Persidangan Umum
Dalam Hati Kita
Persidangan Umum April 2020


Dalam Hati Kita

Tuhan sedang cuba membantu kita semua—membawa injil-Nya ke dalam hati kita dengan lebih mendalam.

Saudara dan saudari, betapa indahnya zaman yang kita hidup ini. Ketika kita meraikan permulaan Pemulihan, ia juga sesuai untuk meraikan Pemulihan berterusan yang sedang kita saksikan. Saya bersukacita bersama anda kerana hidup pada zaman ini. 1 Tuhan terus menyediakan, melalui nabi-nabi-Nya, semua yang diperlukan untuk membantu kita bersedia untuk menerima-Nya. 2

Salah satu perkara yang diperlukan itu ialah inisiatif baharu Kanak-kanak dan Remaja. Banyak dari anda mengenali penekanan program ini dalam menetapkan matlamat, lambang penyertaan baru, dan persidangan Untuk Kekuatan Remaja. Tetapi kita harus tidak membiarkan perkara-perkara itu mengaburi pandangan kita mengenai asas-asas yang di atasnya program ini dibina dan tujuannya: untuk membantu membawa injil Yesus Kristus ke dalam hati anak-anak dan remaja kita. 3

Saya percaya ketika kita melihat asas-asas ini dengan lebih jelas, kita akan memandang ini lebih daripada program untuk para ahli yang berumur 8 ke 18. Kita akan melihat bagaimana Tuhan sedang cuba membantu kita semua—membawa Injil-Nya ke dalam hati kita dengan lebih mendalam. Saya berdoa agar Roh Kudus akan membantu kita belajar bersama.

Hubungan—“Berada bersama Mereka” 4

Asas pertama ialah hubungan. Oleh kerana perhubungan ialah bahagian Gereja Yesus Kristus yang begitu biasa, kita kadangkala lupa kepentingannya dalam perjalanan berterusan kita ke Kristus. Kita tidak diminta mencari atau berjalan di jalan perjanjian sendiri. Kita perlu kasih dan sokongan dari ibu bapa, ahli keluarga yang lain, kawan, dan pemimpin yang juga berjalan di jalan itu.

Perhubungan sebegini mengambil masa. Masa untuk diluangkan bersama. Masa untuk ketawa, main, belajar dan melayani bersama. Masa untuk menghargai minat dan cabaran satu sama lain. Masa untuk menjadi terbuka dan jujur ketika kita berusaha menjadi lebih baik bersama. Hubungan-hubungan ini merupakan salah satu tujuan utama untuk berkumpul sebagai keluarga, kuorum, kelas dan jemaah. Hubungan ini ialah dasar pelayanan yang berkesan. 5

Elder Dale G. Renlund memberi kita kunci mengembangkan hubungan-hubungan ini bila dia mengatakan: “Untuk melayani orang lain dengan berkesan, kita perlu melihat mereka … melalui mata Bapa Syurgawi. Hanyalah dengan itu kita boleh mula memahami nilai sebenar suatu jiwa. Hanyalah dengan itu kita boleh rasa kasih yang Bapa Syurgawi mempunyai untuk semua anak-Nya.” 6

Melihat orang lain seperti Tuhan melihat mereka ialah satu kurnia. Saya menjemput kita semua untuk mencari kurnia ini. Ketika mata kita dibuka untuk melihat, 7 kita akan juga dapat membantu orang lain melihat diri mereka seperti Tuhan melihat mereka. 8 Presiden Henry B. Eyring menekankan kuasa ini bila dia berkata: “Apa yang akan menjadi terpenting ialah apa yang [orang lain] belajar dari [anda] mengenai siapa mereka sebenarnya dan apa yang mereka betul-betul dapat menjadi. Saya rasa mereka tidak akan belajar ini dari kuliah. Mereka akan belajar dari merasakan siapa anda, tanggapan anda terhadap mereka, dan siapa yang anda fikir mereka boleh menjadi.” 9 Membantu orang lain memahami identiti dan tujuan mereka yang benar merupakan salah satu hadiah besar yang kita dapat berikan. 10 Melihat orang lain dan diri kita sendiri seperti Tuhan melihat kita mengait hati kita “bersama dalam perpaduan dan kasih.” 11

Dengan kekuasaan duniawi yang semakin besar menarik kita, kita perlu kekuatan yang datang dari perhubungan penuh kasih. Jadi ketika kita merancangkan aktiviti, mesyuarat, dan perkumpulan yang lain, mari kita ingat tujuan utama perkumpulan ini ialah untuk membina hubungan penuh kasih yang menyatukan kita dan membantu membawa Injil Yesus Kristus lebih mendalam di dalam hati kita. 12

Wahyu, Hak Pilihan, dan Pertaubatan—“Menghubungkan Mereka dengan Syurga” 13

Sememangnya dikaitkan bersama tidaklah cukup. Terdapat banyak kumpulan dan organisasi yang mencapai perpaduan atas banyak sebab. Tetapi perpaduan yang kita cari ialah untuk menjadi satu di dalam Kristus, untuk mengaitkan diri kita dengan Dia. 14 Untuk mengaitkan hati kita dengan syurga, kita perlu pengalaman-pengalaman rohani yang peribadi. 15 Pengalaman begitu datang ketika Roh Kudus membawa firman dan kasih Tuhan kepada fikiran dan hati kita. 16

Wahyu ini datang melalui tulisan suci, terutamanya Kitab Mormon; melalui kata-kata yang diilhamkan dari nabi-nabi hidup dan pengikut-pengikut beriman yang lain; dan melalui suara yang diam dan kecil. 17 Kata-kata ini merupakan lebih daripada dakwat di surat, bunyi di dalam telinga kita, fikiran dalam minda kita, atau perasaan dalam hati kita. Firman Tuhan adalah kuasa rohani. 18 Ia adalah kebenaran dan cahaya. 19 Ia adalah cara yang kita mendengar Dia! Firman memulakan dan mempertingkatkan iman kita kepada Kristus dan mengembangkan keinginan di dalam kita untuk menjadi lebih seperti Juruselamat—iaitu untuk bertaubat dan berjalan di jalan perjanjian. 20

April yang lalu, Presiden Russell M. Nelson membantu kita faham peranan pertaubatan dalam perjalanan ini yang penuh wahyu. 21 Dia berkata: “Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk berubah! Kita membenarkan Juruselamat untuk mengubah kita menjadi versi diri yang terbaik. … Kita memilih untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus!” 22 Proses perubahan ini, yang disebabkan oleh firman Tuhan, ialah bagaimana kita dihubungkan dengan syurga.

Dasar jemputan pertaubatan Presiden Nelson ialah asas hak pilihan. Kita mesti memilih pertaubatan untuk diri kita sendiri. Injil tidak boleh dipaksa ke dalam hati kita. Seperti Elder Renlund mengatakan, “Matlamat Bapa Syurgawi dalam keibubapaan bukanlah untuk anak-anak-Nya melakukan apa yang betul; ia adalah supaya anak-anak-Nya memilih untuk melakukan apa yang baik.” 23

Dalam program yang diganti dengan Kanak-kanak dan Remaja, terdapat lebih daripada 500 syarat lain untuk dipenuhi untuk terima pelbagai pengiktirafan. 24 Hari ini, terdapat satu sahaja. Ia merupakan jemputan memilih untuk menjadi seperti Juruselamat. Kita melakukan ini dengan menerima firman Tuhan melalui Roh Kudus dan dengan membiarkan Kristus untuk mengubah kita menjadi versi terbaik diri kita.

Ini jauh lebih daripada latihan dalam penetapan matlamat atau memperbaiki diri. Matlamat-matlamat merupakan alat yang membantu kita bersambung dengan syurga melalui wahyu, hak pilihan, dan pertaubatan—untuk datang kepada Kristus dan terima Injil-Nya lebih mendalam di dalam hati kita.

Penglibatan dan Pengorbanan—“Benarkan Mereka Memimpin” 25

Akhirnya, untuk membawa Injil Yesus Kristus mendalam di dalam hati kita, kita perlu melibatkan diri dalamnya—untuk memberi masa dan bakat kepadanya, untuk mengorbankan baginya. 26 Kita semua inginkan kehidupan penuh makna, dan ini terutamanya benar bagi generasi membangun. Mereka hasratkan sebuah tujuan.

Injil Yesus Kristus adalah tujuan terbesar di dunia. Presiden Ezra Taft Benson berkata: “Kita diperintah oleh Tuhan untuk membawa injil ini kepada seluruh dunia. Itulah tujuan yang mesti menyatukan kita hari ini. Hanya injil akan menyelamatkan dunia dari malapetaka pemusnahan sendirinya. Hanya Injil akan menyatukan lelaki [dan wanita] dari semua bangsa dan kewarganegaraan dalam kedamaian. Hanya injil akan membawa kegembiraan, kebahagiaan, dan keselamatan kepada keluarga manusia.” 27

Elder David A. Bednar menjanjikan, “Ketika kita memperkuatkan para remaja dengan menjemput dan membiarkan mereka untuk bertindak, Gereja akan maju dalam cara yang penuh mukjizat.” 28 Kita telah tidak cukup menjemput dan membiarkan para remaja untuk berkorban untuk tujuan besar Kristus ini. Elder Neal A. Maxwell mengatakan, “Jika remaja [kita] tidak cukup dicabar [oleh pekerjaan Tuhan], mereka mungkin akan diatasi oleh dunia.” 29

Program Kanak-Kanak dan Remaja memberi tumpuan dalam memperkuatkan remaja. Mereka pilih matlamat mereka sendiri. Presidensi kuorum dan kelas diletakkan dalam peranan mereka yang sesuai. Majlis remaja bahagian, seperti majlis bahagian, memberi tumpuan pada pekerjaan penyelamatan dan permuliaan. 30 Kuorum dan kelas memulakan mesyuarat mereka dengan berbincang bagaimana melakukan pekerjaan yang Tuhan telah diberikan. 31

Presiden Nelson berkata kepada remaja Gereja: “Jika anda memilihnya, jika anda ingin, … anda boleh menjadi bahagian sesuatu yang besar, sesuatu yang hebat, sesuatu yang megah! … Anda di kalangan paling baik yang Tuhan pernah hantar ke dunia ini. Anda mempunyai kebolehan untuk menjadi lebih pintar dan bijak dan meninggalkan kesan yang lebih besar di dunia daripada generasi apa pun yang lain!” 32 Pada masa yang lain, Presiden Nelson memberitahu remaja: “Saya mempunyai keyakinan penuh di dalam anda. Saya mengasihi anda, dan Tuhan pun mengasihi anda. Kita adalah umat-Nya, terlibat bersama dalam pekerjaan kudus-Nya.” 33 Para remaja, adakah anda dapat rasa kepercayaan yang Presiden Nelson ada terhadap anda dan betapa pentingnya anda dalam pekerjaan ini?

Para ibu bapa dan pemimpin dewasa, saya menjemput anda untuk melihat para remaja seperti Presiden Nelson melihat mereka. Apabila remaja rasa kasih dan kepercayaan anda, apabila anda menggalakkan dan mengajar mereka bagaimana untuk memimpin—dan membiarkan mereka memimpin—mereka akan mengagumkan anda dengan wawasan, kebolehan, dan tekad mereka kepada injil. 34 Mereka akan rasa kegembiraan memilih melibatkan diri dalam dan berkorban untuk tujuan Kristus. Injil-Nya akan lebih mendalam di dalam hati mereka, dan pekerjaan akan maju dalam cara yang penuh mukjizat.

Janji dan Kesaksian

Saya berjanji, ketika kita memberi tumpuan pada asas-asas ini—hubungan, wahyu, hak pilihan, pertaubatan, dan berkorban—Injil Yesus Kristus akan lebih mendalam di dalam hati kita semua. Kita akan melihat Pemulihan maju ke tujuannya terakhir, iaitu penebusan Israel dan penubuhan Sion, 35 di mana Kristus akan memerintah sebagai Raja segala raja.

Saya bersaksi bahawa Tuhan terus melakukan semua yang perlu untuk menyediakan umat-Nya untuk hari itu. Semoga kita melihat tangan-Nya dalam pekerjaan yang mulia ini semasa kita semua berusaha untuk “datang kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia.” 36 Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Ajaran dan Perjanjian 45:12. Presiden Nelson berkata: “Fikirkan pengumpulan yang teruja ini: setiap nabi bermula dari Adam telah melihat zaman kita. Dan setiap nabi telah berkata tentang zaman kita, Israel akan dikumpul dan dunia akan bersedia untuk Kedatangan Kedua Juruselamat. Fikirkanlah! Dari semua orang yang hidup di dunia, kitalah yang dapat menyertai peristiwa pengumpulan yang besar ini. Betapa bagus sekali!” (“Harapan Israel” [pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018], HopeofIsrael.ChurchofJesusChrist.org).

    Elder Jeffrey R. Holland mengajar:

    “Betapa hebatnya masa yang kita hidup ini!

    Injil Yesus Kristus ialah kebenaran yang paling pasti, paling selamat, paling dipercayai, dan paling mendatangkan kepuasan di bumi dan di syurga, dalam masa dan dalam keabadian. Tiada apa-apa—tidak ada apa sahaja, tidak seorang pun, tidak ada pengaruh—yang akan mengalang Gereja ini dari memenuhi misinya dan mencapai takdirnya yang diisytiharkan dari sebelum pengasasan dunia. … Tidak ada apa-apa keperluan untuk rasa takut atau tidak pasti tentang masa depan.

    “Tidak seperti setiap zaman sebelum kita, zaman ini tidak akan mengalami kemurtadan institusi; ia tidak akan mengalami kehilangan kunci-kunci imamat; ia tidak akan menderita perhentian wahyu dari suara Tuhan Mahakuasa. … Betapa menariknya masa ini untuk hidup!

    “…Jika anda tidak ternampak, saya bersemangat mengenai zaman akhir. … Percaya. Bangun. Beriman. Dan menggunakan masa yang luar biasa ini dengan sepenuhnya!” (Facebook post, 27 Mei 2015; lihat juga “Be Not Afraid, Only Believe” (address to Church Educational System Religious Educators, Feb. 6, 2015), broadcasts.lds.org).

  2. Lihat Yohanes 1:12.

  3. Tidak lama selepas kami dipanggil sebagai Presidensi Umum Remaja Putera, Presiden Henry B. Eyring membincangkan dengan kami cabaran dan kesempatan unik yang para remaja Gereja menghadapi sekarang. Dia menasihati kami untuk memberi tumpuan pada perkara yang akan membantu membawa Injil Yesus Kristus mendalam di dalam hati mereka. Nasihat itu telah menjadi lampu isyarat untuk kami sebagai Presidensi Remaja Putera.

  4. Lihat “Berada bersama Mereka,” ChurchofJesusChrist.org/callings/aaronic-priesthood-quorums/my-calling/leader-instruction/be-with-them.

  5. Lihat Mosia 18:25; Moroni 6:5.

  6. Dale G. Renlund, “Melalui Mata Tuhan,” Liahona, Nov. 2015, 94; lihat juga Musa 1:4–6.

    Presiden Thomas S. Monson mengajar, “Kita bertanggungjawab melihat individu-individu bukan seperti mereka berada tetapi seperti mereka dapat menjadi. Saya ingin merayu dengan anda untuk memandangkan mereka dalam cara ini” (“See Others as They May Become,” Liahona, Nov. 2012, 70).

    Elder Neal A. Maxwell mengajar: “Kerap kali, ketidakpatuhan standard-standard Gereja seorang remaja, atau soalan-soalannya yang berhadapan, atau keraguannya yang dinyatakan menyebabkan dia diberikan label. Hasil termasuk kejauhan dan, kadangkala, tidak lagi bersekutu. Kasih sejati tidak suka label!” (“Unto the Rising Generation,” Ensign, Apr. 1985, 9).

  7. Lihat 2 Raja-Raja 6:17.

  8. Stephen L. Richards, sebagai ahli Presidensi Utama, berkata: “Jenis pembezaan tertinggi ialah yang nampak di dalam orang lain dan membuka kelakuan mereka yang lebih baik, kebaikan yang ada di dalamnya” (in Conference Report, Apr. 1950, 162; in David A. Bednar, “Quick to Observe,” Ensign, Dec. 2006, 35; Liahona, Dec. 2006, 19). Lihat juga 2 Raja-Raja 6:17.

  9. Henry B. Eyring, “Teaching Is a Moral Act” (address at Brigham Young University, Aug. 27, 1991), 3, speeches.byu.edu; penekanan ditambah; lihat juga Henry B. Eyring, “Help Them Aim High,” Liahona, Nov. 2012, 60–67.

  10. Lihat Musa 1:3-6.

  11. Mosia 18:21; lihat juga Musa 7:18.

  12. “Remaja putera yang mempunyai hubungan-hubungan yang kuat dan positif dengan keluarga, rakan, dan pemimpin yang aktif [Orang Suci Zaman Akhir], yang membantu mereka mengembangkan hubungan dengan Bapa Syurgawi mereka, sangat berkemungkinan kekal aktif. Bahagian-bahagian tertentu program—seperti kurikulum Hari Ahad, program aktiviti Remaja Putera, harapan-harapan capaian peribadi … mungkin akan berkesan sedikit sahaja tanpa hubungan-hubungan itu. … Soalan penting ialah bukan betapa lengkapnya bahagian-bahagian program tertentu dilaksanakan, tetapi bagaimana bahagian-bahagian itu memberi kepada hubungan-hubungan positif yang memperkuatkan identiti keagamaan remaja putera [Orang Suci Zaman Akhir]” (“Berada bersama Mereka,” ChurchofJesusChrist.org/callings/aaronic-priesthood-quorums/my-calling/leader-instruction/be-with-them).

  13. Lihat “Mengaitkan Mereka Dengan Syurga,” ChurchofJesusChrist.org/callings/aaronic-priesthood-quorums/my-calling/leader-instruction/connect-them-with-heaven.

  14. Lihat Yohanes 15:1–5; 17:11; Filipi 4:13; 1 Yohanes 2:6; Yakub 1:7; Omni 1:26; Moroni 10:32.

  15. Tulisan suci penuh dengan contoh ini; berikut ialah dua: 1 Nefi 2:16; Enos 1:1–4.

  16. Lihat Lukas 24:32; 2 Nefi 33:1–2; Yakub 3:2; Moroni 8:26; Ajaran dan Perjanjian 8:2–3.

  17. Lihat 2 Timotius 3:15–16; Ajaran dan Perjanjian 68:3–4; 88:66; 113:10.

  18. Lihat 1 Tesalonika 1:5; Alma 26:13; 31:5; Helaman 3:29; 5:17; Ajaran dan Perjanjian 21:4–6; 42:61; 43:8–10; 50:17–22; 68:4.

  19. Lihat Yohanes 6:63; 17:17; Alma 5:7; Ajaran dan Perjanjian 84:43–45; 88:66; 93:36.

  20. Lihat Yohanes 15:3; 1 Petrus 1:23; Mosia 1:5; Alma 5:7, 11–13; 32:28, 41–42; 36:26; 62:45; Helaman 14:13.

  21. Lihat 2 Nefi 31:19–21; 32:3, 5.

  22. Russell M. Nelson, “Kita Dapat Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik,” Liahona, Mei 2019, 67.

  23. Dale G. Renlund, “Tentulah Sekarang,” Liahona, Nov. 2018, 104.

  24. Nombor ini termasuk syarat-syarat program Scouting, yang telah menjadi bahagian program aktiviti Gereja untuk kanak-kanak lelaki dan remaja putera hingga kebelakangan ini, terutamanya di Amerika Syarikat dan Kanada. Di kawasan-kawasan yang tidak mengambil bahagian dalam Scouting, jumlah syarat lebih daripada 200. Tambahan, pelbagai program aktiviti untuk kanak-kanak lelaki, perempuan, remaja putera, dan remaja puteri teratur dengan lain, yang menjadikan seluruh pengalaman lebih rumit untuk keluarga.

  25. Lihat “Benarkan Mereka Memimpin,” ChurchofJesusChrist.org/callings/aaronic-priesthood-quorums/my-calling/leader-instruction/let-them-lead.

  26. Lihat Omni 1:26; 3 Nefi 9:20; 12:19; Ajaran dan Perjanjian 64:34. “Sebuah agama yang tidak menuntut pengorbanan segala hal tidak pernah memiliki kekuatan yang cukup untuk menghasilkan iman yang diperlukan bagi kehidupan dan keselamatan” (Lectures on Faith [1985], 69).

  27. Ezra Taft Benson, The Teachings of Ezra Taft Benson (1988), 167; in Preach My Gospel: A Guide to Missionary Service (2019), 13; lihat juga Russell M. Nelson, “Harapan Israel,” HopeofIsrael.ChurchofJesusChrist.org.

  28. Pertemuan dengan Elder David A. Bednar; lihat juga “2020 Temple and Family History Leadership Instruction,” 27 Feb. 2020, ChurchofJesusChrist.org/family-history.

  29. Neal A. Maxwell, “Unto the Rising Generation,” 11. Elder Maxwell terus: “Berapa presidensi kuorum diaken dan pengajar hanya meminta seseorang untuk berdoa atau memberi sakramen? Saudara-saudara, roh-roh ini betul-betul istimewa, dan mereka dapat melaksanakan tugas besar jika diberikan peluang!”

  30. Lihat Buku Panduan Umum: Melayan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. 2.2, ChurchofJesusChrist.org.

  31. Banyak sumber ada di Gospel Library untuk membantu remaja memimpin, termasuk “Sumber-Sumber Presidensi Kuorum dan Kelas,” “Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Kuorum-Kuroum Imamat Harun dan Kelas-Kelas Remaja Puteri, ” dan dalam sumber untuk Remaja Puteri dan kuorum-kuroum Imamat Harun dalam “Ward or Branch Callings.”

  32. Russell M. Nelson, “Harapan Israel,” HopeofIsrael.ChurchofJesusChrist.org. Semasa pertemuan ini yang sama, Presiden Nelson berkata: “Bapa Syurgawi telah menyediakan banyak roh-roh yang mulia—menurut saya, pasukan terbesar-Nya—pada fasa terakhir ini. Roh-roh mulia itu—wira-wira itu—ialah anda!”

  33. Russell M. Nelson, kata-kata pembuka “Children and Youth: A Face to Face Event with Elder Gerrit W. Gong,” Nov. 17, 2019, broadcasts.ChurchofJesusChrist.org.

  34. Presiden Nelson berkata: “Kita perlu biar golongan muda memimpin, terutama mereka yang dipanggil dan ditetapkan untuk melayani di kelas dan kuorum presidensi.” Wewenang imamat akan ditugaskan kepada mereka. Mereka akan belajar menerima ilham dalam memimpin kelas atau kuorum mereka” (dalam “Children and Youth Introductory Video Presentation,” Sept. 29, 2019, ChurchofJesusChrist.org).

    Elder Quentin L. Cook mengatakan, “Remaja kita diminta untuk mengambil tanggungjawab yang lebih individu pada usia muda—tanpa ibu bapa dan pemimpin melakukan apa yang boleh dilakukan oleh remaja sendiri” (“Adjustments to Strengthen Youth,” Liahona, Nov. 2019, 40).

  35. Presiden George Q. Cannon mengajar: “Tuhan telah menyimpan roh-roh untuk zaman ini yang mempunyai keberanian dan keazaman untuk menghadapi dunia, dan semua kuasa si jahat, yang terlihat dan tidak terlihat, untuk mengkhutbahkan Injil dan mengekalkan kebenaran dan menubuhkan dan membina Sion Tuhan kita tanpa ketakutan akan akibatnya. Dia telah menghantar roh-roh ini dalam generasi ini untuk meletakkan dasar Sion supaya ia tidak lagi digulingkan, dan untuk membesarkan keturunan yang akan menjadi soleh, dan yang akan menghormati Tuhan, dan menghormati Dia sebagai yang tertinggi, dan mematuhi Dia dalam semua keadaan (“Remarks,” Deseret News, 31 Mei 1866, 203); lihat juga Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 186.

  36. Moroni 10:32.