Persidangan Umum
Membuka Syurga untuk Bantuan
Persidangan Umum April 2020


Membuka Syurga untuk Bantuan

Marilah kita meletakkan iman dalam Tuhan Yesus Kristus untuk bertindak!

Betapa unik dan indahnya sesi ini! Terima kasih, Laudy dan Enzo. Anda mewakili para remaja puteri dan remaja putera Gereja yang luar biasa dengan begitu baik.

Para saudara dan saudari terkasih, kita telah banyak mendengar tentang Pemulihan Gereja hari ini—Gereja sama yang Juruselamat kita, Yesus Kristus tubuhkan semasa pelayanan duniawi-Nya. Pemulihan itu bermula 200 tahun yang lalu musim bunga ini ketika Bapa Tuhan dan Putera-Nya, Yesus Kristus, muncul kepada Joseph Smith yang muda.

Sepuluh tahun selepas penglihatan luar biasa ini, Nabi Joseph Smith dan lima orang lain dipanggil sebagai ahli-ahli pengasas Gereja Tuhan yang dipulihkan.

Dari kumpulan kecil yang berkumpul pada 6 April, 1830, telah menjadi organisasi global lebih daripada 16 juta ahli. Kebaikan yang dilakukan oleh Gereja ini di seluruh dunia untuk mengurangkan penderitaan dan menyediakan peningkatan untuk manusia diketahui secara meluas. Tetapi tujuan utamanya adalah membantu para lelaki, perempuan, dan kanak-kanak untuk mengikuti Tuhan Yesus Kristus, mentaati perintah-perintah-Nya, dan layak untuk berkat terbesar—iaitu kehidupan abadi dengan Tuhan dan orang kesayangan mereka.1

Apabila kita memperingati peristiwa yang dimulakan pada 1820, ia penting untuk ingat bahawa walaupun kita menghormati Joseph Smith sebagai nabi Tuhan, ini bukanlah gereja Joseph Smith atau gereja Mormon. Ini adalah Gereja Yesus Kristus. Dia perintahkan apa yang Gereja-Nya perlu dipanggil: “Kerana demikianlah gereja-Ku akan dinamakan pada zaman akhir, bahkan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.”2

Saya telah berucap sebelum ini tentang keperluan untuk mengubah cara kita merujuk kepada nama Gereja.3 Sejak masa itu, banyak telah dilakukan untuk mencapai pembetulan ini. Saya sangat bersyukur kepada Presiden M. Russell Ballard dan semua Kuorum Dua Belas Rasul, yang telah melakukan banyak untuk memimpin usaha ini dan juga usaha lain yang saya akan umumkan malam ini.

Para pemimpin dan jabatan Gereja, entiti berkaitan, dan berjuta-juta ahli—dan orang lain—sekarang menggunakan nama Gereja yang betul. Panduan gaya penulisan rasmi Gereja telah diselaraskan. Laman web utama Gereja sekarang adalah ChurchofJesusChrist.org. Alamat e-mel, nama domain, dan saluran media sosial telah dikemaskinikan. Koir kesayangan kita sekarang ialah Koir Tabernacle di Temple Square.

Kita telah melakukan usaha-usaha besar ini kerana apabila kita keluarkan nama Tuhan dari nama Gereja-Nya, kita secara tidak sengaja keluarkan Dia sebagai fokus utama dalam ibadat dan hidup kita. Apabila kita mengambil nama Juruselamat ke atas diri kita di pembaptisan, kita komited untuk bersaksi, dengan kata-kata, fikiran dan tindakan kita, bahawa Yesus ialah Kristus.4

Sebelum ini, saya berjanji bahawa jika kita akan “lakukan sebaik mungkin dalam memulihkan nama Gereja Tuhan yang betul,” Dia akan “mencurahkan kuasa dan berkat-Nya ke atas kepala-kepala Orang Suci Zaman Akhir, yang tidak pernah kita lihat sampai sekarang.”5 Saya memperbaharui janji itu hari ini.

Untuk membantu kita mengingati-Nya dan mengenal pasti Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir sebagai Gereja Tuhan, kami dengan gembira memperkenalkan satu lambang yang akan menandakan tempat utama Yesus Kristus dalam Gereja-Nya.

Lambang ini termasuk nama Gereja terkandung dalam satu batu asas. Yesus Kristus adalah batu asasnya.6

Imej
Tanda kata dengan batu asas

Di pusat lambang adalah perwakilan patung marmar Thorvaldsen Christus. Ia menggambarkan Tuhan hidup yang telah bangkit menghulurkan tangan-Nya untuk memeluk semua yang akan datang kepada-Nya.

Secara simbolik, Yesus Kristus sedang berdiri di bawah sebuah gerbang. Gerbang itu mengingatkan kita tentang Juruselamat yang dibangkitkan muncul dari kubur pada hari ketiga selepas Penyaliban-Nya.

Imej
Lambang Gereja Baru

Lambang ini harus rasa akrab kepada banyak orang, kerana kita telah lama mengenal pasti injil dipulihkan dengan Kristus hidup, yang telah dibangkitkan.

Lambang ini sekarang akan digunakan sebagai pengenal visual untuk persuratan rasmi, berita, dan acara-acara Gereja.7 Ia akan mengingatkan semua bahawa inilah Gereja Juruselamat dan semua yang kita lakukan, sebagai ahli-ahli Gereja-Nya, berpusat pada Yesus Kristus dan injil-Nya.

Sekarang, para saudara dan saudari dikasihi, esok adalah Ahad Palma, seperti diajarkan oleh Elder Gong. Kemudian kita memasuki minggu istimewa yang memuncak dengan Hari Easter. Kehidupan sekarang dengan wabak COVID-19 telah menyebabkan kekecohan di seluruh dunia, sebagai pengikut Yesus Kristus, marilah kita tidak sahaja berbicara atau berkhutbah tentang Kristus atau menggunakan lambang mewakili Kristus.

Marilah kita meletakkan iman dalam Tuhan Yesus Kristus untuk bertindak!

Seperti yang anda tahu, para ahli Gereja mematuhi hukum puasa satu hari setiap bulan.

Ajaran puasa adalah kuno. Ia telah diamalkan oleh wira alkitab dari hari-hari awal. Musa, Daud, Ezra, Nehemia, Ester, Yesaya, Daniel, Yoel, dan banyak lain telah berpuasa dan berkhutbah tentang puasa.8 Melalui tulisan Yesaya, Tuhan berkata: “Inilah puasa yang Aku kehendaki: tanggalkan belenggu penindasan dan beban ketidakadilan, serta bebaskan orang yang tertindas”9

Rasul Paulus menasihatkan Orang Suci di Korintus untuk “masing-masing berdoa dengan tekun [dan berpuasa].”10 Juruselamat Sendiri mengatakan bahawa sesetengah perkara “hanya dapat diusir dengan doa dan puasa.”11

Saya mengatakan baru-baru ini di video media sosial bahawa “sebagai pakar perubatan dan pakar bedah, saya sangat mengagumi profesional perubatan, ahli sains dan semua yang sedang bekerja keras untuk membendung penyebaran COVID-19.”12

Sekarang, sebagai Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan seorang Rasul Yesus Kristus, saya tahu bahawa Tuhan “memiliki segala kuasa, segala kebijaksanaan, dan segala pengertian; Dia memahami segala hal, dan Dia adalah Makhluk yang penuh belas kasihan, bahkan sampai penyelamatan, kepada mereka yang akan bertaubat dan percaya pada nama-Nya.”13

Jadi, dalam masa kesusahan mendalam, ketika penyakit mencapai tahap wabak, perkara paling semula jadi untuk kita lakukan adalah berdoa kepada Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya—Tuan Penyembuh—untuk menunjukkan kuasa luar biasa Mereka untuk memberkati manusia di bumi.

Dalam pesanan video saya, saya menjemput semua untuk menyertai dalam puasa pada Ahad, 29 Mac, 2020. Ramai di antara anda telah melihat video itu dan menyertai dalam puasa. Sesetengah mungkin tidak. Sekarang kita masih memerlukan bantuan dari syurga.

Jadi malam ini, para saudara dan saudari yang dikasihi, dalam roh para putera Mosia, yang banyak berpuasa dan berdoa,14 dan sebagai sebahagian daripada persidangan umum April 2020 kita, saya meminta satu lagi puasa di seluruh dunia. Kepada semua yang sihat, marilah kita berpuasa, berdoa, dan bersatu dalam iman sekali lagi. Marilah kita berdoa dan memohon untuk kelegaan daripada wabak sedunia ini.

Saya menjemput semua, termasuk mereka yang bukan dari iman kita, untuk berpuasa dan berdoa pada Jumaat Agung, 10 April, supaya wabak ini boleh dikawal, penjaga dilindungi, ekonomi dikuatkan, dan kehidupan menjadi normal sekali lagi.

Bagaimana kita berpuasa? Dua makanan atau tempoh 24 jam adalah biasa. Tetapi anda menentukan apa yang adalah pengorbanan untuk anda, ketika anda mengingati pengorbanan tertinggi yang Juruselamat lakukan untuk anda. Marilah kita bersatu dalam memohon untuk penyembuhan di seluruh dunia.

Jumaat Agung adalah hari sempurna untuk Bapa Syurgawi dan Putera-Nya mendengar kita!

Para saudara dan saudari, saya menyatakan kasih mendalam saya kepada anda, bersama dengan kesaksian saya tentang keilahian pekerjaan yang kita sedang lakukan. Ini adalah Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Dia berada di kepala Gereja dan memimpin semua yang kita lakukan. Saya tahu Dia akan menjawab permohonan umat-Nya. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.