Persidangan Umum
Datang kepada Kristus—Hidup sebagai Orang Suci Zaman Akhir
Persidangan Umum April 2020


Datang kepada Kristus—Hidup sebagai Orang Suci Zaman Akhir

Kita boleh melakukan hal-hal sukar dan bantu orang lain lakukan yang sama, kerana kita tahu kepada siapa telah kita percaya.

Terima kasih Elder Soares, untuk kesaksian anda yang hebat dan bersifat kenabian tentang Kitab Mormon. Baru-baru ini, saya mempunyai peluang unik untuk memegang manuskrip asal Kitab Mormon. Dalam halaman khusus ini, kali pertama dalam zaman keagamaan ini, kata-kata Nefi dicatatkan: “Aku akan pergi dan melaksanakan hal-hal yang telah Tuhan perintahkan, kerana aku tahu Tuhan tidak memberi perintah kepada anak-anak manusia, kecuali dia menyediakan suatu jalan untuk mereka supaya mereka dapat menyempurnakan hal itu yang Dia perintahkan kepada mereka.”1

Imej
Halaman manuskrip Kitab Mormon yang asal

Semasa saya memegang halaman ini, saya dipenuhi penghargaan yang mendalam bagi usaha Joseph Smith yang berumur 23 tahun, yang terjemahkan Kitab Mormon melalui “kurnia dan kuasa Tuhan.”2 Saya juga merasai penghargaan terhadap kata-kata Nefi, yang telah diminta untuk laksanakan tugas yang sangat sukar untuk dapatkan kepingan-kepingan loyang daripada Laban.

Nefi tahu yang jika dia terus bertumpu kepada Tuhan, dia akan berjaya dalam memenuhi perintah Tuhan. Dia kekal bertumpu kepada Juruselamat sepanjang hidupnya walaupun dia mengalami godaan, percubaan jasmani, dan bahkan pengkhianatan dari beberapa ahli keluarga terdekatnya.

Nefi tahu kepada siapa dia telah percaya.3 Selepas berseru, “Ah, alangkah manusia malangnya aku ini! Ya, hatiku berdukacita kerana dagingku,”4 Nefi nyatakan, “Tuhanku telah menjadi sokonganku; Dia telah menuntunku melalui penderitaanku dalam padang belantara; dan Dia telah melindungiku di atas perairan samudera.”5

Sebagai pengikut Kristus, kita tidak terlepas dari cabaran dan cubaan dalam kehidupan kita. Kita sering diminta melakukan hal-hal yang sukar, jika dilakukan sendirian ia akan jadi suatu beban dan mungkin mustahil. Apabila kita menerima jemputan Juruselamat untuk “datang kepada-Ku,”6 Dia akan menyediakan sokongan, hiburan, dan kedamaian yang diperlukan, seperti Dia sediakan untuk Nefi dan Joseph. Bahkan cubaan yang paling sukar, kita dapat merasakan pelukan hangat kasih-Nya ketika kita percayai Dia dan terima kehendak-Nya. Kita boleh rasa kegembiraan yang tersedia untuk para pengikut-Nya yang setia, kerana “Kristus adalah kegembiraan.”7

Pada tahun 2014, ketika melayani misi sepenuh masa, keluarga kami mengalami peristiwa yang tidak dijangkakan. Semasa menuruni bukit yang curam, anak lelaki bongsu kami terjatuh dan mengalami kecederaan di otaknya yang mengancam nyawa. Keadaannya jadi lebih teruk, kakitangan perubatan bergegas untuk pembedahan kecemasan.

Keluarga kami berlutut di lantai bilik hospital yang kosong, dan kami mencurahkan hati kami kepada Tuhan. Dalam kekeliruan dan kepedihan ini, kami dipenuhi dengan kasih dan kedamaian Bapa Syurgawi.

Kami buntu dan tidak pasti jika anak kami akan bernyawa lagi. Kami tahu dengan jelas yang hidupnya di tangan Tuhan dan hasilnya, dari pandangan abadi, ia adalah untuk kebaikan anak kami dan juga kami. Dengan kurnia Roh, kami bersedia sepenuhnya untuk menerima sebarang kemungkinan.

Ia tidak mudah! Kemalangan itu menempatkannya di hospital selama dua bulan, sementara kami memimpin lebih 400 penginjil sepenuh masa. Anak lelaki kami hilang ingatan. Kesembuhannya termasuk sesi terapi fizikal, pertuturan, dan pekerjaan yang panjang dan sukar. Cabaran tetap ada, tetapi kami telah menyaksikan mukjizat.

Kami faham yang bukan setiap cubaan yang dihadapi akan memberi hasil yang diharapkan. Bagaimanapun, jika kita kekal tumpukan pada Kristus, kita akan rasa kedamaian dan lihat mukjizat Tuhan, di mana pun, dalam masa dan cara-Nya.

Ada masanya ketika kita tidak dapat lihat cara bagaimana keadaan ini akan berakhir dengan baik dan bahkan meluah, seperti Nefi, “Hatiku berdukacita kerana dagingku.”8 Ada masanya satu-satunya harapan yang kita ada adalah dalam Yesus Kristus. Memiliki harapan dan kepercayaan kepada-Nya adalah sebuah berkat. Kristus akan sentiasa memegang janji-janji-Nya. Dia membebaskan beban bagi semua yang datang kepada-Nya.9

Pemimpin kita ingin semua untuk asakan kedamaian dan penghiburan yang datang melalui kepercayaan dan tumpuan kepada Juruselamat Yesus Kristus.

Nabi hidup kita, Presiden Russell M. Nelson, telah membicarakan penglihatan Tuhan untuk dunia dan untuk para ahli Gereja Kristus: “Pesanan kita kepada dunia adalah sederhana dan tulus ikhlas: kita menjemput semua anak Tuhan yang berada pada dua belah tirai untuk mendekati Juruselamat, menerima berkat bait suci, berbahagia, dan menjadi layak demi kehidupan abadi.”10

Jemputan untuk “datang kepada Kristus” mempunyai makna khusus bagi Orang Suci Zaman Akhir.11 Sebagai ahli Gereja Juruselamat, kita telah membuat perjanjian dengan Kristus dan menjadi para putera dan para puteri-Nya secara rohani.12 Kita juga diberi peluang untuk bekerja bersama Tuhan dalam menjemput orang lain untuk datang kepada-Nya.

Semasa bekerja bersama Kristus, usaha mendalam kita harus tertumpu pada rumah kita sendiri. Ada masanya apabila ahli keluarga dan rakan terdekat akan menghadapi cabaran. Suara-suara dunia, dan mungkin keinginan sendiri, menyebabkan mereka mempersoalkan kebenaran. Kita harus lakukan segala yang kita mampu untuk bantu mereka rasakan kasih Tuhan dan kasih kita. Saya teringat ayat suci dalam lagu rohani “Saling Mengasihi”, yang mengajar, “Dengan demikian … orang akan tahu …, bahawa kamu adalah pengikut-Ku, jikalau kamu saling mengasihi.”13

Dalam kasih kita kepada orang-orang yang mempersoalkan kebenaran, musuh mungkin cuba buat kita rasa yang kita khianati orang yang kita kasihi jika kita sendiri terus jalani kegenapan injil dan ajarkan kebenarannya.

Keupayaan kita untuk bantu orang lain untuk datang atau kembali kepada Kristus akan ditentukan oleh teladan yang kita tunjukkan melalui komitmen peribadi untuk kekal pada jalan perjanjian.

Jika hasrat sejati kita adalah untuk menyelamatkan orang yang dikasihi, kita sendiri harus kekal teguh bersama Kristus dengan memeluk Gereja-Nya dan kegenapan injil-Nya.

Berbalik kepada kisah Nefi, kita tahu yang kecenderungan Nefi untuk percayai Tuhan dipengaruhi oleh kecenderungan ibu bapanya dalam mempercayai Tuhan dan dengan teladan mereka. Ini ditunjukkan dalam penglihatan Lehi tentang pokok kehidupan. Selepas memakan buah manis dan menggembirakan dari pokok tersebut, Lehi “melihat-lihat dengan mata[-nya] di sekeliling, agar barangkali [dia] mungkin dapat menemui keluarga[-nya] juga.”14 Dia melihat Saria, Sam, dan Nefi berdiri “seolah-olah mereka tidak tahu ke mana mereka patut pergi.”15 Lehi kemudian berkata, “Aku memanggil kepada mereka; dan aku juga berkata kepada mereka dengan suara yang kuat bahawa mereka patut datang kepadaku, dan memakan buah itu.”16 Sila perhatikan yang Lehi tidak meninggalkan pokok kehidupan itu. Dia kekal secara rohani bersama Tuhan dan menjemput keluarganya untuk datang ke tempat dia makan buah itu.

Musuh akan goda sesetengah orang untuk meninggal kegembiraan injil dengan memisahkan ajaran-ajaran Kristus dari Gereja-Nya. Dia akan membuat kita percaya yang kita boleh kekal teguh di jalan perjanjian sendirian, melalui kerohanian kita sendiri, bebas dari Gereja-Nya.

Dalam zaman akhir ini, Gereja Kristus dipulihkan untuk membantu anak-anak perjanjian Kristus kekal pada jalan perjanjian-Nya.

Dalam Ajaran dan Perjanjian kita baca, “Lihatlah, inilah ajaran-Ku—barang siapa bertaubat dan datang kepada-Ku, orang yang sama adalah gereja-Ku.”17

Melalui Gereja Kristus, kita diperkuatkan melalui pengalaman kita sebagai sebuah komuniti Orang Suci. Kita mendengar suara-Nya melalui nabi, pelihat, dan pewahyu-Nya. Paling penting, melalui Gereja-Nya kita disediakan dengan segala berkat penting dari Korban tebusan Kristus yang hanya boleh didapati melalui tatacara kudus.

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah Gereja Kristus di bumi, dipulihkan pada zaman akhir ini untuk kebaikan semua anak Tuhan.

Saya bersaksi yang semasa kita datang kepada Kristus dan hidup sebagai Orang Suci Zaman Akhir, kita akan diberkati dengan kasih, kegembiraan, dan kedamaian-Nya. Seperti Nefi, kita boleh lakukan hal-hal sukar dan bantu orang lain lakukan yang sama, kerana kita tahu kepada siapa telah kita percaya.18 Kristus adalah cahaya, hidup, dan keselamatan kita.19 Dalam nama Yesus Kristus, amin.