikan kita jaminan yang menggembirakan bahawa semua orang akan dibangkitkan. Kitab Mormon mengajar, “Pemulihan ini akan datang kepada semua orang, baik tua mahupun muda, baik tertawan mahupun bebas, baik lelaki mahupun perempuan, baik yang jahat mahupun yang soleh; dan bahkan tidak akan ada meskipun sehelai rambut di kepala mereka yang hilang; tetapi segalanya akan dipulihkan pada rangkanya yang sempurna” (Alma 11:44).

Kita meraikan kenyataan Kebangkitan di musim Easter ini. Ini memberikan kita perspektif dan kekuatan untuk menahani cabaran-cabaran fana yang dihadapi oleh setiap kita dan mereka yang kita kasihi, seperti kekurangan jasmani, mental, atau emosi yang kita peroleh ketika dilahirkan atau pengalaman dalam kehidupan fana kita. Oleh kerana Kebangkitan, kita tahu bahawa kekurangan fana ini hanyalah sementara!

Injil terpulih memberikan jaminan kepada kita bahawa Kebangkitan membolehkan peluang untuk bersama ahli keluarga kita—suami, isteri, anak-anak, dan ibu bapa. Ini merupakan satu galakan yang berkuasa supaya kita memenuhi tanggungjawab-tanggungjawab kita di kefanaan. Ia membantu kita untuk hidup bersama dalam kasih bagi kehidupan ini dengan mengharapkan penyatuan semula dan perhubungan di kehidupan yang seterusnya.

Keempat dan yang terakhir, wahyu moden mengajar kita bahawa kemajuan tidak tamat di pengakhiran kefanaan. Tidak banyak yang telah diungkapkan berkenaan jaminan penting ini. Kita diberitahu bahawa kehidupan inilah waktu untuk bersedia bertemu dengan Tuhan dan kita tidak harus menangguhkan pertaubatan kita (lihat Alma 34:32–33). Namun, kita diajar bahawa di dunia roh, injil dikhutbahkan kepada “mereka yang jahat dan yang tidak patuh yang telah menolak kebenaran” (Ajaran dan Perjanjian 138:29) dan bahawa mereka yang diajar boleh bertaubat sebelum Penghakiman Terakhir (lihat ayat 31–34, 57–59).

Berikut merupakan beberapa dasar lain dalam rancangan Bapa Syurgawi kita:

Injil terpulih Yesus Kristus memberikan kita sudut pandangan yang unik berkenaan tajuk-tajuk seperti kemurnian, perkahwinan, dan mengandungkan anak-anak. Ia mengajarkan bahawa perkahwinan menurut rancangan Tuhan diperlukan untuk mencapai tujuan rancangan Tuhan, untuk menyediakan situasi yang ditentukan bagi kelahiran fana, dan untuk menyediakan ahli-ahli keluarga bagi kehidupan abadi. “Perkahwinan ditahbiskan oleh Tuhan bagi manusia,” firman Tuhan, “… agar bumi boleh memenuhi tujuan penciptaannya” (Ajaran dan Perjanjian 49:15–16). Dengan ini, rancangan Dia, sesungguhnya, bertentangan dengan daya hukum dan budaya dunia.

Kuasa untuk mencipta kehidupan fana adalah kuasa termulia yang Tuhan telah berikan kepada anak-anak Dia. Ia digunakan dalam perintah pertama kepada Adam dan Hawa, tetapi satu lagi perintah penting telah diberikan untuk menghalang penyalahgunaannya. Di luar ikatan perkahwinan, segala penggunaan kuasa pembiakan tidak kira apapun tahap dianggap merendahkan dan pemutarbalikan sifat ketuhanan utama lelaki dan wanita. Injil terpulih memberi penekanan bagi hukum kemurnian ahklak kerana tujuan kuasa pembiakan dalam pencapaian rancangan Tuhan.

Apakah Seterusnya?

Ketika ulang tahun ke-200 bagi Penglihatan Pertama yang memulakan Pemulihan, kita ketahui akan rancangan Tuhan dan kita telah digalakkan oleh berkat-berkat yang diterima selama dua abad melalui Gereja-Nya yang dipulihkan. Pada tahun 2020 ini, kita punyai apa yang secara popularnya dipanggil penglihatan 20/20 bagi peristiwa-peristiwa yang lampau.

Apabila kita melihat ke masa hadapan, sebaliknya, penglihatan kita kurang kepastian. Kita tahu bahawa dua abad setelah Pemulihan, dunia roh kini terdiri daripada ramai pekerja yang berpengalaman untuk mencapai pengkhutbahan yang berlaku di sana. Kita juga tahu bahawa kita kini mempunyai lebih banyak bait suci untuk melaksanakan tatacara-tatacara abadi bagi mereka yang telah bertaubat dan memeluk injil Tuhan di dua belah tirai kematian. Semua ini melanjutkan rancangan Bapa Syurgawi kita. Kasih Tuhan amat besar di mana, kecuali mereka yang dengan sengajanya telah memilih untuk menjadi para putera keterkutukan, Dia telah menyediakan takdir kemuliaan bagi semua anak-anak Dia (lihat Ajaran dan Perjanjian 76:43).

Kita tahu bahawa Juruselamat akan kembali dan pemerintahan damai di zaman seribu tahun akan berlaku untuk mengakhiri bahagian fana dalam rancangan Tuhan. Kita juga tahu bahawa akan terdapatnya kebangkitan yang berbeza, yang baik dan yang jahat, bersama penghakiman akhir bagi setiap orang berikutan kebangkitan mereka.

Kita akan dihakimi mengikut tindakan-tindakan kita, keinginan hati kita, dan jenis orang yang kita menjadi. Penghakiman ini akan menyebabkan anak-anak Tuhan untuk maju ke kerajaan kemuliaan yang telah dilayakkan kepada mereka berdasarkan kepatuhan dan di mana mereka akan berasa selesa. Hakim tersebut adalah Juruselamat kita, Yesus Kristus (lihat Yohanes 5:22; 2 Nefi 9:41). Dia maha mengetahui maka Dia mempunyai pengetahuan yang sempurna akan segala tindakan dan keinginan kita, bagi mereka yang tidak bertaubat atau berubah dan mereka yang telah bertaubat atau soleh. Oleh demikian, setelah penghakiman-Nya kita semua akan mengaku “bahawa penghakiman-Nya adalah adil” (Mosia 16:1).

Sebagai penutup, saya kongsikan keyakinan yang saya peroleh daripada banyak surat-surat dan kajian semula permintaan-permintaan untuk kembali ke Gereja setelah pengeluaran nama atau kemurtadan. Ramai ahli kita tidak memahami rancangan keselamatan ini dengan penuh, yang menjawab kebanyakan soalan berkenaan ajaran dan mengilhami polisi-polisi Gereja terpulih. Kita yang ketahui rancangan Tuhan dan yang telah berjanji untuk menurut serta, mempunyai tanggungjawab yang jelas untuk mengajar kebenaran-kebenaran ini dan lakukan segala yang boleh untuk memajukan orang dan kita sendiri bagi keadaan kita dalam kefanaan. Saya memberi saksi akan Yesus Kristus, Juruselamat dan Penebus kita, yang telah membolehkan segalanya, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus: Perisytiharan Ulang Tahun Kedua Ratus kepada Dunia,” dalam Russell M. Nelson, “Dengarkanlah Dia,” Liahona, Mei 2020, 91.